“Kami akan memperbaiki proses (pilihan raya) jika ia dipertikai. Kami tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan mereka (pembangkang), maka kami akan melaksanakan perubahan untuk memperbaiki sistem.” -Datuk Sri Mohd Najib Razak
Buat pembaharuan untuk memuaskan hati pembangkang?
Bagaimana dengan perasaan rakyat majoriti di negara ini. Apakah mereka tidak penting untuk kerajaan?
Apakah sokongan mereka pada pilihan raya tidak penting sebaliknya kerajaan yang dibentuk hasil sokongan majoriti rakyat terlalu ‘kecut’ dan bimbang dengan pembangkang?
Apakah kerajaan sebegini yakin dan berupaya menang pilihan raya umum akan datang?
Apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini lemah dan terpaksa tunduk apabila menubuhkan Panel Parlimen kerana bimbang pembangkang?
Ini bermakna penubuhan itu bukan untuk usaha menambah baik sistem pilihan raya selain demi sistem politik yang semakin baik tetapi lebih untuk memuaskan hati pembangkang!
Jika demikian, buat apa sokong kerajaan, baik sokong pembangkang jika kerajaan yang memerintah ‘kecut’ dengan pembangkang dan pendapat atau cadangan pembangkang lebih baik daripada kerajaan yang ada.
Persoalannya sekarang, BN mulai tunduk dan akur tuntutan pembangkang dan jika ada tuntuntan lanjutan (pembangkang pastinya tidak akan berpuas hati dalam segala perkara dengan BN) pembangkang selepas ini, bagaimana?
Dengan memulakan langkah sumbang iaitu tunduk kepada pembangkang, apakah akan banyak lagi langkah sumbang selepas ini?
Pastinya pembangkang akan mendabik dada dan menjelajah ke serata pelusuk negeri mengatakan BN lemah dan tunduk kepada tuntutan mereka.
Sedangkan mungkin hasrat murni yang sebenarnya tersirat di sebalik pembaharuan pilihan raya untuk menjadikan pilihan raya di Malaysia sebagai sesuatu yang terbaik.
Mengejutkan selepas tiga hari mengumumkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya, Perdana Menteri berkata di Kapar semalam keputusan itu diambil untuk “memuaskan” pembangkang.
Semua tahu bahawa pembangkang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang ditentang hebat oleh kerajaan.
Bukankah dengan memenuhi tuntutan atau tunduk kepada pembangkang dalam isu ini bermakna secara tidak langsung kerajaan BN ‘mengiktiraf’ perhimpunan berkenaan?
Tegas Datuk Sri Mohd Najib Razak Najib semalam: “Kami akan memperbaiki proses (pilihan raya) jika ia dipertikai. Kami tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan mereka, maka kami akan melaksanakan perubahan untuk memperbaiki sistem.”
Malah, lebih jauh Najib berkata: “Kami mahu sesiapa yang memerintah negara ini dipilih mengikuti kehendak sebenar rakyat.”
Semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menggeleng kepala apabila ditanya sama ada Najib mengambil pendekatan itu bertujuan memperbaiki imej antarabangsa kerajaan kepimpinannya.
Pada ketika Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Putrajaya mahu melaksanakan pembaharuan pilihan raya dengan membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen, beliau mengakui ia ekoran “kesan tempatan” ke atas pentadbiran Najib selepas perhimpunan 9 Julai.
“Bukan disebabkan kesan antarabangsa... ia kesan tempatan,” kata Dr Mahathir selepas melancarkan majlis kutipan sumbangan bagi mangsa kebuluran Somalia di Yayasan Perdana Global Peace semalam.
Dr Mahathir berkata sistem pilihan raya di Malaysia kurang kepincangan berbanding negara-negara lain yang dibuktikan bahawa kelemahan yang ada sesuatu yang berleluasa memandangkan kita dapat melihat di negara-negara tertentu di mana 99 peratus undi pergi kepada satu parti tertentu.
Menurutnya, di Malaysia, dalam setiap pilihan raya, pembangkang menang kerusi, malah menang beberapa negeri dan kemungkinan ada kekurangan di sana sini tetapi pada umumnya pilihan raya di Malaysia adalah bersih. “Tidak bersih secara mutlak, tetapi bersih,” kata Dr Mahathir.
Berdasarkan pendapat Dr Mahathir ini jelas sekali sepatutnya pembaharuan atau apa juga dasar mengenai pilihan raya sewajarnya dilakukan demi dasar berkenaan, bukan untuk memuas hati pembangkang.
Apakah Najib akan mematuhi dan ‘kecut’ dengan tuntutan-tuntutan lain oleh pembangkang selepas ini?
Assalam Bro
ReplyDeletePendirian kerajaan kita sekarang ini macam lalang.. tidak tegas... tunduk pada semua tuntutan tidak munasabah puak pembangkang... Sebenarnya puak pembangkang dah rasa akan kalah teruk... sebab tu mencari alasan lain untuk menghalalkan apa cara sekali pun untuk menang... Bangsat tu
NAJIB NI DA IKUT PAKLAH SYOK SENDIRI DGN KPI/NKRANYA...AKU TAK RASA APA PUN...BARANGAN HARIAN BINI AKU KATA MAHAL...SEBAB DIA GI PASAR..YG PASTI AKU SERTA KELUARGA TAK ALAN KELUAR MENGUNDI..TAK GUNA BERI UNTUK UNTUK KERAJAAN YG BACUL...DAYUS...APA PUN TAHNIAH PAKLAH..TANPA USAHA BEBAL MU PERKARA MUSIBAH MALAYSIA SEKARANG TAK AKAN BERLAKU....
ReplyDelete