Semakin nyata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohmad dilihat sebagai suatu force penting untuk memperkuat dan
memperkukuhkan blok pembangkang
memenangi pilihan raya akan datang.
Ia juga dilihat senjata penting bagi pembangkang untuk memaksa
Datuk Seri Mohd Najib Razak berundur atau Barisan Nasional (BN) ditumpaskan dalam pilihan raya akan datang.
Surat dari penjara oleh Datuk Seri Anwar kelmarin yang meminta penyokong PKR berhati-hati dengan Dr Mahathir, dilihat bukan alasan untuk Najib tidak perlu berundur.
Bagi Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa, surat itu
tidak boleh gunakan kononnya Anwar tidak minat Najib berhenti.
“Najib kena
berhenti (jadi PM),” tegas Husam.
"Anwar menghargai 1.27 juta penandatangan Deklarasi
Rakyat, tak mungkin Anwar lupakan tandatangan 1.27 juta rakyat Malaysia,"
tegas Husam.
Dalam surat lapan halaman yang tersebar Isnin lalu, Anwar
mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Dr Mahathir dan
Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan
perjuangan dalam PKR kepada kelicikan politik Malaysia.
Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang
kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas
daripada kritikan Anwar.
Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin
PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga
menggugat perjuangan parti itu.
Di sebalik surat Anwar, Husam melihat faktor Dr Mahathir
sangat penting untuk pembangkang.
Kelmarin, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Dr Mahathir
tetap di hati rakyat di akar umbi dan akan menjadi cabaran kepada UMNO dan BN.
Kini terpulang kepada BN untuk menyekat pengaruh Dr
Mahathir dan force yang diakibatkan
oleh beliau dalam menyatukan pembangkang.
Panglima dan jentera perang BN perlu menggunakan strategi
yang berkesan ‘memerangi kemaraan pengaruh Dr Mahathir’ dengan sokongan
pemimpin pembangkang untuk mengalahkan BN.
Malah, secara terbuka semalam, Husam berharap Dr Mahathir
akan kekal bersama blok pembangkang bagi menunaikan hasrat mereka untuk menawan
Putrajaya.
"Saya berharap Tun Mahathir akan kekal bersama
pembangkang dan dia akan jadi jurulatih supaya pembangkang boleh jadi kerajaan.
"Saya menganggap selagi Mahathir duduk dengan kita
(bersama pembangkang), pembangkang akan jadi lebih kuat," katanya malam
semalam.
Husam berkata demikian selepas majlis Dialog bersama
Husam di Dewan Himpunan Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) malam tadi.
Apakah dengan mengatakan sedemikian Husam percaya bahawa
Dr Mahathir akan tetap bersama pembangkang dan tidak akan membuat U-Turn pada
Pilihan Raya Umum akan datang?
Bagaimana kalau tiba-tiba kerana masih sayangkan UMNO
kerana sesuatu sebab, beliau akan kembali semula kepada UMNO seperti yang berlaku sebelum ini?
Apa jaminan yang Dr Mahathir tidak akan ‘berpaling tadah’
dengan pembangkang?
Apapun kemungkinannya, bagi Husam, dengan adanya bekas
Perdana Menteri itu, pembangkang akan menjadi lebih kuat.
Sebelum ini pemimpin veteran UMNO itu bahawa pakatan
pembangkang akan sentiasa kalah jika tidak bersatu.
Dr Mahathir memberi amaran, jika mereka berpecah-belah
dan tindakan mereka berpecah sesama sendiri mereka akan kalah pada pilihan raya
akan datang. Ini dibuktikan dengan kekalahan pembangkang di Sarawak.
Keputusan membuktikan BN memang besar menyebabkan DAP hilang lima
kerusi dan PKR pula kekal tiga. PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara
(AMANAH) pulang tangan kosong.
Mengenai nukilan Anwar yang memberi peringatan kepada
pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat, Husam
menegaskan, mana mungkin Anwar lupakan
1.27 juta tandatangan rakyat Malaysia yang mahukan perdana menteri itu
berundur.
Bagi ADUN Salor
itu, dalam surat tersebut Anwar
menyatakan deklarasi 'ok' tetapi jangan dilupakan agenda tranformasinya.
"Ini perlu diambil maklum oleh pihak Deklarasi
Rakyat. Perkara tersebut juga sebahagiannya telah dimasukkan dalam Deklarasi
Rakyat," tegas Husam.
No comments:
Post a Comment