Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam
menyebut bukti yang dikumpulkan dalam proses perundangan komprehensif langsung
tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memainkan sebarang
peranan dalam kes bunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Mohamed Apandi berkata tiada pada bila-bila masa
semasa proses perundangan komprehensif itu nama Perdana Menteri ada disebut
dan dipersalahkan dalam apa-apa cara.
Beliau menjawab tuduhan dilemparkan oleh "pihak dan individu tertentu
dalam media cetak dan elektronik" yang mengaitkan Perdana Menteri dengan
kes bunuh Altantuya.

Mohamed Apandi juga berkata Azilah telah memberikan keterangan bahawa DSP Musa
tidak memainkan peranan lain atau memberikan sebarang arahan berhubung perkara
itu. Beliau berkata DSP Musa juga telah ditawarkan kepada pihak pembelaan
sebagai saksi.
Beliau menegaskan semua saksi relevan telah dipanggil memberi keterangan. "Setiap bukti dan keterangan saksi-saksi juga telah diteliti dengan mendalam oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," kata Peguam Negara.
Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya
diletupkan dengan bahan letupan tentera.

Kata Musa, polis tidak menemui sebarang bukti yang
boleh mengaitkan Perdana Najib dengan kes pembunuhan wanita warga Mongolia itu.
Najib dikatakan berdepan dengan dokumentari
berdurasi 25 minit yang menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya yang
dikaitkan dengan bekas penasihatnya, Abdul Razak Abdullah aka Razak Baginda.
Namun Najib buat kali kedua
membuat kenyataan beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan tiada kaitan
dengan kes pembunuhan tersebut.
Wartawan Al-Jazeera Mary Ann
Jolley menyiarkan satu dokumentari siasatan tentang pembunuhan warga Mongolia,
menggali semula semua kaitan dengannya, mangsa dan lelaki yang disabitkan
bersalah.
Dalam program 25 minit itu,
wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya
hangat dan Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan
dan konspirasi.
Musa memberitahu laporan berbentuk dokumentari oleh
Al-Jazeera melalui program ‘101 East’ tentang isu Altantuya itu pada awalnya
mengikut kronologi tetapi disudahi dengan gaya laporan yang ditokok tambah.
“Kes ini
disensasikan dengan banyak berita tidak betul,” katanya pada sidang media
“…banyak dikeluarkan dakwaan kononnya ada gambar dia (Altantuya) keluar makan
dengan Najib dan Razak Baginda. Gambar itu kemudian didapati palsu.”
Musa menyelar tindakan pihak tertentu yang
dilihatnya hanya mengelirukan orang ramai dengan menyebar tuduhan tetapi tidak
mengambil tindakan mengikut saluran perundangan.
Mahkamah sudah, kenyataan Peguam Negara dan bekas
Ketua Polis Negara pun sudah menolak kaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya.
Jadi mahu apa lagi?
Malah siasaan polis sebelum ini hanya menangkap dua
anggota polis –daripada Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Sirul Azhar, 44, dan
Azilah Hadri,39 - dan Abdul Razak Baginda yang merupakan penasihat kepada Najib
ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Dalam kenyataan semalam (15 September 2015),
Mohamed Apandi berkata: "Kaitan paling kecil yang ada hanyalah Abdul Razak
Abdullah aka Razak Baginda meminta bantuan daripada aide-de-camp atau pengawal peribadi Perdana Menteri ketika itu DSP
Musa Safri, untuk mendapatkan seorang pegawai polis bagi membantunya berhubung
perkara peribadi.
Katanya seorang lagi tertuduh L/Koperal Sirul Azhar
Umar, dalam kenyataannya dari dalam kandang tertuduh juga tidak mengaitkan
orang lain dan hanya membabitkan Razak Baginda sahaja dan sepanjang episod itu
beliau bertindak atas arahan Azilah.
Amat jelas bahawa ‘dakwaan-dakwaan yang dilontarkan
sengaja berniat untuk mengelirukan, dan dakwaan-dakwaan serupa digunakan
sebagai asas kepada pelbagai teori konspirasi selama ini’.
Kenyataan oleh bekas KPN itu tidak lain tidak bukan
untuk mengajak orang awam mengetahui fakta sebenar dan jangan campur aduk
dengan fitnah dan cerita-cerita tanpa asas.
Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
ReplyDelete