Wednesday, August 24, 2011

MAJLIS SYURA - KHALID IBRAHIM KANTOI LAGI...

Pandai-pandai je kamu menggunakan nama Sultan Selangor wahai Khalid!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam melalui kenyataan Setiausaha Sulitnya bertitah, kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, apa yang berlaku dalam pertemuan itu ialah Abdul Khalid menyembah maklum kepada Sultan Selangor hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.

Maknanya Sultan Selangor menafikan baginda mahu Majlis Penasihat Syura ditubuhkan. Dengan kata lain Khalid memandai-mandai menggunakan nama Sultan Selangor. Untuk apa? Kita tidak tahu. Meredakan ‘politik gereja’ di Selangor?

Atau Khalid ambil hati ‘pemimpin Kristian di dalam kerajaannya, khususnya DAP dan penyokong kuat DAP, iaitu PAS.

Semalam pula kenyataan Kerajaan Negeri menyatakan kesalnya dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Justeru itu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui oleh MAIS.

Matlamat asal tidak berubah, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Khalid dan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini.

Sebelum ini Khalid menegaskan penubuhan Majlis Penasihat Syura dicadangkan Sultan Selangor semasa perbincangan beliau dengan baginda pada minggu lalu.

Katanya, Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.

Ini, kata Abdul Khalid, bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Hakikatnya, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Datuk Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor (Datuk Abdul Majid Omar) untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah.

Malah ia tidak sepatutnya menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.

Amat jelas di sini Khalid silap kerana baginda tidak menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura dan apa yang dikatakan Khalid adalah tidak benar.

Amat jelas pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan.

Ini kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor, JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Dengan kenyataan Sultan Selangor ini, rakyat Selangor kena faham di mana sebenarnya kedudukan Khalid dan apa sebenarnya yang mahu dilakukan Khalid dalam soal toleransi beragama di negeri Selangor.

Khalid seboleh-bolehnya 'mahu tunduk' kepada desakan DAP dan sanggup menggunakan nama Sultan Selangor demi kuasa!

Juga di mana kedudukan Kerajaan Selangor yang diterajui PKR dalam konteks Gereja, JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor?

Khalid, Khalid....

Tuesday, August 23, 2011

KONSPIRASI! - ANWAR AKAN KE LIANG LAHAD DENGAN MODAL LAPUK

Siapa Perdana Menteri selepas Najib?

Kalau dia dari UMNO dan Barisan Nasional, maka dia adalah seorang konspirator.

Antara 1982 hingga sekarang - mungkin Tun Abdullah Ahmad Badawi yang digelar “PM Tidur’ sahaja - bukan konspirator.

Semalam di mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi ‘berceramah politik’ – walaupun dari kandang tertuduh, selain tidak bersumpah (baca di sini dan di sini )dan tidak perlu disoal balas, memomokkan modal lapuknya - mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa.

Bekas timbalan perdana menteri ini menegaskan demikian dalam keterangan yang dibuat dari kandang tertuduh pagi semalam. Kes peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula semalam.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dr Mahathir memecatnya pada September 1998 dan kemudian berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat. Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar pada 2004.

Anwar tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008 tetapi memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos tahun itu.

Anwar, kini Ketua Pembangkang, merupakan saksi utama pada prosiding peringkat pembela yang bermula semalam. Beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan alasan tiada keyakinan akan diberi perbicaraan yang adil.

Yang pasti selagi Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri dan selagi dia hidup, dia akan menuntut jawatan itu. Baginya, jawatan Perdana Menteri adalah ‘haknya’! Kerana itu siapa juga menjadi Perdana Menteri selepas Najib, sekiranya dia mewakili UMNO atau BN, dia akan turut dituduh konspirator, samalah dengan tuduhan terhadap Najib dan Dr Mahathir.

Dengan kata lain perkataan konspirasi akan bermain di bibir Anwar hinggalah ke liang lahad.

Jadi bagi Perdana Menteri dari UMNO dan BN, selagi Anwar hidup, selagi itulah mereka tidak akan terlepas daripada tuduhan untuk menyekat beliau menjadi Perdana Menteri, seperti tuduhan terhadap Najib ketika ini.

Bagi Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik.

Anwar, 64, menyatakan perkara mengenai konspirasi ini ketika membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh. Prbicaraan di depan Hakim Mohamad Zabidin bersambung hari ini dengan pihak pembela memanggil pakar DNA dari Australia, Dr Brian Leslie McDonald dan Profesor Madya David Lawrence Noel Wells.

Anwar tidak akan pernah menganggap dirinya pesalah: “Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan merujuk bahawa Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an.”

Semalam Anwar menegaskan di mahkamah, ketidakadilan dikenakan ke atasnya ketika itu dan perkara yang sama diulangi sekarang.

Baginya Najib melakukan perkara yang sama dibuat oleh Dr Mahathir dengan menggunakan apa sahaja cara dalam lingkungan kuasanya menerusi media, polis, Peguam Negara dan kehakiman untuk menguasai bidang kehakiman untuk mengeluarkannya daripada arena politik.

Penasihat PKR itu berkata tuduhan kes liwat dikenakan ke atas beliau sebaik sahaja Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Amat jelas, kalau pun selepas ini beliau dibebaskan, beliau akan tetap menuduh Najib mengheretnya ke mahkamah, bukan kerana Saiful yang membuat tuduhan.

Lebih buruk, jika dapat dibuktikan beliau bersalah dan dihantar ke penjara sekali lagi, akan semakin kuatlah tuduhan dan laungan bahawa wujud konspirasi untuk menyekat beliau menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah Anwar hidup hanya kerana mahju jadi Perdana Menteri? Dan apakah kemungkinan beliau akan mati dengan cita-cita dan harapan menjadi Perdana Menteri?

Mungkinkah juga tuduhan konspirasi terhadap Perdana Menteri – walau siapa juga Perdana Menteri jika bukan beliau, selepas ini - akan turut dibawa Anwar hingga ke liang lahad?

Monday, August 22, 2011

Ir, ZIN, UMNO SELANGOR BERTINDAK TEGAS TERHADAP MUSTAFA ALI

Zin tak cakap kosong. Zin buat. Sekali lagi tahniah untuk UMNO Selangor kerana berani bertindak.

Jangan kasi muka kat PAS yang sudah sesat dalam perjalanan menuju negara Islam. Mereka akan melakukan apa sahaja asalkan ada 'untung politik'.

Sepatutnya PAS tidak membuat fitnah, tuduhan, berniat jahat dan sebagainya kerana ia 'parti Islam'.

Ternyata kini PAS sudah sesat jauh. Sekali lagi, tahniah kepada UMNO Selangor kerana mengotakan apa yang dikata.

Baca tulisan berikut untuk lebih jelas mengenai pendirian Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed dan UMNO Selangor.

"See
U In Court,,,", Sultan Perintah Tubuh Majlis Syura

Daripada http://lawi-ayam.blogspot.com/


Pada ketika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu UMNO di mahkamah.

See you in court...” katakan.

Mustafa mengulangi, beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan UMNO dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini.

Mustafa menegaskan tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini. “Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (UMNO Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah.” jawabnya.

Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, berkata selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

“Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta.

“Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri,” katanya pada sidang media di Shah Alam.

Mustafa sebelum ini mendakwa mempunyai bukti kononnya Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Beliau turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan UMNO kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

(Baca selanjutnya)

INDON PUN SUDAH TIDAK PERCAYA FITNAH PEMBANGKANG...

Pembekal sumber pembohongan mengenai Najib dan Rosmah di Indonesia Kantoi...

Tindakan akhbar Indonesia Kompas semalam yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu jelas membuktikan bahawa laporan dan cerita-cerita mengenai perkara itu adalah fitnah semata-mata.

Dengan kata lain, harapan pemimpin pembangkang di sini yang mengharapkan rakyat Malaysia dan seluruh rakyat Indonesia terpengaruh dengan berita itu tidak berjaya.

Tindakan meminta maaf itu menggambarkan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah, karut dan bohong semata-mata.

Najib semalam menerima kunjungan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto (kiri) yang menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Perdana menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Isunya siapa sumber dan pecacai yang membawa khabar fitnah itu untuk disebarkan di Indonesia?

Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

“Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada ketua kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, semalam yang dipetik oleh Bernama Online.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

Baca selanjutnya...

Sunday, August 21, 2011

BENARKAH BN SUDAH BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA UMUM KE-13?

Jangan cakap besar, angkuh dan hanya melihat dan mengukur kekuatan kawasan sendiri sahaja.

Ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) mengatakan parti itu sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 pada bila-bila sama sahaja.

Atas asas apa mereka mengatakannya?

Apakah sudah ada calon yang boleh memenangkan parti? Sudah dikenalpastikah? Apakah dasar-dasar BN sudah meresap di hati sanubari rakyat?

Apakah rakyat sudah menerima penjelasan BN dalam isu-isu tertentu yang dikaitkan dengan pemimpin atau juga kerajaan?

Apakah BN sudah bersedia dengan bajet pilihan raya dan negeri-negeri juga bersedia dengannya?

Kebanyakan pemimpin BN, khususnya UMNO mengumumkan sudah bersedia mungkin merasakan kawasan mereka sudah bersedia. Selamat katakan…

Tetapi bagaimana kawasan lain, apakah mereka benar-benar bersedia dan yakin menang?
Apakah negeri-negeri seperti Kelantan sudah benar-benar bersedia?

Bagaimana dengan Terengganu? Bagaimana dengan Johor dan Perak?

Semalam Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata BN sudah bersedia.

Beliau menyatakannya berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan kenyataan itu perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.

Memang benar negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib, namun apakah ia petanda BN bersedia?

Belajarlah pengalaman pilihan raya umum 2008.

Saya tidak pasti di negeri lain tetapi di Kelantan pada 2008, boleh dikatakan BN negeri itu terperangkap dengan pengumuman bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saya masih ingat dengan jelas bagaimana Tan Sri Anuar Musa yang ketika itu Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek terpinga-pinga dengan pengumuman itu.

Ketika itu kedua-duanya menghadiri satu majlis gerak kerja pilihan raya dewan undangan negeri dalam Parlimen Bachok yang diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu.

Majlis itu sebagai menyediakan kumpulan gerak kerja untuk pilihan raya. Maknanya, pada ketika itu UMNO Bachok belum bersedia dan begitulah beberapa Bahagian lain di Kelantan.

Pengumuman oleh Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri itu dibuat hanya beberapa minit Anuar memberitahu jentera pilihan raya Bachok bahawa pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh kira-kira tiga bukan kerana ‘pengesahan’ itu sudah dibuat oleh Abdullah pada pertemuan dengan UMNO Kelantan di Kuala Lumpur.

Saya diberitahu, beberapa negeri lain pun menghadapi situasi yang sama dan pengumuman Pengerusi BN ketika itu bagaikan ‘bom yang dipasang sendiri’.

Kita tidak mahu sejarah berulang.

Apabila disebut BN bersedia, BN mana yang bersedia?

Rais berkata “dengan perubahan ini...kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran dan gesaan supaya jawatankuasa piliharaya ditubuhkan dalam DUN dan kawasan Parlimen masing-masing."

Amat jelas, Rais mendedahkan bahawa sebagai anggota Parlimen Jelebu, jentera pilihan raya di kawasannya sudah digerakkan, malah pelbagai program telah direncanakan selepas Aidilfitri nanti, bagi menguji kekuatan parti dan memberi kebajikan kepada rakyat.

Sekadar bermain psikologi tidak akan menggerunkan pembangkang. Yang penting sejauh mana dasar-dasar yang dirancang BN sudah menyentuh hati rakyat?

Malah, masih banyak negeri yang belum menjalankan ‘pilihan raya olok-olok’. Kelantan umpamanya akan menjalankan simulasi pilihan raya dari 16 hingga 30 September depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebagai persediaan, pihaknya kini mengadakan taklimat secara berperingkat kepada semua ketua peti undi dan cawangan parti itu.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan UMNO pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Friday, August 19, 2011

ANGKUHNYA KETUA MENTERI CINA INI…

“Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim (Guan Eng) memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman.” - Datuk Zainal Abidin Osman

Mungkin Ramadan ini bulan UMNO dicabar dan pemimpinnya diminta beristifar untuk menilai di mana kedudukan dan hala tuju perjuangannya.

Beberapa hari ini, UMNO Selangor mahu saman PAS, UMNO Pulau Pinang mahu saman pemimpin DAP.

Jika di Selangor, UMNO berang dengan isu mengkristiankan orang Islam yang dikaitkan dengan 'tangan ghaib UMNO', di Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang menaikkan kemarahan pemimpin Melayu dan Islam Pulau Mutiara itu yang dikatakan cuba mengaitkan isu perkauman ekoran insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP, Ahad lalu.

Pada ketika Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ‘buat tidak layan’ amaran UMNO Selangor, Lim Guan Eng dengan angkuh mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman agar tidak perlu menunggu sehingga tujuh hari untuk menyaman beliau.

Malah beliau mencabar Zainal boleh berbuat demikian sekarang jika mahu. Zainal Abidin berkata semalam, kenyataan Guan Eng memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam.

“Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sembarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama,” katanya.

Guan Eng sebelum ini dipetik berkata, simbahan cat di ibu pejabat DAP mungkin berkaitan dengan tindakan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh.

Pemimpin DAP itu jelas sengaja bermain api. Dengan mengaitkan isu simbah cat dengan larangan pembesar suara untuk azan pada waktu subuh adalah prejudis amat besar terhadap umat Islam, khususnya di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Zainal Abidin dilaporkan berbalas mesej menerusi Twitter petang ini mengenai tindakan saman berhubung kenyataan Lim.

Dengan angkuh Guang Eng berkata: “Tak payah tunggu tujuh hari. Saman sekarang. Kamu belit. Buktikan apa saya cakap,” dalam mesej diposkan sekitar 7 petang tadi.

Kira-kira dua jam sebelum itu, Zainal Abidin dalam mesej kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata: “Saya beri notis tujuh hari kepada Lim Guan Eng, beri bukti, sebelum saya bawa ke mahkamah.”

Khairy berkata beliau berharap Umno Pulau Pinang akan menyaman Lim kerana menuduh membakar ibu pejabat DAP di George Town.

Ahad lepas, pejabat DAP di Jalan Talipon di George Town dan pusat perkhidmatan Setiausaha Politik Lim, Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.

Awal pagi semalam pula sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang itu mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaacob hari ini sudah memberi jaminan polis akan menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat insiden cubaan membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang itu.

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam menggesa Lim menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP.

Kerana itu Zainal Abidin dengan tegas menyebut: “Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman.

Tiba masanya UMNO jangan hanya memberi amaran atau 'membuat ugutan' tetapi menyaman mereka yang sengaja memburuk-burukkan UMNO untuk meyakinkan rakyat bahawa ia parti bermaruah dan memang berjuang menegakkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Thursday, August 18, 2011

KERAJAAN BN LEMAH & ‘KECUT’ HADAPI PEMBANGKANG?

“Kami akan memperbaiki proses (pilihan raya) jika ia dipertikai. Kami tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan mereka (pembangkang), maka kami akan melaksanakan perubahan untuk memperbaiki sistem.” -Datuk Sri Mohd Najib Razak

Buat pembaharuan untuk memuaskan hati pembangkang?

Bagaimana dengan perasaan rakyat majoriti di negara ini. Apakah mereka tidak penting untuk kerajaan?

Apakah sokongan mereka pada pilihan raya tidak penting sebaliknya kerajaan yang dibentuk hasil sokongan majoriti rakyat terlalu ‘kecut’ dan bimbang dengan pembangkang?

Apakah kerajaan sebegini yakin dan berupaya menang pilihan raya umum akan datang?
Apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini lemah dan terpaksa tunduk apabila menubuhkan Panel Parlimen kerana bimbang pembangkang?

Ini bermakna penubuhan itu bukan untuk usaha menambah baik sistem pilihan raya selain demi sistem politik yang semakin baik tetapi lebih untuk memuaskan hati pembangkang!

Jika demikian, buat apa sokong kerajaan, baik sokong pembangkang jika kerajaan yang memerintah ‘kecut’ dengan pembangkang dan pendapat atau cadangan pembangkang lebih baik daripada kerajaan yang ada.

Persoalannya sekarang, BN mulai tunduk dan akur tuntutan pembangkang dan jika ada tuntuntan lanjutan (pembangkang pastinya tidak akan berpuas hati dalam segala perkara dengan BN) pembangkang selepas ini, bagaimana?

Dengan memulakan langkah sumbang iaitu tunduk kepada pembangkang, apakah akan banyak lagi langkah sumbang selepas ini?

Pastinya pembangkang akan mendabik dada dan menjelajah ke serata pelusuk negeri mengatakan BN lemah dan tunduk kepada tuntutan mereka.

Sedangkan mungkin hasrat murni yang sebenarnya tersirat di sebalik pembaharuan pilihan raya untuk menjadikan pilihan raya di Malaysia sebagai sesuatu yang terbaik.

Mengejutkan selepas tiga hari mengumumkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya, Perdana Menteri berkata di Kapar semalam keputusan itu diambil untuk “memuaskan” pembangkang.

Semua tahu bahawa pembangkang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang ditentang hebat oleh kerajaan.

Bukankah dengan memenuhi tuntutan atau tunduk kepada pembangkang dalam isu ini bermakna secara tidak langsung kerajaan BN ‘mengiktiraf’ perhimpunan berkenaan?

Tegas Datuk Sri Mohd Najib Razak Najib semalam: “Kami akan memperbaiki proses (pilihan raya) jika ia dipertikai. Kami tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan mereka, maka kami akan melaksanakan perubahan untuk memperbaiki sistem.”

Malah, lebih jauh Najib berkata: “Kami mahu sesiapa yang memerintah negara ini dipilih mengikuti kehendak sebenar rakyat.”

Semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menggeleng kepala apabila ditanya sama ada Najib mengambil pendekatan itu bertujuan memperbaiki imej antarabangsa kerajaan kepimpinannya.

Pada ketika Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Putrajaya mahu melaksanakan pembaharuan pilihan raya dengan membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen, beliau mengakui ia ekoran “kesan tempatan” ke atas pentadbiran Najib selepas perhimpunan 9 Julai.

“Bukan disebabkan kesan antarabangsa... ia kesan tempatan,” kata Dr Mahathir selepas melancarkan majlis kutipan sumbangan bagi mangsa kebuluran Somalia di Yayasan Perdana Global Peace semalam.

Dr Mahathir berkata sistem pilihan raya di Malaysia kurang kepincangan berbanding negara-negara lain yang dibuktikan bahawa kelemahan yang ada sesuatu yang berleluasa memandangkan kita dapat melihat di negara-negara tertentu di mana 99 peratus undi pergi kepada satu parti tertentu.

Menurutnya, di Malaysia, dalam setiap pilihan raya, pembangkang menang kerusi, malah menang beberapa negeri dan kemungkinan ada kekurangan di sana sini tetapi pada umumnya pilihan raya di Malaysia adalah bersih. “Tidak bersih secara mutlak, tetapi bersih,” kata Dr Mahathir.

Berdasarkan pendapat Dr Mahathir ini jelas sekali sepatutnya pembaharuan atau apa juga dasar mengenai pilihan raya sewajarnya dilakukan demi dasar berkenaan, bukan untuk memuas hati pembangkang.

Apakah Najib akan mematuhi dan ‘kecut’ dengan tuntutan-tuntutan lain oleh pembangkang selepas ini?

Wednesday, August 17, 2011

MEMFITNAH UMNO - TAHNIAH Ir. ZIN, UMNO SELANGOR

Tahniah Datuk Seri Ir. Mohd Zin.

Pada ketika Ibu Pejabat UMNO semacam khayal dan melihat isu murtad seperti tidak penting, anda mencabar PAS supaya meminta maaf kerana mengait dan menyalahkan UMNO dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Hingga hari ini, kita tidak jelas apa pendekatan Penerangan UMNO bagi isu yang penting ini.

Kenyataan-kenyataan hambar oleh sesetengah pemimpin UMNO menjadikan seolah-olah serangan terhadap Jabatan Agama islam Selangor atau JAIS itu hanya isu di Selangor.

Sedangkan PAS mula menuding jari kepada UMNO (baca juga ulasan berikut) kononnya ada unsu
r campurtangan UMNO dalam siasatan yang dijalankan oleh JAIS terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam.

UMNO yang berjuang demi agama Islam, bangsa dan tanah air seharusnya melakukan gerakan bersepadu mendekati permasalahan ini hanya jelas merugikan PAS dan boleh menimbulkan persoalan kepada PAS di mana perjuangan Islam mereka sebenarnya.

Dengan memberikan tempoh tiga hari, sehingga esok kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk memohon maaf kepada UMNO berhubung kenyataannya yang menyalahkan UMNO adalah tindakan yang memang patut dilakukan bukan sahaja oleh Zin tetapi seluruh warga UMNO.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor itu semalam berkata kenyataan Mustafa itu jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan UMNO sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Hakikatnya, rakyat khususnya umat islam di negara ini sedang memerhati dengan penuh prihatin kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh kerajaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS Selangor dalam menangani pelbagai masalah dan kepentingan rakyat.

Namun, apakah UMNO menggunakan pe;luang seperti ini untuk menonjolkan bahawa ia parti yang memperjuangkan kebaikan untuk rakyat dan tidak gagal seperti pakatan pembangkang di Selangor itu?

Zin menambah, tuduhan tidak berasas Mustafa ke atas UMNO itu sangat dikesali kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya dihormati dan dihayati oleh semua umat Islam.

Walaupun beliau bercakap bagi pihak UMNO Selangor yang memberi masa tiga hari kepada PAS dan Mustafa Ali supaya memohon maaf, seharusnya ia mewakili UMNO seluruh negeri – kecuali Sarawak

Zin mahu PAS dan Mustafai dikenakan tindakan undang-undang kerana tuduhan tidak berasas itu.

Biar Mustafa sedar dan jangan mengaitkan segala perkara dengan UMNO kerana pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu adalah berasaskan kepada kepentingan islam dan tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Dengan tindakan UMNO Selangor ini juga akan membuktikan kepada rakyat bahawa PAS adalah parti yang hilang arah dan melihat politik dan kuasa adalah segala-galanya dan sanggup menggadai perjuangannya hanya kerana mahu mendapat pengiktirafan DAP dan PKR, bukannya Allah s.w.t.

Tuesday, August 16, 2011

KETERAMPILAN NAJIB MENGATASI ANWAR - MERDEKA CENTRE

Usaha memburukkan imej Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak tidak berjaya malah komuniti siber anti-Najib juga gagal menonjolkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya media perdana yang dianggap ketinggalan berbanding media baru berjaya menaikkan imej Najib selain mampu menenggelamkan Anwar dengan isu-isu dan dakwaan bersilih ganti.

Menurut Ibrahim Suffian dari pusat bancian Merdeka Centre, walaupun komuniti siber di Internet - seperti laman Facebook anti-Najib - yang sebahagian besar menentang perdana menteri itu, tetapi pada hakikatnya bahawa sebilangan besar daripada rakyat tidak terdedah dengan sumber maklumat alternatif.

"Saya fikir orang ramai tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai apa yang dilakukan oleh Anwar untuk mempengaruhi keputusan. (Ini adalah) kerana hanya kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini yang mempunyai akses kepada berita alternatif, jauh lebih rendah daripada akses internet.

"Tidak semua orang yang melayari Internet akan melawat portal dan membaca berita. Oleh itu, terdapat ketidakseimbangan bagaimana orang ramai boleh menilai seseorang pemimpin. "

Kerana itu Najib dilihat lebih berketerampilan sebagai pemimpin di mata masyarakat umum berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah kerana keberkesanan penggunaan media arus perdana untuk menaikkan imej Najib.

Malah katanya, jumlah rakyat yang berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, kukuh pada paras 69 peratus pada Disember lalu.

"Jika anda bertanya kepada saya - siapa yang rakyat fikirkan boleh melakukan kerja dengan lebih baik,- mereka berkemungkinan akan memilih Najib.

Terdapat banyak berita mengenai Najib melakukan pelbagai perkara dan sebahagian besar berita itu sangat positif.

"Jadi mereka mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap Najib berbanding Anwar. (Persepsi Anwar) dalam media arus perdana diselubungi tindakan undang-undang yang bersilih ganti. Hampir setiap hari, ada sahaja orang yang menuduh beliau dengan pelbagai dakwaan.”

Kata Ibrahim, sekurang-kurangnya dua pertiga, bersetuju dengan apa yang perdana menteri sedang memperkatakan atau cuba untuk berbuat.

Sumber : Malaysiakini

Monday, August 15, 2011

PAS - AKIDAH DIKETEPI DEMI KUASA, PUTRAJAYA?

Akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak. Kerana itu ia perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.

Apakah pemimpin PAS Pusat tidak lagi beramanah?

Apakah pemimpin PAS sudah tidak takut dihisab di akhirat?

Dilema apa ada dalam diri pemimpin besar PAS seperti Presiden, Musyridul Am PAS, TImbalan Presiden dan Naib-Naib Presidennya?

Siapa diharap menjadi banteng umat Islam bagi memastikan umat Islam tidak terus dimurtadkan?

Dewan Pemuda PAS Pusat pimpinan Nasrudin Hassan semalam berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.

Namun mampukah beliau pada ketika PAS Pusat membuat pendirian yang berbeza khususnya dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memalukan seluruh umat Islam di Malaysia?

Pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz serta pucuk pimpinan Pas sehingga sekarang gagal menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS yang memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan 12 individu Islam.

Malah, jika PAS Pusat sudah enggan melakukannya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sedia mengambil alih tugas PAS untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata semalam, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana PAS yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.

Hakikatnya parti PAS amat maklum bahawa murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia.

Namun, PAS bagaikan meletakkan isu ini ke tepi untuk sementara waktu demi bekerjasama dengan puak-puak bukan Islam untuk kepentingan politik dan kuasa.

Bagi PAS hari ini, mendapatkan kuasa dan berkongsi kuasa dengan kafir harbi lebih utama dalam menundukkan UMNO yang juga memperjuangkan Islam.

Dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu, PAS tidak melihat isu ini sebagai mendesak.

Kerana itu PAS tidak berani membuat pendirian sedangkan Nasrudin begitu bimbang dengan masalah murtad ini kerana masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik.

Berikutan itu Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Malah bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus.

Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.

Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa hari lalu, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Namun beliau tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik.

Sunday, August 14, 2011

PAS SEBENARNYA ‘MENGATA DULANG, PAKU SERPIH’

Pembangkang, khususnya PAS bukan sahaja melakukan pembohongan, tuduhan palsu dan mencemarkan nama UMNO , Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan (SPR) tetapi lebih jauh sengaja memperkecil dan merendahkan martabat rakyat Malaysia sendiri apabila meletakkan mereka yang sudah diiktiraf kerakyatan sebagai ‘pendatang asing’.

Apa perasaan kita sebagai rakyat Malaysia jika ada mengatakan kita tidak layak mengundi kerana bukan berasal dari negara ini sebaliknya masih rakyat Indonesia, India, China, Iran, Saudi atau sebagainya?

Tidak berkecil hatikah kita? Tidak marahkah kita?

Jadi tidakkah layak warganegara Malaysia sendiri mengundi?

Tanpa PAS sedari atau sengaja ‘bangang’, beberapa pemimpin PAS sendiri amat tahu yang ramai anggota dan pengundi PAS pada kedudukan yang sama. Mereka bagaikan ‘buta dan tuli’ terhadap apa yang sudah mereka sendiri lakukan.

Mengata dulang, paku serpih, mengata orang, sebenarnya PAS yang lebih…

PAS sengaja menimbulkan perkara tersebut kerana terdesak demi mendapatkan undi orang Melayu, Islam dan bukan Melayu kerana bimbang perjuangan baru mereka – negara kebajikan tidak mendapat sambutan.

PAS yang silap menukar perjuangan dan lebih buruk apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan negara Islam tidak ada dalam al-Quran, mereka semakin gelabah dan berusaha menutup kelemahan.

Perjuangannya yang bertukar daripada mahu mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana tahu DAP dan sekutu bukan Melayu dan bukan Islam sedang mengasak mereka, menyebabkan ada sahaja perkara yang cuba mengelirukan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, seramai 5,006 bangsa asing kebanyakannya keturunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi iaitu 1,239 di Dun Kijal dan 529 di Air Putih termasuk 43 daripadanya dikesan tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebaliknya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan pada hakikatnya yang menipu rakyat adalah PAS.

Ahmad Said berkata, buktinya pada 1995, PAS membawa masuk seramai 979 pengundi dari kawasan lain (termasuk dari Dewan Undangan Negeri (Dun Kemasik) ke Dun Kijal.
Berdasarkan semakan terdapat kira-kira 1,200 pemilih di Rusila, Marang adalah pengundi luar iaitu dari Johor, Selangor dan Pahang.

“Saya ada bukti PAS membawa masuk pengundi luar di DUN Kijal pada 1995 kerana waktu itu saya jadi penolong pegawai daerah dan saya jaga pemilih, jadi PAS jangan nak kelirukan rakyat,” katanya.

Ahmad Said turut mempersoalkan mengapa perkara mengenai pengundi bangsa asing tidak dibangkitkan pada pilihan raya umum terdahulu seolah-olah pembangkang ketandusan isu.

“Kalau undi tidak adil bagaimana PAS dapat menang dalam pilihan raya umum pada 1999 di Terengganu, di Kelantan pembangkang berjaya kekalkan kemenangan hingga 20 tahun, selain menang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pada pilihan raya umum lalu,?” tanya beliau.

“Kebajikan apa yang mereka mahu buat? Semua kebajikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah lakukan jadi sekarang mereka sengaja cari salah orang lain (Kerajaan Umno dan BN) kononnya undi tidak bersih dan pengundi bukan warganegaralah.

“Sebenarnya mereka (pengundi yang didakwa warga asing) sudah berada di negeri ini lebih 20 tahun, malah sebelum saya menjadi wakil rakyat lagi mereka sudah mengundi.

“Memang kita ada beri kerakyatan kepada orang Rohingya, Kemboja, Myanmar menjadi pelarian yang asalnya orang Malaysia dikerah membuat jambatan maut waktu zaman British dan pendudukan Jepun di negara ini dulu.

Mereka ini semua kita bawa balik dan beri kerakyatan, memang kebanyakan mereka dari Kedah,” katanya di Kemaman, semalam.

Berikutan itu beliau menyangkal pendedahan PAS Terengganu yang mengesan ribuan warga asing memiliki kad pengenalan mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di negeri itu.

Malah, tuduhan PAS itu disanggah oleh Pengarah Pilihan raya negeri, Mohd Noor Daud apabila meminta PAS kemukakan bukti dakwaan.

Hakikatnya, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) bersedia memotong nama mana-mana rakyat asing yang dikatakan tersenarai sebagai pengundi di negeri ini. Kerana itu PAS tidak wajar menuduh sembarangan, sebaliknya mengemukakan bukti kukuh, bagi membolehkan SPR bertindak dan menyemak bagi melihat kebenarannya.

Hakikatnya, ramai yang tersilap dan menganggap semua bangsa asing sebagai ‘orang luar’ sedangkan ramai antara mereka sudah lama menetap dan menjadi warganegara Malaysia.

“Kita hanya menerima warganegara Malaysia sebagai pengundi. Mungkin dulu mereka warganegara Myanmar, India, China dan sebagainya tetapi hanya setelah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa mereka ini sudah menjadi pemastautin dan warganegara, barulah mereka diterima.

“Kebanyakan mereka (warga asing) yang sedia ada di negeri ini sudah lama, malah ada yang menetap sejak tahun 1970-an lagi. Jadi saya tidak melihatnya sebagai isu kerana mereka sudah menjadi warganegara,” katanya kelmarin.

Yang nyata seperti kata Ahmad Said, PAS kini tertekan sehingga membangkitkan isu pengundi warga asing di negeri ini sedangkan pengundi warga Myanmar yang dimaksudkan sebenarnya asal dari Malaysia yang menjadi pelarian ketika zaman British puluhan tahun lalu.

Beliau berkata, isu ini bukan baru tetapi disedapkan halwa telinga kerana semakin dekat dengan pilihanraya.

Sebab lain ialah PAS terperangkap dengan strategi silapnya akibat taksub dengan keinginan untuk ke Putrajaya bersama sekutu bukan Melayu dan bukan Islamnya!

Friday, August 12, 2011

PROMOSI DAGING BABI PADA SUPLEMEN RAMADAN...BAGUSNYA THE STAR



Keratan akhbar The Star kelmarin.

Memang patut Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai dipanggil Kementerian Dalam Negeri.

Akhbar itu ternyata bagaikan sengaja menghina Islam secara halus dan apa pun alasannya, perbuatan akhbar itu bersifat biadab dan langsung tidak sensitif dengan agama rasmi negara ini.

Jika akhbar Melayu yang melakukan perkara sedemikian, ia pastinya dilabel sebagai tidak sensitif dan sengaja memainkan isu perkauman.

Sesiapa pun yang beragama Islam akan marah apabila suplemen mengenai juadah Ramadan memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Ia sangat tidak wajar dan mempersendakan umat Islam dan Ramadan.

Kerana itu amat wajar sekali jika pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam membidas tindakan akhbar The Star yang mempromosi daging babi pada suplemen berkenaan.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia umpamanya, amat kesal dengan penyiaran tersebut kerana ia telah mencemari kesucian Ramadan dan menyinggung perasaan orang Islam.

Ia perbuatan amat menghina orang Islam kerana tidak mungkin orang bukan Islam negara ini tidak mengetahui orang Islam tidak boleh memakan daging babi.

Amat jelas bahawa keadaan The Star ‘menambah api’ yang sedang membara di hati orang Islam ketika ini selepas kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja baru-baru ini,disalahsetikan.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam akhbar itu kerana langsung tidak memahami sensitiviti agama Islam lebih-lebih lagi ketika Ramadan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia pula menyifatkan isu tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana ia langsung tidak menghormati sensitiviti orang Islam di negara ini.

Iklan yang ingin disiarkan perlu diteliti terlebih dahulu faktanya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu agama. Jadi, tindakan akhbar tersebut hanya akan menunjukkan kebodohan mereka sendiri,” katanya.

Sebelum ini, iklan Ramadan yang disiarkan stesen televisyen 8TV ditarik balik penyiarannya berikutan kononnya pengumuman khidmat masyarakat (PSA) tersebut berbaur rasis.

Dalam tiga klip iklan yang disiarkan, iklan tersebut memaparkan seorang perempuan Cina yang tidak menghormati bulan puasa dan dia digambarkan memakai pakaian seksi, tamak serta tidak beradab ketika mengunjungi bazar Ramadan.

Iklan tersebut turut menyiarkan adab yang sepatutnya dilakukan oleh penganut agama lain bagi menghormati Ramadan.

Jadi tidak hairanlah jika KDN memanggil Chun Wai bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, kementeriannya memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delights itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," , bukannya mempromosikan daging babi.

Walaupun meminta maaf melalui akhbar The Star hari ini tetapi hiruk pikuk sudah berlaku dan akhbat The Star yang sudah beberapa kali 'melukakan hati orang Melayu dan Islam' perlu berhati-hati pada masa hadapan.

Apa lagi akhbar itu dikawal MCA, komponen Barisan Nasional.

Thursday, August 11, 2011

KETEGANGAN MUSLIM-KRISTIAN DI MALAYSIA MEMUNCAK?

Malaysia menyekat kebebasan beragama?

Tak tahukah apa lagi yang akan diperkatakan mengenai negara kita.

Tiba-tiba sahaja, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan satu penyisatan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama yang mendapat perhatian di negara ini sekarang, satu laporan dikeluarkan oleh sebuah portal memetik satu kajian yang menuduh Malaysia sebagai negara yang mengenakan ‘halangan atau sekatan ’ kepada amalan beragama.

Laporan yang disediakan The Pew Research Center’s Forum on Religion and Public Life berpengkalan di Amerika Syarikat itu mengatakan Malaysia sama seperti Mesir, Iran, China, Myanmar dan Indonesia begitu keras mengenakan sekatan.

Malah, laporan bertajuk “Rising Restrictions on Religion” , Malaysia dikatakan antara 10 negara daripada 198 yang dikaji pada pertengahan 2009 mengenakan sekatan berbanding negara yang lebih moderat seperti Singapura, Thailand dan Filipina.

Tambah laporan berkenaan, ketegangan agama di negara ini semakin menjadi-jadi selepas ada rumah ibadat dibakar dan penggunaan kalimah Allah yang belum diselesaikan.

Malah, menurut laporan itu lagi ketegangan antara penganut Islam dan Kristian diperkuatkan lagi apabila minggu lalu JIAS menyiasat sebuah gereja di Petaling Jaya berkaitan 12 penganut Islam yang terbabit dengan majlis yang didakwa mahu mengkristiankan mereka.

Malah, laporan itu juga menyebut kerajaan sedang mengawasi dan cuba menghadkan gerakan Syiah dan Wahabi apabila Majlis Keselamatan Negara dikatakan meminta pihak berkuasa agama negeri mengawasi dan bertindak terhadap beberapa cendikiawan berfaham Syiah dan Wahhabi di negara ini.

Masanya sudah tiba bagi kementerian dan jabatan yang berkaitan dengan agama Islam memperbetulkan sebarang persepsi buruk mengenai kebebasan beragama di Malaysia.

Kita tidak mahu Malaysia yang dilihat sebagai negara Islam yang dinamik dan membenarkan kebebasan beragama di negara ini dicemari oleh laporan-laporan sebegini

Wednesday, August 10, 2011

DEWAN PEMUDA PAS – TINDAKAN JAIS BETUL, SOKONG DR HASSAN

Hadi semakin lupa bahawa perjuangan partinya untuk menjadi pakatan pemerintah menggantikan UMNO dan Barisan Nasional bukan ditentukan semata-mata oleh DAP dan PKR tetapi oleh keikhlasan dan keyakinan PAS kepada Allah, khususnya menghalang perbuatan memurtadkan orang Islam sebagai satu daripada usaha mempermudahkan perjalanan mereka ke Putrajaya.

Klu-klek PAS jelas dan terserlah.

Malah, pendirian berbeza antara PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS ternyata amat berbeza. Pastinya ini menyerlahkan lagi sikap sebenar pemimpin Pusat PAS yang sanggup membelakangkan kepentingan Islam demi meraih undi dan sokongan ‘kafir harbi’ untuk ke tampuk kuasa.

Ketika pemimpin pusat PAS, khususnya Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang takut dan teragak-agak untuk menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Datuk Dr Hassan Ali, Pemuda PAS dengan tegas menentang arus.

Amat jelas, dalam menegakkan kepentingan Islam dan mengharungi isu murtad, Pemuda PAS lebih tegas dan pemimpin PAS pusat khususnya Hadi yang diiktiraf Tok Guru dan pemimpin agama besar oleh pengikutnya ternyata bimbang akan kehilangan sokongan DAP dan PKR.

Terserlah juga Hadi mementingkan undi dan menang pilihan raya sehingga sanggup menggadaikan Islam demi menjamin laluan ke Putrajaya ‘selamat dan laluan dibuka oleh bukan Islam’.

Hadi semakin lupa bahawa perjuangan partinya untuk menjadi pakatan pemerintah menggantikan UMNO dan Barisan Nasional bukan ditentukan semata-mata oleh DAP dan PKR tetapi oleh keikhlasan dan keyakinan PAS kepada Allah, khususnya menghalang perbuatan memurtadkan orang Islam sebagai usaha mempermudahkan perjalanan mereka ke Putrajaya.

Keyakinan Dewan Pemuda PAS terhadap penjelasan Dr Hassan ditunjukkan dengan jelas apabila dewan itu mempertahankan tindakan JAIS dan Datuk Dr Hasan berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang semalam.

Amat nyata, JAIS melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan JAIS juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan. “JAIS ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” katanya seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider semalam.

Dalam pertemuan kira-kira sejam dengan Dewan Pemuda PAS Dr Hasan juga memberitahu JAIS mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.

“Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu,” katanya.

Justeru Dewan Pemuda PAS meminta semua pihak agar menyokong tindakan itu dan tidak timbul sebarang keraguan terhadap tindakan JAIS.

Pendirian ini memalukan pemimpin PAS seperti Hadi, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Khalid Samad serta yang lain yang terus mahu bertemu JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama.

Pada ketika surat dihantar melalui faks ke pejabat kedua-dua badan itu pagi semalam untuk mengadakan pertemuan 15 dan 16 Ogos ini, Dewan Pemuda PAS sudah membuat keputusan untuk mempercayai Dr Hassan dan JAIS.

Memang kenyataan ini pahit bagi pemimpin Pusat PAS tetapi Nasrudin Hassan nampaknya memilih keredaan Allah daripada ‘menyembah kafir Harbi’ demi kuasa dan jalan ke Putrajaya!

Tuesday, August 9, 2011

KHALID MEMANG JENIS TIDAK HIRAU NASIHAT SULTAN?

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor. Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini..." - Sultan Sharafuddin Idris Shah

Dah macam-macam amaran dikeluakan. Namun nampaknya kerajaan pembangkang di Selangor sudah tuli.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh buat bodoh seperti tidak adaperkara yang berlaku, walaupun amaran itu dititahkan oleh Sultan Selangor.

Terbaru Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

Tegas Baginda: "Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini.”

Baginda bertitah profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus.

Ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya di Kuaa Selangor.

Peringatan dan amaran ini tepat masanya kerana UNISEL menjadi tumpuan utama minggu lalu selepas adanya gerakan pihak-pihak tertentu yang berkusa ketika ini di Selangor mencampuri urusan pentadbiran universiti berkenaan.

Minggu lalu, Unisel telah mencetuskan kontroversi apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel dengan notis 24 jam berkuat kuasa kelmarin dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Hakikatnya, tindakan mencampuradukkan politik dengan pelajaran akademik, berkemungkinan menyebabkan ada pihak-pihak tertentu khususnya ibu bapa yang tidak gemar akan keadaan sedemikian.

Kesannya akan menyebabkan ada ibu-bapa tidak akan menghantar anak-anak mereka ke universiti ini untuk melanjutkan pelajaran mereka.

"Sekiranya ini berlaku, ia akan menjadi satu kerugian kepada universiti ini dan juga kawasan Bestari Jaya kerana industri sokongan tidak dapat berkembang dan dikhuatiri universiti ini akan menjadi projek 'gajah putih'.

Untuk makluman semua, beta telah menerima aduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di kampus Unisel ini. Beta tidak mahu perkara ini berterusan kerana jika Unisel ini tidak berjaya, ia akan merugikan kewangan kerajaan negeri Selangor," titah Baginda.

http://lawi-ayam.blogspot.com/ Tajuk asal - 'Apabila Khalid Ibrahim 'Tuli', Buat Bodoh

Monday, August 8, 2011

BONUS PENJAWAT AWAM - BEBERAPA MB MULA PENING LALAT

Tidur tidak nyenyaklah jawabnya bagi Menteri Besar negeri-negeri yang berpendapatan sederhana gara-gara Kerajaan Pusat umumkan bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam sempena Aidilfitri ini.

Tahun lepas beberapa negeri, termasuk Kelantan agak lambat mengumumkan bayaran bonus kerana kesan pembayaran itu besar kepada Belanjawan Negeri.

Tahun ini tidak pasti sama ada negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang di bawah pembangkang akan menyertai Kerajaan Pusat membayar bonus.

Walaupun negeri kaya, tahun lalu semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang menikmati bonus RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Di Selangor, bayaran bantuan khas dibayar kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas.

Bayaran kepada 9,089 kakitangan awam itu membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Di Terengganu, dilaporkan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM7 juta bagi tujuan itu.

Kelantan turut umumkan bantuan RM500 sementara lebih 10,000 pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri Johor menerima bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang. Ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.3 juta.

Kerajaan negeri Perak turut memberikan bonus kepada kira-kira 7,000 kakitangannya dengan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Selasa lalu (4 Ogos 2011), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan segera bagi mengurangkan beban kakitangan awam.

"Tahun ini, kita tidak mahu kerajaan memberi bantuan khas seperti dua tahun lalu tetapi kita minta kerajaan beri bonus dua bulan kepada kakitangan awam.

"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin baik dan inflasi juga dapat dikawal, maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan permohonan ini," katanya pada sidang media.

Namun dengan pengumuman ini, hasrat Cuepacs itu terpaksa dipendamkan saja kerana dengan pengumuman Perdana Menteri itu bagaikan isyarat bahawa kerajaan tidak akan melayani tuntutan Cuepacs.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Yang penting bagi Perdana Menteri pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Cuepacs dalam permintaannya berharap kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua kakitangan awam masing-masing sebulan, sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

WAHAI PAS – ‘BANGKAI GAJAH’ TIDAK BOLEH DITUTUP LAGI

“Anggota parti (PAS) jangan ‘bergeser’ sesama sendiri kerana ia akan memberi ruang pada pihak lawan...segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku...” – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Untuk apa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari PAS mahu menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu keselamatan negara?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub beria-ia mahu diadakan sidang khas itu yang menurutnya ekoran pendedahan media minggu lalu mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari.

Hakikatnya dalam PAS ‘bangkai gajah’ tidak boleh ditutup lagi.

Bukan sekadar tulangnya berserakan tetapi baunya kini menerjah ke hidung seluruh ahli PAS.

Pertelingkahan dan perselisihan dalam PAS semakin semarak dan tidak boleh dikawal lagi ekoran kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist di Damansara utama, baru-baru ini.

Salahuddin berkata pada jam 12 tengahari hari ini (Isnin 8 Ogos 2011) di bangunan Parlimen beliau bersama ahli Parlimen Pakatan yang lain akan menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang khas Parlimen ini.

Menurut ahli Parlimen Kubang Kerian itu, isu ini perlu dibincangkan secara serius kerana ia merupakan pengkhianatan kepada negara.

Pemimpin PAS, khususnya Salahuddin berusaha menutup ‘bangkai gajah’ itu segera sedangkan pertelingkahan dalam PAS kini ternyata jelas.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam mengingatkan anggota parti supaya tidak ‘bergeser’ sesama sendiri kerana ianya akan memberi ruang pada pihak lawan.

Menurut Nik Aziz, segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku kerana ianya akan memberi keuntungan pada mereka.

Kegagalan PAS Pusat untuk meredakan isu ini ternyata amat jelas apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu menerima penjelasan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali semalam.

Hadi bertegas untuk mendapatkan maklumat terus daripada JAIS dan pihak gereja berkenaan.

Malah Hadi tidak pun menasihatkan PAS Selangor agar tidak menyerang Dr Hassan.

Kini Dr Hassan terkontang-kanting bersaorangan dalam isu ini walaupun mendakwa ada unsure-unsur mengkristiankan orang Islam oleh gereja berkenaan.

Kebimbangan PAS mengenai isu ini dinyatakan dengan jelas oleh Hadi apabila beliau mendakwa isu mengenai Dr Hasan dan gereja itu sengaja dibesar-besarkan untuk menutup isu penduduk tetap (PR) diberi kad pengenalan biru dan didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

"Kita tahu isu ini sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu pemberian kad pengenalan (biru) kepada penduduk tetap. Tapi PAS akan terus turun ke medan bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak," katanya semalam.

Bagi Nik Aziz pula: “Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini dan saya serahkan ianya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan Selangor sendiri.”

Amat jelas pada ketika PAS Pusat gagal mengatasi masalah kekusutan di Selangor, pemimpin utama PAS sedang bermain wayang untuk menutup pertelingkahan dengan menghala peluru kepada Perdana Menteri.

Harapan mereka dengan menumpukan kepada isu pemberian kad pengenalan biru, isu pertelingkahan dalam kepimpinan PAS Selangor dapat diredakan.

Persoalannya, apakah PAS mahu membiarkan perbuatan pihak tertentu di Selangor mengkristiankan orang Islam begitu sahaja?

Sanggupkah PAS membutakan mata dan memekakkan telinga hanya kerana tidak mahu DAP dan PKR terguris?

Ternyata PAS sanggup membelakangkan perjuangan melindungi dan menegakkan syiar Islam hanya semata-mata kerana mementingkan kerjasama dengan bukan Melayu dan bukan Islam demi undi bagi pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Sunday, August 7, 2011

LAPORAN DR HASSAN HAMPEH, HADI ANGGAP ‘SECOND-HAND’…

Hadi tidak percaya cakap Dr Hassan?

Laporan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dianggap hanya sebagai laporan ‘second-hand’ yang kurang kebenarannya.

Walaupun Dr Hassan memberikan penjelasan berdasarkan laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun PAS tidak berpuas hati.

Malah bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penjelasan Dr Hassan hanya setaraf laporan media yang baginya tidak cukup kuat untuk meyakinkan PAS bahaw ada unsur mengkristiankan orang Islam pada majlis berkenaan.

Amat jelas, PAS ragu-ragu dengan penjelasan Dr Hassan dan mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi ‘gambaran lebih jelas’ mengenai kotroversi terbaru itu.
Hadi berkata pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu.

“Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0.

“PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,”katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di Kuala Lumpur.

Pagi ini Dr Hassan memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam.

Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

“Hasan Ali telah memberikan penjelasan dan beliau bersetuju dengan cadangan kita (untuk adakan pertemuan dengan Jais dan gereja). Bila (maklumat daripada) media tak cukup kita perlu turun ke medan... tidak timbul masalah bukt,i sebab itu kita akan jumpa terus dengan kedua-dua pihak,” kata Hadi.

Hadi mengatakan ia untuk memberikan keadilan kepada semua pihak termasuk Dr Hassan.

Menurut Hadi, Dr Hassan turut bersetuju dengan kehendak parti untuk bertemu kedua-dua pihak berkenaan.
Persoalannya, apa pilihan ada untuk Dr Hassan selain menuruti sahaja kehendak parti?

Namun berpuashatikah Dr Hassan dengan layanan parti terhadapnya seperti ini?

Isu ini pastinya mengheret pemimpin PAS lebih jauh dan sebarang keputusan yang tidak menyebelahi Dr Hassan akan menimbulkan pertanyaan di kalangan ahli PAS – apakah PAS mempercayai ‘orang lain’ daripada pemimpinnya sendiri?

Surat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan JAIS dan gereja akan dihantar esok melalui Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

DR HASSAN ALI KELUAR PAS PAGI INI?

Beberapa rakan blogger meramalkan akan ada satu berita besar dalam PAS selepas pukul 10 pagi ini (Ahad).

Apa dia? Exco kontroversi Selangor Dr Hassan Ali mungkin keluar PAS pagi ini?

Tanya sebuah blog, “Apakah esok satu lagi korban yang PAS Selangor lakukan demi mempertahankan masa depan politik mereka?

Dengan tajuk “Esok Penentuan Hassan Ali, samada masih ahli PAS atau Dipecat” blog berkenaan menyebut Exco yang sudah dipanggil mengadap PAS Selangor dan tidak dipertahankan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan berjuang bersaorangan.

Sementara sebuah lagi blog menyebut: “Melayu CinDia mendapat maklumat daripada rakan2 media yang mendakwa satu Sidang Media bersama Exco Kontroversi Selangor, Dr. Hasan Ali akan berlangsung pada esok jam 10 pagi. Sidang Media ini juga dijangka panas di mana Hasan Ali dikatakan bakal membuat 1 kenyataan yang bakal mencabar hubungan PAS, DAP dan PKR di Selangor.”

Ternyata tindakan Dr Hasan turut diherdik musuh politik dalaman, Khalid Samad yang turut meminta maaf kepada pihak Gereja atas tindakan yang di luar pengetahuan pihak pengurusan.

Sementara satu artikel yang dikeluarkan oleh Blog MiM semalam bertanyakan kenapa Teresa Kok, selaku Exco Kerajaan Negeri tidak bersuara?

Kenapa Khalid Gereja pulak yang beria - ia sibuk menghentam tindakan Datuk Dr. Hassan Ali sedangkan dia pun ahli PAS jugak?

Bukan ke yang menjaga hal ehwal agama Kristian ni ialah Teresa Kok tu? Kenapa dia tak keluarkan kenyataan mengenai tindakan Hassan Ali?


Macam ada sesuatu yang tak kena pulak. Macam ada pihak yang s
engaja nak sembunyikan tangan apabila isu ini hangat diperkatakan.

Yang paling kelakar sekali ialah apabila Si Khalid Gagap tu mengarahkan semua exconya agar menutup mulut masing - masing mengenai perkara ini.


Tapi, kenapa dia biarkan Dr. Hassan Ali dipanggil oleh PAS Selangor untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut?

Sepatutnya, dia perlu membantah tindakan PAS Selangor tu. Itu pun kalau betul dia nak semua Exco tutup mulut. Baru adil namanya.


Sekarang dah ada kenyataan daripada salah seorang peserta 'Jamuan Makan Malam' tu dan mengakui bahawa memang ada unsur - unsur memurtadkan umat Islam.


Tidakkah ini membenarkan kata-kata Dr Hassan?

Teresa Kok boleh ketawa besar sebab Menteri Besarnya bertelagah sesama Melayu dan Islam dengan Exco agamanya dalam isu gereja.

Sekarang, kalau baling batu sembunyi tangan pun tak apa. Lagipun kalau Dr Hassan terpelanting lebih baik kerana calon baru - Khalid Samad - akan mempermudahkan kerjanya!