Showing posts with label Husam. Show all posts
Showing posts with label Husam. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

BLOK PEMBANGKANG KUAT DENGAN KEHADIRAN DR MAHATHIR - HUSAM


Semakin nyata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad dilihat sebagai suatu force penting untuk memperkuat dan memperkukuhkan  blok pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.

Ia juga dilihat senjata penting bagi pembangkang untuk memaksa Datuk Seri Mohd Najib Razak berundur atau Barisan Nasional (BN) ditumpaskan  dalam pilihan raya akan datang.

Surat dari penjara oleh Datuk Seri Anwar kelmarin yang meminta penyokong PKR berhati-hati dengan Dr Mahathir, dilihat bukan alasan untuk Najib tidak perlu berundur.


Bagi Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa, surat itu tidak boleh gunakan kononnya Anwar tidak minat Najib berhenti.

“Najib kena berhenti (jadi PM),” tegas Husam.

"Anwar menghargai 1.27 juta penandatangan Deklarasi Rakyat, tak mungkin Anwar lupakan tandatangan 1.27 juta rakyat Malaysia," tegas Husam.

Dalam surat lapan halaman yang tersebar Isnin lalu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Dr Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.


Di sebalik surat Anwar, Husam melihat faktor Dr Mahathir sangat penting untuk pembangkang.

Kelmarin, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Dr Mahathir tetap di hati rakyat di akar umbi dan akan menjadi cabaran kepada UMNO dan BN.

Kini terpulang kepada BN untuk menyekat pengaruh Dr Mahathir dan force yang diakibatkan oleh beliau dalam menyatukan pembangkang.

Panglima dan jentera perang BN perlu menggunakan strategi yang berkesan ‘memerangi kemaraan pengaruh Dr Mahathir’ dengan sokongan pemimpin pembangkang untuk mengalahkan BN.

Malah, secara terbuka semalam, Husam berharap Dr Mahathir akan kekal bersama blok pembangkang bagi menunaikan hasrat mereka untuk menawan Putrajaya.

"Saya berharap Tun Mahathir akan kekal bersama pembangkang dan dia akan jadi jurulatih supaya pembangkang boleh jadi kerajaan.

"Saya menganggap selagi Mahathir duduk dengan kita (bersama pembangkang), pembangkang akan jadi lebih kuat," katanya malam semalam.

Husam berkata demikian selepas majlis Dialog bersama Husam di Dewan Himpunan Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) malam tadi.

Apakah dengan mengatakan sedemikian Husam percaya bahawa Dr Mahathir akan tetap bersama pembangkang dan tidak akan membuat U-Turn pada Pilihan Raya Umum akan datang?


Bagaimana kalau tiba-tiba kerana masih sayangkan UMNO kerana sesuatu sebab, beliau akan kembali semula kepada UMNO seperti yang  berlaku sebelum ini?

Apa jaminan yang Dr Mahathir tidak akan ‘berpaling tadah’ dengan pembangkang?

Apapun kemungkinannya, bagi Husam, dengan adanya bekas Perdana Menteri itu, pembangkang akan menjadi lebih kuat.

Sebelum ini  pemimpin veteran UMNO itu bahawa pakatan pembangkang akan sentiasa kalah jika tidak bersatu.

Dr Mahathir memberi amaran, jika mereka berpecah-belah dan tindakan mereka berpecah sesama sendiri mereka akan kalah pada pilihan raya akan datang. Ini dibuktikan dengan kekalahan pembangkang  di Sarawak.

Keputusan membuktikan  BN memang besar menyebabkan DAP hilang lima kerusi dan PKR pula kekal tiga. PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) pulang tangan kosong.

Mengenai nukilan Anwar yang memberi peringatan kepada pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat, Husam menegaskan,  mana mungkin Anwar lupakan 1.27 juta tandatangan rakyat Malaysia yang mahukan perdana menteri itu berundur.

Bagi  ADUN Salor itu,  dalam surat tersebut Anwar menyatakan deklarasi 'ok' tetapi jangan dilupakan agenda tranformasinya.


"Ini perlu diambil maklum oleh pihak Deklarasi Rakyat. Perkara tersebut juga sebahagiannya telah dimasukkan dalam Deklarasi Rakyat," tegas Husam.

Saturday, November 14, 2015

HUSAM KATA KETUA DEWAN ULAMA PAS 'MACAM SAMSENG'


"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian.”

Itu kata-kata Datuk Husam Musa mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, sambil mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Bekas naib presiden PAS itu menegaskan beliau tidak akan meninggalkan PAS.

Selain itu, ADUN Salor itu berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Beliau menyatakan demikian menjawab pertanyaan pada program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu malam tadi.

Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"

"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.

Husam turut menegaskan, PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.

"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.


Hrmmm…berapi dan berasap lagilah Husam dan pemimpin PAS selepas ini?

Tuesday, November 10, 2015

ANTARA HUSAM DAN HADI – SIAPA YANG BERBOHONG & BER’KLU-KLEK’?

 “Sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam. Hakikat bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.”
– Datuk Husam Musa

Banyak yang merasakan tindakan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam‎ Musa membuat kritikan terbuka terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘tidak wajar’.

Isu paling panas ialah kononnya Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO  bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Ramai yang bagi pendapat, kritikan Husam itu dibimbangi memberi kesan kepada parti.

Sebaliknya, Husam mendakwa, Presiden PAS sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai.

"Dia mengakui mengajak dua atau tiga ADUN PKR untuk menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri Selangor bersama UMNO. Presiden akui jika mereka mempunyai jumlah mencukupi mereka akan membentuk kerajaan bersama UMNO di Selangor.

“Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?  Husam berkata demikian dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pas Pahang, Nazri Ahmad bertanya: “Apa muslihat Husam sebenarnya?”

Menurutnya, isu di Selangor itu telah pun selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana sewaktu ia sedang hangat diperkatakan, Presiden Pas sendiri telah memberikan penjelasan berkaitannya bagi menjernihkan segala kekeruhan yang timbul.

“Saya memang hairan dengan tindakan Husam yang membuat pendedahan sedemikian sedangkan isu melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor itu telah pun selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

“Berdasarkan penjelasan Tok Guru Presiden pula, beliau bukan tawar untuk bentuk kerajaan dengan cara bergabung dengan UMNO sebaliknya ia disebut secara umum iaitu tawaran kepada sesiapa yang mahu bersama dengan Pas pada ketika itu,” katanya.

Nazri yang juga merupakan Yang Dipertua PAS  Kawasan Rompin itu turut mempersoalkan tindakan Husam yang seolah-olah bertujuan menimbulkan keraguan di kalangan ahli dan kepimpinan Pas pasca muktamar kepada presiden parti.

“Jika ada apa-apa berkaitan parti dan kalau ia benar, maka gunakanlah saluran dalaman parti yang ada untuk melakukan teguran kepada pihak berkenaan. Tidak perlu saya mengajar cara menggunakan saluran itu kerana Husam merupakan orang lama,” katanya.

Sehingga kini nampaknya, Husam tidak berganjak daripada pertanyaannya ‘kenapa buat?’.

Malah, reaksi Husam kepada mereka yang menyerangnya ialah pertanyaan kepada  Hadi - ‘Ya atau Tidak?’


Beliau menggesa kepimpinan parti itu memberi jawapan "ya" atau "tidak" kepada dakwaannya sebelum ini. Itu sahaja. Bagi Husam, apa yang penting adalah menjawab dan memberi kepastian, bukannya lari daripada isu berkenaan.

ADUN Salor itu berkata demikian selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan Husam adalah "tidak betul" kerana tidak ada keperluan untuk PAS bekerjasama dengan UMNO di Selangor.

Husam berkata, sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam.

“Hakikat bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

“Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?” 

Bagi Husam,  peduli apa dengan kritikan orang lain. Dia bertanya kepada Presiden parti?

Ramai mengatakan Husam berubah sejak tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan Kelantan dan dalam parti.

Tetapi mungkin (diulangi mungkin) bagi Husam, kalau ‘dah mandi, biar semua basah’. Jangan dia seorang sahaja yang basah.

Persoalannya ‘berbekaskah’ PAS dengan kritikan Husam?

PAS selama ini mengatakan ia tidak akan menghadapi apa-apa kesan, termasuk tindakan bebeberapa bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Tak kanlah dengan seorang seperti Husam PAS boleh tergugat.

Malah, PAS sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO, itu ditegaskan beberapa pemimpin PAS sejauh ini.

Jika demikian kenapa nak takut dengan kritikan Husam. Ahli PAS kan bijak-bijak untuk menilai.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata  PAS tidak terkesan dengan dakwaan itu kerana perihal ini pernah terjadi sejak tahun 1999 lagi.

"Buktinya yang paling kukuhnya apakah PAS bergabung dengan UMNO sekarang ? itu yang paling kukuh dakwaan satu bab buktinya, sampai sekarang contohnya tahun 1999 Ustaz Ahmad Awang buat dakwaan itu, ketika krisis di Perak pun ada dakwaan, selepas  itu DAP buat tuduhan sebelum muktamar, dan kini tuduhan di Selangor pula, tetapi realitinya sampai sekarang ini PAS masih tidak bergabung dengan UMNO, jadi bagi saya itulah bukti yang paling kukuh.

"Bukti apakah tuduhan itu berlaku atau tidak, maknanya kalau kita lihat realitinya PAS masih tidak bergabung dengan UMNO dan masih lawan UMNO tiap-tiap  hari jadi itulah bukti bahawa apa yang dituduh tidak betul," katanya.

Semalam Tuan Ibrahim berkata  tuduhan yang mengatakan bahawa PAS akan menjalinkan kerjasama politik bersama UMNO adalah tuduhan yang tidak berasas dan sama sekali.

Tidak berpijak di bumi yang nyata, tegasnya.

Bukti jelas menangkis dakwaan itu adalah, sehingga kini tuduhan-tuduhan itu tidak dapat dibuktikan. Malah, PAS masih 'berperang' dengan UMNO sehingga kini.

"Saya fikir mereka yang buat tuduhan-tuduhan itu yang mengaitkan PAS akan bersama UMNO ini sampai sekarang tiada bukti. Ia tidak berlaku sebagaimana yang diwar-warkan penuduh."

Menurut Tuan Ibrahim, apa yang penting bagi ahli PAS ialah lihat kepada realiti. “Realitinya PAS tetap berlawan dengan UMNO dan tidak timbul PAS hendak bersama UMNO sepertimana yang didakwa,’ katanya.

"Jadi kita fikir pelik di antara orang buat tuduhan dengan orang yang kena tuduh yang tuduh kononnya presiden hendak bergabung dengan UMNO tetapi berapa kali ucapan presiden nafi perkara itu, jadi kalau hendak percaya kepada orang yang dituduh dan kita menolak kenyataan sebenar daripada presiden jadi tidak betul sepatutnya kita menerima kenyataan yang dituduh itu, presiden sendiri telah beberapa kali buat penafian," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata Husam sepatutnya‎ menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.
   
"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. ‎Kita selalu sebut kita ada saluran. Tok Guru (Allahyarham Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah sebut parti umpama rumah tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah tangga‎ di kedai kopi," katanya.

Persoalannya, jika tidak ‘berkesan’ kenapa begitu ramai yang cuba ‘menangkis serangan Husam?’

Apakah tindakan Husam ini akan membawa padah kepada dirinya?

Atau Husam memang mahu menyerang dari dalam, bersikap berani dan bukan seperti rakan-rakannya yang meninggalkan PAS untuk berjuang di luar melalui AMANAH.

Juga apakah dengan kritikan sebegini, Husam mengajar pemimpin atasan PAS supaya jangan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan parti di sebalik menuduh beliau pula yang mendatangkan masalah kepada parti.

Apakah kritikan-kritikan Husam akan menjadikan pemimpin PAS akan berhati-hati atau menganggap Husam sebagai pengacau dan menjadikan kritikan beliau sebagai sebab untuk mengenakan tindakan drastik terhadapnya?

Ini kerana tindakan Husam bukan kepada sembarangan pemimpin, tetapi Presiden partinya.

Walaupun cuba dipertahankan oleh beberapa pemimpin dalam PAS tetapi hakikatnya dalam beberapa perkara,  Hadi dilihat sebagai seorang yang bersifat banyak ‘klu-klek’nya.

Malah, dalam isu ini, jika Hadi sendiri terus berdiam diri, soalan yang dikemukakan Husam akan menjadi pertanyaan yang tidak terjawab untuk waktu yang lama.

Persoalannya apakah Hadi akan membiarkan dakwaan Husam bahawa "sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam," terus 'menghantui PAS' untuk tempoh yang lama.

Thursday, October 10, 2013

BANTAI MB & EXCO - HUSAM KECEWA ATAU DIKECEWAKAN…

 "Jangan sampai saya dedahkan banyak perkara lagi di dewan ini." - Husam Musa
Membaca laporan mengenai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sejak beberapa hari ini, terutamanya semalam, mengingatkan saya kepada kejadian Ahli Dewan Undangan (ADUN) Paloh yang kini ketua pembangkang Datuk Nozula Mat Diah mahu menyepak salah seorang ADUN PAS akhir November 2007.

Nozula marah kerana Exco ketika itu, Zulkifli Mamat bagai mempermainkan beliau dan tidak menjawab soalan yang ditanya.

Saya ada pada sidang berkenaan kerana ketika itu menjadi penyelidik kepada UMNO Kelantan, khususnya untuk Tan Sri Annuar Musa (ketika itu Datuk Seri) yang menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan dan Ketua Pembangkang di DUN Kelantan.

Semalam perkara yang seakan sama berlaku kepada ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang pada suatu peringkat kerana tidak berpuas hati dengan jawapan anggota Exco kemudiannya bangun sambil berkata: "Jangan sampai saya dedahkan banyak perkara lagi di dewan ini".

Ia bukan sekadar pernyataan tidak puas hati tetapi pada peringkat mengugut tetapi tidaklah sampai ke peringkat seperti Norzulah mahu menyepak ADUN PAS.


Kejadian PAS lawan PAS ini meningatkan saya kepada kejadian pada sidang DUN Terengganu pada 2009 dan 2010 apabila beberapa ADUN UMNO ‘bertembung’ dengan Menteri Besar Terengganu yang turut membabit 'ugutan'.

Jika di DUN Kelantan semalam Husam mengugut dengan kata-kata tetapi di DUN Terengganu berlaku ‘SMS Ugut Bunuh’ yang kesanya berlarutan hingga har ini.

Bagi saya, kini masanya Kerajaan PAS Kelantan pula yang berdepan dengan masalah menjaga ADUN mereka seperti yang berlaku di Terengganu pada 2009 dan 2010.

Puncanya besarnya adalah kerana pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Yakob seperti juga kes di Terengganu apabila Datuk Seri Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Perasaan tidak puas hati dilemparkan ke khalayak politik dengan alasan ‘sayangkan parti dan kerajaan’ tanpa menjaga air muka Menteri Besar yang baru dilantik.

Seperti kata Husam di luar dewan bahawa segala tegurannya adalah kerana sayangkan Kelantan dan mahu melihat negeri itu jauh lebih maju. "Kerajaan baharu ini masih jauh lagi dan apa yang saya sebutkan ini bukanlah salah kepimpinan," katanya.

Berbalik kepada sidang DUN Kelantan yang memasuki hari ketiga semalam, suasana tegang apabila Husam, bekas anggota Exco kanan yang pernah suatu ketika diramalkan akan menjadi Menteri Besar bertegang urat dengan beberapa anggota Exco negeri ketika sesi penggulungan

Husam yang terkenal kerana melakukan persediaan (kerja rumah) sejak beliau menjadi Ahli Parlimen lagi sebenarnya tidak berpuas hati dalam beberapa perkara:

1. Beliau memohon penjelasan kerajaan negeri mengenai pemberian kawasan balak seluas 3500 ekar di hutan simpan Chabang Tongkat Hulu Sat Machang;

2. Husam membidas tindakan kerajaan negeri terhadap kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB);

3. Penamatan kontrak syarikat Korea Selatan untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat; dan

4. Hukum syariah di negeri itu. 

Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata, jika AKSB diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.

Yang nyata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf. Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH. Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH. Demikian juga beberapa loji yang lain," katanya.

Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal sama sekali, katanya. Bekas anggota Exco itu kemudiannya mahu satu lawatan kesemua Loji Rawatan Air diadakan segera bagi membuktikan kebenaran dakwaannya.

Husam turut meminta agar AKSB diaudit oleh satu badan bebas.

Menyentuh isu pembalakan itu, Husam kelmarin meminta kerajaan negeri tidak meluluskanpermohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutansimpan berkenaan.

Ini kerana menurutnya, ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekasPengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Husam mendakwa syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpa membuat sebarang tender.

"Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Guru dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu. Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?," katanya.

Mengenai kelulusan mengambil balak di hutan simpan kekal Hulu Sat itu, Ahmad Yakob menjelaskan kelulusan belum diberikan kepada mana-mana pihak dan berkemungkinan ia tidak akan diluluskan kerana di kawasan berkenaan terdapat tadahan air serta kaya dengan kepelbagaian hayat.

Dilaporkan, pada satu ketika Husam kelihatan berang apabila beberapa anggota Exco berkenaan menafikan berlakunya penyelewengan dan salah tadbir.

Anggota Exco berkenaan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad; dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Hanifa dan Mohd Nassuruddin mendakwa segala keputusan menimbulkan dakwaan Husam itu telah dijelaskan dalam beberapa mesyuarat yang turut sama menjemput Husam menyertainya.

Mereka menyifatkan segala dakwaan Husam itu sangat serius dan tidak benar sama sekali.

"Yang Berhormat Salor (Husam) tidak hadir dalam mesyuarat bersama Ahli Yang Berhormat dalam beberapa mesyuarat itu," kata Hanifa sewaktu penggulungan itu.

Husam bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya berkata walaupun ketiadaannya, wakil dirinya telah hadir namun perkara berkenaan tidak diperbincangkan.

Husam yang kecewa dengan serangan itu beberapa kali bangun untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Pertelingkahan antara ADUN PAS dengan Exco PAS ini sangat menarik kerana sebelum ini seboleh-bolehnya Exco PAS dan ADUN cuba menutup ‘kelemahan’ dan ‘salah laku’ antara mereka.

Malah, bukan sekadar yang ditimbulkan Husam itu sahaja.


Banyak persoalan lain yang wajar dijawab oleh Kerajaan Kelantan. Ini termasuk peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik.

Husam kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu ini menamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.

"Kerajaan baharu tidak boleh dengan mudah memutuskan hubungan dengan kotraktor yang dikira berkebolehan yang telah dipilih lebih awal dan datang dengan cadangan baharu yang pada hemat saya meragukan," katanya.

Seperti disebutkan di atas, yang paling sensitif dan banyak diperkatakan ialah tentang kenaikan tarif air sehingga 39% mengikut tahap tertentu penggunaan air, yang tidak diumumkan.

Persoalannya betulkan tarif air naik? Kalau betul naik, kenapa tidak diumumkan?

Hairan juga kenapa Husam boleh melenting begitu rupa sedangkan kerajaan PAS yang memerintah sekarang hanya berusia lima bulan lima hari ( Tarikh Pilihan Raya Umum ialah 5 Mei 2013).

Bukanlah Ahmad Yakob memerintah Kelantan dengan mengambil alih ‘legasi Nik Aziz' yang lebih 20 tahun memerintah Kelantan?

Juga bukankah Ahmad Yakob menyusun dan mengubahsuai dasar-dasar yang kebanyakkan dirangka oleh Husam sendiri yang berselindung di sebalik ‘jubah Nik Aziz’ sejak berdekad lalu?

Kalau ditakdirkan baru-baru ini Husam menjadi Menteri Besar, apakah beberapa perkara ini dilondehkan sedemikian rupa?

Sidang masih diteruskan hari ini dan apakah mungkin akan terus panas seperti kelmarin dan semalam?

Sunday, July 14, 2013

FAKTOR HUSAM DI KUALA BESUT – MENJANAM DARIPADA MEMENANGKAN PAS…


"Selain tidak menilai sensitiviti bahawa calon yang ditonjolkan oleh PAS itu sebenarnya adalah bekas ahli UMNO, keputusan PAS Pusat sudah membelakangkan kehendak pengundi PAS di Kuala Besut…amat nyata sekali, PAS tidak menyandarkan harapannya kepada calon berpengalaman dan memang mempunyai pengaruh di Kuala Besut."
 

Dalam soal memilih calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding PAS.

Tidak usahlah kita mempertikaikan mengenai kelulusan.

Tidak guna mempunyai calon berkelayakan tinggi tetapi tidak mempedulikan rakyat. Lebih baik mempunyai calon berkelulusan sederhana tetapi ‘mesra rakyat’.

Tetapi UMNO/BN bernasib baik kerana sejak awal-awal lagi, bakal calon yang mahu diketengahkan adalah mereka yang amat berkelayakan, iaitu berlatarbelakangkan agama, birokrat serta profesional.

Namun tidak dengan PAS!

Mereka terkial-kial kononnya menunggu pengumuman UMNO/BN supaya ‘sesuai’ untuk dipadankan sebagai calon. Maksudnya kalau calon UMNO/BN berpendidikan agama, mereka akan meletakkan calon serupa.

Ternyata perkiraan PAS kali ini lain daripada yang diduga. Jika ia benar-benar mahukan kekuatan dan sokongan, sudah PAS ia meletakkan calon berpengalaman dan di kenali ramai.

Namun, kali ini PAS mungkin terdesak kerana wang. PAS melihat faktor ‘kebendaan dan dana’ melebihi perjuangan ‘sucinya’.

Selain tidak menilai sensitiviti bahawa calon yang ditonjolkan oleh PAS itu sebenarnya adalah bekas ahli UMNO, keputusan PAS Pusat sudah membelakangkan kehendak pengundi PAS di Kuala Besut.

Selain itu amat nyata sekali, PAS tidak menyandarkan harapannya kepada calon berpengalaman dan memang mempunyai pengaruh di Kuala Besut.

Mungkin kerana itu, tinjauan yang dibuat mendapati ada kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri yang tidak senang dengan keputusan PAS Pusat meletakkan Azlan Jusuh yang dikenali sebagai Che Long.

Memang Azlan anak tempatan, namun kalangan yang mengharapkan bekas ADUN PAS Kuala Besut (1999-2004) diberikan peluang semula, sangat kecewa.

Malah, Nik Zawawi Nik Salleh (kiri) dilihat tidak diiktiraf langsung sumbangan dan penglibatan beliau dalam memperkukuhkan PAS Kuala Besut selama ini. Bukan ‘kacang lupakan kulit tetapi kulit yang tinggalkan kacang’.

Pada PRU 1999, Nik Zawawi Nik Salleh mendapat 4,426 manakala tokoh UMNO Besut yang juga bekas Exco, Wan Zakaria Bin Abd Rahman dari BN mendapat 3,939.

Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi. Akhirnya ada kalangan penyokong PAS beranggapan, UMNO/BN akan memang mudah, ….’kacang jer’ kata mereka.

Jika ingin disingkap sumbangan kedua-dua calon daripada PAS dan UMNO/BN kepada parti di kawasan Kuala Besut, biarpun Che Long adalah Bendahari PAS, kedua-duanya seimbang.

Jika calon UMNO/BN dilihat sebagai pegawai kerajaan yang pernah menabur bakti di kawasan itu, Che Long pula dikatakan tidak membantu dan bekerjasama kepada calon PAS pada PRU 13, Napisah Ismail – menyebabkan Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar menang selesa dengan 2,343 undi majoriti.

Bagi kalangan ahli PAS, ada menggelarkan Che Long sebagai ‘calon cari makan’ dan berdepan dengan kemungkinan sabotaj kumpulan yang mahukan Wan Zawawi serta muslimah PAS yang kecewa dengan tindakannya sebelum ini.

Malah, Che Long yang dikatakan rapat dan banyak membantu Naib Presiden PAS, Husam Musa terpilih kerana ‘wincable’ bukan faktor kemungkinan kemenangan atau winnable.

Kita tidak hairan beliau terpilih dan kita tidak hairan kenapa Husam dilantik sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Che Long menjalankan perniagaannya dan banyak tertumpu di Kota Bharu dan pastinya orang yang paling ‘berpengaruh di Kelantan’ sebelum ini, Husam mempunyai hubungan erat dengan beliau.

Bagi Che Long, politik perkara kedua kerana baginya perniagaannya lebih penting. Malah, dia mungkin tidak meyangka akan dipilih sebagai calon. Memandangkan Nik Zawawi adalah daripada kalangan ulama, Husam yang dikenali daripada kumpulan Erdogan tidak akan memilih bekas ADUN Kuala Besut itu.

Soal pengaruh, pengalaman dan sokongan tidak dihiraukan oleh Husam. Yang penting ialah PAS perlu bergerak dan berbelanja untuk PRK ini. Siapa yang akan membantu PAS pada PRK ini?

Tidak ada sesiapa lagi kerana PKR dan DAP hanya menjadi ‘nasi tambah’ sahaja. PASlah yang perlu mengeluarkan duit dari poketnya.

Kalau letak Ustaz Zawawi, sudah PASti kontong tidak penuh tetapi dengan meletakkan Che Long, dia perlu bekerjasama rapat dengan Husam untuk menjamin kemenangan.

Jika kalah, Husam juga akan terkial-kial pada pemilihan Parti PAS nanti. Kalau menang, Husam akan kembali naik tocang selePAS digugurkan daripada Exco Kerajaan Kelantan.

Menghairankan apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Wahid Endut mengatakan PAS Terengganu bersetuju menyerahkan kepada Husam untuk mengepalai jentera PAS bagi PRK Kuala Besut setelah pengumuman dibuat mengatakan Timbalan Pesuruhjaya PAS, Satiful Bahri Mamat sepatutnya mengetuainya.


Malah, Satiful dan pembantunya Hanafiah Mat seolah-olah diketepikan dan cita-cita dua pemimpin PAS ini untuk menunjukkan kebolehan 'tergolek di tepi jalan'. Belum berjuang sudah dikantoikan!

Berlainan dengan UMNO/BN, awal-awal sudah diumumkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin iaitu Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO dilantik sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Idris Jusoh, iaitu Ketua Bahagian UMNO Besut sebagai timbalannya.

Ternyata bahawa dalam PRK Kuala Besut ini, PAS tersilap memilih calon, selain terpaksa melantik pula Husam yang dilihat politiknya semakin menjunam, yang banyak membawa kelebihan kepada UMNO/BN. PRK ini juga menjelaskan lagi peranan kroni dalam PAS apabila Che Long mendapat tempat berbanding Wan Zawawi yang dilihat mampu memberikan saingan lebih sengit kepada calon UMNO/BN.

Kita tidak dapat meramalkan sejauh mana ‘kepentingan kroni’ akan berterusan dalam parti itu tetapi yang nyata melalui PRK Kuala Besut ini, sesiapa yang ada ‘cable’ dengan pemimpin PAS Pusat berpeluang menjadi calon. Faktor kedua ialah dia mesti loaded kerana PAS dalam keadaan tertentu terdesak untuk menubuhkan tabung khususnya untuk PRK.

Tidak hairanlah jika PAS - sambil berkempen – sempat mengumpul dana untuk PRK walaupun hakikatnya bagi PRK ini, Che Long mampu untuk menyediakan peruntukan selepas mendapat ruang dan peluang berniaga di Kelantan yang berkemungkinan besar melalui bantuan dan pertolongan Husam.

Jika pemimpin PAS mengatakan PKR Kuala Besut adalah ‘talian hayat UMNO/BN Terengganu’, di pihak Husam, PRK Kuala Besut adalah ‘talian hayat karier politiknya’.

Sejauh ini perananya dilihat ‘menjahanamkan politik PAS Kuala Besut’ dan PAS yang dijangka tewas terus akan menjadi mala petaka kepada karier politiknya yang kini sedang menjunam selepas kalah di Parlimen Putrajaya dan terpelanting daripada barisan Exco Kerajaan PAS Kelantan.

Saturday, December 1, 2012

HUSAM PERTIKAI KEIKHLASAN PERMOHONAN MAAF PERDANA MENTERI


"Petronas sedia maklum bahawa syarikat ini tidak pernah berhutang dan telah melunaskan pembayaran royalti kepada semua negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kepada Kerajaan Persekutuan...Terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat agihan itu sama ada dalam bentuk royalti atau wang ihsan," - Tan Sri Shamsul Azhar Abbas

Kejujuran dan sifat ikhlas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memohon maaf kepada rakyat rupa-rupanya dipertikai serta dicabar.

Presiden Umno itu turut berikrar beliau bersama-sama pimpinan Umno akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menaikkan martabat orang Melayu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam meminta Najib mengumumkan penyerahan wang royalti Kelantan sekiranya beliau benar-benar. Jujur dan ikhlas.

Husam berhujah: “Dalam kes wang royalti, permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat. Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini, Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, mendakwa Petronas telah melanggar kontrak yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Kelantan pada 1975.

Husam dalam dakwaan itu berkata, Petronas telah menyimpan segala dokumen cari gali tanpa memberi maklum balas kepada kerajaan negeri tersebut.

Mengenai dakwaan bahawa Kelantan tidak dibayar royalti minyak, hakikatnya terdapat formula standard lima peratus yang diamalkan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi semua negeri.

Formula digunakan ialah jika penerokaan minyak dijalankan dalam lingkungan tiga batu nautika, hasil minyak milik negeri, di luarnya milik kerajaan persekutuan.

Pada Ogos 2010 Kerajaan Kelantan telah memfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009 setelah Kerajaan Pusat enggan menyerahkan wang royalti.

Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk menjadi defenden kedua. Namun Ogos lalu, Perdana Menteri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Menurut Husam, Islam menetapkan mereka yang memohon maaf perlu memulangkan perkara yang diambil selain tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.


Pada ketika Husam mengatakan Kerajaan Pusat mengambil ‘duit minyak’ Kelantan, Petronas menafikan syarikat minyak nasional itu pernah berhutang dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dalam pembayaran royalti minyak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, semua pembayaran royalti itu telah dibuat melalui Kerajaan Persekutuan.

"Petronas sedia maklum bahawa syarikat ini tidak pernah berhutang dan telah melunaskan pembayaran royalti kepada semua negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kepada Kerajaan Persekutuan.

Terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat agihan itu sama ada dalam bentuk royalti atau wang ihsan," katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan prestasi kewangan suku ketiga Petronas kelmarin.

Shamsul Azhar berkata demikian bagi menjelaskan isu dakwaan pelanggaran kontrak oleh Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan.

Shamsul Azhar menambah, jumlah royalti yang dibayar itu masih kekal iaitu lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperoleh dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri-negeri berkenaan.


Selain itu tuntutan pembangkang bahawa negeri-negeri pengeluar petroleum dan gas seperti Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu bakal mendapatkan semula hak royalti 20 peratus mereka ke atas pengeluaran hasil tersebut apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Cadangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu secara langsung akan mengeluarkan negeri-negeri tersebut dikatakan akan dapat dikeluarkan dari kemelut kemiskinan yang melanda disebabkan pentadbiran Barisan Nasional yang memonopoli hasil dan hak negeri keatas sumber asli mereka.

Hakikatnya, permintaan untuk menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus akan memberi kesan negatif kepada industri minyak dan gas kerana langkah berkenaan akan mengurangkan keupayaan untuk melabur semula.

Shamsul Azhar menjelaskan, lebih RM300 bilion perbelanjaan modal berisiko dalam masa lima tahun akan datang.

Sejak penubuhan Petronas sehingga 31 Disember 2011, jumlah yang telah diagihkan secara langsung adalah sebanyak RM650 bilion bagi pembayaran dividen, cukai dan royalti kepada Kerajaan Persekutuan.

Dalam tempoh lima tahun lalu, syarikat minyak nasional itu menyumbang secara purata sebanyak RM60 bilion setahun, secara puratanya 41 peratus daripada jumlah pendapatan Kerajaan Persekutuan.

Shamsul berkata dividen yang merupakan 61 peratus daripada keuntungan adalah lebih tinggi daripada purata 38 peratus yang dibayar oleh syarikat minyak dan gas global lain.

"Petronas sudah yang melepaskan kira-kira RM155 bilion dalam hasil sejak harga gas terkawal berkuat kuasa pada Mei 1997," katanya.

Rujukan - Bernama

Thursday, June 21, 2012

NIK AZIZ BERDOA JANGAN 'BALA YANG DIBAWA HUSAM HANCURKAN PAS KELANTAN

 

Karut dan Bohong!!!! “Saya langsung tidak mengenali kedua-dua nama yang disebutkan."

Demikian ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa mengenai dakwaan bahawa syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) terlibat dengan kemelut salah laku yang membabitkan seorang pegawai kanan syarikat itu.

Namun di pihak yang mendakwa mengatakan pihak mereka tidak akan mendedahkan semua salah laku tersebut sekarang kerana bimbang akan menyebabkan masyarakat panik.

Husam berkata dakwaan itu seratus peratus tidak benar kerana pihaknya tidak pernah dipanggil polis memberi kenyataan berhubung salah laku seperti yang dikatakan.

 Kerana itu Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan menyaman akhbar terbabit serta bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang menyiarkan dakwaan itu blognya kelmarin.

Husam dan Syed Azidi pada suatu ketika....
Dihubungi mStar Online yang disiarkan hari ini Husam terus meminta penulis Syed Azidi mendedahkan segera, jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukkan berlaku penyelewengan dalam KGT. Malah, bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu juga diminta menyatakan dengan jelas bentuk penyelewengan dan salah laku yang didakwa berlaku dalam syarikat milik kerajaan PAS Kelantan itu.

"Apa penyelewengan yang berlaku dan apa penyelewengan yang saya buat. Dedahkan terus, dedah sekarang tak payah main-main politik, pusing keliling dunia...lama sangat masa tu," katanya.

Menyifatkan tindakan Syed Azidi sebagai fitnah, Husam berkata beliau tidak takut dengan dakwaan ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 'blogger' terbabit.

Mengulas mengenai tuntutan penjelasan gambar beliau bersama seseorang yang dianggap 'pengganas ekonomi' oleh pihak tertentu yang disiarkan dalam blog yang sama, Husam menjawab:

Ada apa masalah dengan gambar itu? "Dia (Syed Azidi) pun pengganas juga."

Syed Azidi, menerusi sebuah akhbar tempatan pada Rabu, menyatakan kesediaan mendedahkan bukti penyelewengan dalam KGT 'pada masanya' selain menuntut beberapa penjelasan daripada Husam berhubung dakwaan skandal dalam syarikat ini.

Dalam pada itu, Husam berkata, KGT tidak terjejas dengan dakwaan ini dan masih beroperasi seperti biasa. Pada Selasa, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri mendesak kerajaan PAS Kelantan menggantung urusan penjualan mata wang dinar dan dirham yang didakwa dilanda kontroversi.

Tiga laporan polis turut dibuat dengan merujuk satu nama, iaitu pegawai kanan di syarikat terbabit. Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata tindakan meminta penjelasan bukan serangan peribadi terhadap Husam dan PAS sebaliknya penjelasan itu untuk rakyat Kelantan.

Dipetik melalui blog Syed Azidi, beliau berkata, pada Isnin 18 Jun 2012, Husam sebagai respons kepada berita muka hadapan Utusan memberitahu media bahawa:

• Tidak ada laporan polis seperti yang didakwa. Beliau tidak kata tidak tahu, tetapi tidak ada.
• Ini semua perancangan UMNO. 
• Tiga hari lepas saya telah ke Kelantan dan bertemu pemimpin UMNO.
• Saya adalah Kucing Kurap.
• Segala dakwaan berkenaan skandal matawang syariah ini adalah karut.
• Akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan dan saya.

Sementara Syed Azidi , iaitu pihak yang bertanggungjawab mendedahkan skandal mata wang dinar dan dirham dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd tidak takut disaman berhubung dakwaan itu kerana mereka mempunyai bukti kukuh.

Blogger, Syed Abdul Aziz menegaskan, semua pendedahan yang dilakukan termasuk laporan polis terhadap individu tertentu sudah disahkan kebenarannya dan ia bukan sekadar tuduhan karut. Syed Azidi berkata, pihaknya menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan satu persatu fakta berkaitan dengan skandal mata wang syariah terbabit berdasarkan maklumat serta bukti dimilikinya.

Syed Azidi turut meminta Husam menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar lagipun beliau sudah mendedahkan nama individu berkaitan dan meminta exco negeri itu menjawab 10 soalan dimuatkan menerusi blognya. Sepuluh soalan dimaksudkan adalah:


1. Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo?

2. Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd?

3. Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut?

4. Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo?

5. Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo?

6. Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo?

7. Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo?

8. Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat?

9. Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?

10. Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara? http://kickdefella.net/2012/06/13/5361/ 

Kita mahu Husam bertanggungjawab dan bersikap telus dalam perkara terbabit kerana syarikat itu dikendalikan Kerajaan Negeri jadi, rakyat juga mempunyai hak untuk mengetahui keadaan sebenar. Lagipun perkara ini tidak ada kaitan dengan serangan bersifat peribadi, pendedahan ini adalah untuk kebaikan rakyat dan bukannya disebabkan pilihan raya yang semakin dekat. Saya tidak takut kerana kami ada bukti,” katanya ketika sidang media di Kota Bharu, kelmarin.

Husam sebaliknya enggan 'melayan' desakan Syed Azidi yang meminta beliau menjawab 10 soalan yang terdapat dalam blognya - kickdefella sebagai tanda kerajaan Kelantan bersikap telus dalam hal ini.

Katanya, Syed Azidi tidak perlu memanjangkan isu tersebut sebaliknya terus tampil dengan penjelasan dan bukti sekiranya benar ada. "Sepatutnya dia yang mendakwa, dialah yang buktikan, bukan saya.

Kalau dia ada hal, ada dokumen (bukti), tak perlu panjangkan cerita. Saya dah kata, kita (KGT) tak ramai pegawai. Kalau ada pegawai yang dikatakan menyeleweng tolong namakannya," ujarnya.

Syed Azidi bersama beberapa NGO turut menggesa Kerajaan Kelantan supaya menggantungkan urus niaga dinar dan dirham sehingga siasatan polis selesai serta mencadangkan pengurusannya mengenainya perlu diserahkan kepada pihak Baitulmal untuk menyelianya berlandaskan syariah Islam sebenar.

Husam perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan disebabkan pihak berkuasa juga sudah mengesahkan berhubung ketiga-tiga laporan polis berhubung salah laku tersebut.

Kelmarin, media melaporkan Polis Kelantan mengesahkan sedang menyiasat tiga laporan polis yang dibuat ke atas seorang pegawai kanan KGT iaitu syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersialnya, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, pihaknya menunggu laporan daripada Polis Kuala Lumpur sebelum tindakan lanjut.

Kelmarin Husam berkata laporan polis yang dikatakan sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana pegawai kita diminta polis untuk memberikan apa-apa kenyataan.

Menurut Syed Azidi, isu skandal matawang syariah ini bukan isu peribadi antara beliau dan Husam.

Katanya, ini adalah isu yang melibatkan kesucian institusi agama Islam, pembeli dan pengguna dinar dan dirham dan lebih dari itu, identiti dan tingkah laku individu yang diberi amanah.



“Sebagai rakyat dan pengundi di Kelantan saya berhak bertanya. Husam sebagai pemimpin yang dipilih rakyat wajib menjawab dengan betul. Ini bukan lawak jenaka. Kalau Husam sekadar boleh menjawab dengan marut marut begitu, ada baiknya Husam menyertai program TV Karoot Komedia X dan bukannya menjadi Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan. Atau meletakan jawatan Exco dan ADUN untuk menyertai pelbagai program lawak jenaka yang semakin popular di kaca TV sekarang.

Dan bila memasuki pentas lawak jenaka, Husam perlu tahu bahawa pelawak juga ada etika. Mereka bukan membuat lawak bodoh tetapi mereka mengkritik kepimpinan dan masyarakat dalam halus. Dan dari situ Husam akan dapat belajar bahawa kemuliaan perlu ada di dalam setiap tugas yang kita pikul.”

Juga, kata Syed Azidi, skandal matawang syariah ini bukan kerana pilihanraya. “Kita tidak perlu risau bila pilihanraya. Apa yang Husam perlu risau ialah sudahkan dia tunaikan janji pilihanrayanya yang lalu?

Beliau meminta PAS Kelantan mengambil keputusan sama ada mereka mahu berdiri dibelakang projek yang dianjurkan oleh Husam sedangkan kebanyakan pimpinannya sendiri merasa ragu-ragu dalam banyak aspek projek itu. Jika mereka berbuat demikian, mereka juga akan terpalit sama.

Husam boleh melepaskan tangannya sebagaimana dia melepaskan tangan di dalam skandal Kambing Jamnapari dan Kerajaan Negeri boleh memikul terus beban sebagaimana projek yang lahir dari Husam seperti Takaful Kifalah Warga Emas dan lain-lain.


Bagi Syed Aziz, tuntutan Gabungan NGO Kelantan kelmarin adalah paling menasabah. “Ia bukan tuntutan politik ataupun berniat menyerang mana-mana parti politik.

Ia adalah berasaskan mengejar keredhaan di dalam matawang syariah. Atas dasar itu, Gabungan NGO Kelantan semalam mengajak semua pihak bersamanya tanpa menghiraukan batasan politik. Ini adalah untuk rakyat Kelantan dan kesucian matawang syariah,” katanya.

Hari ini Kerajaan PAS Kelantan diminta lagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu urus niaga dinar dan dirham yang kini menjadi isu di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata penjelasan adalah perlu bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri tersebut di dalam pelaksanaan urus niaga di pasaran yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

"Ia untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara itu terutama apabila iannya sudah menjadi isu selepas beberapa laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan," katanya.

Persoalannya apakah mereka yang memiliki dan melabur dalam dinar emas GTSB kini semakin tidak boleh tidur malam pada ketika Husam sedang berdepan untuk menjawab banyak soalan, termasuk 10 soalan yang dimaksudkan Syed Azidi.

Yang pasti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan berdoa lagi agar ‘bala’ tidak turun di Kelantan akibat isu ini.

Wednesday, September 21, 2011

KICKDEFELLA MENENTANG HUSAM YANG HIPOKRIT & PENIPU?

"Hipokrasi Husam juga amat ketara dan sepanjang tempoh perkhidmatan apabila berapa kali diajak oleh beliau ke premis-premis yang tidak sesuai untuk beliau kunjungi sebagai pimpinan sebuah parti Islam. Malah lebih daripada itu terpaksa menyaksikan gelagat-gelagat beliau di tempat awam yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin tinggi sebuah parti Islam..." - Syed Azidi Syed Abdul Aziz

Sebelum ini Mohd Sayuti Omar (MSO) yang begitu rapat dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ‘melarikan diri’ daripada beliau.

Antara pendedahan yang menarik dibuat MSO mengenai Husam ialah projek Jamnapari yang lingkup serta Husam membiayai dengan mewah isteri keduanya berbangsa Cina di Kuala Lumpur.

Kini giliran Syed Azidi Bin Syed Abdul Aziz atau Kickdefella pula ‘melarikan diri’ dari Husam.

Beza antara kedua-dua mereka – MSM dan Kickdefella – tidak banyak. Sama-sama pernah 'berkhidmat' dengan Husam, memuji Husam pada mulanya akhirnya terpaksa berpisah.

MSO lebih hebat. Husam bagai kawan dan rakan!

Namun saya tidak tahu sama ada Husam dan MSO sudah ‘bercium molot’ atau sebaliknya.
Kickdefella berkata beliau berkhidmat hampir tiga tahun dibawah Husam dan menulis lebih 100 artikel berhubung beliau.

Berbanding dengan MSO yang menerbitkan pelbagai artikel mengenai ‘kelemahan’ dan ‘keburukan’ Husam, Kickdefella menerima saman tetapi MSO sehingga kini tidak kena apa-apa tindakan Husam.

Husam Musa memfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap blogger Kickdefella berhubung penyiaran tiga artikel didakwa memfitnah Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu. Writ saman terhadap Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz, 41, itu difailkan peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi, di Kota Bharu pada jam 2.30 petang, kelmarin.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan membayar ganti rugi RM5 juta bagi perbuatan fitnah yang disiarkan di blognya. Defendan juga dituntut memohon maaf secara bertulis kepada plaintif yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu tanpa syarat dan diiklankan di akhbar.

Menghairankan Husam hanya menyaman Kickdefella terhadap 3 artikel daripada 100 artikel dan pertanyaan Kickdefella ialah pakah ini bermakna pemimpin penting Kelantan itu bersetuju bahawa lebihan artikel yang ditulis oleh beliau tentang Husam adalah betul.

Apakah ini bermakna Husam bersetuju bahawa pengakuan Kickdefella menerima wang pampasan bernilai RM350,000 dan wang berjumlah lebih RM4 juta untuk pilihanraya umum 2008 adalah betul?

Kerana itu bagi Kickdefella, Husam adalah seorang yang hipokrit dan penipu berlandaskan pengalaman saya dan fakta-fakta serta bukti yang terkumpul sepanjang perkhidmatan dengannya.

Apa yang Husam suruh Kickdefella selama bertugas dengan beliau?

1. Menulis dan menggunakan kreativiti untuk memburuk-burukan musuh politik beliau termasuklah yang berada di dalam parti politik yang sama dengan beliau;

2. Menyakinkan Kickdefalla tanpa mengemukakan bukti bahawa terdapat korupsi di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kelantan dan pimpinan tertinggi partinya ketika itu;

3. Menegur terhadap tulisan yang mempunyai kepentingan awam tetapi mengkritik rakan politik beliau seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Kata Kickdefella, hipokrasi Husam juga amat ketara dan sepanjang tempoh perkhidmatan apabila berapa kali diajak oleh beliau ke premis-premis yang tidak sesuai untuk beliau kunjungi sebagai pimpinan sebuah parti Islam. Malah lebih daripada itu Kickdefella terpaksa menyaksikan gelagat-gelagat beliau di tempat awam yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin tinggi sebuah parti Islam.

Kickdefella percaya kes ini turut akan membawa banyak faedah kepada orang awam dan rakyat Negeri Kelantan khasnya dan kerana itu mengalu-alukan bantuan guaman daripada pengamal-pengamal perundangan bagi membantu beliau mempertahankan hak dan kepentingan awam ini.

Malah beliau merayu kepada rakyat Negeri Kelantan yang rindukan perubahan untuk bersama-sama dengan beliau di dalam kes saman ini bukan untuk kemenangan dirinya tetapi untuk perubahan kepada Negeri Kelantan yang tercinta.

Menarik sekali apa yang diperkatakan Kickdefella dan sama-samalah kita menyokong demi perubahan untuk kebaikan di Kelantan!

Saya juga akan mengulas mengenai Husam selepas ini.

Apapun, baca dulu kenyataan rasmi Kickdefalla berhubung dakwaan saman oleh Husam untuk mengetahui kenapa blogger ini sanggup berdepan dengan bekas bosnya.

Friday, June 3, 2011

BANYAKNYA DUIT HUSAM - BOLEH BAYAR RM350,000 BEGITU SAHAJA!

Waktu CIUM MOLOT antara Husam & Kickdefella tetapi kini tidak lagi dengan penulis blog berkenaan. Kesian Kickdefella, habis manis sepah dibuang!

Hmmm berpeluh Datuk Husam Musa dibuatnya.

Berusaha bersilat, kiri dan kanan. Terpaksa menepis dan menyatakan tidak rapat dengan Kickdefella.

Itulah manusia. Bila tiba diri tersepit, orang yang rapat pun kata tidak rapat.

Tetapi satu yang menarik bagi saya apabila timbul isu ‘wang’ dan penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz ialah, bagaimana Husam ada dukit sebanyak itu?

Dengan kata lain, Husam boleh boleh beri RM350,000 begitu sahaja kepada Kickdefella.
Banyak sungguh duit Husam. Dia siapa? Menteri Besar? Pelabur?

Husam pula terpaksa menafikan semuanya gara-gara kenyataan Kickdefella semalam yang mengaku pernah menerima RM350,000 daripada Husam sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lepas.

Syed Azidi berkata wang tersebut ialah sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009.

Husam menafikan bahawa beliau memberikan sejumlah wang tersebut kepada Azidi pada 2009.
Husam juga hairan dengan tindakan Azidi yang mengeluarkan dakwaan tersebut menjelang pemilihan parti PAS esok.

Katanya dakwaan Azidi mengenai perhubungan mereka melalui telefon adalah palsu.

"Saya menafikannya. Saya juga tidak ada pembantu. Kalau dia diberhentikan oleh PMBK, itu hal dia, mengapa pula saya mahu bagi dia wang pampasan? Saya bukan majikannya," katanya
.
Dalam satu kenyataan melalui SMS kepada Bernama Husam juga menafikan ada menpunyai wang sebanyak itu.

"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya menyedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat saya," katanya.

Kickdefella pula menafikan laporan beberapa laman web kebelakangan ini bahawa beliau telah dibayar oleh Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan calon naib presiden PAS pada pemilihan parti minggu ini, untuk membantunya berkempen, beliau berkata fakta dan tempoh waktu kejadian telah diputar belit.

"Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di China daripada Husam baru-baru ini adalah tidak benar," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

"Semenjak 9 Nov 2009, Datuk Husam dan saya tidak pernah bertemu, melainkan berbual di telefon dan bertukar-tukar pesanan rigkas," katanya.

Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang pembantu Husam yang menawarkan RM350,000 dan beliau telah bersetuju.

Beliau menjelaskan wang tersebut telah diberikan sebagai bayaran kos tertunggak bernilai RM50,000 manakala selebihnya sebagai pemberian "ihsan dan simpati", dan bukannya bayaran menutup mulut.

"Wang tersebut telah diberikan secara tunai oleh individu tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga bulan dari November 2009," katanya sambil enggan menamakan individu tersebut.

Syed Azidi yang menganggap Husam sebagai sahabat istimewa berkata beliau juga tidak tahu sama ada wang tersebut adalah wang peribadi Husam.

Katanya kali terakhir beliau melawat China ialah pada Disember 2009.

"Saya yakin maklumat inilah yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dan diolah menjadi satu cerita hebat...kononnya saya

Katanya beliau juga percaya orang yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat ini ialah seorang individu yang juga berkait rapat dengan salah seorang calon naib presiden PAS.
Apapun, rasanya dalam soal diri Husam ini, seorang lagi yang boleh menceritakan mengenai Husam ialah Mohd Sayuti Omar atau MSO yang suatu ketika dulu ‘bercium molot’ dengan Husam!