Kenapa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Tan Sri Dr Zeti
Akthar Aziz bersikap mendiamkan diri dan tidak bertanggungjawab menyatakan
perkara sebenar mengenai derma RM2.6 bilion?
Kenapa Dr Zeti sanggup membiarkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Razak dicerca, difitnah dan dihina sedemikian rupa gara-gara penyaluran
derma daripada Raja Arab Saudi berkenaan?
Kenapa Dr Zeti sanggup menjadikan Malaysia – sebuah
negara yang selama ini terkenal sebagai negara yang mengamalkan ketelusan dan
berintegriti - di hina sebegitu rupa di mata dunia?
Apa permainan Dr Zeti sebenarnya? Kenapa dia sanggup
melakukan itu semua?
Hinanya manusia bernama Zeti ini dan tidak wajar dia
disanjung!
Gara-gara sikap berdiam dirinya, serta gara-gara Bank
Negara tidak mengumumkan ia membenarkan duit berkenaan disalurkan ke akaun
peribadi Najib, satu Malaysia huru hara dan satu dunia menghina kita...
Sedangkan, laporan
Najib menerima duit itu berpunca dari pada 1MDB tidak betul.
Di mana ketelusan Dr Zeti dan kenapakah kepercayaan
kerajaan terhadapnya dikhianati?
Kesemua tuduhan terhadap Dr Zeti ini sebagai kesimpulan
kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. MohdPuad Zarkashi semalam.
Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan
mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar
Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.
Yang pasti duit itu daripada Raja Saudi. Duit itu
dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukan akaun rasmi sebab tujuan antaranya untuk
melawan IS, dan kedua, untuk membantu di tempat-tempat lain, seperti di
Palestin dan sebagainya.
Najib, menurut Puad, tidak menafikan dan mengatakan
mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke
akaun bank peribadinya.
"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut
mungkin ada pegawai di bank negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat
tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepadaWall Street
Journal.
"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena
ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara,
kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelab UMNO Australia.
Puad yang mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin
UMNO dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas
terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam
akaun perbadinya.
Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra,
Australia, Puad berkata, pemimpin UMNO meminta untuk bertemu dengan Najib
sebaik sahaja the Wall Street Journalmenerbitkan berita kemasukan dana
itu.
Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan
tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun
hingga 15 Julai tahun lalu. Wall Street Journalmenerbitkan berita itu pada
2 Julai.
Menurut Puad, “Bila
sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib
betulkah you dapat 2.6 billion. Dia kata betul.”
Najib turut menegaskan kepada pemimpin UMNO bahawa deposit
itu bukan untuk kegunaan peribadinya.
"Sebab itu dia kata kalau duit itu untuk tujuan
peribadi dia, lebih baik dia kata masuk ke dalam akaun peribadi dia di luar
negara," jelas Puad pada majlis di Australian National University,
Warrumbul Unilodge.
Kini rakyat Malaysia sudah pasti berasa sedih dan kesal
dengan perangai dan tingkah laku Dr Zeti ini dan memalukan Bank Negara.
Bank Negara serta Gabenor barunya, Datuk Mohammad Ibrahim perlu
membuat kenyataan segera mengakui atau menafikan apa yang dikatakan oleh Dr
Puad ini.
Malah Muhammad perlu membersihkan bekas bosnya dan nama
Bank Negara jika apa yang dikatakan oleh Dr Puad tidak berasas.
Ini barkaitan maruah Perdana Menteri, Bank Negara serta
juga Raja Saudi itu sendiri.
Dr Zeti tidak boleh berdiam diri, Bank Negara dan Mohammad
juga tidak boleh berdiam diri.
Nyatakan yang sebenarnya sebelum keadaan politik, ekonomi
dan maruah negara serta Perdana Menteri di dalam dan luar negara bertambah
teruk.
Sesuatu perlu dilakukan segera untuk membersihkan nama Perdana
Menteri dan Malaysia.
Terima kasih Dr Puad atas pendedahan ini. Kepada Dr Zeti, jika apa yang dikatakan oleh Dr Puad in
benar, reputasinya akan terjejas teruk.
Apakah ini sikap sebenar Dr Zeti yang dilihat memberikan
segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai
Gabenor Bank Negara yang ketujuh?
Bagaimana Dr Zeti yang dilantik menjadi Gabenor bank
nerkenaan pada Mei 2000 yang juga wanita pertama menyandang jawatan berkenaan, boleh mendiam perkara ini?
Demi tujuan apa dan untuk siapa?
Memalukan sahaja jika benar apa yang dikatakan Dr Puad ini.
Malah, jika benar dengan tindakannya ini, ia menghapuskan semua rekod kecemerlangannya memimpin Bank Negara yang membolehkan Dr Zeti
mendapat pelbagai pengiktirafan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.
Rase2 puad zakarsi pelat ni citer bende yg betul ke? Najib pada awalnya pun x mengaku duit masuk dlm akaun personal dia ape cerita? Rase2 najib dan zeti ni siapa yg la hina? Kah kah kah
ReplyDeleteRase2 puad zakarsi pelat ni citer bende yg betul ke? Najib pada awalnya pun x mengaku duit masuk dlm akaun personal dia ape cerita? Rase2 najib dan zeti ni siapa yg la hina? Kah kah kah
ReplyDeleteSedikit kemusykilan. Kenapa isu ni baru timbul? Kenapa Najib tak kemukakan semasa Dr Zeti masih menjadi Gabenor BN. Ada apa-apa muslihatkah. Kenapa Najib sebagai PM dan Menteri Kewangan tidak pernah mahu mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan perkara sebenar...
ReplyDeleteen hambali,kembali lah ke pangkal jalan.Putera Saudi depan nazri aziz ckp x de derma pd msia apatah lagi najib.najib x ngaku duit tu masuk dr hari pertama hingga pak arab derma pd hari keberapa ntah tu x kira lagi.puad ni org dh tolak mentah2 kt batu pahat.x relevan lagi.ada juga org mcm hambali yg percaya.patutla najib senyum lagi
ReplyDeleteafeez hussein...tolong baca habis artikel ni. read between thr lines. apa maksud saya.
Delete