Tuesday, December 25, 2012

APABILA BANJIR PUN MENJADI MODAL SOKONGAN & POLITIK PAS!

Lihat betul-betul gambar ini...keadaan kenderaan dan apa di dalamnya.

Tidak ada pun kata-kata Menteri Besar supaya bantu mangsa UMNO atau BN sahaja. Sebaliknya bantuan disalurkan sama rata – tidak kira penyokong PAS atau UMNO – seperti dilakukan untuk pembahagian bantuan sebelum ini sama ada melalui pelbagai dana, e-Book atau bantuan Hari Raya.

Daripada www.teganuku.blogspot.com
(Tajuk asal - Apabila Banjir Pun Menjadi Kepentingan Sokongan & Politik)

Seharusnya ketika bencana menimpa atau dugaan mendatang, lupakan politik buat seketika.

Namun mungkin kerana tidak mahu dilihat tidak melakukan kerja atau mempunyai niat untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS boleh melakukan perkara serupa, Unit Amal PAS membuat sesuatu yang sedikit janggal.

Mendakwa bahawa anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus antara yang terawal menghulurkan bantuan kecemasan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda Kampung Pak Tuyu, Gong Badak, tidak lain dan tidak bukan bertujuan mendapatkan ‘kredit’.


Menurut laporan portal pembangkang, tinjauan Squad BO mendapati kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Mohamad Ramli Nuh tidak kelihatan sehingga tengah malam itu.

Sejumlah 28 buah keluarga dari Taman Sri Tanjung dan Taman Darul Iman 6, Kampung Pak Tuyu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dikatakan terlibat dengan banjir pada 23 Disember (kelmarin).

Mendaftar mangsa di pusat pemindahan.
Memetik mangsa banjir, Tuan Saidi Tuan Petera, 48, punca keadaan banjir semakin buruk akibat daripada kerajaan menaiktaraf jalan yang lebih tinggi dari asal. "Setiap tahun saya hadapi situasi banjir seperti ini sejak 25 tahun lalu menetap di sini. kali ini lebih teruk air naik paras pinggang dalam rumah. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa memperbesarkan sistem saliran air ke muara.

Kerajaan lagi yang kena! 

Bukan pemimpin PAS sahaja yang sedar masalah dan punca banjir ini, malah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut merayu kerajaan supaya melaksanakan segera projek tebatan banjir yang membawa manfaat kepada lebih 30 buah kampung termasuk Hulu Seladang, Che Long, Guntung, Permaisuri, Nyatoh dan Kampung Buluh.

"Penduduk terbabit saban tahun terpaksa dipindahkan akibat banjir sejak lebih 20 tahun lalu dan ini menyukarkan penduduk," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir.

Kalau mahu dilihat ‘pemimpin PAS Terengganu” buat kerja, mana laporan lain?

Setakat jam 10.30  pagi ini ada dua berita sahaja dilaporkan mengenai banjir dan satu bantuan oleh PAS!

Pemeriksaan kesihatan turut diadakan pada penempatan mangsa.
Sedangkan ketika turun padang pelbagai agensi kerajaan, sama Kerajaan Negeri, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengangkutan Jalan atau sebagainya tidak pun meletakkan bendera UMNO atau Barisan Nasional pada kenderaan mereka. Malah, setiap penempatan mangsa, tiada pun bendera UMNO atau BN.

Sebaliknya PAS kecoh mengatakan mereka menyediakan pusat pemindahan banjir dengan meletakkan no telefon.

Contohnya dinyatakan Dewan Pemuda PAS Terengganu telah membuka bilik gerakan banjir bagi memantau dan memberikan khidmat ke seluruh neger Terengganu melalui Unit Amal. Bilik Gerakan banjir Pemuda boleh di hubungi pada nombor 0199229158 yang di uruska sendiri oleh Pengarah Unit Amal Negeri Ustaz Saiful Anbiya.

Sekadar bertanya khabar dan lihat...paling baik dapat dilakukan ialah kritik.
Seluruh Terengganu melalui satu nombor sahaja?

Perhatikan apa yang dilakukan kerajaan negeri: Bukan untuk memperlekeh. Sebaliknya kalau pemimpin PAS berganding bahu dengan kakitangan agesi kerajaan, ia akan lebih mempercepat dan memudahkan bantuan disalurkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta pemimpin UMNO pun melakukan kerja ‘turun padang’ tetapi tidak pula menyatakan tiada pun wakil rakyat PAS di tempat yang dimenangi parti itu untuk membantu mangsa banjir.

Malah Ahmad Said semalam mengingatkan mangsa banjir di negeri ini – tidak ada sebut UMNO atau PAS - agar mendaftar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan penyaluran bantuan susulan.

Katanya dari segi bantuan keperluan asas termasuk makanan tidak menjadi masalah kerana kerajaan Terengganu sudah bersedia sejak September lepas. Ketika melawat mangsa banjir semalam, beliau diiringi Pengarah JKM negeri Zuhaimi Omar.

Tidak ada pun kata-kata Menteri Besar supaya bantu mangsa UMNO atau BN sahaja. Sebaliknya bantuan disalurkan sama rata – tidak kira penyokong PAS atau UMNO – seperti dilakukan untuk pembahagian bantuan sebelum ini sama ada melalui dana, e-Book atau bantuan Hari Raya.

Janganlah kerana kepentingan politik yang sempit dan taksub, banjir pun mahu dipolitikkan.

Sebaik-baiknya kita bersatu hati membantu rakyat yang menderita dan ketika seperti ini kalau diandaikan pilihan raya diadakan, mereka pun tidak ada minat memangkah. Ini kerana dalam kepala mereka berserabut dengan masalah yang menimpa.

Jadi janganlah disukar dan dikusutkan lagi mereka dengan masalah dan bantu membantulah antara kita kerana BANJIR TIDAK MEMILIH SAMA ADA KITA PENYOKONG UMNO ATAS PAS.

INGATLAH kebanyakan yang jadi mangsa di negeri ini adalah Melayu dan Islam.

3 comments:

  1. PAS ni kalau boleh berak pun nak dipolitikkkan

    ReplyDelete
  2. Jangan salahkan PAS jika mereka nak dapatkan kredit dalam kes banjir ni .

    walau apa yang PAS buat , mereka tidak akan mendapat apa-apa kredit pun KALAU pihak JKKK bertindak pantas . Ini tidak JKKK buat macam lembu kenyang , so bila unit amal PAS dah mula beri bantuan mula lah berteriak . Kena ingat , tahun2 sebelum ni berapa ramai JKKK yang kena serbu dengan orang kampung . Malah ada pun JKKK yang kena tampar sebab lambat bertindak .

    Kesimpulan nya : PASTIKAN JKKK dan Ketua Cawangan proaktif dikawasan masing2 . Pihak Bahagian , penyelaras DUN dan wakil rakyat harap ambil tindakan lah pada JKKK yang jenis lembu kenyang ni .

    ReplyDelete
  3. pas ni bila berak, kalau yg keluar itu 'taik', umno punya. kalau yg keluar 'intan berlian', itu memang pas la yg punya.... sebab itu semua salah dan buruk dtg dari umno sebab belum pernah pas berakkan intan berlian!!!!

    ReplyDelete