Tuesday, February 9, 2010

ZAMRY /BN MENANG 5-0

Bertenanglah....keputusan kehakiman sudah dibuat.

Biarkanlah pilihan raya akan datang menentukan segala-galanya.

Selepas Mahkamah Persekutuan pagi ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah semua pihak seharusnya menerima keputusan dengan penuh kesyukuran.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.


Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Dr Zambry.

Solat hajat sudahpun dibuat dan ketentuan Allah ialah berpihak kepada Dr Zambry dan Barisan Nasional (BN), jadi terima sahajalah keputusan berkenaan.

Pagi ini, seramai 23 penyokong Mohd. Nizar mengadakan solat hajat di dataran perkarangan Istana Kehakiman dan bagi pihak Dr Zamry ia dibuat beberapa hari lalu.

Memanglah perasaan tidak puas hati akan tetap ada tetapi saluran yang sah pun ada. Proses mahkamah sudah digunakan dan selepas ini, gunakanlah pula proses pilihan raya untuk menentukan politik Perak.

Mungkin selepas ini akaan ada lagi solat khusus yang akan dibuat oleh kerajaan Perak dan Dr Zamry khususnya menandakan syukur kerana keputusan mahkamah itu.
Malaysiakini melaporkan, Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.
Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

PKR BERDEPAN KRISIS KEPERCAYAAN?

Cakap-cakap mengatakan ramai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak keluar daripada PKR secara beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini.

Dakwanya senario itu berkemungkinan akan berlaku disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota parti terhadap kepimpinan tertinggi PKR.

Puncanya? Pemimpin tertinggi langsung tidak mengendahkan aduan mereka berhubung masalah yang dihadapi dengan DAP.

Apakah itu sahaja masalahnya?

Bagaimana dengan sebab-sebab seperti PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, tindak tanduk kepimpinan PKR diselubungi oleh agenda persendirian selain pertelingkahan sesama sendiri.

Lebih daripada itu, bukankah UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah wadah sebenar perjuangan politik dan kepentingan rakyat di Negara ini?

Semalam, Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Norasidi Salim secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai Umno malam Isnin.

Turut mengikut jejaknya adalah empat lagi anggota PKR iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Putrajaya Azmi Hassan, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Ishak Hamzah, anggota jawatankuasa PKR Putrajaya Daud Ahmad dan penggerak reformist 1999-2008 Mohd Solleh Ibrahim.

"Keputusan ini diambil dengan rela hati tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Ianya dibuat setelah difikirkan dengan masak-masak kedudukan kami dalam PKR dan menghalusi perjuangan parti.

"Apa yang kami dapati PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden Umno, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Norasidi turut menyerahkan 100 lagi borang permohonan keanggotaaan Umno daripada anggota PKR bahagian Bandar Tun Razak.

Norasidi berkata pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, sebaliknya bertelingkah sesama sendiri seperti yang berlaku di Sabah, Pahang dan Pulau Pinang.

"Kebelakangan ini, kita juga dengar saranan daripada kepimpinan parti PKR seperti Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Ketua Penerangan (Latheefa Koya) supaya ahli-ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti, supaya keluar parti," katanya.

Norasidi berkata beliau mengambil keputusan kembali kepada Umno kerana yakin dengan budaya politik parti yang sudah kukuh dan telah melalui onak dan duri dalam perjuangannya.

Malah, beliau yakin Umno dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesinambungan kesejahteraan

Selain itu pengakuan anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin daripada PKR yang turut meramalkan akan berlaku bantahan ahli PKR terhadap pemimpin tertinggi PKR akan turut menggoncang parti itu.

Bagi Zulkifli, punca menyebabkan pergolakan dalam PKR ialah tindak-tanduk sekutu pakatan pembangkang – DAP.

"DAP merupakan punca masalah-masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Seperti di Kedah di mana DAP ugut kerajaan tentang pusat pembelaan babi...bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin ditekan sehingga berhenti," katanya.

"Dah lama aduan dibuat tentang DAP...sejak awal-awal Pakatan Rakyat ditubuhkan lagi.

"Bukan tak guna saluran dalaman...sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya tetapi tiada tindakan diambil," katanya dalam Program Soal Jawab yang disiarkan TV3 malam semalam.

Beliau mendakwa DAP tidak diperlukan dan merupakan 'duri dalam daging' kepada pakatan tersebut.

Ditanya risiko tindakan mengeluarkan DAP daripada Pakatan Rakyat akan menyebabkan pakatan itu hilang kuasa di negeri-negeri yang mereka tadbir sekarang, Zulkifli berkata risiko itu perlu diambil kerana apa yang penting ialah rakyat dan negara.

Selain itu, Zulkifli juga berkata PAS dan PKR seharusnya mengambil peluang untuk mengadakan perbincangan 'Islamiah' dengan Umno dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis.

"Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tak kiralah PKR, PAS atau Umno," katanya.

Baru-baru ini Zulkifli membuat laporan polis ke atas anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana perbezaan pendapat dalam isu penggunaan nama Allah.

Beliau kini menunggu keputusan Lembaga Disiplin PKR yang mendakwa tindakan beliau itu sebagai melampaui batas.

DR ZAMRI ATAU NIZAR?

Ini bukan lagi teka-teki. Yang akan terjawab hari ini ialah Menteri Besar Perak. Datuk Seri Dr Dr Zambry Abdul Kadir atau Datu Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Lebih penting ialah penghakiman ini akan merungkai isu Perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada, dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Pada 13 Februari tahun lalu, Mohammad Nizar, 52, mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut Perlembagaan.

Keputusan Mahkamah Persektuan tidak mungkin memuaskan hati sesiapa. Jika keputusan tidak memihak kepada Nizar, Pembangkang akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan negeri BN.

"Jika Dr Zambry menang, beliau mempunyai kira-kira dua tahun untuk membuktikan bahawa kerajaannya adalah kerajaan sah. Apakah Pembangkang akan menerima hal itu pada sidang dewan akan datang atau akan terus mencetuskan kacau bilau?.

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya, hari ini dengan panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff - membuat keputusan sama ada Menteri Besar daripada Bar:isan Nasional atau daripada pakatan DAP-PKR-Pas, mendapat semula jawatan itu.

Selain Alauddin, panel hakim berkenaan dianggotai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Panel hakim itu menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Dr Zambry dan Nizar dalam kes berkenaan.

Ini rayuan peringkat terakhir bagi Mohammad Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak. Bagaimanapun, pihak yang kalah dalam sesuatu kes mahkamah, boleh memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula penghakimannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mencabarnya berdasarkan hujah daripada sudut Perlembagaan.

Konflik berkenaan siapakah yang berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lalu apabila tiga wakil rakyat daripada pakatan DAP-PKR-Pas meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28, dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Januari dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Berikutan perkembangan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang itu, supaya melepaskan jawatan Menteri Besar dan menitahkan Dr Dr Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi itu Februari tahun lalu, setelah mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Bernama dalam analisisnya menyebut ketika pemerhati di kedua-dua pihak menunggu-nunggu dengan penuh debaran keputusan mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah persoalan terus berlegar sama ada kedua-dua pihak akan menerima keputusan dan membolehkan isu berakhir.

Perak terjebak dalam situasi politik tidak menentu, dengan Dr Zambry dan Nizar masing-masing mendakwa sebagai menteri besar yang sah.

Penganalisis politik berpendapat, tidak kira apa jua keputusan, perbalahan yang berlaku antara kerajaan negeri sekarang di bawah BN dengan gabungan PAS-DAP-PKR dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan, setidak-tidaknya hingga pilihan raya akan dating.

"Jika Dr Zambry diisytiharkan sebagai MB yang sah, apapun PR akan terus tidak puashati. Ia akan mempersoal kebebasan badan kehakiman manakala pada waktu yang sama meuar-uarkan BN sebagai kerajaan sementara," kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.

Tetapi jika Nizar diisytiharkan menteri besar yang sah, beliau berkata ahli politik PAS itu mungkin memohon mandat baru tetapi ini akan bergantung pada sama ada dewan negeri boleh dibubarkan atau tidak.

Perak akan terus berada dalam situasi tidak menentu kecuali kedua-dua pihak bertolak ansur selepas keputusan mahkamah," kata Dr Sivamurugan, dan menegaskan kedua-dua pihak perlu memahami bahawa tidak wajar dibiarkan dilema ini berlanjutan.

"Jika Dr Zambry menang, beliau mungkin mempertimbang untuk berbaik-baik. Jika Nizar kalah, apakah beliau dapat menerima kerajaan negeri yang sah sehingga pilihan raya akan datang?" soal Dr Siva.

Pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari pula berpendapat, keadaan di Perak dijangka bertambah lebih rumit dan kusut jika keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya, mahkamah memutuskan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” kerana sejak setahun lalu, Dr Zambry banyak membuat keputusan semasa 'pemerintahan' Barisan Nasional.

“Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Dr Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya. Situasi berkenaan sudah tentu akan menyaksikan keadaan yang kucar kacir di Perak dan menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negeri itu.

Keputusan pentadbiran Dr Zambry, termasuk pembentangan bajet negeri baru-baru ini juga akan menjadi tidak sah.

Menurut hasil tinjauan yang disiarkan oleh Merdeka Centre, sebuah firma tinjauan pendapat, Jumaat lepas, ulangtahun pertama BN memerintah Perak selepas pilihan raya umum 2008, 46 peratus daripada mereka yang ditinjau pendapat menyokong Nizar sementara Dr Zambry berada di belakang dengan 44 peratus.

Nizar mempunyai kelebihan signifikan daripada Dr Zambry bila melibatkan masyarakat Cina (59 peratus untuk Nizar lwn 16 peratus untuk Dr Zambry) tetapi Dr Zambry mendahului pertandingan bila melibatkan sokongan Melayu, dengan mendapat 67 peratus berbanding Nizar 35 peratus.

Anggota exco negeri Perak Dr Mah Hang Soon berkata BN sedar sokongan daripada rakyat masih begitu berbelah bagi.

"Tetapi keadaan bertambah baik untuk kami, rakyat tidak menaruh sikap terlalu bermusuhan seperti dulu. Kami percaya jika kami terus bekerja keras dan membuktikan rancangan ekonomi kami, mereka akan menyokong kami...buktikan kami adalah kerajaan yang lebih baik," katanya.
Bagi Pembangkang, ia masih menganggap penyelesaian muktamad terhadap kebuntuan ini ialah menerusi pilihan raya baru.

"Tidak ada apa yang akan berubah kecuali diadakan pilihan raya baru. Saya tidak nampak mana-mana jalan lain.

"Apa juga keputusan mahkamah, ia tidak akan mengubah sentimen rakyat," kata pakar strategi DAP dan MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Analisis Malaysiakini pula menyebut, kedudukan kini menyebabkan 24 kerusi dianggap panas di Perak dan dikatakan kemungkinan akan menentukan samada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional akan berkuasa jika pilihan raya negeri diadakan dalam masa terdekat ini.

Kemelut politik di Perak dijangka bertambah kusut apabila mahkamah persekutuan membuat keputusan esok berhubung siapa yang sepatutnya menduduki kerusi menteri besar Perak.

Majoriti 24 daripada kerusi panas itu terletak di luar bandar dan juga pinggir bandar dan kebanyakan pengundi mereka terdiri daripada masyarakat Melayu.

Kerusi-kerusi itu juga dimenangi dengan hanya kelebihan kurang 10 peratus undi pada pilihan raya umum lalu. Justeru, perubahaan 5 peratus sokongan akan menyaksikan pertukaran kerusi di antara kedua-dua parti berkenaan.

12 daripada kerusi panas itu kini dimilik oleh Umno, menerusi BN manakala bakinya dipegang oleh Pakatan.

Terdapat 59 kerusi parlimen di Perak dengan Pakatan menguasai 31 kerusi manakala Barisan memegang 28 yang lain.

Adalah dijangkakan kebanyakan pengundi Melayu, khususnya di luar bandar akan kembali ke BN kerana Umno didakwa berjaya mengeksploitasikan isu “penderhaka” dan “boneka” terhadap menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan berkesan.

Bagaimanapun, diramalkan pula lebih ramai masyarakat Cina akan menyokong Pakatan manakala undi masyarakat India pula akan terus terbahagi dua.

Menurut sumber pada pilihan raya Bukit Gantang, tahun lalu, Pakatan mendapat tambahan 15 hingga 20 peratus undi daripada masyarakat Cina tetapi kehilangan 4 peratus sokongan pengundi Melayu.

Sekiranya trend berkenaan berterusan, PAS dikatakan agak teruk terjejas kerana ia lazimnya diperuntukkan kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

PKR juga menghadapi risiko kerana ia bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi berbilang bangsa manakala DAP dijangka tidak menghadapi laluan sukar kerana ia bertanding di kerusi-kerusi yang majoritinya pengundi Cina.

TANGGUH GARA-GARA MOHON HAKIM TARIK DIRI

Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi ditangguh hingga hari ini untuk dengar permohonan supaya hakim dilucut.

Semalam, Mahkamah Tinggi dijadual mendengar keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam pemeriksaan balas oleh pembelaan selepas pendakwaan selesai menjalankan pemeriksaan utama Jumaat lalu.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Persoalannya bagaimana jika permohonan itu ditolak?
Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disambung semalam.

Bagaimanapun perbicaraan terhadap Anwar sebagai tertuduh ditangguhkan sehingga hari ini bagi mendengar permohonan ketua pembangkang itu supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Hakim Mohamad Zabidin kemudiannya menyoal Karpal Singh tentang bila pihak pembelaan mahu mahkamah mendengar permohonan itu, sama ada pada petang ini atau pagi esok.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, pula berkata perbicaraan kes itu sepatutnya diteruskan hari ini sementara pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar.

Mahkamah kemudian memutuskan untuk mendengar permohonan itu pagi esok bagi memberi peluang kepada pendakwaan memfailkan afidavit berkenaan.

Terdahulu, Karpal Singh berhujah bahawa mahkamah perlu mendengar permohonan itu terlebih dahulu sebelum meneruskan perbicaraan kes Anwar dan berkata pihak pembelaan tidak mempunyai niat untuk melengah-lengahkan prosiding malah bersedia menjalankan pemeriksaan balas terhadap saksi pertama pendakwaan, iaitu pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau juga berkata anak guamnya berhak mendapat satu perbicaraan yang adil selaras dengan peruntukan mengikut Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perbicaraan kes liwat yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara itu bermula Rabu lalu (3 Februari) iaitu 18 bulan setelah Anwar dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 7 Ogos 2008.
Baca juga analisis berikut:

GEMPAR - KENAPA DITANGGUH LAGI?

Sumber : http://parpukari.blogspot.com/( Monday, February 8, 2010)

Menurut The Unspinners pasukan peguambela sepatutnya memulakan 'cross examination' atau sesi pemeriksaan balas saksi hari ini, seba itu ramai pemimpin PKR yang turun kerana mereka tidak sabar untuk mendengar perbicaraan hari ini, tujuan mereka untuk mencari kelemahan kes ini.

Malang sekali, hajat mereka tak kesampain apabila Peguambela CIFUT BABI iaitu Karpal Singh datang lewat dan minta untuk hakim ditukarkan!

Kalau dilihat alasan Karpal ni adalah tidak kuat dan semua orang tahu Utusan Malaysia hanay melaporkan apa yang dibicarakan di Mahkamah. Kenbanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang terutama DAP dengan sengaja menyalahkan Utusan atas tujuan Politik.

Kalau nak dikutkan dengan laporan dan fitnah yang dilakukan oleh portal dan bloggers Pakatan Pembangkang adalah lebih teruk lagi namun tiada sesiapa pun bising! Kenapa mereka minta supaya Hakim tersebut ditukarkan?

Bila terjadinya perkara sebegini maka ianya menimbulkan pertanyaan, apakah pihak Peguambela belum bersdia lagi untuk melakukan 'cross examination'? Dan ada juga yang percaya bahawa Peguambela percaya kepada segala testimoni yang diberi Saiful! Apa yang diceritakan Saiful adalah benar dan tepat memang susah hendak disangkal lagi!

Sememangnya Pendakwaraya dari awal lagi sudah pun membentangkan segala bukti dan hujah tentang kes ini, maka apa lagi yang menjadi penghalang untuk peguambela menangguhkan kes ini, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana lagi untuk memusing atau memutar belit lagi akan kes ini!

Segala cerita mengenai KONSPIRASI TEORI dan macam-macam teori lagi sudah tidak boleh jalan lagi, pihak peguambela tahu yang mereka tidak cukup hujah untuk lawan kes ini dari aspek undang-undang, ingat Karpal dan kawan-kawannya bukan calang-calang peguam!

Mereka juga tahu kali ini Pendakwaraya sudah cukup bersedia menghadapi segala macam persoalan dari pihak Peguambela, ketakutan paling besar mereka adalah sekiranya pihak pembela terperangkap dalam segala macam perangkap yang telah dipasang oleh Pendakwaraya, kalau silap tanya soalan nanti takut semakin terbongkarlah kemungkaran Anwar!

Sesungguhnya pihak peguambela sudah tak tahu nak buat apa sekarang ni selain dari menangguhkan kes ini, mereka juga mengetahui segala bukti baik dari segi forensik mahupun bukti nyata serta segala hujah yang menyokong Pedakwaraya adalah kuat!

Hanya satu sebab untuk tangguhkan kes ini, mereka cuba menghidupkan gerakan Reformasi dan sekaligus untuk menimbulkan kekacauan supaya rakyat menjadi rimas, mereka sanggup lakukan apa saja demi untuk mengelakkan kes ini dari diteruskan! Inilah wajah sebenar CIFUT BABI AND THE GANG!

PORTAL PAS KATA KARPAL ADA MOTIF POLITIK UNTUK JADI PEGUAMBELA ANWAR

Melayu08, Tranung Kite Online (Portal PAS)

PAS dan DAP pernah membongkar rahsia Anwar?

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. (Baca Hansard Parlimen 1997 yang ada ucapan Karpal Singh sini)

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar.

Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu"?

Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.

Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar. Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya.

Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar.

Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS. Tidakkah Anwar sudah masuk ke perangkap Karpal Singh sehingga beliau bebas melakukan segala bentuk konspirasi selepas ini? Tidakkah Anwar telah dicucuk hidung dan bakal diheret kemana-mana oleh DAP.

Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.

Alasannya cukup mudah dan hebat!

Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

DAP dan Karpal Singh mandapat faedah yang besar jika mereka berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuk mereka dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan populariti sudah pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia.

Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Jadi siapa sebenarnya yang melakukan dan mengatur konspirasi, DAP dan Pas ataupun Barisan Nasional?

Nasihat kepada Anwar Ibrahim supaya jangan pandai membuat tuduhan melulu kepada kerajaan. Belajarlah dari pengalaman yang lepas siapa yang sebenarnya melakukan konspirasi terhadap anda. Ingat satu jari anda menuding kepada orang lain, empat jari menuding kepada anda kembali.

Tidak hairanlah kalau Karpal Singh menyokong kecaman Amerika terhadap Malaysia untuk menunjukkan sokongannya terhadap Anwar sebagai membalas sokongan Anwar mempertahankannya dalam kes biadapnya terhadap Sultan Perak. Anuar dan Karpal Singh ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Jika kes liwat terbaru ini naik ke mahkamah, adakah Anuar akan melantik Karpal Singh sebagai peguambelanya.

Rakyat dari parti pembangkang harus berfikir secara mendalam dan tidak harus terlibat dalam percaturan politik Anwar yg kotor ini.

Jika sebelum kes 1998 iatu pada Julai 1998 dan sebelumnya Mat Sabu sendiri telah mengeluarkan sendiri kenyatan yang betapa bahayanya Anwar kepada negara kenapa sekarang PAS membuat u turn. Demi agama Islam yg diperjuangkan PAS seharusnya PAS adil dan bertindak mengikut lunas islam.

Jangan kerana untuk berkuasa PAS sanggup bersengkokol dgn sekutu yg terang-terang bertentang dgn ajaran islam. pengkhiatan terhadap jaran islm adalah satu dosa besar. dlm hal ini saya yakin yg PAS lebih arif kerana mereka dibarisi oleh ustaz-ustaz yg berwibawa.

Jika sebelum kes 1998 PAS percaya dan turut terpegun dlm ceramah Mat Sabu pabila Mat Sabu dengan lantangnya memanggil Anwar AL- Juburi kenapa apabila melihat rakyat tak percaya PAS pun turut menukar topik dan menyalahkna kerajaan?

Taib azamuddin sendiri pernah menerima pengakuan sumpah yg pernah dbuat oleh sesorg yang mendakwa pernah diliwat oleh anwa dan mereka merakam pengakuan tersebut. malahan akuan tersebut diedar kepada rakyat. kenapa masa 1998 PAS dan DAP percaya sebelum kes tersebut melatup tapi tiba2 PAS dan DAP membuat pusingan U?

Saya yakin dgn konsep keadilan media yg diperjuangkan oleh TKO ini dapat menyiarkan artikel saya ini supaya rakyat dpt mendengar dari kedua-pihak dan membuat penilaian. Dsini saya sertakan link utk sebagai bukti artikel saya ini. supaya saya bertanggungjawab atas artikel ini dan tidak membuat kenyataan tanpa memberi bukti.

Sumber : The Unspinners