Kalaupun
tidak peringkat Majlis Tempatan, biarlah reformasi itu dilaksanakan dahulu di
peringkat mukim dan kampung.
Ini
masanya untuk mereformasikan pentadbiran ‘bottom-up’ yang bukan sahaja untuk membuktikan
kepada rakyat bahawa perancangan dan
pelaksanaan bukan hanya dibuat di peringkat Putrajaya dan ibu-ibu negeri tetapi
juga peringkat bawah, khususnya di
kampung-kampung.
‘Perintah
dan arahan Putrajaya’ rasanya perlu direformasikan dalam konteks pentadbiran
luar bandar yang memerlukan perhatian mendalam.
Ini
kerana di situlah wujud kemiskinan tegar, kepayahan petani, nelayan, peladang,
penganggur, anak muda yang terbiar, masalah moral dan dadah serta banyak lagi.
Kemiskinan
membelenggu segala-galanya dan menjadi punca kepada kemunduran berterusan.
Manifesto
HARAPAN Terengganu ada menggariskan pembangunan luar bandar yang sewajarnya secara
‘bottom-up’ melalui tajuk ‘Cakna Rakyat’ dan ‘Cakna Kampung’ namun malang
sekali, rakyat negeri berkenaan memilih PAS untuk menggantikan kerajaan Barisan
Nasional (BN).
HARAPAN
ditolak secara total melalui pilihan raya umum ke-14.
Namun,
kekalahan itu bukanlah segala-galanya. Dengan kerajaan Pusat kini dikuasai
HARAPAN, ruang dan peluang masih ada. Yang penting, pemimpin di Putrajaya
mendengar dan mengambil perhatian terhadap saranan pemimpin HARAPAN di negeri
dan bahagian-bahagian.
Beberapa
hari ini banyak perbincangan dibuat khususnya di Kelantan dan Terengganu
mengenai isu Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK).serta pelantikan
anggotanya yang menjadi agensi penting peringkat mukim dan kampung.
Semua
tahu, termasuk orang UMNO, MPKK yang menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKK) walaupun direformasikan tetapi berfungsi sebagai
suara dan keputusan perancangan dan pembangunan peringkat bawah.
Malah
ia adalah ‘alat politik dan kuasa’ peringkat bawahan yang begitu penting untuk
sokongan sam ada secara moral, penegasan
atau melalui pengundian.
Berikutan
itu, peruntukan yang disalurkan daripada wang rakyat perlulah digunakan
sebaik-baiknya untuk rakyat, bukan untuk tujuan kepentingan pihak tertentu, apalagi ‘rompakan’.
Sedangkan
MPKK ini jika dilaksanakan dengan baik mampu mewujudkan landasan berikut:
1.
Masyarakat
luar bandar diberikan peranan yang lebih dalam memberikan gagasan dari awal
hingga penilaian pelaksanaan. KPLB sudah pasti menjadi fasilitator pembangunan;
2.
Masyarakat
bawahan akan lebih aktif dalam memberikan pendapat, idea dan gagasan sebenar
mengenai situasi di luar bandar;dan
3.
Pemimpin
luar bandar menjadi lebih dominan dan
mereka tahu dengan sepenuhnya apa dan kesan pelaksanaan pembangunan dari awal
hingga akhir. Jika gagal, apakah kerajaan Pusat dan negeri wajar dipersalahkan?
Mereka perlu ambil tanggungjawab.
Mungkin
ada perbezaan pandangan antara KPLB dengan orang bawahan tetapi dengan
reformasi yang menekankan integriti dan kecekapan, isu seperti ini pastinya
tidak wajar timbul.’
Memanglah
bagi yang pesimis akan mengatakan hasil
pembangunan belum tentu baik tetapi dengan KPLB menjadi fasilitator ‘periksa/semak
dan imbang’ pastinya wujud kea rah hasil
dan kesan maksimum.
Paling
penting ciri ‘bottom-up’ ialah pembangunan
yang selama ini bercirikan ‘top-down’ di mana rakyat bawahan hanya
‘menurut dan akur perintah’ perlu direformasikan.
HARAPAN
perlu ingat beberapa perkara penting:
1.
Bahawa
mengundi dan setia kepada kerajaan adalah rakyat yang kebanyakannya dari luar
bandar, yang lain mengikut kepentingan dan suasana politik;
2.
Parti
seperti BERSATU, AMANAH dan PKR – sumber sokongan daripada luar bandar,
walaupun AMANAH dan PKR mengharakan pengundi campuran;
3.
BERSATU
mahu ganti UMNO, juga berteraskan undi luar bandar; dan
4.
Sokongan orang Melayu dan Islam kepada kerajaan akan
pupus sekiranya luar bandar dipinggirkan.
Apabila
disebut luar bandar, ia bukan bermakna fizikal tetapi juga pergerakan rakyat
dan pemikiran mereka.
Ramai
penduduk bandar adalah dari luar bandar dan skop pemikiran mereka boleh berubah
mengikut keadaan – bandar dan luar bandar.
Kita
lihat yang berhijrah ke bandar untuk bekerja, mencari rezeki dan peluang,
apabila tiba musim pilihan raya, negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu
menerima pulang pengundi dari Pantai Barat, Utara Semenanjung, Selatan
Semenanjung, Singapura, malah selatan Thailand.
Bukan
sedikit, malah berjuta pengundi luar bandar akan pulang. Ia juga diibaratkan
sebagai ‘Hari Raya 5 Tahun Sekali’.
Ciri-ciri
ini menggambarkan kekuatan luar bandar. Bila disebut Luar Bandar, menteri dan
kementerian yang terbayang pantas ialah Menteri dan Kementerian Pembangunan
Luar Bandar (KPLB).
Di
situlah banyak agensi berkaitan luar bandar ditempatkan dan sewajarnya menjadi
‘nucleus’ kepada pembangunan luar bandar. Perancangan dan pelaksanaan dasar dan
programnya mestilah memanfaatkan penduduk luar bandar.
RISDA,
FELCRA, MARA dan banyak agensi lain seperti KEMAS dan MPKK adalah antara agnsi
penting di bawah KPLB.
Kenapa
Perdana Menteri meletakkan menteri BERSATU menjalankan tugas KPLB?
Ia
pastinya berkaitan dengan fungsi kementerian berkenaan. Malah kementerian ini
yang diwujudkan semula oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana
Menteri ke-4 ialah kerana ia penting.
Kementerian
inilah yang mampu mendengar suara dan naluri rakyat luar bandar.
Pendapat
dan hasrat rakyat luar bandar boleh dan sewajarnya datang ke kerajaan dan
Putrajaya melalui kementerian ini. Bukan sebaliknya.
Namun,
adakah menteri yang dilantik sensitif dan bersedia mendengar hasrat rakyat?
Banyakkan
peruntukan untuk luar bandar di mana kebanyakan Bumiputera dan Islam tinggal di
kawasan berkenaan
Benarkan
perancangan dan pelaksanaan’ pembangunan dijalankan secara terbuka dan adil
oleh wakil penduduk luar bandar.
Melalui
cara ini, keyakinan penduduk luar bandar akan dapat dipupuk dan ini akan
memudahkan HARAPAN mendapat sokongan – sama ada untuk tujuan menggembleng
tenaga untuk pembangunan atau juga sokongan dalam pilihan raya.
Segala-galanya
terletak di tangan menteri dan KPLB.