Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

MAT SABU DIDAKWA TETAPI APAKAH BELIAU AKAN DIHUKUM?

Kita semua boleh tenguk sejauh mana ‘kekebalan’ dan keupayaan peguam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk mempertahankan beliau daripada di hukum.

Mat Sabu dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di negeri ini bulan lalu.

Petang tadi beliau ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mat Sabu tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Mat Sabu boleh dipenjara maksimun 2 tahun atas kesalahan dibawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai.

Untuk ulasan menarik mengenai perkembangan peristiwa hingga Mat Sabu didakwa, baca artikel “Sokong Komunis: Mat Sabu Bintang 3 Akan Di Dakwa Besok”

Tuesday, September 6, 2011

ISU MAT SABU – TUNGGU SAJALAH APA PULA NAK BERLAKU SELEPAS INI...

Kerajaan mungkin boleh bersabar dengan Mat Sabu tetapi tidak bagi rakyat dan keluarga yang terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong.

“Apa pula nak berlaku selepas ini....”, macam ayat Ahmad Nisfu dalam Tiga Abdul filem P Ramlee.

Terbukti sudah Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak menjejaskan keselamatan negera! Tidak, Tidak dan Tidak sama sekali!

Mana Ada? Kenapa nak tangkap Mat Sabu? Dia tidak boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalan Negeri.

Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana menyatakan pendirian kerajaan mengenai perkara ini.

Precedent dah ada. Lepas ini kalau nak kata apa pun kepada mereka yang berjasa kepada negara, katalah. Ia tidak akan menggugat keselamatan negara.

Samakan perjuangan komunis yang laknat itu dengan perjuangan jihad mempertahankan negara pun tidak mengapa.

Semalam Hishamuddin berkata permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak boleh dipertimbangkan.

Menurut Hishamuddin, akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara. Ini bermakna akta itu bukan pencegahan tetapi tindakan.

Malah Hishamuddin melepaskan kepada pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara, disaran mengambil tindakan sewajarnya.

Ini mungkin memalui tindakan saman di mahkamah atau sebaliknya.

Bijak Mat Sabu mempermainkan isu ini dan memerangkapkan kerajaan. Kini rakyat semakin benci dengan kerajaan yang dilihat lemah dalam tindakan.

Bukan sekali beberapa individu memperlekehkan pihak-pihak tertentu yang sewajarnya dikenakan tindakan tetapi kerajaan yang lemah hari ini tidak mampu melakukan apa-apa dan mengharapkan siasatan polis semata-mata.

Tidak terkejut selepas ini polis mengatakan pihaknya tidak dapat melakukan apa-apa!

Sedangkan tokoh sejarah sudah tampil menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.

“Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme,” jelas tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Mat Sabu dalam ceramah tersebut dilaporkan berkata, seorang lelaki Melayu, Mohamad Indera yang bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebelum membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Yang nyata menurut laporan Utusan Malaysia, sehingga kini, kira-kira 554 laporan polis dibuat pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Laporan yang dibuat bukan sahaja tidak berpuas hati dengan kenyataan Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, tetapi terdapat bekas anggota keselamatan yang tersinggung dengan tindakan ahli politik itu.

Terdapat juga laporan polis menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai beracun dan mampu merosakkan keamanan negara yang dipelihara sejak 54 tahun lalu.


Pengadu mahu tindakan tegas diambil terhadap Mat Sabu sebelum ada ahli politik lain yang memanipulasi sejarah demi kepentingan politik mereka dengan mengagungkan komunis, pada ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Sunday, June 12, 2011

TAK MENGAPA, KISAH LAMA - ALJUBURI BAGAIMANA?

Kisah lama. Tidak apa. No problem dan jangan risau! Bilik 121 Hotel Perdana perlu dilupakan!

Kita semua perlu lupakan. Jangan cakap apa-apa lagipun ia ada kena mengena dengan ‘parti suci’ iaitu PAS – parti Islam.

Bagi PAS, kalaupun pemimpinnya ada skandal seks, rogol, ‘main dalam kereta api’ pun semuanya tidak apa.

Pemimpin PAS dijamin ‘terus ke syurga’ dan tidak akan dinilai atau bebas daripada mahkamah akhirat.

Abang Mad – Mohamad Sabu – mengulas wujudnya VCD mengenai ‘skandal seks’ dirinya menganggap ‘ia kisah lama’. Tak ada sebarang tanda atau ‘kehitaman’ pada sejarah hidupnya.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Abang Mad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Beliau menyatakan perkara itu mengulas tindakan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin (gambar kanan) yang membuat laporan polis berhubung VCD itu.

Mungkin juga Mohamad Sabu sudah melupakan gelaran yang diberikannya kepada Anwar Ibrahim – Al Juburi.

Ini juga mungkin kisah lama. Dengan kata lain, al Juburi tidak lagi relevannya kepada Abang Mad.

Bayangkan kalau VCD ‘orang UMNO’ seperti ini dapat kepada Abang Mad. Mesti sedap Abang Mad godam dan buat kelakar. Tiga atau empat jam pun Abang Mad pasti tak puas seperti ketika Abang Mad ada dalam sebuah bilik di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Mungkin selepas ini Abang Mad sukar sikit nak ingatkan kenangan lama jika ke hotel berkenaan kerana ia sudah dijual oleh kerajaan PAS Kelantan.

Hotel itu sudah dibalikpulih dan bilik yang pernah digunakan Abang Mad mungkin dah tak ada lagi!

Susahlah nak buat filem atau dokumentari kerana bilik berkenaan dah tak ada. Nak ‘lakon semula’ adengan Abang Mad pun mungkin dah tak sama kerana tidak ada lagi jenis, kerusi, meja atau katil seperti ketika Abang Mad menetap di situ.

Seronok juga nak dengar apa komen Abang Mad mengenai VCD itu.

Mungkin Abang Mad akan kata ‘Tak Apa, Kisah Lama’, lupakanlah.

Lagipun bahan bukti (bilik 121 Hotel Perdana) dah tidak ada.