Tuesday, September 14, 2010
PEMBUNUHAN SOSILAWATI - JANGAN SAMPAI JADI PERKAUMAN...
Betul apa yang saya jangka semalam. Ramai yang naik angin dengan kes pembunuhan jutawan Sosilawati dan tiga rakannya.
Sebenarnya saya terkejut dengan sambutan penjenguk blog saya semalam iaitu seramai kira-kira 1,300 untuk dalam tempoh 24 jam. Tidak pernah berlaku di blog saya yang bukan blog elit, sebegini ramai penjenguknya dalam tempoh berkenaan.
Saya tidak fikir entri mengenai PERKASA yang bertajuk “PERKASA BUKAN ‘HANTU JEMBALANG’ begitu mendapat perhatian. Rasanya entri bertajuk ‘KES SOSILAWATI – RAMAI YANG AKAN NAIK ANGIN' yang menjadi tarikan penjenguk.
Ramai yang marah kerana mayat Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dilumurkan tahi lembu dan dibakar. Blog buaya-merah mengatakan cara pembakaran kaedah tradisional ini adalah cara paling berkesan untuk menjadi abu dalam tempoh 30 minit sehingga sejam.
Hakikatnya cara ini amat kejam – bukan sekadar memukul sampai mati kemudian membakar mayat dengan dilumurkan tahi lembu dan kemudian di hanyutkan abu di sungai.Walaupun kesemua mayat tersebut adalah orang ISLAM tetapi dibuat pengebumian seperti mayat orang HINDU, kata blog berkenaan.
Tidak hairanlah jika isteri kepada Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru yang turut dibunuh, Suzana Radim Pangat, mengatakan pembunuh sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ini kerana menurutnya, beliau boleh terima kalau mereka setakat bunuhnya, “...Jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah.”
Namun di sebalik kekejaman itu, yang tersirat dan dibimbangi ialah isu pembunuhan ini menjadi perkauman. Ada mengatakan "Melayu kena bunuh oleh ............" (tidak sanggup saya meletakkan perkataan). Blog dr1221 menganggap pembunuhan itu mengguris perasaan Melayu.
Komen-komen yang saya terima dan dihantar ke blog ini membimbangkan. Ada yang terlalu marah dan kutuk mengutuk antara satu dengan lain. Perkataan kotor dan keji mengeji digunakan.
Kerana itu, perlu ada kenyataan tegas polis atau pihak berkuasa menasihat atau meletakkan garis panduan tertentu dalam memperkatakan kes ini kerana saya melihat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi rakannya oleh seseorang atau kumpulan kini menjadi isu hangat yang perlu dikawal segera.
Kita tidak ingin ia menjadi sesuatu yang panas dan menimbulkan prasangka kaum. Sudah ada blog yang menyatakan kebimbangan dan silap hari bulan boleh mencetuskan Peristiwa 13 Mei. Tambahan pula ramai yang tukang mengapi-apikan keadaan, menyimbah minyak ke dalam api, lagilah menyala. “Wow! Bahaya... amat bahaya!!!” kata blog mesintaipburuk.
Sebuah blog, penaminang mengatakan ia benar-benar “MARAH dengan tindakan KUMPULAN PEMBUNUH berkenaan yang sanggup membunuh 4 ORANG ISLAM di dalam minggu terakhir di bulan Ramadhan.”
Katanya: “Namun bukan itu yang penulis hendak bangkitkan dalam penulisan hari ini, sebaliknya penulis ingin membangkitkan persoalan MENGAPA BAR COUNCIL dan PAKATAN KHAWARIJ (DAP, PAS, PKR) membisu dengan isu pembunuhan yang penuh tragik ini? Sedangkan kita semua tahu (SELURUH RAKYAT MALAYSIA) mengetahui bahawa kumpulan inilah (BAR COUNCIL & PAKATAN KHAWARIJ) menjadi juara ketika isu kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminul Rashid. Pakatan Khawarij dan BAR COUNCIL secara keseluruhannya mentalahkan Kerajaan Malaysia dengan kes kematian 2 Ekor kafir dan seorang kanak-kanak Muslim ini.
Namun tatkala 4 orang MELAYU MATI DITANGAN PENJENAYAH BERBANGSA INDIA INI, BAR COUNCIL dan PAKATAN KHAWARIJ mendiamkan diri. Adakah kerana Salah seorang atau kesemua mereka yang terlibat dalam kes ini merupakan seorang HINDU / KAFIR, atau kerana salah seorang daripada mereka adalah ahli dalam BAR COUNCIL atau PAKATAN KHAWARIJ.
Inilah sikap SEBENAR BAR COUNCIL dan PAKATAN KHAWARIJ. Hanya BISING APABILA NYAWA ORANG KAFIR terbunuh TETAPI mendiamkan diri apabila MELIHAT ORANG MELAYU DIBUNUH.
SEBAGAI SEORANG ISLAM BERBANGSA MELAYU, PENULIS INGIN MENYERU SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA MARILAH KITA BERSATU DIBAWAH SATU AQIDAH. MEREKA (ORANG KAFIR) SUDAH TIDAK TAKUT KEPADA KITA KERANA KITA SEMAKIN LEMAH. LIHATLAH, 4 NYAWA ORANG ISLAM YANG TIDAK BERSALAH TELAH DIBUNUH OLEH KUMPULAN ORANG KAFIR. MARILAH KITA RAPATKAN SAF KITA. INGATLAH!!!!HANYA APABILA KITA BERSATU. MAKA KITA AKAN DIGERUNI OLEH ORANG KAFIR!!!”
Ada beberapa lagi blog lain mempunyai pandangan yang serupa termasuk blogger wanita, lydiausm72 yang menulis:
"Dah kecoh pun satu Malaya, rupa rupanya yang bunuh Datuk Sosilawati ialah seorang lawyer berbangsa India…. BUAT MALU LAWYER..!!!!!
Tiba tiba teringat pulak dulu ade kes budak India namanya Kugan yang mati tapi jadi hero…, dia nie kena tahan polis sebab kes curi kereta tapi dia diarak macam pejuang negara sampai jalan pun jadi terribly massive jammed…., the best part was ade pulak Yb melayu PKR, macamlah perempuan melayu terakhir sama sama berarak “menghormati” jenazah tu…!! Siapa lagi kalau bukan Exco wanita Selangor, Roziah Ismail (gambar kanan)…(baca selanjutnya di sini).
Sekarang nie dah ade jutawan melayu mati dibunuh. Sosilawati bukan orang politik…., her successful life was due to her hard work..! No political connection…!
Allahyarhamah bukan orang kuat UMNO dan bukan ahli PKR atau PAS. Dia hanya concentrate on her business to build up her empayar….
Mana suara Wan Azizah..? Apa desakan boleh kita dengar dari Nurul Izzah…? Why Teresa Kok not saying anything…?? Dulu masa kes Teoh Beng Hock, sebelum polis buat statement, semua Pakatan leaders dah kata macam macam…, semuanya salah polis, salah SPRM.
Just because yang mati kena bunuh sekarang nie orang melayu, so its not that spicy to sensationalize this issue for the Pakatan leaders..??? (baca selanjutnya di sini).
Isu kenapa Majlis Peguam, pemimpin pemimpin pakatan pembangkang, NGO India dan sebagainya sunyi sepi turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya anak merdeka dan anakbukitgantang.
Selalunya jika ada pembunuhan yang ‘dikaitkan’ dengan pembangkang akan adalah laungan tubuhkan suruhanjaya dan sebagainya. Tetapi kenapa kali ini sunyi sepi?
Mereka mempunyai sebab untuk menimbulkan pertanyaan itu kerana menurut anak merdeka:
“DAP, PKR serta Majlis Peguam janganlah lagi cuba untuk menyembunyikan belang masing-masing, jangan cuba untuk menyorok muka tebal disebalik langsir-langsir yang murah !!!
Keluarlah!!! ..nyatakan pendirian anda semua selaku rakyat Malaysia, selaku pemimpin parti politik yang kononnya berjuang ke arah keadilan, ketelusan, kesaksamarataan dan suarakan semuanya tentang tragedi yang telah menimpa Datuk Sosilawati Lawiya, Peguam Peribadi beliau, Pegawai Bank serta Pemandu peribadinya agar rakyat lebih jelas dengan perjuangan anda semua !!!
Apakah akan ada desakan daripada pihak DAP, PKR, PAS serta Majlis Peguam supaya ditubuhkan Suruhjaya DiRaja untuk menyiasat kes ini ??? ...kita tunggu dan lihat !!!”
Sementara anakbukit gantang mengemukakan pandangan berikut: “All the while Bar Council has kept mum over the issue....thus a good question should be thrown to Bar Council, a body that fights for "freedom of speech, democratic government and fair treatment to ALL citizens" and quick to condemn "trangressional acts" in the past - What is the Council's true stand in this case?"
Cuma yang menggelikan hati dan komen 'bodoh' datangnya daripada ‘Profesor PAS’ - Mahfuz Omar.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, “sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu. Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.
Sempat beliau menasihati LPN tu. Malah lebih jauh Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.
Katanya: "Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang semalam.
Kita berdoa pihak polis akan mendedahkan dengan berani dan telus hasil siasatan ini kerana yang nyata suspek adalah peguam yang terkenal di kawasanya selain pernah menjadi peguam kepada HINDRAF dan juga ahli ahli DAP seumur hidup.
Soal peguam itu turut membunuh atau merancang hanya polis dan mahkamah akan membuktikan.
Cumanya saya masih ingat dengan jelas dalam kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang pada 13 Julai 1993 oleh Mona Fendi atau nama sebenarnya Maznah Ismail.
Walaupun sukar membuktikanMona membunuh Mazlan tetapi sebagai perancang, beliau turut dijatuhi hukuman. Mona bersama suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang ditolak dan mereka dihukum gantung sampai mati pada 2 November 2001.
Apakah kedudukan peguam yang ditahan itu sama dengan Mona Fendi sebagai perancang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana kenyataan pemimpin melayu (umno atau yang lain2)yg membela 4 melayu yg dibunuh itu? pakatan khawarij yg ramai melayu itupun memang tak akn membela 4 melayu yg teraniaya itu. Melayu dlm pas dan pkr itu akan termengadah hanya apabila melayu bangang ahli parti mereka dibunuh sebegitu juga olh dap rasist. TENGOKLAH NANTI, ALLAH MAHA BERKUASA. AKU CUKUP JIJIK DGN AHLI PAS YG RAMBUT UBAN NAMA MAHFUZ ITU, PTUIIIIIIIIITTTTT........
ReplyDeleteJijik kepala bana nko...lu sape? Modus operandi sama denagn dengan kes Altuntuya......mungkin orang yang sama bagi arahan bunuh....siasat sampai jumpa...jangan pilh bulu.
ReplyDeletePolis dah dedahkan siapa suspek utama sekarang suruh saja Prof PAS jilat ludah sendiri
ReplyDeletehttp://airmata-darah-keringat.blogspot.com
Jangan bagi muka dengan karat-karat tu...
ReplyDeleteppukim*k punya K*li*g!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteKepala bapak ko modus operandi!!!!!!!!!tu bangsa asing bodoh!!!!!!ni org melayu/islam......sama ker?????haram jadah ko.....
ReplyDelete1 Malaysia tu Polis kena kenal Pasti dan panggil dia sebab dia tahu Altantuya dibunuh, dia mungkin geng kaki liwat yang tangguh kes liwat nya tu... Jangan benar dia lari mcm Raja Perta Kamarudin ( Raja Dangdut)
ReplyDeleteJika KUgan.. JIka Teo Beng Hock mereka bela dan bising satu Malaysia.. KIni kenapa Melayu diam.. sebab meka akan di dakwa segera jika buarsuara.. bangsa lain Menteri pun takut.. Salam 1 Malaysi.. Makna nya PRU 13 1 malaysia akan jatuh ke Pembangkang...Ini apa yang guan nampak.. Melayu dan berpecah...Suara meka Umno/Bn tak mau dengar..
ReplyDeletepas dan pkr hanyalah balaci DAP , sebab tu mereka tak berani nak komen apa pun pasal kes ini . Mana tidak nya , peguam itu adalah ahli DAP maka ada berani ka PAS dengan PKR ?
ReplyDelete