Saturday, February 7, 2009

SAMAN SULTAN PERAK - SIAPA LIDAH BERCABANG?


(Isu Sabtu)


Karpal Singh, Mohamamd Nizar atau media pro-kerajaan?

Ia berkaitan isu saman Sultan.

Bagi saya yang kelam-kabut berlaku adalah kerana Pakatan Rakyat terkejut sehinggakan tidak lagi terancang tindakan mereka.

Pertama, mereka tidak menyangka dua bekas DUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu, tidak percaya ADUN UMNO yang masuk PKR kembali semula ke UMNO dan ADUN DAP boleh meninggalkan DAP.

Kedua, ialah tidak percaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun Menteri Besar Pakatan Rakyat sebelum itu mengumumkan pembubaran berkenaan.

Ketiga, tidak menduga Sultan Perak berkenan untuk menerima pembentukan kerajaan baru (Barisan Nasional) dan turut berkenaan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Baru.

Hakikatnya, media arus perdanahanya melaporkan berasaskan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai saman Sultan Perak ini.

Bukan akhbar media perdana sahaja melaporkannya, Malaysiakini turut melaporkannya pada 6 Februari pukul 09 5:07 malam berkenaan yang berbunyi: “Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan BN jika terus melantik menteri besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

“Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri.”

Pada sidang media Pengerusi DAP, Karpal Singh di Kuala Lumpur semalam, Mohammad Nizar dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Ini kerana Mohamad Nizar mendakwa Tuanku bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebagai tidak sah.

Karpal berkata, di dalam saman tersebut, Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri BN di negeri ini sebagai defendan kedua.

Di Ipoh semalam, bekas Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tiada langsung dalam hatinya terniat mahu mengambil tindakan terhadap Sultan Perak.

''Di dunia akhirat saya akan tuntut kerana tidak ada langsung dalam hati saya terniat untuk menyaman atau ambil tindakan terhadap Tuanku," katanya pada satu sidang akhbar khas di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya laporan bahawa beliau akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Semalam, dihubungi mStar Online, selepas idang media Karpal Singh, Mohamad Nizar menafikan dakwaan tersebut.

"Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.

"Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar," katanya.

Pada sidang media semalam, Mohammad Nizar menjelaskan, tidak pernah terniat langsung di hatinya untuk menyaman Sultan Azlan sebaliknya mendakwa apa yang dilaporkan itu adalah satu fitnah daripada media UMNO dan Barisan Nasional (BN).

''Saya hendak nyatakan saya menafikan sekeras-kerasnya niat untuk menyaman Tuanku. Ini satu pembohongan besar, satu fitnah daripada BN khususnya UMNO.

Menurut Mohammad Nizar, beliau sebenarnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar yang baru mengangkat sumpah, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang didakwa beliau sebagai Menteri Besar tidak sah.

Katanya, saman tersebut akan difailkan melalui peguam Raja Aziz Adruse di Mahkamah Tinggi Ipoh seawal-awalnya petang ini atau selewat-lewatnya Selasa ini.

''Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar haram kerana apa yg dibuat oleh BN khususnya UMNO telah merampas hak rakyat.

''Jadi kerajaan itu adalah haram di sisi undang-undang dan rakyat," jelasnya sambil menambah, saman itu adalah atas kapasiti beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam pada itu, Mohammad Nizar mendakwa keengganan beliau untuk akur kepada titah Sultan Azlan adalah kerana ingin mengembalikan martabat institusi diraja supaya dihormati rakyat.

Katanya, ini kerana beliau tidak mahu rakyat melihat Sultan Azlan menyebelahi mana-mana parti politik dalam menentukan siapa bakal menjadi Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Itu versi bekas Menteri Besar Perak. Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah semalam.

Beliau berkata Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.

Kelamrin, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.

Karpal dalam sidang media di Kuala Lumpur, berkata Mohamad Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.

Karpal berkata, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Nizar oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya.

Karpal berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undangundang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undangundang tertinggi di negeri itu.

Sementara itu di Petaling Jaya, pemimpin PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak seperti yang didakwa oleh Pengerusi DAP Karpal Singh, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dakwaan menyaman Sultan Perak itu hanyalah menurut laporan media sahaja.

"Ini semua laporan media yang cakap kita nak saman Sultan Perak. Keputusan kita adalah untuk meminta Paduka Sultan Perak melihat semula peruntukan perlembagaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat berpendirian Mohammad Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang- undang dan perlembagaan negeri Perak.

Beliau mendakwa pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.
Dalam isu ini baik juga kita mendengar apa kata Karpal Singh selepas ini.

Lagipun Karpal Singh kini nampaknya dihimpit oleh Anwar dan Mohamad Nizar sendiri.
Jangan main-main dengan isu saman Sultan Perak ini kerana ia boleh membawa kepada suatu kedudukan yang boleh membawa kepada ‘penderhakaan’.

Tahu sahajalah apa akibat ‘derhaka kepada Raja’.

Karpal Singh juga silap-silap terjebak dalam kancah menarik – pertelingkahan peguam terkemuka (Karpal Singh) dengan bekas Ketua Hakim Negara.

Hmmmm menariknya…

11 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Semalaman kami tonton di tv semua channel termasuk ASTRO yang Karpal atas PR akan saman Sultan. Terang terang Karpal buat statement.

    Mana ada UMNO nak Fitnah sesiapa?

    Agaknya kerana dah selalu mefitnah, sikit sikit terasa diri sendiri terfitnah.

    Satu Malaysia dilanda 'fitnah', sejak 1998 lagi.

    Semoga Allah swt Ampunkan dosa dosa kita semua dan Selamatkan Bangsa, Agama dan Negara kita.

    ReplyDelete
  2. Apakah Tujuan Tersirat Karpal Saman Sultan Perak

    DAP akan sentiasa mengambil kesempatan! Dalam pilihanraya ke 12, Mac 2008 Perak ditakdirkan jatuh kepada Pakatan Rakyat apabila BN hanya mampu mempertahankan 28 kerusi berbanding PR 31 kerusi iaitu gabungan , PAS (6), DAP (18), KeADILan (7).

    Disebabkan DAP memenangi majoriti 18 kerusi sepatutnya atas dasar demokrasi DAP yang menjadi Menteri Besar berbanding 2 parti sahabatnya itu. Tetapi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan kehendak Sultan mestilah Melayu dan Islam layak menjadi Menteri Besar Perak. Dengan kata lain, dengan pembahagian kerusi yang ada sekarang sampai kiamatlah DAP tidak boleh menjadi MB, kecuali DAP berjaya mengalahkan calon-calon UMNO di kawasan majoriti Melayu dengan meletakkan calon-calon Melayu.

    Sebab itu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang membantah perlantikan Setiausaha PAS Perak Muhammad IR Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang di dalam blognya membantah calon MB yang diperkenan oleh Sultan Perak atas alasan PAS mempunyai kerusi yang sedikit jika dibandingkan dengan DAP dan PKR.

    Dalam kes yang lain Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.

    Dalam hal ini, Pok Nik hanya berani mengeluar kenyataan sahaja tetapi tidak boleh berbuat apa-apa pun kepada Karpal. Kenyataan itu hanya menjadi penyedap halwa telinga sahaja.

    Kenapa DAP beriya-iya sangat hendak menyaman Sultan Perak sedang DAP jugalah yang menentang Nizar sewaktu hendak menjadi MB. Sekarang DAP pula menjadi hero mempertahankan pulak MB besar ini. Sebabnya kerana Nizar adalah kuda tunganggan DAP Perak sewaktu menjadi MB dan perletakan Nizar menjadikan 18 kerusi DAP hanya sebagai pembangkang dan kehilangan 6 kerusi exco.

    Menyaman Sultan Perak adalah untuk mencabar orang Melayu dan UMNO khususnya yang dikatakan sebuah parti yang mempertahankan Institusi Raja Perlembagaan di Malaysia. Ianya juga dilihat sebagai melihat reaksi UMNO setelah UMNO Terengganu sendiri pernah 'menderhaka' kepada YDP Agong mengenai isu Pok Yeh yang tidak dilantik menjadi MB.

    Menyaman Sultan Perak juga adalah untuk menanam rasa benci kepada Sultan yang tidak adil seolah-olah Sistem Feudal telah dikembalikan semula. Kerajaan sekarang seolah-olah tidak mempraktikan Sistem Raja Berpelembagaan dan Raja mempunyai kuasa mutlak dan menafikan hak dan suara rakyat.

    Perasaan ini mula ditanam dan disemai secara halus di dalam hati dan sanubari Melayu yang pro PAS dan PKR. Perasaan yang sama sudah lama tertanam di kalangan orang bukan Melayu. Demontrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah yang terletak berhampiran di Kuala kangsar semalam melihat taktik DAP dan Karpal telah berjaya. Rasa benci dan marah kepada Sultan telah dicetuskan oleh Melayu PAS dan PKR sendiri.

    DAP akan menggunakan isu ini sebagai membuktikan hanya DAP sahaja yang berani. DAP sekarang menjuarai politik Malaysia dengan mengalahkan UMNO, PAS dan PKR. Hanya DAP sahaja di lihat banyak membawa isu-isu rakyat dan ianya satu-satu Parti Politik di Malaysia yang berani mencabar Raja-Raja Melayu walaupun kita tahu di belakangnya adalah Anwar dan Hadi.

    Inilah kempen terbesar dan terawal DAP sebelum menjelang Pilihanraya ke 13 nanti. Menanam rasa benci kepada Institusi Raja ini sangat merbahaya. Ianya adalah kearah Malaysia sebagai sebuah negara republik. Malaysia sedang menuju ke arah revolusi rakyat seperti mana yang berlaku di Iran pada 1979. PAS Malaysia memang menjadikan Iran sebagai negara contoh mereka. Jika Melayu PAS dan Melayu PKR sudah bergabung dengan DAP perkara ini tidak mustahil berlaku dalam waktu terdekat jika pemimpin-pemimpin Melayu khususnya hanya berpeluk tubuh dan memerhati sahaja.

    NGO-NGO Melayu hilang entah ke mana? Ada NGO yang sanggup membuat demontrasi tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains tetapi apabila Karpal menyaman sultan, NGO ini menyorokkan diri. Bukankah Bahasa dan Institusi Raja Melayu itu terletak dibawah Hak-Hak Istimewa Orang-Orang Melayu juga. Perjuangan seperti ini tidak istiqomah.

    Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin Melayu sama ada daripada parti politik kecuali PAS dan DAP yang telah diberi 'nasi kangkang' oleh DAP, badan-badan atau pertubuhan Melayu supaya bangkit menentang Karpal dan DAP bagi mengikis tujuan jahat mereka menanam rasa benci kepada Sultan.

    SAYA MENGHARAPKAN AGAR AKTA HASUTAN DIGUNAKAN UNTUK MENAHAN PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTENTU YANG MENGHASUT RAKYAT MEMBUAT DEMONTRASI DAN SUDAH TENTU KE ARAH MEMBUAT REVOLUSI MEMBUANG 9 ORANG RAJA-RAJA MELAYU.

    DAP berpendapat agak sukar untuk DAP memerintah Malaysia selagi:

    1. Adanya Institusi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negera yang perlu banyak di pinda.

    2. Tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Perkara ini DAP telah berjaya apabila PAS dan PKR sudah berada bersama mereka.

    Seperti mana Anwar, Karpal, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga berhasrat untuk menjadi PM Malaysia.


    Amir Hamzah
    Batu Pahat
    www.amirhamzah-segalanyamungkin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. AWAS!

    DAP SEDANG MEMIMPIN KE ARAH REVOLUSI MEMBUANG 9 RAJA-RAJA MELAYU.

    Amir Hamzah
    Batu Pahat
    www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. KALAU TAK KERANA BLOG KAU BERPAUT PASA MSOBLOGSPOT. AKU TAK BACA PUN.
    KEBANYAKAN ADALAH SAMPAH DALAM BLOG KAU INI

    ReplyDelete
  5. ya betul......sampah....

    ReplyDelete
  6. Salam tuan.
    tersangatlah bijaknya apabila Karpal hendak menyaman Sultan Perak. Lebih tersangat bijak apabila dia menamakan Nizar sebagai plaintif tetapi bukan dia. Mengapa dia tak menyaman menggunakan kapisitinya sebagai Pengerusi Dap atau menggunakan nama Lim Kit Siang sebagai MP Ipoh Timur? Jadi kepada orang-orang Melayu yang beragama Isam, yang masih taat setia kepada sultan, fikir-fikirkanlah perkara ini.

    ReplyDelete
  7. jangan main-main wei, sampah berharga sekarang ni wei...

    ReplyDelete
  8. mampus la org melayu kt perak.tiap2 jumaat kowang angkat tngan doa kt sultan.Bala dah datang!!

    ReplyDelete
  9. blog cium bontot umno !!!!! profesional la sikit kawan !!!

    ReplyDelete
  10. aku setuju. bukan setakat bontot je........sampah....

    ReplyDelete
  11. bontot jangan sebut wei, nanti anwar gelisah wei bila dengar bontot ni...kang tak pasal-pasal ada yang kena denga bro anwr ni... anwar tengah gelisah sekarang ni sebab kena gelak dengan TUN he,he,he

    ReplyDelete