Saturday, August 1, 2009

POLIS PERLUKAN 102 SAMPEL DNA

Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) siapa di belakang baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock?

Jawapannya diharapkan dapat diketahui pada Inkues yang akan bersambung pada 5 Ogos depan.

Inkues itu diadakan untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajalnya. Ia juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat orang lain yang terlibat secara jenayah dalam kematian tersebut.

Seramai 102 individu yang dikehendaki menyerahkan sampel DNA masing-masing dalam siasatan polis bagi merungkai misteri kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Kelmarin, pada hari pertama inkues berhubung kematian Teoh, satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di pakaian mendiang.

Identiti lelaki itu bagaimanapun belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA telah diambil. Sampel 90 individu telah siap, sementara 12 lagi - termasuk dua yang enggan - belum diperolehi.

Inkues di depan koroner Azmil Muntapha Abas diberitahu bahawa lima sampel diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

Teoh ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Dua yang dilaporkan enggan berbuat demikian semalam menyerahkan sampel DNA pada air liur mereka ke ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan juruteknik Lee Wye Wing yang terbabit dalam inkues kematian Teoh hadir di jabatan itu pada pukul 11.30 pagi.

Mereka ditemani oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang bertindak sebagai peguam dan Eric Pok Shyong, juga seorang peguam

Kematiannya yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentukan kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

No comments:

Post a Comment