Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
Razak hari ini untuk membantu isi rumah
terutama golongan berpendapatan rendah menangani kenaikan kos sara hidup,
jangan diperkecilkan.
Bukan sekadar itu sahaja Perdana Menteri turut
mengumumkan beberapa langkah menangani masalah orang muda khususnya pemilikan
rumah pertama melalui Skim Perumahan Belia untuk 20,000 pasangan belia berumur
25 hingga 40 tahun yang sudah berkahwin.
Langkah ini akan dilakukan melalui kerjasama Bank
Simpanan Nasional dan Kementerian Kewangan yang menawarkan insentif sebanyak
RM200 sebulan selama dua tahun akan diberi kepada pasangan belia bagi menampung
ansuran bulanan pinjaman.
Skim tersebut ditawarkan kepada pasangan yang
mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM10,000 dan layak dinikmati bagi
hartanah bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000.
Pewujudan Skim Perumahan Belia diumumkan oleh
perdana menteri semasa pembentangan Bajet 2015 pada Oktober tahun lalu dan
ditawarkan berdasarkan konsep 'siapa dulu dia dapat'.
Tidakkan ini membuktikan bahawa kerajaan sedang
mempercepatkan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk memastikan kesejahteraan
rakyat, terutamanya golongan muda.
Bagi mengatasi masalah pengangguran terutama dalam
kalangan belia juga langkah penting yang patut diterima dengan tangan terbuka
oleh orang muda.
Biarpun kadar pengangguran masih di peringkat
terkawal, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap melihat masalah ini sebagai
sesuatu yang penting untuk diberikan perhatian.
Antara langkah yang akan dilaksanakan bagi
meningkatkan kebolehpasaran graduan adalah dengan menambah bilangan graduan
bagi program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran
Graduan (GEMS).
Penambahan itu akan melibatkan penambahan daripada
lebih 10,000 tahun ini kepada 15,000 orang tahun depan.
Kerajaan bakal melaksanakan usaha itu melalui
bantuan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta sebagai sebahagian
tanggungjawab sosial korporat mereka. Kos bagi tujuan ini berjumlah sekitar
RM500 juta.
Graduan yang terlibat bukan sahaja akan diberi
latihan praktikal di tempat kerja, malah mereka juga akan diberi latihan dalam
aspek seperti komunikasi, bahasa serta teknologi maklumat dan telekomunikasi.
Kerajaan juga akan memperluas dan mempertingkatkan
Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang pada masa ini berjumlah RM1.38
bilion. Ia akan digunakan bagi program latihan semula serta peningkatan
kemahiran pekerja yang diberhentikan oleh majikan berdaftar.
Selain itu langkah sederhana juga sedang
dipertimbangkan bagi menangani
peningkatan bilangan pekerja asing kurang mahir yang menyebabkan aliran keluar
tunai sebanyak RM28 bilion pada 2014.
Kewujudan mereka melembapkan pertumbuhan kadar upah
tempatan.
Ternyata kerajaan berusaha untuk membela golongan
muda bukan melalui mengajak mereka turun menunjukkan kekuatan di jalan raya.
Malah, Najib juga tidak mengajak anak muda menjadi ‘kurang ajak’
memaki hamun pemimpin dan berkelakuan ‘tidak senonoh’ di khalayak ramai.
Ini bukan cakap politik sebaliknya kepada peminjam
individu boleh memohon melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
untuk menstrukturkan dan menjadualkan semula pinjaman daripada institusi
pembiaya masing-masing, sekiranya perlu.
Apabila ada pengumuman sebegini, janganlah ada
pihak yang memandang remeh kerana usaha dilakukan bagi tujuan membentuk hala
orang muda ke arah kedudukan lebih baik di masa hadapan.
Lagipun pengumuman Najib di Putrajaya hari ini
turut turut membabitkan usaha mengurangkan beban rakyat melalui langkah-langkah
proaktif ekonomi.
Sebagai Menteri Kewangan Najib nyata berusaha
berbuat sesuatu walaupun beliau dikritik hebat dengan pelbagai isu.
Antara langkah-langkah itu ialah:
1.
Kerajaan akan menambah bilangan kedai yang menyediakan
perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat
1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. Bilangan
Kedai Rakyat 1Malaysia akan ditambah sebanyak 25 pada tahun ini dan 12 pada
2016 di seluruh negara. (Ketika ini terdapat 169 buah Kedai Rakyat 1Malaysia);
2.
Kerajaan juga sedang menyediakan 16 Klinik
1Malaysia pada tahun ini dan 33 buah pada 2016. (Setakat ini, kerajaan telah
menyediakan 326 Klinik 1Malaysia); dan
3.
Kerajaan juga akan memperkenalkan langkah-langkah
untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan golongan isi rumah
berpendapatan 40 peratus terbawah.
No comments:
Post a Comment