Akhirnya terbukti bahawa keputusan memanggil Duta
China ke Malaysia, Dr Huang Huikang untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra
bukan sahaja mengikut prosedur dan protokol Kementerian Luar Negeri, malah
dilakukan atas dasar kepentingan negara.
Menurut sebuah blog dengan tajuk 'Nazri Buli Reezal - Memalukan Kabinet Najib', satu sejarah sudah tercatat, hanya pada Kabinet Najib, menteri dan menteri serta menteri dan timbalan menteri bercakaran sesama sendiri.
Malah tindakan menteri 'membuli' timbalan menteri itu adalah julung-julung kali berlaku dalam sejarah Kabinet Malaysia.
Ia gara-gara hasrat memanggil seorang Duta China yang dilihat tidak wajar melakukan lawatan ke satu kawasan yang dianggap sensitif dan sedang hangat dibicarakan.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini menegaskan, perkara itu dilakukan dengan mendapat
persetujuan daripada Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman setelah berbincang
dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Amat malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra.
“Saya amat kesal apabila ada pihak tertentu yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk mengendalikan isu ini secara baik, tegas dan berhemah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam yang mendakwa tindakan Reezal Merican itu tidak mengikut protokol Kementerian Luar Negeri.

Dalam pada itu, Reezal juga berkata tindakan memanggil
Duta Besar China itu untuk memberikan penjelasan kepada Wisma Putra adalah
amalan biasa dan sudah dimaklum kepada Anifah.
“(Perkara) yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.
“Tiada tindakan semberono yang diambil dalam perkara yang melibatkan hubungan diplomasi antarabangsa. Sebaik diberikan amanah untuk membantu Kementerian Luar Negeri, saya cukup berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan umum,” tegasnya.
Reezal Merican berkata lagi, tindakan Nazri yang mempertikaikan keputusan kolektif Wisma Putra itu disifatkannya sebagai satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai.
“Wisma Putra diterajui oleh mereka yang mempunyai kemampuan untuk menilai keperluan sesuatu tindakan diambil, selari dengan kepentingan dan maruah Malaysia di persada antarabangsa,” katanya lagi.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini turut mengecam
anggota Kabinet yang “campur tangan” dalam keputusan Wisma Putra untuk
memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.
Beliau
berkata, adalah amalan biasa bagi kementeriannya untuk memanggil duta, dan
tidak memerlukan campur tangan daripada anggota Kabinet lain.
“Sebenarnya
perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan
menteri lain.
“Sebaliknya
campur tangan mereka memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai.
Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang pada masa akan datang,”
katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Pemimpin
Umno Sabah itu berkata, beliau tidak pernah membatalkan arahan duta China
bertemu dengan Wisma Putra bagi memberikan penjelasan.
"Saya
berasa amat dukacita kerana beberapa menteri Kabinet mengambil tindakan dan
membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada saya terlebih dulu.
"Untuk
makluman, saya tidak pernah sekali pun membatalkan arahan saya memanggil duta
besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau," katanya.
Semalam
akhbar vernakular melaporkan pemangku menteri luar, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
membatalkan arahan bertemu Huang yang dilaporkan dikeluarkan Timbalan Menteri
Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Sementara Malaysiakini melaporkan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata Reezal
melanggar protokol apabila memanggil Huang ke Wisma Putra.
Bagaimanapun,
Reezal memberitahu The Malaysian Insider arahan
tersebut datang daripada Anifah.
Menegaskan
perkara memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra merupakan amalan biasa,
Anifah berkata ia bertujuan meminta penjelasan mengenai kenyataan yang
dibuatnya semasa lawatan ke Jalan Petaling di Kuala Lumpur tempoh hari.
"Wisma
Putra cuma ingin meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya itu disalah
tafsir atau sebaliknya.
"Wisma
Putra membuat perkara yang sama dengan duta Amerika Syarikat, duta Vatican dan
duta Singapura pada masa lalu. Ini amalan biasa dan selaras dengan Artikel 41,
Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961," katanya.
Anifah
yang kini berada di New York, Amerika Syarikat kerana menghadiri Mesyuarat
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak berkata, sebagai negara berdaulat, Malaysia perlu menyampaikan
pendirian kepada China dengan jelas.
Apapun hari ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz mengakui beliau membuat kesilapan sewaktu berurusan hal diplomatik
di mana Duta China dipanggil berhubung kenyataan yang dibuatnya di Jalan
Petaling pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun,
Nazri yang juga MP Padang Rengas menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk
campur tangan dalam hal ehwal Kementerian Luar Negeri.
"Tidak
ada niat untuk campur tangan," katanya dalam satu kiriman SMS sebagai
maklum balas kepada pertanyaan Malaysiakini.
Menteri
Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas rakan sejawatnya Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman yang meluahkan rasa kecewa bahawa beberapa menteri telah
mencampuri perkara tersebut tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.
Tidak
mengapalah, yang berlaku sudah berlaku. Ia pengajaran walaupun tidak sepatutnya
berlaku di kalangan mereka yang dianugerahkan kepercayaan untuk mentadbir
negara.