Sunday, October 31, 2010

BAKAR BENDERA BN & UMNO INSIDEN KECIL?

Polis jangan biarkan perbuatan membakar bendera ini dianggap halal kerana ia akan menjadi ikutan. Bagaimana pula kalau pihak BN dan UMNO mengambil tindakan membalas dendam membakar bendera PAS? Apa kemungkinan-kemungkinanya? Tidak keterlaluan jika saya katakan kalau perbuatan ini dibiarkan, akan berlaku pula perbuatan membakar bendera negeri dan Malaysia pada masa akan datang.

Kata-kata saya ini bukan mahu mencabar polis atau Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Tidak sekali-kali. Saya bukan kaki demonstrasi atau bantah polis.

Cuma memberikan sedikit pandangan terhadap kenyataan Ismail.

Di Gua Musang hari ini, Ismail berkata ada beberapa insiden kecil di Galas yang dapat polis kawal dan polis telah jalankan siasatan.

Menurutnya, insiden kecil itu termasuk kejadian di mana bendera telah dibakar oleh mereka tidak bertanggungjawab. Kejadian itu masih dalam siasatan polis.

Khamis lalu, dilaporkan terdapat insiden membakar bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada awal pagi berkenaan di Kampung Lembaga, yang dipercayai didalangi oleh jentera PAS dari luar yang berkempen untuk pilihan raya kecil itu.

Saya ulangi, bakar bendera BN dan UMNO!Apakah kejadian ini boleh dianggap insiden kecil hanya kerana tidak melibatkan nyawa dan harta benda?

Apakah bendera yang menjadi lambang kepada parti yang memerintah negara ini dianggap kecil? Bukankah bendera itu menunjukkan maruah dan kuasa?

Apakah hanya dengan membakar bendera Malaysia sahaja boleh dianggap insiden besar?

Setahu saya bendera adalah lambang paling penting sesebuah organisasi dan negara. Jika ada pihak yang berani membakarnya, mereka melakukan kesalahan besar dan mencabar pihak yang memiliki atau menjunjung bendera berkenaan.

Polis tidak wajar menganggapnya sebagai kesalahan kecil.

Lagipun, polis jangan biarkan perbuatan seperti itu dianggap halal kerana ia akan menjadi ikutan. Bagaimana pula kalau pihak BN dan UMNO mengambil tindakan membalas dendam membakar bendera PAS? Apa kemungkinan-kemungkinanya?

Saya tekankan perkara ini kerana jika bendera BN dan UMNO boleh dibakar, tidak keterlaluan untuk saya katakan, akan berlaku perbuatan membakar bendera negeri dan Malaysia pada masa akan datang.

Mungkin bagi penyokong PAS dan pemimpinnya melihat perbuatan itu sebagai tidak ada apa-apa. Sikap ini tidak menghairankan kerana di Stadium Bukit Jalil pada perlawanan akhir Kelantan-Negeri Sembilan, penyokong Kelantan turut mengibarkan bendera PAS.

Hanya kerana bolasepak, tindakan tidak wajar diambil terhadap mereka yang menjadikan gelanggang bolasepak sebagai ‘gelanggang mengibarkan bendera politik’?

Saya mohon polis atau Ismail sendiri jangan menganggap kejadian bakar bendera itu kecil.


Siasat dan hukum mereka yang melakukan perbuatan membakar bendera itu sebagai 'pengajaran dan pencegahan' perkara itu berulang.

Tolonglah...bendera besar maknanya kepada BN dan UMNO – parti yang memerintah negara ini dan parti yang menegakkan Jalur Gemilang sejak 1957 dan kemudian ditambah bintang dan jalurnya pada 1963.

GALAS - PAS SEDIA SOGOK PENGUNDI LUAR UNTUK JAMIN KEMENANGANNYA

Sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, PAS sering mengutuk dan mengatakan salah Barisan Nasional (BN) memberikan bayaran kepada pengundi supaya pulang mengundi.

Selain mengatakan salah menyediakan bayaran tambang untuk pengundi luar PAS sering mengatakan mereka yang dibawa pulang ada pengundi hantu dan sebagainya.

Namun, itu tidak akan berlaku lagi kerana PAS sudah menyatakan dengan terang parti itu akan membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi. PAS nafi bayaran itu satu bentuk rasuah sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.

Apakah PAS begitu terdesak sekali untuk menjamin kemenangan bagi membuktikan kepada dua rakananya yang ia tetap kuat?

Apakah PAS merasakan pilihan raya kecil Galas sebagai isyarat kemenangannya di Kelantan atau sebaliknya? Hakikatnya kemenangan BN atau PAS di Galas bukan kemenangan atau kekalahan semuanya.

Tetapi satu perkara yang jelas kepada PAS walaupun untuk parti lain haram melakukan perkara seperti ini tetapi untuk kepentingan sokongan kepada PAS, semuanya halal.

Menurut laporan, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," Abdul Rahim pada sidang media semalam.

Pilihan raya kecil Galas menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusoff, 49, akan ditentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44.

Reaksi kepada kenyataan itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan DUN Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja. Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan PAS yang akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

PAS menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh. "Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.

"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Kalau betul perkara ini terjadi kita tidak tahu sama ada BN akan membuat laporan atau tidak.

Mengenai kenderaan, Wan Ahmad berkata sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."

Amat jelas bagi PAS, apa juga yang salah atau tidak betul ‘boleh dipraktikkan’ pada musim pilihan raya. Yang penting PAS menang pilihan raya.

Saturday, October 30, 2010

POLITIK – TIDAK ADA YANG TIDAK PERIBADI

Dari awal PAS seakan ‘bengang’ apabila Tengku Razaleigh menerima pelawaan itu (UMNO). PAS tahu pengaruh Tengku Razaleigh di Gua Musang. Biar UMNO lama berkecai dan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket apa pun di Gua Musang, beliau menang. Dan apabila beliau menang semestinya kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gua Musang cukup kuat, biarpun kerusi Galas ditawan PAS pada 2008. Perbezaan undi yang kecil - 646 undi - membimbangkan PAS dan kegagalannya menyekat Tengku Razaleigh daripada bersetuju dengan pelawaan UMNO itu menyebabkan beliau ‘diserang’.

TENGKU Razaleigh bersalaman dengan masyarakat Orang Asli di Pos Hau ketika membantu calon BN berkempen, semalam.

Pada setiap kali hampir pilihan raya – sama ada kecil atau pilihan raya umum – PAS secara terbuka mengatakan parti itu melarang ahlinya yang berkempen menggunakan isu peribadi bagi menyerang calon atau mereka yang membantu calon.

Namun semuanya itu tidak dipatuhi. Kadangkala yang mengeluarkan arahan itu melanggar arahan sendiri. Selagi di namakan kempen terutamanya pada musim pilihan raya, individu politik yang bekerja dalam mengetengah atau memenangkan seseorang calon pun turut kena serang.

Soal peribadi yang kadangkala sehingga membabitkan isu ‘dalam kelambu’ pun cuba dilondehkan.

Contohnya di Galas, selepas isu diperkatakan mengenai calon, pihak yang berlawan kemudian menyerang sesiapa sahaja yang didapati boleh ‘diketengahkan isu mereka’ bagi mempengaruhi rakyat mendapatkan undi.

Tidak terkecuali Tengku Razaleigh Hamzah – Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang yang diberikan mandat oleh UMNO supaya mengetuai jentera pilihanraya kecil Gua Musang.

Dari awal PAS seakan ‘bengang’ apabila Tengku Razaleigh menerima pelawaan itu (UMNO).PAS tahu pengaruh Tengku Razaleigh di Gua Musang. Biar UMNO lama berkecai dan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket apa pun di Gua Musang, beliau menang.

Dan terbukti apabila beliau menang semestinya kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gua Musang cukup kuat, biarpun kerusi Galas mampu ditawan PAS pada 2008. Perbezaan undi yang kecil - 646 undi -membimbangkan PAS dan kegagalannya menyekat Tengku Razaleigh daripada bersetuju dengan pelawaan UMNO itu menyebabkan beliau ‘diserang’.


Juga penting, Tengku Razaleigh tahu apa masalah sebenar di Gua Musang, khususnya di Galas - termasuk penerokaan dan rampasan tanah Orang Asli (gambar kanan) kononnya untuk dijadikan Ladang Rakyat.

Selain itu, pada usianya 73 tahun dan demi tugasnya Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas, tidak menunjukkan kepenatan untuk meredah belantara hampir 12 jam untuk bertemu lebih dekat dengan pengundi Orang Asli.

Ia tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar. Biarpun melalui jalan tanah merah berdebu selama empat jam menuju ke Pos Balar dan menghadapi perjalanan yang sukar dengan beberapa kenderaan tersangkut dalam selut tanah merah, Tengku Razaleigh begitu kuat semangatnya.

Tengku Razaleigh juga bersemangat memberikan ucapan apaabila mengatakan: "Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli. Ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan Orang Asli, tetapi sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

"Kita akan berunding dengan kerajaan negeri supaya memberikan hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli untuk dijadikan tapak rumah, tanah perkuburan dan tanah pertanian supaya mereka juga mempunyai harta pusaka untuk diwariskan kepada generasi mereka. “Ladang rakyat yang kononnya dilaksanakan untuk kebaikan Orang Asli hanya karut kerana mereka hanya menjadi kuli dan sedangkan Orang Asli mahukan tanah sendiri," katanya.

Dari situ beliau ke Pos Hau pula, yang mengambil masa empat jam perjalanan lagi dengan laluan lebih sukar kerana hujan. Tanpa menghiraukan penat, beliau menunjukkan sikap pemimpin berjiwa rakyat melayan masyarakat di Pos Hau yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.

Pertanyaan di sini, berapa ramai pemimpin PAS, termasuk Nik Aziz sendiri sanggup berbuat seperti Tengku Razaleigh ini? Nyata sekali ia bukan dilakukan oleh Tengku Razaleigh ketika musim pilihan raya kecil ini sahaja kerana ‘anak raja berjiwa rakyat’ itu sudah tahun selok belok ke kawasan Orang Asli dalam kawasan parlimennya.

Tetapi bagi PAS, usaha Tengku Razaleigh ini dilihat boleh menggugat kemenangan untuk berpihak kepada mereka.

Bemula semalam, PAS memulakan serangan peribadi kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu melalui siri kempennya pada pilihan raya kecil itu yang akan berlangsung 4 November ini.

Hakikatnya perkembangan itu bertentangan dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyatakan Pas tidak menentang Tengku Razaleigh tetapi parti yang diwakilinya.

JIka sebelum ini calon BN, Abdul Aziz Yusof (gambar kiri) diserang bertalu-talu hanya kerana memiliki Sijil Pelajaran Malaysia, serangan terhadap Tengku Razaleigh bermula pada Ceramah Perdana kepemimpinan pakatan pembangkang di Sungai Terah malam kelmarin, selain sidang akhbar harian parti itu di Markas Besar Pas di Gua Musang, pagi semalam.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada sidang media itu menyifatkan Tengku Razaleigh sebagai pengkhianat. Ini kerana Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu bertanggungjawab terhadap kehilangan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Semangat 46 dan Pas berpecah kira-kira 14 tahun lalu.

Kata Wan Rahim: “Dulu masalah di Kelantan ini, kita banyak bergantung kepada Tengku Razaleigh dan Semangat 46 untuk semua permasalahan Orang Asli sebab ia melibatkan Gua Musang yang mengandungi satu kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri.

"Jadi semua urusan kita serah kepada dia, bila Tengku Razaleigh hancurkan Semangat 46 dan masuk balik UMNO, kita tidak ada fail dan tidak tahu di mana hendak mula, ini satu pengkhianatan yang Tengku Razaleigh dan Semangat 46 buat," tegasnya.

Kenyataan keras itu dikeluarkan ketika beliau diasak oleh pemberita mengenai isu yang membabitkan masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang. Isu orang Asli ini diperkatakan kerana pada pilihan raya kecil ini, undi daripada masyarakat Orang Asli dilihat amat penting kerana ia menjadi faktor penentu kepada kemenangan kedua-dua pihak.

Selain itu, pada Ceramah Perdana di Sungai Terah malam kelmarin, Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim mempertikaikan sumbangan Tengku Razaleigh dalam membangunkan kawasan ini biar pun telah lama menjadi wakil rakyat. "Barisan Nasional (BN) dalam ceramahnya kata kita tidak buat pembangunan. Saya nak tanya selama 40 tahun menjadi wakil rakyat di sini apa yang Ku Li (Tengku Razaleigh) buat? "Apa yang BN buat hanya tunjukkan kain pemidang buat pembangunan itu dan ini tapi pembangunan apa yang dia buat di sini?" tanya beliau.

Kritikan atau serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh itu dibuat di hadapan Nik Aziz; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada ceramah tersebut juga, Nik Abdul Aziz, Anwar dan Guang Eng turut menyentuh mengenai pemberian royalti minyak yang dikatakan menjadi hak rakyat negeri ini.

Tengku Razaleigh pula secara sinis berkata, kerajaan PAS Kelantan sepatutnya menyiasat 'orang dalam' berhubung dakwaan 'kehilangan' fail berkaitan hak milik tanah Orang Asli. Ini kerana isu hak milik tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan semua dokumen mengenainya sepatutnya berada dalam simpanan pegawai dalam kerajaan.

Malah secara dengan berseloroh beliau berkata, pegawai dalaman kerajaan PAS Kelantan merupakan individu yang perlu disyaki – bukan beliau - jika benar dakwaan kehilangan dokumen berkenaan wujud.

Bagi Tengku Razaleigh, semua tuduhan itu karut dan beliau tidak mau terbabit dalam polemik tuduh-menuduh yang cuba dilakukan oleh PAS bagi meraih undi khususnya di kalangan kaum berkenaan.

Begitu juga dengan tuduhan beliau sebagai pengkhianat apabila membubarkan Semangat 46dan menyertai UMNO.
Yang penting Tengku Razaleigh sudah menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu selama 35 tahun dan kenapa rakyat di kawasan itu tetap memilihnya adalah jawapan kepada tuduhan berkenaan.

"Tak apalah, katalah... yang tidak khianat... kalau tidak saya tak akan kenal sebagai wakil rakyat. Saya tak curi duit, tak ada curi apa-apa, macam-macam saya lakukan untuk bantu rakyat di sini," katanya.

Yang penting, beliau berkhidmat bukan untuk menutup kritikan – termasuk kritikan peribadi daripada pemimpin PAS – yang lebih penting, rakyat lebih mengenali beliau apabila terus memberi kepercayaan untuknya menjadi Ahli Parlimen di situ, termasuk pada pilihan raya umum terbaru, April 2008.

Apakah ada persamaan rekod sebagai Ahli Parlimen lain di Kelantan setanding dengan Tengku Razaleigh?

Thursday, October 28, 2010

MOHON MAAF...

Saya mohon maaf di atas kesilapan membuat komen mengenai Dr Chandra yang berucap pada Ijtima’ PAS kali ke 14 di Batu Rakit, baru-baru ini. Dia bukan Dr Chandra Muzafar tetapi Dr Chandra - wakil DHPP. Kesilapan tidak disengaja dan ia kesilapan saya. Berikutan itu saya menarik balik entri berkenaan. Terima kasih di atas komen rakan-rakan dan semua penjenguk blog ini.

Wednesday, October 27, 2010

SMS Ugut Bunuh - NAMA IDRIS JUSOH MULA TERSERLAH!

Selepas siri keruntuhan yang menunjukkan Ahmad Said tidak ada kena mengena dengannya, perbicaraan kes SMS Ugut Bunuh ini juga tiada kaitan dengan Ahmad Said...selepas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh – Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd.Zubir disoalsiasat dan hasilnya menjurus ke arah beliau ‘turut terlibat’ dengan penghantaran SMS itu, mahkamah dikejutkan pula dengan nama baru ‘ Idris Jusoh’ di sebut dalam mahkamah, seolah-olah ‘terlibat sama’.

Ketika siri runtuhan bangunan di Terengganu berlaku, sukar untuk rakyat menuding jari –salah siapa. Bekas Menteri Besarkah? Kontraktorkah? Jabatan Kerja Rayakah? Siapa dan siapa?

Yang pasti ia kuasa Allah dan Allah mahu menunjukkan bahawa jika kerja dijalankan mungkin niatnya baik tetapi pelaksanaannya tidak baik maka hasilnya pun tidak baik.

Namun banyak tangan yang menuding kepada Ahmad Said kerananya kerana lambat membaiki dan macam-macam lagi seolah-olah keruntuhan itu diakibatkan oleh Ahmad Said.

Lainnya kes di mahkamah yang membicarakan “SMS Ugut Bunuh’ yang kini berlangsung mulai semalam hingga esok (26 hingga 28 Oktober 2010).

Salah seorang saksi utama, Datuk Wan Ahamad Wan Muda tidak perlu hadir pun di mahkamah kini kerana perbicaraan memasuki fasa pertanyaan untuk kumpulan yang bertanggungjawab menghantar SMS berkenaan.

Semalam ketika perbicaraan disambung, Wan Ahamad berada di London dan dijangka pulang hari ini. Dia mengikuti lawatan kerja yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah.

Lagipun amat terserlah kini, Wan Ahamad tiada kena mengena dengan SMS dan penghantaran SMS berkenaan.

Dengan ini amat benar dan tempat sekali komen Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib pada 15 April 2009 dan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan bahawa Wan Ahamad ketika itu Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar tidak melakukan kerja ‘gila’ itu.

Berita Harian Online (15 April 2009) melaporkan komen Najib berikut: – "Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

Sinar Harian (23 April 2009) pula melaporkan: "Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini."

Apa yang mahu diperkatakan di sini ialah selepas siri keruntuhan yang menunjukkan Ahmad Said tidak ada kena mengena dengannya, perbicaraan kes SMS Ugut Bunuh ini juga tiada kaitan dengan Ahmad Said.

Yang menarik, selepas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh – Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir disoalsiasat dan hasilnya menjurus ke arah beliau ‘turut terlibat’ dengan penghantaran SMS itu, mahkamah dikejutkan pula dengan nama baru ‘ Idris Jusoh’ di sebut dalam mahkamah, seolah-olah ‘terlibat sama’.

Pendedahan di mahkamah mengenai penggunaan sms blast menunjukkan Idris bijak menggunakan teknologi mutakhir – blast sms – untuk kempennya.

Namun menyedihkan sedikit jika kemudahan itu jika terserlah digunakan untuk ‘menyerang Ahmad Said’ melalui SMS Ugut Bunuh.

Saya tidak mengatakan Idris melakukannya tetapi penjenguk dan pengunjung boleh menilai sendiri daripada perbicaraan semalam bagaimana “Idris’ mungkin (saya katakana mungkin) terpalit dalam isu SMS Ugut Bunuh ini.

Baca apa yang dimuatkan dalam entri Unit Komunikasi Kerajaan Negeri Terengganu mengenai prosiding di mahkamah semalam:

Perbicaraan kes ugutan bunuh menerusi SMS

Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Dalam pembicaraan “Ugutan bunuh melalui SMS’ yang bersambung pada hari ini (26 Oktober), mahkamah diberitahu bahawa penggunaan aplikasi SMS atas nama Mohd.Irwan Zainal Abidin (seorang pegawai kerani di Pejabat Umno pada 2009) adalah digunakan untuk tujuan kempen calon pertandingan Majlis Tertinggi bagi pihak calon bernama Dato’ Seri Haji Idris Jusoh.

Mohd Irwan yang tinggal di Seri Kembangan ketika disoal pihak pendakwa pada sesi perbicaraan pagi ini memberitahu pada masa itu beliau adalah setiausaha kerja kepada sekretariat Pemulihan UMNO.

Dinyatakan kepada mahkamah, tugas beliau adalah menyediakan minit mesyuarat, tempahan bilik mesyuarat, makluman kepada ahli mesyuarat dan persiapan mesyuarat berkaitan sekretariat pemulihan UMNO itu.

Ditanya pihak pendakwa, Mohd.Irwan memberitahu beliau bertanggungjawab kepada tiga orang pegawai atasan iaitu Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Husaini Hashim, Pengerusi Sekretariat Pemulihan UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir selaku Pegawai Khas Dato’ Seri Idris.

Prosiding pagi ini berlangsung di hadapan Hakim, M.Bakri Abd. Majid. Pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami manakala Dr.Ahmad Ramzi diwakili peguambela Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abdul Rahman.

Ditanya penglibatan beliau dalam kes ini, Mohd.Irwan berkata Dr.Ramzi meminta beliau membantu kempen pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 2008-2011 yang mana Dato’ Seri Idris Jusoh merupakan salah seorang calon bagi mengganggotai pemilihan itu.

“Dalam kaedah berkempen Dr.Ramzi telah berikan saya satu SMS, nama dan nombor handphone untuk saya hubungi yang mana kandungan kaedah kempen menggunakan `SMS blast’” beritahunya kepada mahkamah.

Pendakwa: Apa yang diarahkan oleh Dr.Ramzi

Mohd.Irwan: Minta saya hubungi penama tersebut kepada nombor-nombor telefon yang telah diberikan . Minta saya hubungi Encik Hazwan untuk mendapat keterangan lanjut mengenai kaedah SMS. Selepas faham saya hubungi semula Dr.Ramzi bagi perbincangan dan Dr.Ramzi setuju untuk membeli aplikasi tersebut.

Pendakwa: Apa lagi arahan Dr.Ramzi

Mohd.Irwan: Bagi tujuan pembelian aplikasi, Dr.Ramzi salurkan wang RM1,000 kepada akaun saya dan saya pindahkan ke akaun yang diberikan oleh Encik Hazwan (pemilik syarikat aplikasi SMS), akaun tersebut namnya seorang wanita. RM450 untuk bayaran pendaftaran dan RM550 untuk pembelian kredit.

Pendakwa: Apakah tujuan pembelian itu?

Mohd.Irwan
: Tujuan pembelian tersebut adalah bagi membantu kempen pemilihan MT bagi pihak Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pendakwa: Akaun SMS blast itu didaftarkan atas nama siapa?

Mohd.Irwan
: Didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Bagaimana SMS blast digunakan?

Mohd.Irwan
: Bagi menggunakan SMS blast kita perlukan sebuah komputer, sambungan internet, ID dan password. Kita bolehlah menghantar SMS kepada seberapa ramai yang kita mahukan. Kita juga boleh mengubah kolum penghantar. Biasa `sender’ adalah nombor handphone kita sendiri, SMS blast ini boleh diubah nama sender kepada sesiapa sahaja.

Pendakwa: Kemudian selepas itu apa yang awak lakukan?

Mohd.Irwan
: Saya ada hantar SMS memo percubaan kepada handphone Dr.Ramzi dan handphone saya sendiri sebanyak dua kali. Kali pertama tidak berjaya kerana tidak dimasukkan kod antarabangsa bagi Malaysia iaitu nombor 6. Kali kedua berjaya setelah dimasukkan nombor 6 pada pangkal nombor telefon itu.

Pendakwa: Bila dihantar memo SMS percubaan itu?

Mohd.Irwan
: 6 Mac 2009.

Pendakwa: Apakah kandungan memo SMS itu?

Mohd.Irwan
: Memo itu berbunyi “percubaan, Dato’ Seri Idris Jusoh’. Selepas itu saya lupa password dan hubungi semula Encik Hawzan untuk bantuan password baru.

Pendakwa: Apa password baru?

Mohd.Irwan
: DSIJ 151155. DSIJ merujuk pada Dato’ Seri Idris Jusoh, 151155 adalah tarikh lahir beliau.

Pendakwa: Kenapa letak password sebegitu?

Mohd.Irwan
: Sebab saya risau jika terlupa lagi dan bagi memudahkan.

Pendakwa: Siapa yang arah bukan akaun itu dan tujuan apa?

Mohd.Irwan
: Akaun ini diminta dibuka oleh Dr.Ramzi bagi membantu kempen Dato’ Seri Idris sebagai calon MT.

Pendakwa: Adakah awak maklum pada sesiapa password itu (DSIJ 151155)?

Mohd.Irwan
: Tak maklum pada sesiapa kecuali Dr.Ramzi atas permintaan beliau sendiri.

Pendakwa: Bila diberitahu password itu kepada Dr.Ramzi?

Mohd.Irwan: Minggu pertama April 2009 selepas habis kempen MT. Hantar melalui SMS dan tidak maklumkan kepada orang lain selain Dr.Ramzi.

Pendakwa: Bagaimana awak dapat tahu mengenai isu ugutan melalui SMS ini?

Mohd.Irwan
: Saya dapat tahu melalui akhbar dan siaran berita TV. Seterusnya saya mengesyaki isu ini terbabit dengan akaun yang didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Tentang password DSIJ 151155 ada beritahu pada sesiapa dan tulis di mana-mana.

Mohd.Irwan: Tidak ada,kecuali kepada Dr.Ramzi.

Pendakwa: Ada diterangkan kepada Dr.Ramzi cara penggunaan blast SMS .

Mohd.Irwan
: Ada. Bertempat di pejabat Dr.Ramzi pada awal April 2009.

Pendakwa: Selepas syak isu SMS itu ada hubungan dengan akaun atas nama awak apa awak buat?

Mohd.Irwan
: Saya hubungi Encik Hazwan untuk bertemu dan bincang masalah akaun tersebut. Dr.Ramzi pun ada hubungi saya bagi tujuan agar tutup akaun tersebut dan jika ada dipulangkan baki kredit dan kalau tak ada, tak mengapa.

Pendakwa: Di mana jumpa Encik Hazwan

Mohd.Irwan: Di Bangi Golf Resort pada malam saya ditahan polis pada 20 April 2009.

Pendakwa: Ada terima apa-apa arahan Dr.Ramzi?

Mohd.Irwan
: Dr.Ramzi pesan supaya lindungi beliau dan ‘big boss’

Pendakwa: Siapa ‘big boss’ ikut fahaman awak

Mohd.Irwan
: Kata-kata tersebut ikut fahaman saya merujuk kepada Dato’ Seri Idris Jusoh.

Perbicaraan seterusnya bersambung di sebelah petang.

Apabila prosiding bersambung di sebelah petang saksi (Mohd Irwa) memberitahu beliau mempunyai kelulusan Diploma Penilaian Harta Tanah lulusan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur yang menjalankan bertugas sebagai Pegawai Kerani, Bahagian Teknologi Maklumat di Pejabat UMNO Malaysia.

Beliau menjalankan tugas membaik pulih komputer rosak dan mengenalpasti masalah komputer dengan merujuk kepada mereka yang lebih senior kerana dia hanya seorang pekerja separa mahir.

Saksi memberitahu dia bertugas secara sukarela membantu kempen MT kepada Idris dengan mendapatkan maklumat mengenai data-data keahlian UMNO dan turut bersetuju dengan pendakwa bahawa dia terlibat dalam politik UMNO.

Pendakwa kemudiannya meminta barang rampasan berkaitan kes seperti dua laptop, satu computer, satu set alatan permaian video, satu moderm digi, satu destop dan satu alat pembesar suara ditunjukkan kepada mahkamah.

Hakim Tuan M.Bakri Abd Majid kemudiannya menangguhkan perbicaraan kes semalam dan akan disambung hari ini ( 27 Oktober 2010) jam 10.00 pagi.

BATU SAPI & GALAS – PEMBANGKANG TIDAK PERNAH BERSATU

Mungkin sedikit kekurangan pada dua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan kawasan Parlimen Batu Sapi namun, persoalan lebih besar ada pada tiga calon pembangkang.

Apa kekurangannya? Calon BN Abdul Aziz Yusoff mungkin sekadar berkelulusan SPM dan di Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin – ada sebilangan penyokong BN dikatakan tidak bersetuju dengan beliau. Yang lain tiada cacat celanya. Kedua-duanya muka baru.

Tahniah Barisan Nasional (BN) kerana berani meletakkan muka baru - bukan calon kiter semula!

Seperti kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Aziz, 49, mempunyai kelebihan tersendiri selaku anak tempatan dan sudah lama berkhidmat dengan masyarakat di Gua Musang terutamanya kawasan Galas.

Ini bermakna perbezaan latar belakang pendidikan antara calon BN dengan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, diyakini tidak akan menjejaskan peluang BN untuk merampas semula kerusi DUN Galas.

BN sudah menafikan tohmahan kononnya calon BN –Linda di Batu Sapi - itu tidak tahu berbahasa Melayu serta kurang pengalaman pentadbiran. Tuduhan itu andaian semata-mata oleh pihak yang belum mengenali Linda.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam berkata BN ada strategi tertentu yang akan disusun supaya pengundi Batu Sapi lebih yakin calon terbaik adalah Datin Linda (Tsen Thau Lin) dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.

"Bagi saya, Datin Linda adalah calon terbaik untuk bertanding di pilihan raya kecil Batu Sapi dan yakin dengan keputusan memilih beliau," katanya.

Sebaliknya di pihak pembangkang, calonnya juga banyak kekurangan. Zulkefli belum mampu meyakinkan kepada rakyat di Galas mengenai tuduhan peribadi terhadapnya.

Keraguan tetap timbul apabila calon PAS Dr. Zulkefli Mohamad menerima penentangan oleh segelintir pihak dalam PAS sendiri kerana Dewan Pemuda PAS Gua Musang mahukan Ketua Dewan Pemuda mereka, Abdullah Hussain pilih sebagai calon.

Malah ada juga di kalangan pembangkang yang berpendapat pemilihan Dr Zulkefli tidak tepat kerana beliau sudah dua kali kalah di Gua Musang selain bukan anak tempatan Galas. Dengan kata lain dengan meletakkan calon kitar semula, seolah-olah PAS tandus dengan calon anak tempatan.

Memanglah Dr. Zulkefli sudah menjawab segala tohmahan yang beliau pernah ditangkap basah. Persoalan baru apakah beliau masih bujang?

Seperti disebut oleh Kickdefella: “Pihak media juga kebingungan dengan status perkahwinan Dr. Zulkefli kerana menurut mereka yang hadir sewaktu pengumuman nama calon PAS minggu lepas, Dr. Zulkefli dikatakan sebagai seorang bujang. Tetapi di dalam sidang media menafikan beliau pernah ditangkap basah, Dr. Zulkefli dikatakan menyebut nama seorang perempuan sebagai isterinya.”

Di Batu Sapi pula, amat jelas pembangkang tidak boleh duduk semeja untuk bertanding sama dan membiarkan satu lawan satu. Amat jelas Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus tamak dan tidak beri laluan mudah kepada Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

PBS melalui Ansari Abdullah mengemukakan borang untuk bertanding keseriusan parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menjadi tanda tanya kelmarin apabila parti itu belum membayar wang deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hingga pukul 2.30 petang. Calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Parlimen Batu Sapi perlu membayar deposit RM15,000 termasuk deposit untuk berkempen sebanyak RM5,000.

Menghairankan juga , walaupun 26 borang pencalonan Parlimen Batu Sapi telah dijual kepada parti-parti politik dan individu tiada calon bebas bertanding. Empat parti yang membeli borang iaitu Barisan Nasional (BN), SAPP, PKR dan Bersekutu.

Masalah pembangkang khususnya PKR jika menurut analogi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin - PKR bukan sahaja menghadapi masalah dalaman yang serius di Sabah malah parti itu kini sedang berada di ambang kehancuran."Saya rasa parti pembangkang yang patut bertanding di Batu Sapi adalah SAPP kerana ia parti tempatan dan lebih mengetahui masalah penduduk di situ berbanding PKR. PKR merupakan parti yang hendak mati, yang hendak hancur. Jadi berilah peluang kepada parti lain untuk bertanding," katanya kelmarin.

Yong Teck Lee pula adalah bekas Ketua Menteri BN Sabah dari 1996 hingga 1998, peguam dan ahli politik adalah bekas ADUN Likas antara 1985 dan 2002 juga Ahli Parlimen antara 1999-2002. Peguam yang berasal dari Lahad Datu itu menghadapi perbicaraan Mahkamah Pilihan Raya apabila didakwa terbabit melanggar peraturan semasa kempen pilihan raya.

Perbicaraan itu berlarutan selama beberapa tahun sehinggalah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Teck Lee untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang memutuskan beliau bersalah.
Beliau diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun bermula 2001 dan tempoh itu telah berakhir pada Jun tahun 2006. Beliau sebelum itu bertanding bagi kerusi DUN Likas terpaksa mengosongkan kerusi tersebut bersama kerusi Parlimen Gaya (sekarang Sepanggar) serta tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

Teck Lee yang tidak pernah dicabar bagi jawatan Presiden SAPP yang disandangnya itu sehingga 2010 dan bertanding pada pilihan raya umum 2004. Bagaimanapun, beliau yang menamatkan tempoh larangan itu pada 2007 membuat keputusan untuk terus tidak bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Peristiwa mengejutkan BN ialah pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Ketika itu, SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Mengenai tindakan SAPP mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah Ahmad Badawi, pada esoknya 19 Jun 2008, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggapnya sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa. Bagaimanapun, Nik Aziz berkata, tindakan SAPP itu merupakan “titik pertemuan” SAPP dengan parti pembangkang dalam pakatan pembangkang.

Namun kata-kata Nik Aziz itu tidak benar kerana SAPP tetap bertanding dan PKR juga tidak member laluan.

Tokoh kontroversi ini akan menguji pengundi di Batu Sapi apakah boleh menerimanya setelah beliau pernah ‘kencing’ PBS dengan bertindak keluar daripada PBS dan diikuti oleh beberapa wakil rakyat PBS lain yang menyertai UMNO akhirnya menumbangkan kerajaan PBS pada 1994.

PKR juga menghadapi masalah kelmarin apabila hampir separuh penyokong pakatan pembangkang yang kebanyakannya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar Dewan Haka di Sandakan sebaik sahaja nama Ansari Abdullah diumumkan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi 4 November ini.

Kebanyakan ahli PKR mengharapkan Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini dicalonkan, sebaliknya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Ketua Cabang PKR Tuaran itu. Menurut penyokong parti itu, Thamrin merupakan pilihan utama kebanyakan ahli pakatan pembangkang.

"Saya ialah anak Sabah dan calon pakatan. Kami mahu menjadikan Batu Sapi sebagai batu loncatan ke Putrajaya," katanya.

Amat jelas kini pada ketika calon BN, Abdul Aziz dan Linda mahu memberikan bakti kepada rakyat di kawasannya selain memperkukuhkan 1 Malaysia, tiga calon pembangkang pula mempunyai keinginan berlainan – dua untuk kembalikan maruah diri (Zulkefli dan Teck Lee) sementara seorang lagi berusaha menempah laluan menakluki Putrajaya.

Apakah keinginan dan cita-cita mereka itu akan menjadi kenyataan dan mengatasi usaha dua anak tempatan yang berusaha menabur bakti membangunkan rakyat di kawasan yang akan mereka wakili selepas pilihan raya kecil ini?

Tahniah Datuk Che Mohd Hashim Abdullah

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Che Mohd Hashim Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian yang baru mulai 11 November depan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan.

Che Mohd Hashim, 56, akan menggantikan Datuk Mohd Mokhtar Ismail yang akan bersara pada 10 Nov.

Sidek berkata pelantikan Che Mohd Hashim dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan luasnya dalam bidang pembangunan industri dan keusahawanan.

"Saya percaya pengalaman luas dan pengetahuan yang dimiliki oleh Che Mohd Hashim akan membolehkan beliau mengetuai penjawat awam di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melaksanakan secara berterusan proses-proses transformasi dalam sektor pertanian secara terancang, bersepadu dan menyeluruh, serta memastikan kejayaan industri pertanian sebagai salah satu jentera penting kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan.

Che Mohd Hashim berkelulusan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan karier dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2 April 1980 dan menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) mulai 1 Jan tahun ini.

Beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2007-2009); Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2007).

Monday, October 25, 2010

BILAKAH BULAN PAS AKAN JATUH KE RIBA?


Semangat Setiakawan? Kesian dengan YB PAS yang perjuangkan parti 'anti Negara Islam' dan rasis. Ada ke pemimpin DAP menaikkan bendera banting PAS? Fikirkan wahai Orang Kelantan!

Nak kerja untuk rakyat bukannya nak jadi pensyarah universiti atau nak jadi doktor.

Yang penting seseorang itu dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

Ada kelulusan perubatan pun tapi kalau dok jadi abdi DAP seperti Dr Hatta Ramli tu buat apa?

Macam mana orang di Kuala Krai boleh undi dia jadi Ahli Parlimen pun kita tak faham. Apakah orang Kuala Krai yang pilih Hatta Ramli berfikiran macam wakil rakyatnya juga yang boleh diperkudakan oleh DAP.

Taukan DAP tu apa? Ia parti yang menentang HUDUD dan NEGARA ISLAM.

Kadang-kadang kesian dengan pemimpin PAS yang ada kelulusan tetapi 'tidak menggunakan otak dan kepakaran Islam yang mereka ada'.

Atas kepentingan inilah mungkin Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pagi ini penamaan calon akan dilangsungkan ketika PAS dikatakan mula berbelah bahagi dengan calonnya yang diumumkan lebih awal kerana sebab-sebab peribadi beliau.

Kata Muhyiddin, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan. Hakikatnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan.

Abdul Aziz yang berkhidmat di kawasan itu sejak 1983 bukan muka baru malah hampir setiap ceruk beliau sanggup mencurahkan baktinya ketika berkhidmat dengan Kesedar.

“Beliau dipilih oleh Perdana Menteri selepas berbincang dengan kepemimpinan UMNO bahagian dan Badan Perhubungan Kelantan. Kita berharap pengundi Galas dapat memberi mesej yang kuat, yang rakyat masih mahukan pembangunan untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Hakikatnya, pembangunan duniawi yang dilaksanakan BN adalah sebahagian tuntutan agama.

"Daripada profil DUN Galas yang mempunyai pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli, ia memberi gambaran DUN Galas sebagai contoh 1Malaysia. Dalam hal ini, hanya kerajaan BN lebih mampu dan berupaya memenuhi kehendak rakyat," katanya pada majlis pengumuman calon BN di Balai Rakyat Bukit Chekati, Gua Musang kelmarin.

“Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya.

Beliau merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya kelmarin. Projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu dibina dengan peruntukan sebanyak RM180 juta dan disasarkan kepada sebanyak 10,000 rakyat miskin di kawasan itu.

Sebanyak 18 blok rumah pangsa lima tingkat yang diumumkan di Taman Wangi, sebuah kawasan perumahan di dalam kawasan DUN Galas.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyeru supaya pengundi di situ memilih Abdul Aziz sebagai wakil yang mampu menyuarakan tuntuan mereka. “Kalau ada tuntutan yang beliau perlu sampaikan kepada kerajaan, ini akan diberi layanan dengan saksama,” katanya lagi.

Jelasnya, pendekatan itu merupakan salah satu pendekatan “inklusif” BN bagi memenangi hati masyarakat pelbagai kaum seperti di dalam DUN Galas.

Kerana itu Muhyiddin mengatakan PAS tidak boleh diharap apa-apa pun. “Kalau hendak harapkan PAS, (seperti) menunggu bulan jatuh ke riba. Tapi bukan kita cakap sebab begitu dengan bongkak atau sombong tapi nak cakap dengan realitinya memang kita berupaya,” katanya selepas pengumuman calon berkenaan di Gua Musang semalam.

PAS seakan-akan tiada orang lain untuk diketengahkan lagi apabila memilih meletakkan pengamal perubatan Dr Zulkefli Mohamad, 44, yang juga pemangku yang dipertua parti itu di Gua Musang, sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil 4 November itu. Lulusan Universiti Malaya itu mempunyai kliniknya di Ciku 3, iaitu kira-kira 50 kilometer dari bandar Gua Musang. Beliau adalah anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Guchil pada 1974, iaitu Mohamed Awang.

Berbeza dengan calon BN, beliau adalah muka lama yang terpaksa dikitar semula kerana pernah bertanding di Parlimen Gua Musang sebanyak dua kali, iaitu dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008,- kedua-duanya tewas di tangan Tengku Razaleigh.

Kononnya berdasarkan faktor Dr Dzulkefli pernah ‘mengalahkan’ Ketua Umno Gua Musang di DUN Galas pada 2008 dengan kelebihan 317 undi Dr Zulkefli dipilih.

BN memilih Abdul Aziz, 49, iaitu pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sebuah agensi pusat bertanggungjawab memacu pembangunan Hulu Kelantan, yang dirintis ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ketika menjadi menteri kewangan.

Anak kelahiran Kampung Bertam Baru, dekat Paloh, mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat selepas menyertai Kesedar sejak 1983, biarpun berbekalkan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Ini merupakan kali pertama beliau dipilih bertanding di kawasan DUN, sekaligus menjadikan Abdul Aziz sebagai muka baru yang diberi mandat oleh kepimpinan Umno. Abdul Aziz - Setiausaha Umno bahagian Gua Musang – rela melepaskan jawatannya dalam Kesedar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Yang pasti Abdul Aziz adalah calon 1 Malaysia yang memperjuangkan masyarakat adil dan saksama di negara ini.

BAGAIMANA PEDAGANG CINA, INDIA BANTU TEWASKAN MELAKA

Askar Sultan Ahmad dan Mahmud mampu mengalahkan askar Portugis ketika mula mendarat di pantai Melaka pada 25 Julai 1511. Tetapi selepas itu?

"...kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka."

Blog theflyingkick memperkatakan Zahid Hamidi dan sejarah kejatuhan Melaka.

Ini entri menarik tetapi saya edit untuk bahagian sejarah kejatuhan Melaka sahaja kerana pendapat theflyingkick mengenai Zahid adalah pendapat peribadi blog berkenaan (saya tidak mahu masuk campur).

Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO petang Sabtu lalu ialah menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.

Yang saya amat minat ialah pendapat theflyingkick mengenai faktor kejatuhan Melaka oleh Portugis.

Baca pendapat theflyingkick ini:

"Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain.

Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.

Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India.

Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat....

Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.

Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.

Komen saya: Portugis mungkin sukar kalahkan Melaka kalau tidak kerana bantuan pedagang asing dan tali barut di Melaka sendiri. BELAJARLAH SEJARAH INI!

Sunday, October 24, 2010

UMNO, NAJIB & MESEJ PERHIMPUNAN

Segala keresahan bahawa UMNO sudah lesu agenda Melayu dan bumiputera kerana terlalu berhati-hati dalam landskap politik terkini, terjawab. Ia sama sekali menyangkal persepsi bahawa kepimpinan UMNO tidak lagi ke hadapan untuk membela kepentingan kaumnya. Dalam perhimpunan tersebut, seruan agar UMNO terus memperjuangkan untung nasib bangsa, masih kuat bergema dan dominan. - Awang Selamat

Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam meninggalkan kesan yang bukan kecil kepada parti itu bahkan kepada masyarakat Melayu.

Awang bersyukur kerana perhimpunan tersebut memperlihatkan UMNO semakin kukuh. Rata-rata perwakilan pulang dengan semangat dan keyakinan baru. Sama ada disedari atau tidak, perpaduan dan penyatuan UMNO kian kental.

Itulah mesej utama daripada perhimpunan kali ini biarpun ketika banyak pihak terutama pembangkang terus mengasak UMNO.

Awang ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden UMNO, Mohd. Najib Tun Razak, timbalannya, Muhyiddin Yassin dan para pemimpin serta seluruh perwakilan kerana dapat menjana keyakinan masyarakat Melayu terhadap parti tersebut.

Segala keresahan bahawa UMNO sudah lesu agenda Melayu dan bumiputera kerana terlalu berhati-hati dalam landskap politik terkini, terjawab. Ia sama sekali menyangkal persepsi bahawa kepimpinan UMNO tidak lagi ke hadapan untuk membela kepentingan kaumnya.

Dalam perhimpunan tersebut, seruan agar UMNO terus memperjuangkan untung nasib bangsa, masih kuat bergema dan dominan. Ramai pembahas tidak teragak-agak menyentuh hal tersebut meskipun beberapa kerat pemimpin UMNO mula terikut rentak pembangkang - takut dilabel rasis kononnya.

Yang menjadi kemuncak ialah amanat Presiden. Ramai yang melihat ucapan beliau pada perhimpunan kali ini, terbaik. Beliau dengan lantang dan hujah konkrit, membuktikan komitmen sebagai peneraju UMNO untuk terus membela kepentingan bumiputera.

Jika ada yang menjangka Najib akan mengambil jalan tengah, mereka tersilap. Sebaliknya, beliau telah memberi ledakan untuk membuka mata semua pihak bahawa anak mantan Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussein itu jangan diambil mudah.

Naik mendadak semangat Awang. Ucapannya yang menyentuh Perlembagaan, mengejutkan banyak pihak. Beliau memberi peringatan tegas agar semua kaum tidak mempersoalkan hak dan kedudukan orang Melayu. Kedudukan istimewa itu sudah terkunci kemas dan tidak boleh diubah. Mana-mana pihak yang mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja- Raja Melayu. Begitu juga kedudukan bukan Melayu termasuk status kerakyatan, sudah terpelihara.

Langkah Najib membangkitkan isu itu adalah suatu keberanian. Nada tegas dan lantang menekankan perkara itu dalam ucapannya turut mencerminkan beliau serius. Ia memberikan mesej yang jelas kepada Melayu supaya jangan terlalu bimbang.

Kepada kaum lain pula, berhentilah mempersoal kontrak sosial.

Awang berharap peringatan Presiden UMNO berhubung Perlembagaan itu setidak-tidaknya meredakan polemik mengenainya. Malah ia tamparan hebat kepada gerakan yang diatur oleh pembangkang dan pihak tertentu untuk menulis semula Perlembagaan.

Seperti biasa, pembangkang bingkas bertindak mengelirukan pemikiran ramai kononnya Najib telah memberikan isyarat yang salah. Hujah yang digunakan ialah jika kedudukan Melayu sudah terjamin maka tiada salahnya orang Melayu menyokong pembangkang dan UMNO tidak lagi relevan.

Pada Awang, jawapannya mudah. Melayu mesti terus menyokong BN terutama UMNO yang berpaksikan Perlembagaan negara kerana kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu akan lebih terjamin. Setakat ini, UMNO sahaja yang terbukti paling komited untuk mempertahan dan menterjemahkannya dalam semua keadaan.

Sedangkan pembangkang terutama DAP dan PKR telah melakukan pelbagai usaha untuk menafikan kepentingan ketiga-tiga tunjang itu dalam Perlembagaan. Untuk apa menyokong parti politik yang matlamat akhirnya diketahui untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik suatu hari nanti.

Awang tidak terkejut dengan apa sahaja putar belit yang dimainkan oleh pembangkang. Itu memang budaya mereka. (Seperti kata wakil Kelantan, Md. Alwi Che Ahmad (gambar kiri) , usaha pembangkang untuk menumbangkan BN yang diterajui oleh UMNO umpama sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi satu pakatan besar-besaran dan dahsyat, yang diketuai musyrikin Quraisy.)

Lebih-lebih lagi pembangkang takut UMNO akan memperhebatkan agenda Melayu. Selagi UMNO kental dalam perjuangan untuk orang Melayu, selagi itulah ia sukar digugat kerana akan terus menjadi sandaran utama.

Awang lega sesungguhnya para pemimpin utama UMNO dalam perhimpunan kali ini responsif kepada suara orang Melayu dan ahli UMNO di akar umbi. Agenda Melayu tetap subur biarpun parti itu perlu lebih bijak mengurus aspirasi kaum lain dalam landskap politik lebih mencabar. Ucapan Muhyiddin pada perasmian persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri juga cukup baik dan sendat dengan mesej. (Cuma anehnya, buat pertama kali, ucapan Timbalan Presiden tidak mendapat liputan siaran langsung daripada RTM)

Sebarang kelesuan UMNO dalam pembelaan Melayu akan dihukum oleh orang Melayu. UMNO tidak boleh terperangkap dengan muslihat politik parti pembangkang dan komponen lain dalam BN menerusi konsep sama rata dan keadilan tafsiran politik mereka. Mengapakah UMNO tidak boleh mempertahankan kepentingan Melayu sedangkan parti-parti lain makin agresif melonjakkan perjuangan kaum masing-masing. Untuk kaum Cina sahaja, setidak-tidaknya ada tiga parti utama yang sedang berlumba-lumba iaitu DAP, MCA dan Gerakan.

Maka UMNO mesti menjadi pergerakan politik yang menyakinkan dalam apa keadaan sekalipun. Keyakinan itu semakin dirasakan di bawah kepimpinan Najib. Dalam ucapan penggulungannya semalam, nada Najib lebih pedas dan tajam yang menyerlahkan lagi karisma beliau. Namun Najib perlukan masa dan sudah tentu juga lebih pengertian, untuk memberi impak lebih besar. Janganlah hanya membaca yang tersurat daripada segala tutur kata dan gerak tindaknya. Banyak juga yang tersirat perlu diamati. Awang sentiasa yakin Najib ada cara untuk memperkasa UMNO sambil melakar keharmonian untuk semua kaum. Sejak dulu lagi, UMNO atas sifat kemurahan hati Melayu menjadi penaung yang baik dan selamat buat bukan Melayu. Malah kaum Cina terus menguasai ekonomi negara di bawah kepimpinan UMNO.

Apa pun, percayalah UMNO mempunyai keupayaan untuk terus berkuasa asalkan orang Melayu bersatu dan UMNO terus kuat. Inilah tuntutan sebenar UMNO apatah lagi pada era kritikal ini. Seperti kata Dato' Onn Jaafar pada Kongres Melayu pertama, 4 Mac, 1946. ''Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha'.' Perhimpunan Agung UMNO 2010 sudah memberikan petunjuk dan semboyannya termasuk mempertahankan kerajaan pusat. Ayuh, apa lagi ...

Awang Selamat (Utusan Malaysia)

Saturday, October 23, 2010

MTAB PENYELAMAT EKONOMI MELAYU, BUMIPUTERA?

Dua perkara yang berkait rapat antara satu sama lain menjadi tarikan saya kepada pembentangan usul ekonomi dan sosial oleh Wakil UMNO Kelantan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin pada Perhimpunan Agung UMNO petang semalam.

Perkara pertama ialah Pelan Induk Pembangunan Bumiputera dan satu lagi ialah penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB). Kedua-duanya saling kait mengait bagi tujuan panduan dalam pelaksanaan dasar kerajaan terutamanya dalam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) yang inklusif.

Pelan itu juga akan memantau dan menyelaras Agenda Bumiputera agar bersesuaian dengan pelaksanaan model ekonomi tersebut.

Selain perkara yang dibentangkan begitu menarik, sesuatu yang istimewa diperkatakan mengenai pembentangan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini ialah inilah kali pertama Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Malaysia diberikan peluang untuk menyatakan pendapat dan pendiriannya mengenai ekonomi Melayu dan Bumiputera secara khusus.

Biarpun ia tidak mewakili Ahli Majlis Tertinggi (MT) keseluruhannya tetapi pembentangan oleh Dr Awang ini memberikan satu keyakinan baru bahawa Majlis Tertinggi mempunyai pakarnya sendiri untuk membentang atau menyediakan usul penting seperti ini.

Sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang pastinya dapat memahami dan mampu melaksanakan wawasan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Menteri Kewangan.

Selama ini pembentangan usul ekonomi dibuat oleh sama ada pemimpin Bahagian atau wakil negeri yang dianggap ‘bijak’ dalam perkara ini tetapi kali ini dengan pembentangan oleh Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Malaysia sendiri, ia sesuatu yang begitu serius dan lebih menjurus mencari model perancangan dan pelaksanaannya.

Dr Awang yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan – anak nelayan dari Bachok – mengemukakan suatu gagasan yang dikira amat penting pada ketika orang Melayu semakin bimbang dengan kedatangan 2020 yang akan menjadikan Malaysia negara maju.

Ada dua perkara penting mengenai pelan induk dan MTAB ini. Pertamanya ialah kerangka pelan dalam konteks perancangan dan perlaksanaan, pun begitu dengan MTAB.

Kali ini MTAB bukan sekadar dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang Berjaya tetapi lebih daripada itu, ia turut membabitkan pengawasan, iaitu sesuatu yang selalunya terlepas pandang.

"Kita benar-benar berharap dengan pengawasan rapi terhadap agenda membantu Bumiputera di semua kementerian dan jabatan, ekonomi Bumiputera dapat ditransformasikan menjadi ekonomi yang moden dan kompetitif, selaras dengan MBE yang inklusif," katanya Dr Awang ketika membentangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 semalam.

Apa yang pasti, secara sengaja atau paksa, telinga kita kini diterjah dengan kata-kata bahawa kita akan menjadi sebuah negara maju dan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ini bermakna dalam tempoh 9 tahun lagi sebagai orang Melayu saya, anak saya dan cucu saya perlu bersiap sedia untuk menghadapi zaman atau era itu dengan penuh persediaan dan menghadapi apa juga keadaan serta cabaran mendatang.


Amat jelas bahawa realiti politik dan ekonomi yang dihadapi kini dan akan datang amat memerlukan kami mengejar kemajuan yang dicapai oleh negeri-negeri yang maju seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Tahniah kerana MELAKA DIISYTIHARKAN SEBAGAI NEGERI MAJU. Inilah negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) yang boleh dianggap maju. Yang saya sebutkan maju – Selangor dan Pulau Pinang - tadi adalah di bawah pembangkang. Jika berasaskan kepada kedudukan politik ,amat jelas bahawa rakyat yang memilih pembangkang untuk memerintah – Selangor, Pulau Pinang dan sebelum ini Perak – adalah mereka yang berada dalam kategori ‘rakyat kaya’ kerana berada di Negara maju. Mungkin ‘pengundi yang tidak kaya’ hanya ada di Kedah dan Kelantan yang juga negeri miskin seperti Terengganu.

Berkait dengan usul oleh Dr Awang itu, persoalan kepada latar belakang masyarakay Melayu kini ialah apakah Melayu yang menganggotai UMNO di Selangor, Pulau Pinang atau Kedah dan Kelantan itu Melayu yang kaya, stabil dan mampu bersaing jika Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020? Juga apakah Bumiputera di Sabah yang menyokong UMNO adalah mereka yang dikategorikan sebagai kaya?

Jika dilihat kepada kebanyakan ahli UMNO, apakah mereka l’kaya’ atau ‘berkedudukan baik’ berbanding perwakilan yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO kalin ini? Secara umum rasanya ahli UMNO di luar Dewan Merdeka adalah lebih yang lebih kurang bernasib baik dan pangkat, kedudukan dan juga peluang mereka jauh lebih rendah daripada yang berada di dalam Dewan Merdeka.

Ini bermakna jika yang membahaskan usul ekonomi itu menyatakan bimbang atau takut menghadapi Era 2020 rasanya mereka di luar sana mungkin lebih takut daripada kita dan mengharapkan pembelaan daripada kita semua – pemimpin UMNO.

Secara psikologi orang Melayu dimomokkan dengan kata-kata Melayu Lemah, Dulu pada 1960-1970, kita dimomokkan dengan kata-kata Melayu Malas. Kita lawan nista itu dengan usaha kita melalu Dasar Ekonomi Baru. The Myth of The Lazy Native oleh Prof Syed Hussein al-Attas jelas menidakkan mitos Melayu Malas dan berketurunan malas!

Kini di era menuju 2020, orang Melayu cuba dikatakan sebagai bangsa subsidi, berharap kepada kerajaan dan memerlukan tongkat. Bagi kita biarlah apa orang nak cerca tetapi realitinya, hanya tongkat UMNO sahaja yang mampu menjaga kepentingan Melayu. Menghadapkan PAS? Tidak sama sekali. Ia parti yang sanggup menggadai dan mencemarkan Islam untuk sampai ke Putrajaya. Mengharapkan Parti Keadilan Rakyat? Itu parti orang kecewa dan UMNO sudah menendang mereka keluar atau mereka menendang diri mereka sendiri untuk bersekongkol dengan beberapa pengkhianat negara di dalamnya.

Biarlah pemimpin PAS dan PKR terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan.

Namun ada yang tidak boleh kita biarkan. Siapa mereka? Mereka yang menghina bangsa, keturunan dan agama kita. Saya sedih kerana ada beberapa kes yang terang-terangan kita dihina, dinesta, Raja Kita DiCerca dan DiSumpah Seranah sementara Islam dicemari dan dinodai tetapi mereka terus bebas melakukannya.

Sedangkan pemimpin kita daripada UMNO hanya mampu melihat, membiar dan TIDAK BERANI bertindak kerana bimbang penyokong kita di kalangan mereka akan lari atau tidak mahu bersama kita. Realitinya, apakah kita memerlukan penyokong yang bersekongkol dengan mereka yang menghina keturunan, bangsa dan agama Islam? Kita Berkuasa, Kita Memegang Kuasa tetapi Kita Sendiri Seperti Kehilangan Kuasa. Apakah ini cirri-ciri UMNO KETIKA INI?

Berbalik kepada usul ekonomi oleh Dr Awang, sebagai orang Melayu penulis menyokong penuh dasar dan langkah-langkah ekonomi yang diambil oleh kerajaan dalam Belanjawan 2011, Rancangan Malaysia ke-10, Model Baru Ekonomi serta Program Transformasi Ekonomi (NETP) sebagai pemacu dan peta tuju (roadmap), tidak lain dan tidak bukan bertujuan menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Tetapi pada ketika yang sama penulis ingin bertanya apakah UMNO sudah bersedia dan sanggup menjadi peneraju untuk merancang dan melangsungkan dengan berani agenda Bumiputera? Juga apakah UMNO akan mengawasi perlaksanaanya memenuhi matlamat?


Tujuannya apa? Ia bertujuan agar kita semua dapat memainkan peranan berkesan (mengikut kedudukan kita dalam masyarakat) untuk menjamin MEB dan NETP, terutamanya melalui pendekatan baru untuk peningkatkan pendapatan masyarakat di luar bandar dilaksanakan dengan jayanya.

Sebagai orang luar bandar, sudah pasti saya mahu jurang pendapatan kita dan mereka di luar bandar tidak ketinggalan jauh berbanding penduduk bandar. Kita maju jurang itu dirapatkan SEGERA dan TIDAK MENUNGGU HINGGA 2020.

Apa yang sangat diharapkan ialah dengan Penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB), kedudukan kita lebih terbela.

Bersambung Esok

APA NI UMNO ONLINE - BUAT TUDUHAN PALSU?

http://kijang-jantan.blogspot.com/
Dengan bangganya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini menasihatkan ahli UMNO jangan baca blog lain – termasuk blog proUMNO – tetapi hanya umno online untuk mendapatkan berita yang tepat mengenai UMNO.

Jadi ahli UMNO yang ‘patuh’ kepada arahan mungkin dapatkan berita hanya melalui umno online, termasuk mengenai Galas.

Namun, apa yang mengejutkan, semalam umno online dikatakan membuat fitnah terhadap calon PAS Dr Zulkefli Mohamad yang beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Ini bermakna bahawa calon PAS ini menjadi sasaran umno-online tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992 dan mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang, menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

Malaysiakini yang memetik kenyataan Dr Zulkifli menyebut, media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, umno online juga cuba memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olah beliau adalah perokok.


"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Persoalannya kenapakah umno online berharapkan blog lain yang bukan menjadi pilihan Tengku Adnan untuk dijadikan sumber berita?

Saya tabik kepada blog parpukari dan the unspinners dalam kerja mereka untuk Galas tetapi kedua-duanya kalau menurut analogi Tengku Adnan tidak layak untuk dijadikan rujukan kerana tidak ‘setanding’ umnoonline.

Lebih malang, apa yang dipetik oleh umno online itu disifatkan ‘berunsur fitnah’ dan boleh memalukan UMNO (ikut standard Tengku Adnan).

Dengan kedudukan ini, tidakkah perbuatan umno online ini dengan sendirinya memalukan Tengku Adnan yang mengharapkan portal berita umno itu sebagai sumber rujukan utama dan boleh dipercayai?

Bergantung kepada Tengku Adnanlah untuk memperbetulkan keadaan ini kerana beliau juga yang meletakkan umno-online kononnya satu-satunya online yang perlu dirujuk mengenai apa sahaja berkenaan UMNO.

Cuma sedikit memalukan ialah portal yang sepatutnya menjadi rujukan menjadi sebaliknya dan kini didakwa membawa ‘fitnah’ kepada calon PAS Galas.

Jangan perkecilkan perkara ini kerana ia akan menjadi bahan kempen untuk menempelak UMNO!

RENUNGAN BUAT PEMIMPIN UMNO...

Oleh AZMI YAHYA, Kuala Lumpur
Utusan Malaysia

SEKALI lagi seluruh perhatian diberikan kepada Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di PWTC. Ini kali ke-61 orang Melayu berhimpun dalam perhimpunan raksasa atas nama politik melalui UMNO sebagai parti keramat orang Melayu. Sekali lagi, pasti ia menjadi medan kepada seluruh pemimpin politik Melayu berbincang dan menggubal resolusi serta gerak kerja untuk masa depan orang Melayu.

Secara tradisinya, Perhimpunan Agung UMNO akan menjadi lambang manifestasi orang Melayu di negara ini. Setiap jiwa perwakilan UMNO yang hadir, pasti membawa bersama seluruh tanggungjawab kepada orang Melayu. Namun begitu, apakah perhimpunan raksasa orang Melayu ini akan dianggap perhimpunan 'rasis' mengikut kaca mata Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Chua Soi Lek, hatta Nik Aziz dan Anwar Ibrahim? Hanya seluruh perwakilan UMNO boleh tentukan.

Apakah sekali lagi perhimpunan ini menjadi medan orang Melayu memohon maaf atas sebab yang kadangkala tidak sepatutnya. Itu juga hanya para perwakilan yang akan menentukan. Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan setelah menjadi pemerhati setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, bahkan menjadi pemerhati 'landskap' politik UMNO dengan sebahagian pemimpinnya kini bergelar ahli Kabinet atau Menteri yang membawa harapan akar umbi Melayu.

Saya ingin memetik '7 WASIAT RAJA MELAYU' yang telah dijadikan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang telah diterima oleh seluruh warga, sejak negara ini merdeka.

"Kami Wasiatkan Kepada Zuriat Keturunan Kami, 7 Perkara Yang Mana Jika Kamu Bersatu Padu, Dan Berpegang Teguh Kepadanya, Selama Itulah Kamu Akan Aman Dan Damai Dan Selamat Sejahtera."

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami, serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu; dan

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Setelah mengambil kira dan menghayati roh wasiat raja-raja Melayu itu, dan pandangan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang pernah menyatakan orang Melayu akan hilang kuasa dalam PRU-13 jika tidak bersatu, maka Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini harus benar-benar menjadi medan yang membolehkan orang Melayu berasa selamat di bawah UMNO.
UMNO perlu menyedari bahawa ia adalah parti tunjang kepada Barisan Nasional. UMNO harus mengiktiraf kekuatan diri sendiri kerana UMNO mewakili komposisi terbesar orang Melayu dan bumiputera sebanyak 66.6 peratus penduduk negara.

UMNO perlu mengetahui bahawa kawasan Parlimen majoriti Melayu menyaksikan sebanyak 134 kawasan Parlimen daripada jumlah 222 kawasan atau 60.36 peratus adalah kawasan pengundi melebihi 51 peratus Melayu. Inilah kawasan yang menjadi taruhan dalam PRU 13.

Memang menjadi harapan seluruh orang Melayu supaya orang Melayu boleh bersatu tanpa batas politik kepartian, walaupun UMNO pernah berusaha ke arah itu, tetapi realitinya harus diterima kerana sebahagian orang Melayu kini sanggup menjadi alat politik bukan Melayu.
Lantaran itu, untuk menyelamatkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan peringatan Mufti Perak, lebih mudah sekiranya orang Melayu dalam UMNO benar-benar bersatu tanpa sebarang syarat dan pertimbangan lain.

Jika orang Melayu dalam UMNO betul-betul bersatu tanpa mengira sentimen kedudukan, ia sudah cukup untuk memberi peringatan kepada orang bukan Melayu, supaya lebih menghormati kaum majoriti dan tidak mempermainkan Melayu dengan begitu mudah sebagaimana yang sedang berlaku.

Sejak PRU-12, sudah terlalu banyak peristiwa berlaku yang amat mencabar orang Melayu, malangnya UMNO mengajar orang Melayu menjadi bangsa yang 'apologatik'. Apakah ini kesan apabila UMNO yang menjadi tunjang kepada BN hilang 2/3 majoriti?

Satu demi satu kes yang dilihat mencabar kedudukan Raja seperti ingin mengheret Sultan Perak ke mahkamah, Namewee melalui video klip 'Negarakuku' dan 'Nah Suck Banana', selain mempertikaikan Perkara 153 dalam Parlimen. Maka berebut-rebutlah pemimpin Melayu dan BN memaafkan atas nama 'perkongsian kuasa'.

Sebaliknya, apabila berlaku kes seperti seorang pengetua di Johor, seorang guru di Kedah dan seorang pegawai Biro Tata Negara (BTN) mengeluarkan kenyataan yang dianggap 'rasis', tanpa menyelidik terlebih dahulu, berebut-rebutlah juga pemimpin Melayu dan BN mendesak supaya hukuman dijatuhkan.

Ketika pemimpin pembangkang bukan Melayu mendesak untuk tunjukkan bahawa mereka adalah wira kaum mereka, pemimpin BN dan UMNO terikut-ikut. Malangnya segelintir pemimpin Melayu sama ada pemimpin politik atau pentadbiran seakan-akan menjadi 'tali barut' untuk menjayakan agenda politik pembangkang bukan Melayu.

Suasana-suasana ini menjadi perhatian orang Melayu dan mereka berfikir "apakah UMNO yang sudah 61 kali mengadakan perhimpunan ini akan terus menjadi parti yang boleh menyelamatkan Wasiat Raja-Raja Melayu?"

Kenapa harus wujud double standard antara kes Namewee dan kes pengetua di Johor, antara kes bakar gereja di Petaling Jaya dan kes menyimbah cat serta botol arak di Negeri Sembilan? Rasanya seluruh orang Melayu dan penjawat awam sedang memerhati keadaan ini.
Kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang hari ini menjadi menteri, akar umbi Melayu pasti berfikir "apakah mereka menjadi ahli Kabinet kerana sokongan bukan Melayu sahaja?" Bila dilihat statistik, ahli-ahli Kabinet Melayu itu datangnya dari kawasan majoriti Melayu.

Bahkan ada juga ahli-ahli Kabinet bukan Melayu yang menjadi ahli Kabinet atas 'ihsan' pengundi Melayu. Barangkali, tranformasi budaya dan Model Politik Baru disarankan oleh Presiden agar UMNO menyedari situasi ini.

Jika seluruh pimpinan UMNO yang bersidang kali ini tidak boleh bertindak selaku parti tunjang kepada BN dan parti penyelamat orang Melayu, dibimbangi persepsi orang Melayu akan berubah sekali gus memberi kesan kepada tahap sokongan serta kepercayaan kepada UMNO.

Kita tidak hairan, apabila Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh termasuklah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sering membina persepsi yang buruk terhadap UMNO kepada orang Melayu. Ini kerana sememangnya itulah niat mereka. Mereka tahu, untuk merampas Putrajaya, mereka perlu 'membunuh UMNO'.

Sebab itulah psywar mereka kini ialah A.B.U. (Asal Bukan UMNO, 'Anything But UMNO'). Namun orang Melayu akan sedih apabila ahli Kabinet Melayu sendiri, pemimpin kerajaan termasuklah pemimpin parti komponen terperangkap dan sudah dilihat oleh orang Melayu sebagai dalang yang tidak boleh dipercayai.

Mujurlah ada waktunya, muncul Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan Sultan Johor yang mengeluarkan kenyataan tegas memberi amaran kepada segelintir mereka yang melampau, menyebabkan orang Melayu secara keseluruhannya merasakan masih lagi selamat. Ketika itu, di manakah pemimpin UMNO yang sepatutnya menjadi wira orang Melayu.