Saturday, August 1, 2009

POLIS BERUSAHA TENTERAMKAN KUALA LUMPUR

Di hadapan Istana Negara - destinasi untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong – dipenuhi barisan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk trak meriam air.

Polis menutup semua jalan menuju ke Istana Negara menjelang berlangsungnya dua perhimpunan - pro dan anti-ISA - yang dijadual bermula jam 2 petang ini.

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) depan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup. Masjid Jamek juga ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk.

Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.

Sehingga tengah hari ini, lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.

Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 sudah ditahan dalam percubaan terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA ke Istana Negara.

Beberapa penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan di kompleks membeli-belah Sogo dalam percubaan mereka berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara mulai 2 petang.

Norlaila Othman, ahli jawatankuasa GMI, dan seorang aktivis bersama NGO itu Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi. Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu menuju suatu tempat yang tidak dapat dipastikan.

Mereka yang ditahan di beberapa tempat di tengah bandar dilaporkan dalam percubaan menganjurkan demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Jom MAKANG FREE

Jom MAKANG FREE

Tak payah bayar SESEN pong!



1 Ogos 2009 (HARI INI),6 ptg – 12 malam
Tempat Letak Kereta B
Stadium Bukit Jalil

BUKTIKAN KEUPAYAAN ISA MEKANISME PENCEGAHAN

(Isu Sabtu)

Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009 (hari ini) sebenarnya konspirasi siapa?

Banyak juga pendapat mengatakan ia diadakan untuk MELAGAKAN orang Melayu dan Islam sesama mereka?

Saya tidak pasti tetapi terfikir juga. Apapaun ada dua persoalan:

1. Pertama konspirasi melaga-lagakan Melayu; dan

2. Kedua, kerajaan tidak mengamalkan pencegahan.

Baca kenyataan ini: “Mula berhimpun di mana? Masjid Jamek atau Masjid Negara atau Sogo untuk berarak ke Masjid Negara. Untuk keterangan lanjut hubungi Nalini di 03 77843525”

Kenapa memulakan perhimpunan di Masjid Jamek atau Masjid Negara atau Sogo?

Kenapa jadikan masjid dan gedung jualan tempat mula perhimpunan? Ada pihak membantah masjid dijadikan tempat perhimpunan

Pertama – Konspirasi melaga-lagakan sesama Melayu dan Islam

Pada satu posting baru-baru ini saya mengatakan Melayu atau Bumiputera lain kini digelar BABIPUTRA.

Pada 1 Ogos 2009 (hari ini), Melayu (BABIPUTRA?) akan berlaga sesama sendiri.

Kenapa 1 Ogos? Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. “Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.”

Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan: a. Bebaskan semua tahanan ISA; b. Mansuhkan ISA dan c. Tutup Kem Kamunting - Kem ’Guantanamo’ Malaysia.

Persoalannya, yang mencetuskannya siapa? BABIPUTRA sendiri atau orang lain yang mahu melihat BABIPUTRA bergaduh?

Siapa yang beria-ia dan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri? Namanya, Gerakan Anti ISA atau GMI iaitu badan yang bergerak di bawah Suaram. Berikutan itu, kumpulan penyokong ISA termasuk Pewaris memberikan respon untuk turut berarak.

Siapa Suaram? Suaram ialah pertubuhan NGO dan dikatakan dibiayai melalui derma dan geran daripada sumber awam dan swasta.

Difahamkan, Pengarah Eksekutif Suaram ialah Yap Swee Seng. Yang lain ialah Dr. Kua Kia Soong (bekas Ahli Parliamen); Fan Yew Teng (bekas Ahli Parlimen); Sivarasa Rasiah ( Ahli Parlimen); Julian Jayaseelan; Charles Hector; Lee Siew Hwa; Irene Fernandez (Tenaganita dan Caram Asia); Bruno Gentil Pereira; Dr Syed Husin Ali (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat) ; Tian Chua (Ahli Parlimen); S. Arutchelvan (Setiausaha Parti Sosialis Malaysia); Elizabeth Wong (ADUN); Cynthia Gabriel (aktivis); Premesh Chandran (Malaysiakini) ; Irene Xavier (Sahabat Wanita) dan Dr. Nasir Hashim (Presiden Parti Sosialis Malaysia dan ADUN).

Kenyataan Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH,Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada 22 Jun 2009 jelas menganggap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai zalim.

Menurut kenyataan akhbar pada 22 Jun 2009, dikatakan bahawa Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO akan menyertai perhimpunan.

GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat di beberapa lokasi antaranya Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.

Jika ditakdirkan ada perhimpunan hari ini, kita lihat siapa ketua NGO yang datang atau ketua-ketua politik pembangkang. Sesiapa pun merakamnya hari ini.

Dalam konteks sesama Islam pula – Melayu yang datang rasanya 100 peratus Islam dan pendokong – sama ada GMI yang disokong PAS dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama PERKASA, yang mahu ISA dikekalkan rasanya juga Islam.

Kedua, kerajaan tidak mengamalkan pencegahan

Akta ISA itu sendiri adalah pencegahan. Namun, dalam usaha mencegah berlakunya pertembungan kedua-dua pihak jelas kerajaan hanya member amaran demi amaran.

Kelmarin (30 Julai 2009), Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, membuat kenyatan polis bimbang ketegangan akan berlaku di hari ini semasa perhimpunan dan perarakan berhubung ISA kerana terdapat unsur provokasi melibatkan kumpulan-kumpulan yang menyokong dan menentang undang-undang itu.

Beliau hanya meminta penganjur membatalkan hasrat mereka dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu.

Ini kerana terdapat agenda berbeza antara Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama PERKASA, yang mahu ISA dikekalkan.

Katanya, walaupun pihak-pihak penganjur menyatakan perhimpunan dan perarakan ini akan diadakan secara aman tetapi kesannya boleh menggugat ketenteraman awam. Beliau turut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam turut memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah akta itu.

Beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan hari ini di ibu negara.

Semua orang tahu ISA ini satu senjata kepada pemerintah menghalang pengaruh komunis, gerakan subversif dan juga pemimpin-pemimpin yang merbahaya kepada keselamatan negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan cara hidup di Malaysia.

Pengalaman mengajar kita betapa perhimpunan seperti reformasi 1998/1999 yang menyusahkan banyak pihak memerlukan pihak berkuasa bertindak bijak.

Polis sudah tahu siapa GMI, di mana mereka beroperasi dan siapa dalang tetapi masih membiarkan atau tunggu dan lihat.

Apakah setelah Melayu dan orang Islam bergaduh sesame sendiri ( minta dijauhkan) baru mahu bertindak?

Juara-juara dan individu yang sudah diketahui umum di belakang GMI atau Pewaris atau sesiapa juga perlu diberikan amaran keras.

Kita semua tahu juara yang mahukan ISA dihapuskan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi perlu diberitahu jangan ‘main api”.

Ramai yang mahukan supaya ISA dikaji semula dan tidak dihapuskan. Perbuatan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak jangan dibiarkan.

Kerana itu banyak pendapat, termasuk daripada blog bertanyakan “kenapa Menteri Dalam Negeri tidak berani bertindak seperti Operasi Lalang” yang banyak berlandaskan kepentingan pencegahan.

Apa akan jadi kalau orang Melayu dan bukan-Melayu bertempur jika tidak kerana langkah drastik itu. Biasalah, yang menyebabkan kekusutan akan menerima padahnya.

Jangan salahkan sesiapa. Rakyat yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan perpaduan akan dibela tetapi yang menyebabkan huruhara, menjadi juara tidak bertempat dan berniat serong akan merasai padahnya.

Rasanya belum terlambat untuk pihak berkuasa, khususnya polis bertindak tegas mencegah dua kumpulan yang menyokong dan menentang ISA bertembung.

Jangan jadikan Malaysia tajuk berita di luar negara – perpecahan, pertempuran sesama rakyat akibat ‘tunggu dan lihat’ pihak berkuasa.

ISA sebagai mekanisme pencegahan perlu dibuktikan keupayaan dan kepentingannya hari ini!

POLIS PERLUKAN 102 SAMPEL DNA

Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) siapa di belakang baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock?

Jawapannya diharapkan dapat diketahui pada Inkues yang akan bersambung pada 5 Ogos depan.

Inkues itu diadakan untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajalnya. Ia juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat orang lain yang terlibat secara jenayah dalam kematian tersebut.

Seramai 102 individu yang dikehendaki menyerahkan sampel DNA masing-masing dalam siasatan polis bagi merungkai misteri kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Kelmarin, pada hari pertama inkues berhubung kematian Teoh, satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di pakaian mendiang.

Identiti lelaki itu bagaimanapun belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA telah diambil. Sampel 90 individu telah siap, sementara 12 lagi - termasuk dua yang enggan - belum diperolehi.

Inkues di depan koroner Azmil Muntapha Abas diberitahu bahawa lima sampel diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

Teoh ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Dua yang dilaporkan enggan berbuat demikian semalam menyerahkan sampel DNA pada air liur mereka ke ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan juruteknik Lee Wye Wing yang terbabit dalam inkues kematian Teoh hadir di jabatan itu pada pukul 11.30 pagi.

Mereka ditemani oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang bertindak sebagai peguam dan Eric Pok Shyong, juga seorang peguam

Kematiannya yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentukan kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

GMI BELANJA 1.2 JUTA UNTUK BIKIN KACAU DI IBU NEGARA?

(Pisau.net)

Baru dapat sms "GMI belanja RM1.2 juta, kempen saat terakhir untuk tarik ahli keluar lawan Pewaris dan Perkasa.

dari minaq jinggo

Pihak GMI sekarang ini nampak begitu terdesak sehingga sanggup membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak,semata mata mahu membuat kacau di Ibu Negara esok hari.

Khabarnya wang itu di salurkan oleh pihak tertentu agar tugas memporak perandakan negara berhasil.


Siapakah mereka ini?Dari mana datangnya wang yang begitu besar jumlahnya? Agaknya dari mana?

“Masihkah anda ingat,bagaimana dan dari mana wang di salurkan untuk PR"

Sementara itu, Pemuda Gerakan semalam gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mendesak supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sekumpulan anggota pergerakan itu, yang diketuai oleh ketuanya, Lim Si Pin, tidak dapat menyerahkan memorandum tersebut kerana mereka tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada pegawai istana.

Menurut Malaysiakini, pergerakan itu pada mulanya, mereka merancang untuk menyertai perhimpunan anti-ISA esok.

Bagaimanapun, mereka memutuskan untuk menyerahkan memorandum tersebut hari ini kerana tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan esok.

Mereka pada mulanya merancang untuk berarak dari bangunan berhampiran, menuju ke istana untuk menyerahkan memorandum mereka hari ini tetapi terpaksa membatalkannya atas nasihat polis.

Mereka kemudiannya menaiki kenderaan menuju ke pintu utama istana.

Gerakan memang selama ini membantah penggunaan ISA.