Askar Sultan Ahmad dan Mahmud mampu mengalahkan askar Portugis ketika mula mendarat di pantai Melaka pada 25 Julai 1511. Tetapi selepas itu?
"...kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka."
Blog theflyingkick memperkatakan Zahid Hamidi dan sejarah kejatuhan Melaka.
Ini entri menarik tetapi saya edit untuk bahagian sejarah kejatuhan Melaka sahaja kerana pendapat theflyingkick mengenai Zahid adalah pendapat peribadi blog berkenaan (saya tidak mahu masuk campur).
Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO petang Sabtu lalu ialah menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.
Yang saya amat minat ialah pendapat theflyingkick mengenai faktor kejatuhan Melaka oleh Portugis.
Baca pendapat theflyingkick ini:
"Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain.
Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.
Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India.
Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.
Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.
Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.
Itu sejarahnya yang tercatat....
Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.
Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.
Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.
Komen saya: Portugis mungkin sukar kalahkan Melaka kalau tidak kerana bantuan pedagang asing dan tali barut di Melaka sendiri. BELAJARLAH SEJARAH INI!
Benar...
ReplyDeleteKerajaan melaka turut dilengkapi dgn meriam, istinggar dll senjata.. sila ke blog riwayatmelayu, lokalgenius dan beberapa blog yg sealiran dgnnya bercerita tentang senjata yg digelapkkan...
Amat bangang jika kita percaya Melaka boleh menguasai selat melaka hanya dgn keris dan lembing....para politician umno perlu semak kembali sejarah.... sejarah melayu perlu dirombak... bg mereka yg buta sejarah.. memikirkan melayu dahulu hnya duduk di atas pokok... sekian...
Kerajaan Melaka kalah secara tidak adil kerana bukan sahaja berperang dengan Portugis tetapi turut berperang dengan pengkhianat negara,askar upahan yang berpaling tadah,askar Melaka juga turut memberontak,malah maklumat pertahanan Melaka juga turut bocor kepada Portugis,bukan berperang 1 vs 1 tetapi 1 vs 6@7@8......,gambar yang tertera menunjukkan askar Portugis mendarat dipantai Melaka juga seperti satu penipuan,seolah-olah tiada langsung tentangan daripada laut oleh tentera laut Melaka,kebanyakkan gambar perang MELAKA-Portugis bermula daripada pesisir pantai,mcm suatu PENIPUAN TERANCANG.
ReplyDeletePemimpin UMNO hendaklah celik sejarah supaya kita iaitu orang MELAYU tidak dikatakan kaum pendatang seperti yang didakwa oleh kaum ultrakiasu yang hendak merampas MALAYSIA tercinta ini serta menghapuskan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU serta ISLAM.
YB lain kali buat Homework sikit bukan susah sekarang zaman IT.SU buat apa tidur macam Pak lah ke.Sekurang kurang baru orang cina dan India sedar mereka itu dahulu petualang negara,termasuk chin Peng
ReplyDeleteSekarang bukan masa nya sesuatu bangsa dan kaum mengakui dia adalah pribumi asli negara ini. Baik Melayu, Cina, India atau bangsa lain, semua nya harus bersatu menjanakan pembangunan negara dgn teliti dan terancang. Isu yg timbul sekarang nie adalah angkara perbuantan parti pemerintah UMNO-BN terlampau memperbodohkan rakyat dan bangsa lain selama 53 tahun memerintah. Formula untuk menyelesaikan isu ini ialah parti pemerintah UMNO-BN mengakui kesalahan dan kesilapan lampau dan memperbaiki sistem pentadbiran mereka. Bila semua puas hati dgn ketulusan dan keikhlasan pentadbiran, maka tidak akan timbul lagi isu siapa ketuanan asli negara ini.
ReplyDelete