Saturday, April 30, 2011

PEMBANTAH DOKONGAN PEMBANGKANG LAKSANAKAN ‘LAW OF THE JUNGLE”

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Episod Pertama:



Belum jadi pemerintah lagi atau belum takluki Putrajaya perangai pembangkang sudah dapat rakyat tonton dengan jelas.

Ambil tindakan ikut rasa atau ‘dengan tangan sendiri’!

Buatlah begini banyak lagi. Lagi mudah rakyat mahu menilai siapa pembangkang.

Dan akan beginilah jadinya kalau bertuankan pemimpin yang tidak reti menghormati undang-undang negara.

Memang patutlah sebahagian penyokong pembangkang menjadi ganas. Ingatkan penyokong HINDRAF sahaja yang berlagak sedemikian.

Laporan menyebut majlis angkat sumpah lakmat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kecoh apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila mereka melaungkan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan. Bagaimanapun Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat di tengah-tengah kekecohan berkenaan. Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar. Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.

Berikutan itu majlis angkat sumpah laknat itu dibatalkan ekoran kekecohan itu. Pembatalan upacara angkat sumpah berkenaan diumumkan Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin kira-kira pukul 2.30 petang. Ketika itu kira-kira 2,500 orang memenuhi ruang masjid berkenaan.

"Saya difahamkan angkat sumpah yang dijadual diadakan oleh pihak-pihak tertentu itu telahpun dibatalkan. Saya merayu kepada tuan-tuan supaya beredar daripada runag solat ini bagi mengelakkan suasana terus tegang. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, hanya sekadar mahu memastikan kesucian masjid tidak tercemar," katanya.

Semalam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi) menyebut, ia tidak halang Eskay, seorang ahli perniagaan, hendak sumpah laknat. Jakim membenarkan Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur selepas solat Jumaat semalam.

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata hari ini , tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Kelmarin, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Sebaliknya Anwar dalam nada berang semalam mempertikaikan soalan wartawan ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat nanti.

Anwar menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Persoalannya:

1. Apabila Jawi mengatakan ia tiada halangan, kenapa pula kumpulan penyokong pembangkang diketuai Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menceroboh masuk masjid berkenaan?

2. Shamsul Iskandar dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam. Siapakah yang menyuruh Samsul Iskandar bertindak sedemikian, lebih-lebih lagi dalam masjid?;

3. Layakkan Shamsul Iskandar bercakap mengenai Qazaf walaupun penyokong menjulang beliau?


4. Dia kemudian berdoa. Menyelamatkan Anwar? Minta sumpah laknat tidak jadi?

5. Kenapa mahu menghalang sumpah dilakukan? Takut Anwar dicabar untuk melakukan perkara yang sama?


Jawapannya - Tidak perlu takut kerana Eskay melakukan bagi pihak dirinya dan rakannya. Eskay hanya menyatakan KEBENARAN!

Bersambung - Ikuti Episod Kedua

Friday, April 29, 2011

SUMPAH LAKNAT - MASJID AMRU AL-AS JADI TUMPUAN

"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah...dalam hal seperti ini orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina." - Anwar

(Terkini) Mungkin dua jam lagi Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan berumpah laknat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi) tidak halang Eskay, seorang ahli perniagaan, hendak sumpah laknat. Jakim membenarkan Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur selepas solat Jumaat sebentar lagi.

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata hari ini , tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Sebaliknya Anwar dalam nada berang semalam mempertikaikan soalan wartawan ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat nanti.
.
Anwar menegaskan beliau tidak pernah diminta oleh sesiapa untuk mengangkat sumpah.

"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah," katanya bagi menjawab soalan seorang wartawan dalam nada tinggi.

Anwar menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Apakah Eskay pernah minum arak dan berzina dan Anwar sendiri yang enggan bersumpah melakukan perkara yang sama?

Beliau turut berang ketika ditanya mengenai kesediaannya memberi sampel deoksiribonukleik (DNA) kepada polis berhubung rakaman video seks yang didakwa mirip dirinya
.
"DNA apa?," tegasnya berulang kali yang sinikal menyatakan kepada wartawan "Semoga awak dapat naik pangkat dalam masa yang terdekat,"

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hampir sejam bermula kira-kira pukul 2.50 petang semalam untuk memberi keterangan kali kedua berhubung laporan polis yang dibuat selepas penayangan video seks yang mirip dengan dirinya pada 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa pihak polis memberi perlindungan kepada pihak tertentu sehingga klip video seks tersebut sekali lagi tersiar di Internet.

"Penyebaran bahagian kedua klip video ini secara jelas menunjukkan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan klip itu bebas untuk berbuat demikian tanpa perlu risau dikenakan apa-apa tindakan.

"Hari ini saya memberi keterangan kepada pihak polis yang saya percaya mereka terlibat memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat, jika tidak mustahil bab kedua video ini boleh disebarkan tanpa apa-apa tindakan," katanya.

Dalam isu sumpah ini dengan Jelas Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.

Bukan Jawi yang minta Eskay sumpah. Dia datang dengan kerelaannya.

''Dia hendak bersumpah boleh di mana-mana, di tengah jalan pun boleh, sama seperti orang hendak datang bersolat di masjid, kita tidak halang. Jadi kita tidak halang kalau ahli perniagaan itu hendak buat sumpah laknat di premis di bawah pentadbiran Jawi tetapi, jangan kaitankan dengan Jawi kerana kita tidak terlibat langsung, '' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, pagi ini.

SUMPAH - "NUAR, APA LAGI 'HELAH' HANG SELEPAS NIII?"

“Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami ambil ini adalah semata-mata bertujuan untuk menzahirkan kebenaran dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan kami sendiri. Dengan nama Allah, Rasulullah (saw), rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut," - Datuk Shazryl Eskay Abdullah mewakili trio ‘ Datuk T’.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melakukan sumpah mubahalah berhubung rakaman video seks ketika mengadakan sidang media, di Hotel Impiana, Kuala Lumpur semalam (28 April 2011). - Utusan

Fening, Fening. Tak dan nak pikiq!

Itulah hakikat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.

Kini bagaimana pula dia akan akan mencari helah untuk menuduh Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab terhadap kontroversi video seks memfitnah atau sengaja memburuk-burukkan namanya.

Semalam Eskay dengan terang, jelas dan terbuka mengatakan bahawa pelaku dalam video seks tersebut adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih menyakinkan Eskay mengatakan beliau berada dilokasi penggambaran video berkenaan.

Pada sidang media di Kuala Lumpur semalam, Eskay menegaskan: "Mengenai identiti sebenar pelaku video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku itu adalah kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan juga dalam paparan video berkenaan,".

Bukan itu sahaja, Eskay sedia bersumpah laknat hari ini dan sumpah berkenaan akan dibuat bertujuan bagi memperakui dakwaannya sebelum ini.

Berikutan itu Eskay turut mencabar Anwar untuk bersumpah laknat bersamanya sekiranya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu masih menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

Kita tunggu sama ada sumpah laknat berkenaan akan dibuat oleh Eskay atau tidak di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini.

Eskay berkata beliau mewakili dua lagi rakan trio 'Datuk T' iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim pada sumpah berkenaan.

Mereka ini berani bertindak dan tahu balasan yang bakal mereka terima sekiranya pendedahan video seks berkenaan merupakan satu fitnah.

"Kami percaya berada pada pihak yang benar dan yang penting rakyat di negara ini perlu tahu siapa sebenarnya Anwar kerana beliau tidak layak menjadi pemimpin negara ini," kata Eskay.

Eskay yang juga seorang ahli perniagaan berkata beliau dan dua lagi rakannya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan berkenaan bagi membuktikan kebenaran.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami ambil ini adalah semata-mata bertujuan untuk menzahirkan kebenaran dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan kami sendiri.

"Dengan nama Allah, Rasulullah (saw), rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut," katanya.

Anwar pula hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam untuk memberi keterangan berkaitan satu video seks yang memaparkan pelaku dikatakan mirip beliau.

Anwar tiba pada 2.50 petang menaiki kereta bersama-sama isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan adik iparnya Wan Mokhtar Wan Ismail.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh satu kumpulan dikenali "Datuk T" di Carcosa Seri Negara dan siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan dan menafikan dirinya pelaku dalam video itu.


Eskay dikerumini pihak media ketika beliau tiba bagi menyerahkan sampel DNA-nya kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang di Bukit Aman, Kuala Lumpur kelmarin (27 April 2011)- Utusan

Thursday, April 28, 2011

ANWAR CEMAS, RESAH & GELISAH...

Malas dah nak cakap mengenai DNA Anwar.

Sedangkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hadir ke Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam tidak ada masalah pun untuk memberikan sampel DNA beliau serta memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip Ketua Pembangkang.

Fikir Punya Fikir, benar juga kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa sumpah mubahalah iaitu sumpah laknat adalah jalan terakhir menyelesaikan isu yang tidak berkesudahan.

Kemelut politik negara yang diakibatkan oleh seorang manusia bernama Anwar Ibrahim sudah berlarutan begitu lama.

Kalau dia benar, berilah jalan untuk dia berjuang melalui pilihan raya ke Putrajaya tetapi kalau dia bersalah, kambus sahaja cita-cita politiknya. Habis dan Tamat. Noktah!

Khabar angin kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Trio yang dikatakan terbabit dalam pendedahan video seks akan mengangkat sumpah laknat dalam masa terdekat baik sekiranya menjadi realiti.

Baik juga pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir bahawa selain mekanisme mahkamah dan siasatan polis, salah satu mekanisme dalam Islam ialah angkat sumpah untuk tujuan pembuktian.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam menyarankan Ketua Pembangkang itu untuk mengangkat sumpah laknat di hadapan rakyat jelata dan para pengikutnya bahawa pendedahan Datuk Trio itu adalah tidak betul.

Hakikatnya, keadaan semakin terdesak untuk Anwar dan beliau perlu membela dirinya jika merasakan semua pertuduhan sama ada di mahkamah atau video seks tidak benar dan beliau berada di pihak yang benar.

Di Mahkamah Tinggi kelmarin ( Selasa 24 April 2010), hakim menetapkan 16 Mei ini untuk menyampaikan keputusannya sama ada untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau membebaskannya berhubung pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Ini bermakna Anwar berada dalam situasi cemas lebih-lebih lagi apabila Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menyambung hujahannya pada hari berkenaan begitu menyakinkan mahkamah bahawa:

1. Saksi utama Mohd Saiful adalah seorang saksi yang berwibawa;

2. Pihak pendakwaan bukan setakat mengemukakan keterangan untuk menyokong kes prima facie tetapi telah mengemukakan kes tanpa sebarang keraguan yang menunjukkan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan itu dan bukannya orang lain;

3.Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah lebih daripada mencukupi untuk mensabitkan tertuduh;

4. Saksi kelima pihak pendakwaan iaitu ahli kimia Dr Seah Lay Hong tidak berat sebelah, cuba mengelak dan memihak kepada pihak pendakwaan; dan

5. Ketika pemeriksaan balas Dr Seah memberikan penjelasan terperinci mengenai semua pemeriksaan saintifik yang dijalankannya dalam mengesahkan kehadiran air mani milik "lelaki Y" yang kemudiannnya disahkan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan yang lain bahawa ia (air mani) milik Anwar.

Selain itu, tidak wujud sebarang kelompangan dalam kesinambungan keterangan daripada segi eksibit sepertimana hujahan pihak pembelaan yang mendakwa telah menjejaskan integriti saksi-saksi pihak pendakwaan.

Mengenai hujahan Karpal bahawa mahkamah patut menolak keterangan Mohd Saiful bahawa beliau telah bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu timbalan Perdana Menteri), Tan Sri Musa Hassan (ketika itu Ketua Polis Negara) dan Datuk Mumtaz Jaafar, Mohamed Yusof menjelaskan ia adalah relevan dengan ketetapan Seksyen 9, Akta Keterangan.

"Ini menjelaskan tingkah laku beliau (Mohd Saiful) dan tahap pemikirannya sebelum beliau memutuskan untuk membuat laporan polis dua hari selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku," kata Mohamed Yusof.

Kerana faktor-faktor inilah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas dan peguam bela Karpal Singh dan S N Nair selesai mengemukakan hujahan masing-masing pada akhir kes pendakwaan.

Lebih mencemaskan Anwar petang semalam, tersebar pula video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di Internet termasuk di blog www.papagomo.com. Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Youtube 'wakparjosudorno'.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Bagaimanapun sekitar pukul 6 petang, video berkenaan telah ditarik balik dari laman youtube mahupun di blog www.papagomo.com. Namun penulis masih dapat mengaksesnya melalui beberapa blog lain dengann tajuk “Anwar – Memantat 2”.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil. Individu yang mempunyai fizikal ‘perut buncit’ berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera yang dipercayai tersembunyi.

Sebelum itu laporan Bernama menyebut, sekitar pukul 11.30 pagi Selasa, poster yang memaparkan aksi dalam klip video yang sama ditampal di sebuah perhentian bas di Jalan Genting Klang. Poster tersebut dipaparkan dengan dibuat pembandingan antara pelaku dalam video seks dengan Anwar.

Di bahagian atas poster itu terdapat keterangan gambar bertulis “Tak perlu jadi pakar jika ingin buktikan sesuatu!”.

Wednesday, April 27, 2011

NAJIB – ANDALAH PEMIMPIN SEBENAR!

Terima kasih Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak!

Anda Perdana Menteri yang terbuka dan menghargai pandangan rakyat.

Dengan mengajak penulis blog bantu bentuk masa depan negara, anda seorang pemimpin yang ikhlas dan maha penting tahu menghargai sumbangan semua pihak – termasuk blogger!

Amat jelas anda jenis pemimpin yang bukan bergantung sepenuhnya kepada Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri atau orang politik.

Anda juga menilai pendapat individu dalam membangunkan negara. Anda sebenarnya negarawan yang sewajarnya disokong dan dijulang.

Apapun, menjadi hak anda yang mana satu anda pilih. Prerogative tetap ada pada anda!

Dengan mengatakan kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, anda seorang yang berlapangkan dada dan tidak gentar dikritik.

Anda sebenarnya pemimpin yang berani dan cekal.
Perdana Menteri beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, kelmarin.

Terbukti kini walaupun pesaing anda begitu jijik melakukan perkara-perkara yang buruk untuk menyekat anda menjadi Perdana Menteri, dengan izin Allah, keikhklasandan sokongan rakyat, anda mendapat juga tempat yang mungkin anda tidak bayangkan begitu cepat.

Persetankan dengan yang menentang. Memang mereka kaum penentang. Selagi anda Perdana Menteri, mereka akan menentang.

Jadi ingatlah selalu kepada yang menyokong dan mendokong anda!

Tentunya rakyat lega dengan kenytaan anda bahawa kerajaan bersedia “ menerima kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat” adalah sesuatu yang sangat relevan pada suasana dan ketika kini.

Dengan meletakkan inividu juga sebagai pihak penting dalam merencana dan menilai pembangunan negara, anda meletakkan mereka ini standing dengan pembuat dan penganalisis dasar.

Dengan kata lain, di mata anda, rakyat atau individu kalangan bloggernya sama tahapnya dengan penjawat awam, wartawan, penulis kolum atau juga pengarang sesebuah akhbar.

Walaupun mungkin tidak setaraf blogger terkenal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad atau nama-mana besar lain namun bloggers seperti saya dan mungkin GAP, Sahabat Gunung, Pisau, KerisPutera dan yang lainnya merasa diiktiraf.

Ketahuilah bahawa dengan mengakui atau mengiktiraf peranan blogger, anda sebenarnya membuka perbincangan pad lingkungan lebih besar dan peranan mereka ini lebih baik daripada pengarang dan wartawan yang bekerja di akhbar yang takut atau bacul untuk menegur kerajaan.

Ada kalangan mereka yang bekerja di media arus perdana hanya tahu memuji dan ‘memuja’ anda semata-mata kerana menjaga kerusi dan gaji mereka.

Dan jika bukan kerana sebab seperti itu tak kanlah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menegur akhbar yang langsung tidak berani menegur kerajaan.

Dr Mahathir dengan lantang dan jelas semalam mengatakan media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan. Menurut beliau, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.

Hakikatnya, hubungan blogger dengan anda serta kerajaan sewajarnya jangan ada pemisah yang besar sebliknya perlu dianggap sebaga jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.

Saya menghormati anda apabila anda mengatakan : “Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.”

Apapun, saya dan saya pasti rakan blogger lain juga tahu akan wujudnya batas dan batasan agar tidak menggunakan ruang siber untuk mencerca, bohong, dusta, menipu atau menyatakan separuh kebenaran dalam sesuatu perkara.

Sebagai blogger saya hanya menyatakan perkara yang benar dan perkataan saya melalui blog saya semuanya tidak ada yang tidak benar melaluinya semuanya benar belaka!

Tuesday, April 26, 2011

‘MILIK ANWARKAH DNA INI'?

Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail (terlindung) kelihatan sihat dan ceria ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengikuti perbicaraan kes liwatnya terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan, di Kuala Lumpur semalam (25 April 2011). – Gambar Utusan.

Tiba-tiba saya teringatkan lagu Sudirman Haji Arshad ‘Milik Siapakah Gadis Ini’ apabila membaca laporan Bernama bertajuk “Liwat II: Pendakwaan Hujah Anwar adalah ‘Lelaki Y’”.

Tajuk lagu itu sepadan dengan pertanyaan profil asid deoksiribonukleik (DNA) DNA ‘Lelaki Y’ yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berbunyi: : “Milik siapakah DNA Ini”.

Laporan menyebut, pihak pendakwaan semalam ( Isnin 25 April 2011) menghujahkan bahawa profil DNA ‘Lelaki Y’ yang diambil dari bahagian dubur Saiful adalah sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi wajarkah tajuknya berbunyi “Milik Anwarkah DNA Ini”?

Belum boleh.Mana boleh!. Tapi kalau sendiri rasa boleh...apa nak dibuat!

Yang nyata, semua yang disebut semalam semuanya penghujahan pendakwaan. Belum Confirmlah, kata orang. Baru 50 peratus confirm. Kena tunggu sedikit hari lagi kot!

Peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan Anwar menghujahkan bahawa Saiful gagal untuk memberikan keterangan bahawa anak guamnya telah memaksa dia untuk melakukan hubungan seksual.

Perkara yang dibangkitkan Karpal dan barisan pembelaan ialah:

1. Tak kanlah Mohd Saiful yang berusia 25 tahun iaitu ‘seorang lelaki yang muda dan cukup kuat’ tidak mampu menolak Anwar di bilik tidur. Kenapa dia tidak berbuat demikian, hujah Karpal;

2. Anwar sedang mengadakan perjumpaan dengan individu lain di sebuah unit apartmen lain semasa kejadian tersebut didakwa berlaku; dan,

3. Tiada bukti perubatan yang dapat menyelamatkan kes pendakwaan dan Mohd Saiful seharusnya didakwa atas tuduhan memberi keterangan palsu.

Amat jelas barisan pembelaan Anwar mendakwa bahawa Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat berbohong semasa memberi keterangan di mahkamah.

Bermakna, bukan sahaja Anwar dibela sebagai tidak melakukan seks diluar tabii itu tetapi Mohd Saiful patut dihukum kerana membuat keterangan palsu.

Berapa pula Mohd Saiful nak kena saman oleh Anwar!!!

Namun, yang juga menarik pagi semalam ialah apabila pihak pendakwaan sudah benar-benar berani mengatakan sampel DNA Anwar diperoleh dari tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral yang diambil dari dalam lokap yang pernah dihuni oleh Ketua Pembangkang tersebut adalah milik Anwar.

Tuduhan tersebut dibuat semasa barisan pembelaan itu mendesak agar Mahkamah Tinggi menbebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, yang merupakan bekas pembantunya
.
Anwar didakwa melakukan kesalahan tersebut pada antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, dekat sini.

Pihak pendakwaan menutup kes mereka pada bulan lalu selepas selesai memanggil semua 27 saksi dan mahkamah akan memutuskan sama ada Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut akan dibebaskan atau diarahkan untuk membela diri atas pertuduhan tersebut.

Pihak pendakwaan tidak ada bukti lain tetapi bergantung kepada keterangan Mohd Saiful dan air mani yang ditemui padanya yang dikatakan sepadan dengan DNA daripada barangan milik Anwar.

Bimbang kononnya akan disalah gunakan oleh pihak polis, Anwar sehingga ini enggan menyerahkan DNAnya secara sukarela.

Kita tunggulah apakah akan ada lagi sembahyang hajat oleh pemimpin PAS membela Anwar demi untuk ke Putrajaya selepas ini pada ketika Anwar juga sedang tertekan dengan isu video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’.

Elok juga kalau ada pihak mengadakan sembahyang hajat minta Allah selesaikan segera kemelut politik yang berkaitan dengan Anwar ini.

Sudah hampir 15 tahun kemelut politik Malaysia diselubungi oleh isu membabitkan manusia bernama Anwar. Bilakah akan berakhir?

PAS JANGAN PANDAI MELIHAT KE LUAR JENDELA SAHAJA....

Kadang-kadang kesian juga dengan PAS.

Namun pemimpinnya tidak serik-serik. Pepatah Melayu mengibaratkan pemimpin seperti dalam PAS sebagai ‘bodoh sombong’.

Semalam, PAS Sarawak mempersoal dan meragui motif di sebalik hasrat DAP untuk bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Pas melihatnya sebagai membelakangkan semangat pembangkang dalam pakatan pembangkng.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid cuba mengajar DAP dengan mengatakan parti itu seharusnya menumpukan kepada usaha meraih sokongan di kawasan bandar terutama pengundi Cina yang menjadi tumpuan parti itu.

PAS menganggap gabungan DAP-SNAP sebagai 'tidak kena'.

Apa yang tidak kenanya? Parti berasaskan perkauman seperti DAP dan SNAP sesuailah bergabung.

Cuma parti seperti PAS yang ‘buruk kepala’ dan ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ sahaja yang cuba menenggek dan mengharapkan belasan orang lain.

Sedangkan PAS mempunyai UMNO atau berdiri sendiri untuk meraih sokongan. PAS jangan bersandarkan kepada rekod pilihan raya umum lalu sebagai asas meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

Tidak perlu PAS Sarawak mempersoalkan "Mengapa perlunya DAP untuk bergabung dengan SNAP yang kita tahu menumpukan perhatian kepada masyarakat Dayak. DAP patut tahu apa tumpuan mereka, kekuatan mereka di bandar yang mempunyai ramai pengundi Cina.”

Seharusnya pemimpin PAS bijak dan licik seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam soal bergabung ini.

Kit Siang melihat usaha DAP untuk bergabung dengan SNAP adalah usaha bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di seluruh negara.

Lim berkata bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya Sarawak 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

Lihatlah bagaimana Kit Siang cuba mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Itu baru mengawal Pulau Pinang. Sedangkan PAS yang membentuk kerajaan Kelantan dan Kedah, kalah habis di Sarawak (5-0). Kenapa?

Apakah PAS bersendirian di Sarawak? Apakah perjuangan Islam PAS perjuangan sebenar?
Kenapa orang Islam dan Bumiputera Sarawak tolak PAS?

Adam seperti pemimpin PAS lain hanya melihat pada luaran dan tidak mengkaji apa sebenarnya yang perlu PAS lakukan sekarang.

Adam tidak perlu mengajar DAP atau Parti Keadilan Rakyat yang menurutnya, jika SNAP mahu menyertai Pakatan Rakyat dan bergabung dengan mana-mana parti sekutu di dalamnya, PKR adalah pilihan yang baik.

"Kalau SNAP nak sertai Pakatan Rakyat dengan bergabung, baik mereka bergabung dengan PKR dan bukannya DAP," katanya.
Menurutnya ia selaras dengan asas parti berkenaan yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Walaupun sebelum ini Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut menggesa DAP memberi penjelasan terpeinci berhubung cadangan penggabungan berkenaan, namun jika pemimpin PAS tidak juga buka mata dan sedar di mana kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang, parti itu akan hanyut dalam pilihan raya umum nanti.

Imej PAS yang banyak kali kalah dalam pilihan raya kecil akhir-akhir ini menggambarkan hanya sebilangan kecil orang Melayu-Islam menyokongnya.

Adalah baik PAS mempersiapkan diri secara bersendiri menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana jika ia gagal menempatkan dirinya, PAS akan mengalami kekalahan besar pada pilihan raya umum nanti.

Friday, April 22, 2011

KERAJAAN IKTIRAF KECEMERLANGAN ZETI AKHTAR AZIZ...

Pelantikan semula Zeti sebagai langkah memastikan kesinambungan dalam kepemimpinan BNM kerana melalui kepemimpinannya, bank pusat itu menjadi institusi yang kukuh dan disegani di dalam dan luar negara. - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak


Tahniah kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kerana khidmatnya dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dilanjutkan lima tahun lagi.

Zeti, 64, ialah Gabenor Bank Negara ketujuh dan dilantik ke jawatan itu pada 1 Mei 2000.

Sejauh ini, Zeti sebagai gabenor bank itu mendapat penghormatan tinggi kalangan masyarakat perbankan yang berjaya mempertingkatkan imej Malaysia di dalam sistem kewangan di dunia.

Dan dengan keadaan negara berdepan suasana sangat mencabar, kesinambungan kepimpinan Zwti itu amat penting dalam mengendalikan institusi sangat penting seperti BNM.

Sudah pasti pelantikannya amat disokong oleh masyarakat perbankan.

Mungkin ada yang berharapan tinggi untuk menjawat itu, sama ada di Bank Negara sendiri atau dari luar merasa ‘terkilan’ dan kecewa kerana mereka tidak berupaya mendapatkan jawatan demikian. Mereka ini terpaksa tunggu lima tahun lagi untuk ke jawatan itu!

Dan jika kerajaan merasakan Zeti sebagai yang terbaik, adalah wajar untuk semua pihak akur dan mengharapkan Gabenor BNM itu mampu meneruskan tugasnya selain mencipta kejayaan baru untuk bank pusat itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pelantikan semula Zeti sebagai langkah memastikan kesinambungan dalam kepemimpinan BNM kerana melalui kepemimpinannya, bank pusat itu menjadi institusi yang kukuh dan disegani di dalam dan luar negara.

Kerana itu amat wajar Zeti diberi peluang meneruskan kepemimpinan dalam BNM, kata Najib.

Perdana Menteri menyebut, dalam krisis global baru-baru ini, Malaysia tidak alami kesan yang kuat disebabkan mempunyai sistem perbankan yang kukuh dan mudah pulih.

Ini membuktikan kepemimpinan BNM mengendalikan institusi kewangan dengan berjaya dan berkesan.
katanya.

Pengerusi Persatuan Bank-bank di Malaysia yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, menyifatkan perlantikan Zeti sebagai perkembangan yang baik dan amat disokong oleh masyarakat perbankan.

Rekod perkhidmatannya menunjukkan Zeti begitu mampu:

1. Berjaya peranan penting dalam pelaksanaan serta pembentukan dasar monetari, selain memastikan kestabilan sistem kewangan Malaysia;

2. Mampu mengendalikan transformasi sistem kewangan negara menjadi antara sistem kewangan paling kukuh dan maju di kalangan ekonomi sedang berkembang, termasuk menerajui bidang pembangunan kewangan Islam di peringkat domestik dan antarabangsa serta meningkatkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke dalam ekonomi Malaysia;

3. Aktif membentuk masa depan kerjasama kewangan di rantau Asia dan menjadi suara penting kepada ekonomi sedang berkembang di pentas kewangan antarabangsa;

4. Berusaha mempromosikan integrasi serantau dengan mempengerusikan Pasukan Petugas Mesyuarat Eksekutif Bank Pusat Asia Pasifik Timur (EMEAP) mengenai kerjasama serantau di kalangan bank pusat Asia untuk menggariskan hala tuju kerjasama kewangan masa depan serantau. Kedudukannya sebagai ahli Lembaga Gabenor Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN) dan Pengerusi Lembaga Pengarah SEACEN, selain ahli Penempatan Antarabangsa Bank (BIS) bagi Kumpulan Tadbir Urus Bank Pusat sejak 2001 dan ahli pengasas Majlis Perundingan Asia BIS, menyerlahkan kemampuannya; dan

5. Terbabit secara aktif dalam pembangunan bidang kewangan Islam sama ada di pentas domestik dan antarabangsa. Zeti mempengerusikan Jawatankuasa Pelaksana bagi penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) dan bertindak sebagai Pengerusi Majlisnya bagi penggal 2007.

Kecemerlangannya Zeti dibuktikan apabila beberapa kali menggondol anugerah daripada penerbitan terkemuka antarabangsa, antaranya Gabenor Bank Pusat Tahunan Asia 2010 daripada majalah Emerging Markets, anugerah Ahli Bank Pusat Tahunan 2005 daripada Euromoney, Ahli Bank Pusat Tahunan 2004 daripada majalah Banker dan Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia 2003 daripada majalah Emerging Markets.

Amat jelas, p elantikan semula Zeti untuk tempoh lima tahun lagi berkuat kuasa 1 Mei depan apabila penggal perkhidmatan sekarang berakhir 30 April, menggambarkan betapa kerajaan peka dengan kehendak semasa dan masa depan negara.

Pelantikan semula Zeri turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Thursday, April 21, 2011

TERENGGANU BANTU KELANTAN UNTUK BEKALAN AIR?

http://teganuku.blogspot.com/

Kira-kira 200 penduduk Pasir Puteh berpiket buat kali kedua apabila perkhidmatan bekalan air bersih gagal diselesaikan di hadapan pejabat AKSB, petang 18 April lalu di Pasir Puteh.

Terkejut juga dengan berita ini!

Tiba-tiba sahaja Kerajaan PAS Kelantan berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Terengganu untuk pembelian lima juta liter air sehari dari daerah Besut.

Terkejut bukan sahaja kerana tiba-tiba sahaja kerajaan Kelantan mengumumkan demikian tetapi permintaan dibuat ketika PAS Terengganu begitu bersungguh-sungguh berusaha menggugat kepimpinan Barisan Nasional di negeri ini melalui slogan 'PAS Ganti UMNO'.

Apa pun, kerajaan Terengganu perlu memikirkan permintaan ini dari segi kemanusiaan kerana tujuan bekalan air itu dipohon ialah menampung keperluan penduduk di kawasan Semerak di Pasir Puteh.

18 April lalu, kira-kira 200 penduduk daerah Pasir Puteh berpiket secara aman buat kali kedua di hadapan pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di bandar itu, petang semalam apabila tuntutan memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 7 April lalu tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak kerajaan negeri.

Mereka berkumpul selama setengah jam bermula pukul 4.00 petang dengan disertai Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Penduduk terbabit mengangkat sepanduk sinis "Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan Kami Rakyat Pasir Puteh bersyukur atas keprihatinan kerajaan mengatasi masalah air penduduk - Daripada Rakyat Jajahan Pasir Puteh," selain melaungkan "Kerajaan Negeri Bohong."

Zawawi berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyuntik lebih banyak dana untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk, selain telus dalam perbelanjaan pinjaman mudah berjumlah RM510 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat bagi tujuan berkenaan.

Apa pun itu masalah antara rakyat Kelantan dengan kerajaan PAS Kelantan!

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, berkata langkah mendapatkan bekalan dari terengganu adalah sebagai satu alternatif mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk di Semerak.

Kawasan iyu terletak di hujung daerah Pasir Puteh dan bersempadan dengan Besut.

Sehingga ini, kerajaan Terengganu belum menyatakan pendirian mereka mengenai permintaan Kelantan ini.

Yang pasti kerajaan pimpinan Datuk Seri Ahmad Said rasanya akan memberikan perhatian mendalam dan menilai dengan baik dari sudut membekalkan air kepada penduduk di sekitar Pasir Puteh khususnya.

Sebagai negeri berjiran pastinya Terengganu akan menilai dari semua aspek kelebihan membekalkan air kepada beberapa kawasan di Pasir Puteh kerana ia bukan sahaja membantu negeri jiran tetapi juga meringankan beban rakyst Kelantan dalam keperitan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu semalam, Mad Anizam berkata kos untuk pembelian air berkenaan belum diketahui.

Pada masa ini, syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk disalurkan ke kawasan Semerak dan juga seluruh daerah Pasir Puteh dan Machang.

Md Anizam juga berkata bagi memastikan Loji Rawatan Air Wakaf Bunut yang membekalkan air ke sekitar bandar Pasir Puteh termasuk sekolah-sekolah dan Hospital Tengku Anis tidak lagi mengalami masalah penurunan air sehingga menjejaskan penyaluran air, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pasir Puteh telah diarah menyediakan pelan khas.

Mengulas mengenai masalah air di Ayer Lanas, Jeli, beliau berkata masalah air di kawasan itu dijangka dapat diselesaikan penghujung Mei ini.

Beliau berkata kerja menaik taraf Loji Rawatan Air di Ayer Lanas sedang giat dilaksanakan untuk mengeluarkan sehingga 10 juta liter sehari keperluan air bersih berbanding 2.6 juta liter sehari sebelum ini.

Katanya kerajaan pusat telah memberikan RM520 juta kepada Kelantan sejak 2001 bagi membaiki sistem bekalan air di Kelantan.

Saturday, April 16, 2011

BN KEKAL MAJORITI 2/3 TAPI HILANG 8 KERUSI


Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) walaupun mulanya dikatakan sukar membentuk kerajaan tetapi ternyata rakyat Sarawak, kecuali di Kuching, menerima baik parti berkenaan.

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1).

Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

Kejayaan ini juga menepis ramalan pembangkang bahawa ia mampu membantuk kerajaan apabila sejak tengah hari tadi beberapa blog yang 'bersimpati' dengannya menyebut Sarawak bakal jatuh kepada pembangkang.

..


Tetapi, pada jam 9.45 malam ini , BN memperoleh majoriti dua pertiga iaitu 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Bagaimanapun, BN mendapat kejutan bagi kerusi Piasau di Miri apabila Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, tewas dalam pertandingan satu lawan satu kepada lawannya pendatang baru daripada DAP, Ling Sie Kiong. Dr Chan memperoleh 4,408 undi manakala saingan beliau memperoleh 5,998 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun mendapat tentangan hebat pada pilihan raya ini, yang pada pukul 9 malam memperoleh majoriti mudah 36 kerusi.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dan seterusnya mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga pada pilihan raya Sarawak ke-10 sebagai bukti kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Perdana Menteri berkata, kejayaan yang diperolehi BN pada pilhan raya Sarawak jelas membuktikan bahawa rakyat sentiasa memberi sokongan berterusan kepada parti itu.

"Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa rakyat masih menaruh kepercayaan kepada BN.

"Apa yang dizahirkan pada keputusan ini ialah rakyat tetap mengekalkan sokongan berterusan kepada kita," katanya pada sidang video yang disiarkan secara langsung oleh RTM di Kuching, mala mini .

Sidang video berkenaan dibuat antara Najib yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berada di kediamannya di Demak Jaya.

Turut sama bersama Abdul Taib ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu Najib yang juga Pengerusi BN berkata, satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dibentuk bagi meneliti setiap janji yang dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya negeri.

"Kita akan meneliti setiap janji yang diutarakan kerana ia selaras dengan semangat rakyat mesti didahulukan," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada jentera pilihan raya BN yang diketuai Abdul Taib.

Abdul Taib yang merupakan Pengerusi BN Sarawak, mempertahankan kerusi Balingian dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru setelah menewaskan calon Bebas yang juga dua pupu beliau, Datuk Salleh Jafaruddin yang memperoleh 1,056 undi manakala pencabar wanita daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah pula sekadar meraih 871 undi.

Abdul Taib berkata, kejayaan ini membuktikan kesungguhan hubungan baik antara kerajaan Pusat dan negeri untuk membangun Sarawak. "Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah bersusah payah membantu kempen pilihan raya Sarawak.

"Sokongan Perdana Menteri benar-benar menggambarkan kerajaan BN mendahulukan rakyat.

Saya juga bersyukur kerana BN berjaya pada pilihan raya ini walaupun menghadapi cabaran yang agak berlainan," katanya.

Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak bagi penggal ketujuh di Astana, kediaman rasmi Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Dua lagi pemimpin parti komponen BN, Datuk Seri Dr James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Datuk Seri William Mawan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), turut mencatatkan kemenangan di kubu kuat masing-masing iaitu di kerusi Baleh dan Pakan.

Dr Masing mengalahkan calon PKR, Bendindang ak Manjah dalam pertandingan satu lawan satu setelah memperoleh 5,242 undi dengan majoriti 3,898 undi.

Di Pakan, Mawan meraih 3,938 undi untuk mengalahkan Jamal Abdullah @ Tedong ak Gunda daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan kelebihan 1,197 undi.

Di pihak pembangkang, DAP memenangi 10 kerusi iaitu Pending, Bukit Assek, Pujut, Padungan, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Pelawan dan Piasau. PKR setakat ini memperoleh tiga kerusi iaitu Ba'Kelalan, Batu Lintang dan Krian. Calon Bebas, George ak Lagong memenangi kerusi Pelagus.

PEMBANGKANG SUDAH MENANG PADA PILIHANRAYA SARAWAK?

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud diiringi calon Barisan Nasional (BN) DUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, Kuching, sebentar tadi. - foto BH Online

Kenapa ada pihak timbulkan khabar angin kononnya pembangkang sudah menang di Sarawak?

Siapa melakukannya?

Tidakkah mereka ini pengecut, takut dan sengaja mahu mengucarkacirkan keamanan dan kestabilan di negeri itu?

Mereka melakukan ini supaya rakyat bangkit jika Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa dengan majoriti lebih besar?

Khabarnya, ketua pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak untuk ke London atau Amerika Syarikat.

Kenapa dia bergegas ke luar negara?

Mana janjinya mahu menjawab tuduhan Raja Petra Kamaruddin mengenai dirinya?

Benar juga kata-kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kalau memang pembangkang sudah menang, kenapa pemimpin penting seperti Anwar mahu tinggalkan Sarawak?

"Kalau dia menang mesti dia tunggu sampai habis, kenapa awal-awal dia tinggalkan Sarawak?

Anwar sudah serahkan tugas kepada ketua-ketua mengundi kononnya takut jadi apa-apa," kata Muhyiddin hari ini. Amat jelas khabar angin seumpama itu hanya disampaikan oleh orang yang terdesak.

"Kita ada tempoh dua jam lagi (sehingga pengundian ditutup)...saya minta rakyat jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu," katanya.

"Ini merupakan satu pembohongan...pengundian belum selesai...undi pun belum dikira," kata Muhyiddin pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching sebentar tadi.

Kerana itu, rakyat jangan terperdaya dengan dakwaan pembangkang kononnya mereka telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu.

akwaan yang tersebar di Internet itu adalah tidak benar kerana proses pengundian belum selesai dan masih berjalan sehingga 5 petang ini.

"Ada berita-berita khabar angin oleh pembangkang (kononnya) mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, pakatan pembangkang (telah) ambil alih (kerajaan negeri).

Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan keputusan pengundian untuk sesetengah kawasan yang diedarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak tengah hari tadi, memang wajar dan sangat diperlukan.

Apa kedudukan atau keputusan mengenai sesuatu pilihan raya, apa lagi di Sarawak ini, hanya keputusan yang dikeluarkan oleh SPR sahaja sah iaitu berdasarkan kepada maklumat yang telah diberi oleh setiap 71 pegawai pengurus pilihan raya yang telah dilantik.

Seperti kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, beliau turut dimaklumkan banyak sebaran dalam SMS, internet mengatakan parti tertentu telah menang pilihan raya di kawasan masing-masing.

“Ini maklumat tidak boleh dipercayai, hanya sumber daripada SPR sahaja yang sah," katanya kepada pemberita di Kuching.

Abdul Aziz berkata hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telah pun ditutup setakat jam 1 tengah hari tadi dan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menurutnya walaupun kawasan terbabit telah ditutup awal iaitu seawal jam 9 pagi namun proses pengiraan undi hanya boleh dilakukan bermula jam 12.30 tengah hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata SPR yakin jumlah yang keluar mengundi selepas waktu tengah hari ini bagi semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka melepasi 50peratus.

"Sehingga jam 1 petang tadi, saya telah dapat maklumat daripada 11 DUN menunjukkan 43 peratus pengundi telah tunai tanggungjawab mereka, ini menunjukkan 10 peratus sejam mewakili juga bahagian lain," katanya.

Beliau berkata mereka yang belum berpeluang untuk pergi ke pusat pengundian dinasihatkan datang awal ke tempat yang telah ditetapkan dan tidak menunggu saat-saat akhir untuk mengundi undi.

Ketua Menteri, Tan Abdul Taib Mahmud berikrar untuk membuktikan ramalan pembangkang adalah salah apabila mendakwa mereka akan memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-10 yang berlangsung hari ini.

"Saya akan buktikan bahawa ramalan berkenaan salah," katanya ketika diminta mengulas mengenai ramalan bahawa pembangkang mampu memperoleh sekurang-kurangnya 30 kerusi pada pilihan raya berkenaan.

Beliau ditemui selepas membuang undi di pusat mengundi Dewan Datuk Merpati Jepang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok. Bagaimana Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak enggan mengulas lanjut berhubung keyakinannya itu sebaliknya meminta semua pihak menunggu keputusan rasmi.

Ditanya perkembangan suasana proses pengundian hari ini, Abdul Taib berkata semuanya berjalan lancar sama seperti kebiasaan hari lain.

"Sama seperti hari-hari lain, sehingga kini prosesnya berjalan lancar. Kami di Sarawak berjaya mengekalkan sistem politik dan proses mengundi dalam keadaan yang aman walaupun berlaku sedikit perubahan.

"Namun saya berbangga apabila rakyat tidak terpengaruh dengan pelbagai taktik tidak sihat yang berlaku," katanya. Malah Abdul Taib turut menasihati rakyat supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

"Keluarlah mengundi, kepada siapa mereka memberi undi, itu terpulang kepada mereka," katanya.

Abdul Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin BN mampu mengekalkan kemenangan di Sarawak dengan keputusan yang baik.

Pilihan raya kali ini mencatat rekod tersendiri apabila sejumlah 213 calon bertanding bagi merebut 71 kerusi DUN yang dipertandingkan. BN bertanding di 71 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (49), DAP (15), Parti Kebangsaan Sarawak (26), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (6) dan Bebas (41).
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membantu menolak kerusi roda warga emas Sheikh Rahimullah Sheikh Aminullah 72, di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Columba di Miri, Sarawak pada hari mengundi hari ini (16 April 2011).

Friday, April 15, 2011

ANWAR KANTOI, PEMBANGKANG TERSEPIT PADA PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK...

Maaf...saya belum bersedia bersumpah, serahkan DNA saya dan ulas kenyataan Raja Petra.

Jelaskan hari ini juga.

Kalau Raja Petra berbohong, Anwar yang terkenal sebagai ‘Raja Saman’, bolehlah pula Raja Petra Kamaruddin bagi dan menjelaskan segala-galanya kepada rakyat.

Tetapi kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu berlengah-lengah dan tunggu selepas pilihan raya negeri Sarawak? Takut pakatan pembangkang terkangkang dan terlopong – kalah pilihan raya?



Raja Petra, nanti aku ajar kau...


Isu yang ditimbulkan oleh Raja Petra bahawa Anwar di belakang dakwaan Datuk Seri Mohd Najib dan isterinya ada kaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak ada kena mengena dengan politik Sarawak. Dalam tempoh 24 jam ini Anwar perlu jelaskan.

Jika tidak rakyat satu Malaysia dan Sarawak seluruhnya semakin yakin bahawa Anwar memang melakukan perkara seperti disebutkan oleh Raja Petra itu.

Ini adalah perbuatan peribadi Anwar yang tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi bersara, Itu saja.

Dengan kata lain, pilihan raya negeri Sarawak menjadi permulaan hukuman terhadap Anwar dan mereka yang bersekongkol dengannya - PAS dan DAP serta PKR amnya.

Semalam, Najib berkata pengakuan Raja Petra yang menafikan pembabitan Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menunjukkan kebenaran selama ini telah terbukti.

Walaupun secara peribadi, Najib selama ini menganggap isu itu sudah tutup namun pengakuan pengendali portal berita Malaysia Today itu dapat membuktikan ia ditimbulkan semata-mata untuk menjatuhkan imej beliau dan isterinya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia Lawas dan upacara pecah tanah projek Hospital Baru Lawas semalam, Perdana Menteri berkata kenyataan Raja Petra telah mendedahkan wujudnya cubaan daripada pihak tertentu untuk menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri.

Najib mengulas kenyataan Raja Petra dalamtemu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini yang disiarkan di Buletin Utama TV3 Khamis malam.

Dalam temu bual itu, Raja Petra mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Menurut Raja Petra, beliau sendiri tidak pernah menuduh Najib mahupun Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu berkenaan.

Jelas apabila Anwar mengelak daripada menjawab persoalan yang ditimbulkan Raja Petra dan sengaja melengah-lengkahkan apa juga tuduhan terhadapnya, membuktikan beliau takut untuk berdepan rakyat Sarawak dalam pilihan raya esok.

Anwar bimbang isu ini akan merugikan diri serta pakatan pembangkang kerana dengan pembongkaran Raja Petra ini, Anwar mulai merasa bahang akibat kerja-kerja jahatnya, pembohongan dan kepentingan diri yang melampau untuk menjadi Perdana Menteri.

Sudah pasti rakyat Sarawak akan berfikir banyak kali untuk memenangkan pembangkang di kerusi-kerusi yang dijangka mereka mampu perolehi.

Juga, sikap Anwar melengah-lengahkan sebarang perkara yang merugikannya adalah senjata utama dirinya. Sebelum ini kita dapat melihat dengan jelas sikapnya yang enggan bersumpah, selain menyerahkan DNAnya.

Di Kuching, hari ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan sebarang soalan berhubung kenyataan dan dakwaan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin terutamanya mengenai kredibilitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, beliau tidak mahu rakyat khususnya pengundi di Sarawak hilang fokus mengenai tanggubjawab mereka untuk memilih kepimpinan dan kerajaan negeri yang baru esok.

Bagaimanapun Anwar bersedia untuk 'membincangkan' mengenai tuduhan dan dakwaan Raja Petra terhadapnya pada Ahad ini.

"Lusa boleh bincang tentang kepimpinan Anwar. Jangan benarkan sesiapa alih pandangan. Bukan saya nak elak, kalau nak bincang boleh, tapi 17 haribulan (Ahad). Lepas itu boleh teruskan serangan terhadap Anwar," katanya sinis.

Anwar mengulas mengenai pendedahan mengejutkan yang dibuat oleh Raja Petra pada Rabu yang disiarkan TV3 berhubung pengakuan penulis blog itu bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Malam semalam, Raja Petra turut mempersoalkan kemampuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana sering menabur janji kosong serta gagal menangani krisis dalaman pakatan pembangkang.

Thursday, April 14, 2011

PAS TABUR FITNAH, SEBAR MAKLUMAT PALSU DI SARAWAK

Jururawat dan petugas Klinik Bergerak 1Malaysia melambaikan tangan sejurus klinik di atas bot untuk keperluan penduduk di tebing Sungai Baram itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Marudi, Sarawak.


Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional (BN) akan mendapat kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya negeri Sabtu ini kerana kawasan-kawasan Bumiputera tetap bersama kerajaan.

Sebagai Pengerusi BN Sarawak beliau tahu berlakunya perubahan dalam sokongan daripada pengundi Cina di beberapa kawasan yang dikatakan "hitam". Ini kerana kalangan pengundi Cina, yang berusia 35 tahun ke atas berpendapat masyarakat itu perlu ada wakil dalam kerajaan.

Parti Cinta Malaysia (PCM), yang julung kali bertanding dalam pilihan raya negeri dengan meletakkan 10 calon, sudah mengingatkan rakyat Sarawak akan bahaya yang menanti mereka sekiranya mereka mengundi pakatan pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Naib Presiden PCM yang berpangkalan di Pulau Pinang, Huan Cheng Guan berkata jika pakatan pembangkang mengambil alih Sarawak, mereka akan bawa masuk orang mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk 'cari makan'".


Contoh jelas ialah DAP telah berbuat demikian di Pulau Pinang apabila mereka mengambil alih pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum 2008 dan telah memberi layanan buruk kepada penduduk negeri itu.


Najib bertembung dengan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada satu lawatan kempen di Sarawak semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pula semalam turut yakin BN boleh mencapai kemenangan dua pertiga kerusi pada pilihan raya Sabtu ini walaupun menghadapi tentangan sengit pembangkang.

Media alternatif sebelum ini mengambarkan BN khuatir tidak boleh memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga kerusi.

“Pendirian saya dengan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) adalah sama," kata Najib.

Dengan kata lain, walaupun pilihan raya ini saingannya lebih sengit daripada pilihan raya yang lalu tetapi berdasarkan pada pengamatan dan tinjauan beliau, dua pertiga itu memang mampu diperolehi oleh BN.

Beliau menasihatkan kepada pengundi-pengundi di Sarawak ialah untuk kekalkan BN sebagai parti pilihan mereka sebab track record dan kemampuan BN serta hala tujunya yang tidak ada siapa pun boleh pertikaikan.

Selain itu amat penting kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sebab negeri Sarawak ini besar dan memerlukan sumber yang banyak dan hanya melalui kerjasama yang erat bahawa rasanya masa depan Sarawak akan lebih terjamin lagi.

Kerana itu pengundi jangan terpesong atau termakan dengan pelbagai hasutan yang dilakukan oleh pembangkang. Rakyat Sarawak perlu tetapkan pendirian mereka bahawa pilihan untuk masa depan mereka dan kemakmuran rakyat dan negeri Sarawak adalah dengan BN.

Pada saat-saat akhir pertarungan memenangi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ini, PAS memainkan kerja kotornya dengan mendakwa berikut:

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang sehingga beliau terpaksa turun sendiri berkempen di Sarawak. Najib dikatakan tergugat kerana BN diaktakan hanya boleh menang 43 kerusi yang mana mereka rasa betul-betul selamat. 17 kerusi pula milik pembangkang manakala 11 lagi jadi pertarungan sebenar;

2. Najib seperti hilang kepercayaan kepada timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi jentera pilihan raya BN kerana itu Najib ‘turun ke Sarawak’;

3. Faktor kebencian rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. PAS mendakwa hampir seluruhnya kekayaan negeri ini dibolot secara rakus bukan sahaja oleh dirinya (Taib), tetapi juga oleh suku sakatnya, abang, adik, ipar dan menantu;

4. Amat wajar Najib kalau berani menyatakan siapa pengganti Taib Mahmud dalam masa terdekat ini. Ataukah ini mainan Najib, atau mainan Muhyiddin dengan Taib Mahmud untuk mensabotaj Najib; dan

5. BN kini sedang memperkemas bala tentera, bukan jentera tetapi wang ringgit mereka.

Strategi PAS kononnya untuk melaga-laga, membuat tuduhan tanpa fakta serta ‘perang psikologi kotor’ oleh parti “Islam” ini sangat tidak beretika dan cuba memecahbelahkan Barisan Nasional (BN) khususnya antara pemimpin Semenanjung dan Sarawak.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, semua kerusi ditandingi pembangkang. Ini termasuklah PKR 47 kerusi, DAP 15 dan PAS 5, manakala SNAP bertanding di 27 kerusi.

PAS yang bertanding hanya lima kerusi pada pilihanraya negeri seolah-oleh ‘pihak yang paling bijak’ meramal dan menjadi ketua di pihak pembangkang dengan mengatakan sekurang-kurangnya 17 kerusi didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Pembangkang.

Sementara 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Ini bermakna pembangkang mungkin akan dapat 28 kerusi.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya semalam mengatakan daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, BN setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi.

Dr Dzulkefli yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, kebangkitan rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini dapat dilihat dengan jelas apabila penyertaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini disambut bagai menatang minyak yang penuh.

Malaysiakini setakat ini meramalkan kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Walau apa juga ramalannya, Najib hari ini tetap yakin bahawa negeri Sarawak Bumi Kenyalang akan kekal di tangan BN pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Rakyat Sarawak akan memihak kepada BN kerana di bawah kerajaan BN, Sarawak akan terus berubah dan menjadi lebih makmur lagi.

“Kita mahu Barisan Nasional terus memerintah supaya pembaharuan dan transformasi kita dapat diteruskan.”

Katanya sejak Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dilancarkan, negeri Sarawak telah mendapat peruntukan RM5.7 bilion untuk pembinaan prasana luar bandar dalam tempoh tiga tahun ini.

"Ini merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah yang diberikan kerajaan persekutuan kepada negeri Sarawak. Pelaksanaan projek juga telah berjalan begitu lancar sekali. Transformasi yang kita lakukan adalah untuk mengubah taraf hidup.

"Untuk menanggung beban dan tanggungjawab mengubah landskap di Sarawak memerlukan kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” katanya semasa merasmikan serentak hotel Seri Malaysia Lawas dan majlis pecah tanah hospital baru Lawas hari ini.

Soal penting kini rakyat Sarawak perlu memikirkan bahawa BN perlu kuasa dan persefahaman erat Putrajaya-Kuching agar transformasi jangan tergencat, jangan tersekat tetapi diteruskan lebih rancak lagi pada masa hadapan.

Kerana itu Najib menonjolkan dirinya sebagai yang mengamalkan gagasan 1Malaysia dan turun padang untuk melihat keadaan tempat dan masalah rakyat serta untuk merasakan denyut nadi rakyat.

"Di tempat-tempat yang sukar, jika saya perlu turun, saya akan turun. Kalau saya turun pun bukan kerana politik semata-mata tetapi membolehkan saya dapat melihat keadaan tempat dan masalah rakyat dan untuk merasakan denyut nadi rakyat,” katanya.

Apakah pemimpin pembangkang melakukan seperti Najib di luar musim pilihan raya?

Rakyat Sarawak, tepuklah dada tanya selera!

ANWAR BERTANGGUNGJAWAB KAITKAN NAJIB DENGAN ALTANTUYA?

Semakin terdedah kini!

Kes mengaitkan Datuk Serti Mohd Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ada kaitan dengan ‘lampu hijau’ daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar lagi?



Tujuan dikaitkan Najib dengan Altantuya ialah menyekat beliau daripada menjadi Perdana Menteri. Kesian Najib.

Tetapi yang penting, gelagat dan perangai Anwar semakin terserlah lagi.

Juga penting, Raja Petra ternyata dalam kes ini bukan menulis berdasarkan maklumat sahih tetapi berdasarkan kenyataan individu dan mungkin berdasarkan ‘grand design’ untuk menyekat Najib menjadi Perdana Menteri.

Selain itu beberapa individu turut memainkan peranan menyebabkan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya berkenaan.

Nama-nama seperti Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican turut disabitkan oleh Raja Petra.

Mereka ini yang dikatakan rapat dengan Anwar, selain Kolonel Azmi Zainal Abidin menjadi individu penting yang mempengaruhi Raja Petra melakukan tuduhan sedemikian.

Untuk lebih jelas, ikuti laporan Bernama berikut:

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.

Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, 12 malam, saya ingat mustahil kot," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam semalam.

Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. "Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.

"Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.

Raja Petra berkata, individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya: "Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi perdana menteri, ganti Pak Lah."

Raja Petra berkata, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar. "Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.

"Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar...Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini...dia kata teruskan. Saya pun teruskan,
" katanya.

Raja Petra berkata, semua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual ekslusifnya dengan Raja Petra dalam Buletin Utama 8 malam ini.

Saturday, April 9, 2011

Dedah Akaun Seseorang - Bekas Eksekutif Bank Didenda, Disumbat Ke Penjara

Kita sewajarnya mengalu-alukan keputusan mahkamah yang memenjarakan bekas pegawai bank yang mendedahkan akaun seseorang. Kes ini perlu jadi pengajaran kerana ia mungkin berlaku kepada sesiapa dan kali ini kebetulan akuan seorang Timbalan Menteri.

Sama ada pendedahan itu untuk kepentingan politik, bisnes atau ‘suka-suka’ ia adalah perbuatan tidak amanah dan mengganggu hak peribadi seseorang.

Lebih membahayakan jika pendedahan itu dibuat kerana kepentingan-kepentingan tertentu, khususnya untuk keuntungan politik sesuatu pihak.

Menurut laporan semalam, seorang bekas eksekutif akaun Malayan Banking Berhad (Maybank) dihukum penjara selama dua hari dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah mendedahkan maklumat berhubung akaun-akaun milik Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong kepada seorang lelaki, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, S. M Komathy yang membuat penghakiman tersebut semalam, turut memerintahkan supaya tertuduh, K.Jeyamary, 34, dihukum penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Bagaimanapun, Komathy membenarkan permohonan peguam Jag Ramachandran supaya tertuduh dibenarkan untuk menjelaskan denda itu secara ansuran selama empat bulan.

Pada penghakimannya, Komathy berkata, beliau mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang merupakan individu pertama dihukum untuk kesalahan mendedahkan maklumat akaun bank.

"Mahkamah mempunyai tugas untuk menyampaikan mesej bahawa mahkamah tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan serupa di masa depan," katanya.

Jeyamary yang menangis sepanjang prosiding berlangsung turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui perbuatannya mendedahkan akaun Wee kepada M. Ramesh, 38, merupakan satu kesalahan.

Tertuduh yang mula bekerja di Maybank pada 4 Februari 2002 dan telah dipecat pada 19 Mac 2010 didakwa melakukan perbuatan itu pada 10 Februari 2010 di Setapak Business Centre, Jalan Genting-Klang, Setapak, di Kuala Lumpur.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang telah dihubungi oleh Ramesh telah mencetak maklumat akaun Wee dan menyerahkannya kepada lelaki berkenaan di luar pejabatnya. Maklumat akaun tersebut kemudiannya telah tertera di sebuah laman blog, iaitu 'unmasking Wee Ka Siong'.

Terdahulu, Jag merayu agar mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik kerana tertuduh tidak pernah berniat untuk melakukan kesalahan tersebut.

"Tertuduh tidak mendapat sebarang faedah daripada perbuatan tersebut. Sebelum dipecat, tertuduh telah digantung tugas selama dua minggu dan alasan pemecatan dikatakan kerana majikan telah hilang kepercayaan terhadap tertuduh.

"Tertuduh juga bukan individu yang bertanggungjawab meletakkan maklumat akaun tersebut ke dalam laman blog. Orang yang melakukannya masih bebas dan tidak didakwa di mahkamah," katanya.

Jag juga menambah, tertuduh yang merupakan graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam juga telah memohon maaf secara terbuka kepada Wee atas kesilapan yang tidak disengajakannya itu.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Mohd Syakirin Manpot membidas rayuan itu dengan mengatakan bahawa maklumat akaun itu tidak akan tersiar di blog jika tertuduh tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

"Tujuan peruntukan kerahsiaan perbankan adalah untuk mematuhi maklumat-maklumat akaun apatah lagi dalam kecanggihan teknologi yang boleh menyebabkan maklumat seperti itu dapat disebarkan dengan cepat," kata seorang lagi pegawai pendakwa, Alvin Ong.

Thursday, April 7, 2011

APA YANG SAMPAI TUN AZMI MARAH SANGAT?

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilaporkan meninggalkan sidang media yang diadakan selepas Majlis Perasmian Mahkamah Khas Jenayah Rasuah di Shah Alam semalam dalam keadaan marah.

Kenapa beliau meradang? Zaki diakatakan marahapabila menyangkakan wartawan telah merakamkan visual percakapannya walaupun telah diarah untuk tidak berbuat demikian.

Hanya kerana merakamkan percakapannya membuatkan beliau marah? Apa hal sampai begitu sekali?

Apakah ada yang silap atau kemungkinan silap menyebabkan Zaki 'naik angin'?

Menurut cerita, sebaik sahaja hadir pada sidang media tersebut, Zaki meminta supaya wartawan tidak mula merakamkan visual kerana semua perkara berhubung majlis berkenaan telah terkandung dalam ucapan perasmian yang dibacanya.

Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki melenting apabila beliau mendapati terdapat kamera televisyen yang sedang merakamkan percakapannya.

“Saya dah kata jangan rakam, tetapi kamu tetap rakam,” katanya dalam nada yang tinggi dalam bahasa Inggeris.

Beliau juga tidak melayani sebarang pertanyaan wartawan termasuk berkaitan beberapa prosedur baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun lalu lagi.

Malah pertanyaan seorang wartawan apakah rakaman audio dan transkrip mahkamah boleh diperolehi pihak media juga tidak dijawab Zaki.

Beliau sebaliknya sekali lagi mengulangi rasa amarahnya kepada media kerana merakamkan visual percakapannya dan menghentak meja sebelum meninggalkan sidang media tersebut.

Wartawan bagaimanapun terus kekal di majlis tersebut untuk menunggu sekiranya Zaki akan kembali menghadiri sidang media berkenaan. Bagaimanapun, Zaki tidak kembali semula.

Ini menyebabkan sidang media diadakan tanpa kehadirannya dan digantikan oleh Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin.

Turut menyertai sidang media itu ialah Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, D. Ravindra.

Seorang wartawan turut meminta izin daripada Hisham sekiranya sidang media tersebut boleh dirakamkan oleh kamera wartawan televisyen ekoran kejadian tadi.

Hisham yang memberikan kebenaran untuk merakamkan visual sidang media tersebut turut memberitahu sebenarnya berlaku 'salah faham' dan memohon maaf kepada wakil-wakil media."Saya menanggung kesilapan itu," katanya.

Terdahulu, majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad.

Zaki dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan 14 mahkamah khas rasuah akan mempercepatkan pendengaran kes-kes rasuah yang lazimnya mengambil masa yang lama.

Friday, April 1, 2011

Rakaman Video Seks Tulen: KPN

Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.

"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu.

Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit. Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untum tindakan selanjutnya.

Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan namun dilepaskan dengan jaminan polis. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

Mengenai perkembangan virus Adenovirus, Ismail berkata setakat ini hanya seorang pelatih Pulapol yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Pelatih wanita itu berada dalam keadaan tidak serius dan kini ditempatkan di wad biasa, manakala enam lagi menjalani pengasingan," katanya.

"Keadaan di Pulapol normal, tidak lama lagi latihan asas inspektor dan konstabel akan diteruskan. Saya telah meninjau langkah yang telah diambil oleh pihak komandan Pulapol untuk menentukan persekitaran di pusat itu adalah bersih," katanya.

Justeru itu, beliau meminta pihak Pulapol supaya mengatur satu aktiviti gotong royong bagi meningkatkan tahap kebersihan di kawasan itu.

Setakat ini, seramai tiga pelatih pusat tersebut maut akibat virus itu dan yang terbaru membabitkan pelatih konstabel, Mohammad Siman, 23, yang meninggal dunia pada 11.30 malam, Rabu lalu, selepas menerima rawatan selama hampir sebulan di HKL.