Monday, September 20, 2010

PKR - PARTI KRONI, MUNGKIR JANJI KEPADA RAKYAT

Lama saya memikirkan sama ada mahu mengulas atau mendiamkan diri sahaja apa yang ditulis oleh ‘rakan politik’ saya – Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam entrinya bertajuk Politik Yang Zalim, Zalim Dalam Politik.

Tajuknya tidak lain mengenai Datuk Zaid Ibrahim. Sebelum ini saya sudah menulis sedikit mengenai kekecewaan Zaid terhadap pihak tertentu dalam PKR.

Tidak tahulah, mungkin saya kenal Zaid lama sikit daripada MSO. Saya pernah berbincang banyak perkara beberapa kali ke pejabatnya ketika firmanya masih di Jalan Sultan Ismail dan beberapa kali juga di firma guamannya di Pusat Bandar Damansara.

Ketika itu, selain bertemu Zaid, saya juga bertemu Azalina Othman Said (bekas Menteri kini Datuk Seri) yang ketika itu Ketua Puteri UMNO dan bekerja di firma Zaid.

Saya juga pernah menyertai Zaid ketika masih Ahli Parlimen Kota Bahru berbuka puasa di sebuah surau dan bagaimana akrabnya beliau dengan penduduk sekitar. Namun harapannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu berkecai apabila beliau berhadapan dengan masalah dalam Bahagian Kota Bharu.

MSO nampak berminat dengan Zaid apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berura-ura menyertai PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dan selepas bertemu Zaid beberapa kali, beliau mendapat direct acess dengan pemimpin PKR itu.

Di pihak saya pula, selepas Zaid menyertai pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan saya dengan Zaid renggang dan kini bagaikan ‘terputus’ dan tidak tahu bila akan bertaut kembali.

Apa yang mahu saya katakan di sini bukan soal hubungan saya dengan Zaid tetapi mengenai nasihat MSO kepada Zaid yang berbunyi:

Saya juga ingin nasihat Zaid sekali lagi. Kalau beliau juga tidak sedia menghadapi kerenah persis dalam Umno yang kini wujud dalam PKR, keluar sajalah. Beliau atau sesiapa saja tidak akan memperolehi keadilan mutlak, demorkasi tulen serta keihlasan dari sesiapa dalam sebuah badan bernama politik. Saya sudah katakan politik berpaksikan kepada 4C.... 4C. Kalau kamu tidak sedia menerima paksi ini, jadilah seperti saya, penulis, pemerhati dan perakam sejarah politik saja.

Zaid hendaknya jangan peduli apa yang dituduh kepadanya. Beliau juga harus menghadapi pertarungan itu dengan keyakinan dan wibawa yang belau sendiri miliki. Berada dalam politik tak ubah berada atas perahu di samudra luas dan bergelombang. Orang bukan saja setakat sanggup memfitnah membunuh pun boleh dilakukan
.”

Ternyata bukan Zaid sahaja kecewa dengan PKR seperti pada entri saya sebelum ini tetapi jelas MSO yang begitu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim turut kecewa bersama-sama Zaid.

Kata MSO: “Selama ini PKR melaungkan akan bawa politik baru yang telus, adil dan demokratik. PKR sering mengecam Umno tidak telus dan tidak demokratik. Bukan sedikit pemimpin PKR dan bukan sekali mereka mengatakan demokrasi dalam Umno sudah mati. Apa yang menimpa Anwar Ibrahim 1998 dulu pun adalah berunsur kekejaman demokrasi dalam Umno. Mahathir Mohamad menggunakan kuasa vetonya untuk memecat Anwar tanpa merujuk kepada ahli akar umbi, walhasilnya Umno jadi 'kucar wak yah'

Kerana sikap itu Umno dibenci. Umno disampahkan oleh PKR. Dalam masa sama PKR mengangkat dirinya sebagai sebuah parti yang profesional, penuh demokrtatik. Sebuah parti yang turun dari dewa dan mengharapkan para ahlinya dari kalangan orang-orang kudus
.”

OK cukup, full stop. Nak baca entri MSO seterusnya baca di SINI.

Amat jelas kini apa yang mahu diperjuangkan oleh Zaid atau juga MSO sudah lesap dalam PKR. Parti itu sebenarnya dalam kedudukan parah dan tikam-menikam antara pemimpinnya!

Demokrasi dalam PKR sudah mati. PKR juga mementingkan kroni selain parti anak beranak.

Saya tidak mahu berkata apa-apa lagi. Saya nak penjenguk baca sendiri apa kata MSO mengenai PKR:

1. PKR jadi tidak nampak diri dan lupa kepada yang mereka ucapkan sendiri. Mereka sudah mungkir janji mereka kepada rakyat selama ini. Mereka mahu jadikan PKR parti alternatif untuk rakyat. Yang adil dan terbuka. Yang membawa semangat dan roh politik baru. Namun melihat kepada beberapa tindak tanduk dan permainan menjelang pemilihan ini sudah tidak mencerminkan apa yang dihasatkan itu. Sudah ada permainan kotor dan jijik. Sudah ada tuduh menuduh antara satu sama lain. Sudah ada elemen dengki dan khianat.

2. Kehadiran Zaid Ibrahim untuk bertanding timbalan presiden sudah diacah dengan berbagai kerenah yang memabukkan. Macam-macam tuduhan dan sindiran ditujukkan kepada Zaid. Kenapa? Ini sepatutnya tidak berlaku. Biarlah kalau Zaid nak bertanding, biarkan dia bertanding. Suburkanlah demokrasi dalam PKR.

3. Sesiapa saja dalam PKR tidak perlu takut kepada Zaid. Beliau menyertai parti itu kerana tidak yakin kepada Umno. Beliau mahu lari dari tindakan non demokratik dalam Umno. Dia mahu melihat sejauh manakah demokrasi dalam PKR. Kalau keadaan dalam Umno sama juga dalam PKR tidak ada guna beliau bersusah payah menyertai PKR. Beliau boleh merayu dan kekal menjadi ahli Umno ataupun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

4. Mereka yang cuba menghalang Zaid seharusnya sedar dan malu diri sendiri. Zaid masuk PKR hanya beberapa hari saja. Dakwat yang digunakan untuk menanda tangani borang pun masih belum kering lagi. Tidak mungkin dalam tempoh terdekat Zaid mengatasi mereka. Orang yang takut kepada Zaid mereka yang tidak yakin diri. Mereka yang bukan berjiwa besar dan bersemangat demokrasi tulen.

5. Orang yang sanggup menodai demokrasi untuk kepentingan diri awal-awal lagi sudah tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada Parti Keadilan Rakyat.

Jadi kenapa nak susah-susah mentafsir PKR itu dan ini. Jawapan yang diberikan MSO amat jelas dan ‘terang lagi bersuluh’.

Jika demikian, nasihat saya pula kepada Zaid ialah beliau tidak mempunyai pilihan. ‘Langgar’ dan tegakkan prinsip demokrasi seperti beliau mahukan dan jika kalah pun bermaruah atau gugur seperti Tun Ghafar Baba yang diaibkan oleh Anwar Ibrahim pada awal 1990-an.

Pilihan kini di tangan anda, Zaid!

4 comments:

  1. Zaid baru saja masuk PKR. Kena sabar lah sikit. Ingat lah orang tamak selalu rugi.

    ReplyDelete
  2. pemilihan PKR banyak korup....pemilihan cabang Ranau Sabah pada 18 Sept, di Dewan Budaya Sabah Tea..membuktikan berlaku terang-terangan...sehinggakan ada dikalangan perwakilan dapat 3 kertas undi untuk mengundi seorang calon...KORUP..baik keluar dpd PKR..tak caya tanya ahli2 yang hadir!!! Rupanya PKR lebih teruk dpd UMNO...

    ReplyDelete
  3. kata paku dulang serpih katakan umno pkr yg lebeh segala segala nya ada dalam pkr rasuah,koroni,berebut jawatan dan kuasa sama macam umno tapi umno kurang sikit nak kata apa dalam pkr banyak sampah umno yg umno sapu dan buang dalam tong sampah sekarang pkr akan jadi parti sampah dalam negara.

    ReplyDelete
  4. pkr akan terkubur atau melayu dlmnya akan dikuburkan

    ReplyDelete