Sunday, August 7, 2011

LAPORAN DR HASSAN HAMPEH, HADI ANGGAP ‘SECOND-HAND’…

Hadi tidak percaya cakap Dr Hassan?

Laporan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dianggap hanya sebagai laporan ‘second-hand’ yang kurang kebenarannya.

Walaupun Dr Hassan memberikan penjelasan berdasarkan laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun PAS tidak berpuas hati.

Malah bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penjelasan Dr Hassan hanya setaraf laporan media yang baginya tidak cukup kuat untuk meyakinkan PAS bahaw ada unsur mengkristiankan orang Islam pada majlis berkenaan.

Amat jelas, PAS ragu-ragu dengan penjelasan Dr Hassan dan mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi ‘gambaran lebih jelas’ mengenai kotroversi terbaru itu.
Hadi berkata pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu.

“Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0.

“PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,”katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di Kuala Lumpur.

Pagi ini Dr Hassan memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam.

Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

“Hasan Ali telah memberikan penjelasan dan beliau bersetuju dengan cadangan kita (untuk adakan pertemuan dengan Jais dan gereja). Bila (maklumat daripada) media tak cukup kita perlu turun ke medan... tidak timbul masalah bukt,i sebab itu kita akan jumpa terus dengan kedua-dua pihak,” kata Hadi.

Hadi mengatakan ia untuk memberikan keadilan kepada semua pihak termasuk Dr Hassan.

Menurut Hadi, Dr Hassan turut bersetuju dengan kehendak parti untuk bertemu kedua-dua pihak berkenaan.
Persoalannya, apa pilihan ada untuk Dr Hassan selain menuruti sahaja kehendak parti?

Namun berpuashatikah Dr Hassan dengan layanan parti terhadapnya seperti ini?

Isu ini pastinya mengheret pemimpin PAS lebih jauh dan sebarang keputusan yang tidak menyebelahi Dr Hassan akan menimbulkan pertanyaan di kalangan ahli PAS – apakah PAS mempercayai ‘orang lain’ daripada pemimpinnya sendiri?

Surat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan JAIS dan gereja akan dihantar esok melalui Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

3 comments:

  1. sejak bila plak hadi tua terkutuk nk mampos ni jd MB selangor...nmpak sangat la hadi n kronies ni dh ke jalan sesat...

    ReplyDelete
  2. orang dah tak percaya kat kite masih nak kerje lagike ....kalau aku aku pencen 24 jam ....ini masalah prinsip dan maruah islam.....berani kerana benar...jangan cakap saje....

    ReplyDelete
  3. Ambe setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Dr Hassan...baru betul-betul memperjuangkan ISLAM...bukang macam aji adi...yer nok perjuangkan negara kebajikan jer...

    * tuan minta jasa baik tuan untuk link
    kan blog saya ke blog tuan
    http://cheawedondang.blogspot.com

    ReplyDelete