Saturday, April 16, 2011

BN KEKAL MAJORITI 2/3 TAPI HILANG 8 KERUSI


Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) walaupun mulanya dikatakan sukar membentuk kerajaan tetapi ternyata rakyat Sarawak, kecuali di Kuching, menerima baik parti berkenaan.

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1).

Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

Kejayaan ini juga menepis ramalan pembangkang bahawa ia mampu membantuk kerajaan apabila sejak tengah hari tadi beberapa blog yang 'bersimpati' dengannya menyebut Sarawak bakal jatuh kepada pembangkang.

..


Tetapi, pada jam 9.45 malam ini , BN memperoleh majoriti dua pertiga iaitu 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Bagaimanapun, BN mendapat kejutan bagi kerusi Piasau di Miri apabila Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, tewas dalam pertandingan satu lawan satu kepada lawannya pendatang baru daripada DAP, Ling Sie Kiong. Dr Chan memperoleh 4,408 undi manakala saingan beliau memperoleh 5,998 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun mendapat tentangan hebat pada pilihan raya ini, yang pada pukul 9 malam memperoleh majoriti mudah 36 kerusi.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dan seterusnya mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga pada pilihan raya Sarawak ke-10 sebagai bukti kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Perdana Menteri berkata, kejayaan yang diperolehi BN pada pilhan raya Sarawak jelas membuktikan bahawa rakyat sentiasa memberi sokongan berterusan kepada parti itu.

"Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa rakyat masih menaruh kepercayaan kepada BN.

"Apa yang dizahirkan pada keputusan ini ialah rakyat tetap mengekalkan sokongan berterusan kepada kita," katanya pada sidang video yang disiarkan secara langsung oleh RTM di Kuching, mala mini .

Sidang video berkenaan dibuat antara Najib yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berada di kediamannya di Demak Jaya.

Turut sama bersama Abdul Taib ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu Najib yang juga Pengerusi BN berkata, satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dibentuk bagi meneliti setiap janji yang dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya negeri.

"Kita akan meneliti setiap janji yang diutarakan kerana ia selaras dengan semangat rakyat mesti didahulukan," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada jentera pilihan raya BN yang diketuai Abdul Taib.

Abdul Taib yang merupakan Pengerusi BN Sarawak, mempertahankan kerusi Balingian dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru setelah menewaskan calon Bebas yang juga dua pupu beliau, Datuk Salleh Jafaruddin yang memperoleh 1,056 undi manakala pencabar wanita daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah pula sekadar meraih 871 undi.

Abdul Taib berkata, kejayaan ini membuktikan kesungguhan hubungan baik antara kerajaan Pusat dan negeri untuk membangun Sarawak. "Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah bersusah payah membantu kempen pilihan raya Sarawak.

"Sokongan Perdana Menteri benar-benar menggambarkan kerajaan BN mendahulukan rakyat.

Saya juga bersyukur kerana BN berjaya pada pilihan raya ini walaupun menghadapi cabaran yang agak berlainan," katanya.

Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak bagi penggal ketujuh di Astana, kediaman rasmi Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Dua lagi pemimpin parti komponen BN, Datuk Seri Dr James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Datuk Seri William Mawan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), turut mencatatkan kemenangan di kubu kuat masing-masing iaitu di kerusi Baleh dan Pakan.

Dr Masing mengalahkan calon PKR, Bendindang ak Manjah dalam pertandingan satu lawan satu setelah memperoleh 5,242 undi dengan majoriti 3,898 undi.

Di Pakan, Mawan meraih 3,938 undi untuk mengalahkan Jamal Abdullah @ Tedong ak Gunda daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan kelebihan 1,197 undi.

Di pihak pembangkang, DAP memenangi 10 kerusi iaitu Pending, Bukit Assek, Pujut, Padungan, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Pelawan dan Piasau. PKR setakat ini memperoleh tiga kerusi iaitu Ba'Kelalan, Batu Lintang dan Krian. Calon Bebas, George ak Lagong memenangi kerusi Pelagus.

1 comment:

  1. SEkarang, telah tiba masanya kerajaan BN perlu mempertimbangkan kembali konsep 'ambil hati' kepada masyarakat cina, bukan sahaja di sarawak, tetapi juga di seluruh semenanjung. Ibarat tidak mengenang budi, bunga yang kerajaan beri, najis pula yang dibaling balik kepada kerajaan. Telah terlalu banyak kemudahan khas kepada kaum cina kerajaan berikan, telah tidak tersenarai permintaan2 mereka yang telah kerajaan tunaikan termasuklah permintaan yang kelihatan amat berat sebelah dan terlalu 'perkauman', malahan kerajaan dilihat begitu ambil berat setiap hal ehwal masyarat cina di negara ini. Tetapi, mereka tidak pernah menghargai, apatah lagi membalas jasa budi kerajaan ini. PRN Sarawak baru2 ini yang menunjukkan 50% masyarakat cina terutama di bandar2 tidak menyahut seruan kerajaan tetapi semakin kuat berpihak kepada pembangkang perkauman (DAP) memberi gambaran sebenar bagaimanakan hati perasaan bangsa yang satu ini.

    Justeru, kerajaan perlu lebih realistik dan seimbang dalam melaksanakan permintaan setiap kaum di negara ini dan mengutamakan dahulu rakyat yang benar2 mengenang budi. Betapa ramainya kumpulan rakyat yang menyokong kerajaan BN selama ini yang perlu diberikan pembelaan (bukan pembelaan individu semata2, tetapi membela nasib kaum tersebut secara kolektif dalam segenap segi dengan mengutamakan ekonomi, kemudahan infrasruktur tempat tinggal, pendidikan dan pemilikan harta). Jika sebelum ini, kerajaan kelihatan cuba mengambil hati pengndi2 cina dengan harapan mereka memihak kepada kerajaan sehinggalah kerajaan kelihatan seolah2 mengetepikan keperluan prasarana kaum lain yang 'totok' menyebelahi kerajaan, kini sepatutnya kerajaan melebihkan kumpulan yang berjasa ini dengan memberi keutamaan kepada mereka dahulu dalam apa jua segi. Ini kerana, dari merekalah kerajaan dapat mengekalkan kuasa memerintah sehingga hari ini, termasuk di sarawak.

    Janganlah kerana terlalu ingin mengambil hati kaum yang ternyata tidak pernah mengenang jasa ini mengakibatkan kaum2 yang sejak sekian lama setia kepada kerajaan 'merajuk hati' dan kecewa. Jika perasaan kumpulan ini tidak dijaga sebaiknya, natijahnya amat besar sekali kepada pengekalan kuasa BN di masa akan datang. Pengalaman tsunami PRU 12 lepas cukup mengajar kerajaan akan berkuasanya rakyat jelata. Kerajaan perlu mengutamakan rakyat yang menyokong kerajaan dahulu, kemudian barulah kepada rakyat yang tidak mengenang budi itu. Dan biarlah kumpulan yang satu lagi itu dengan dunia mereka sendiri bersama2 parti pembangkang hingga mereka sendiri sedar kedudukan mereka dan biarlah perasaan sayangkan negara ini datang secara semulajadi dari benak hati mereka sendiri. Cinta tidak boleh dijual beli, tetapi mengajar betapa berharganya cinta itu perlu diasuh supaya manusia2 yang buta hati itu sedar di mana bumi di pijak, di situlah sepatutnya langit di junjung.

    ReplyDelete