Jangan berlebih-lebih Jamal! Jangan sampai Kerajaan pun mahu
diugut.
Kuat sangatkah Baju Merah dan kuat sangatkah beliau?
Apakah UMNO atau pemimpinnya seperti Perdana Menteri akan
menyokong dan melindungi Ketua Bahagian Umno Sungai
Besar, Datuk Jamal Md Yunos kerana ancaman dan kemungkinan tindakannya itu?
Pada perayaan Aidiladha ini, Jamal dan pengikutnya bermuhasabah dan fikirkan jalan yang diredhai Islam untuk melakukan sesuatu tindakan, bukan kerana amarah dan prejudis.
Semalam Jamal memberi amaran kemungkinan bakal
berlaku "kekecohan lain" di Petaling Street jika tuntutan penunjuk
perasaan 'baju merah' tidak dipenuhi hingga Jumaat ini.
"Jika pihak berkuasa tidak ambil tindakan, saya 99 peratus yakin bahawa satu lagi perhimpunan akan diadakan malah rusuhan juga akan berlaku di sana," katanya.
"Jika pihak berkuasa tidak ambil tindakan, saya 99 peratus yakin bahawa satu lagi perhimpunan akan diadakan malah rusuhan juga akan berlaku di sana," katanya.
Lebih memalukan beliau membuat kenyataan itu
kepada pemberita di Balai Polis Ampang Jaya semalam.
Dengan memberi kata dua kepada kerajaan (Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan beliau
sudah tidak dapat mengawal emosi.
Lagipun, dengan membuat amaran untuk mengadakan himpunan baju merah ke kawasan perniagaan
Jalan Petaling di ibu kota yang didominasi peniaga Cina, ia akan menyemarkkan
lagi ‘ketegangan kaum’ yang sudah wujud diakibatkan perhimpunan Baju Kuning dan
Baju Merah.
Dengan ikrarnya akan turun ke Petaling Street sekiranya Putrajaya tidak bertindak terhadap
perniagaan di situ yang didakwa menjual barangan tiruan ada sesuatu yang boleh
menimbulkan kebencian orang Cina terhadap orang Melayu.
"Kalau mereka tidak ambil tindakan sehingga Jumaat ini,
kalau berlaku apa-apa kekecohan di sana, saya tidak akan bertanggungjawab.
Mereka yang datang hari itu kata (akan ada) dalam 5,000 orang.
"Saya harap persatuan peniaga
dan peniaga-peniaga Petaling Street beri kerjasama sepenuhnya. Kita tidak mahu, insiden 916 (himpunan baju merah 16
September) lepas berulang sekali lagi," katanya tengahari semalam.
Jamal jangan bermain api.
Walaupun sudah bertemu ketua pengarah penguatkuasaan Kementerian berkenaan
perkara itu dan memberi tempoh sehingga Jumaat ini bagi turun padang dan
bertindak, Jamal boleh dituduh cuba mengganggu-gugat tugas pegawai awam.
Memang wajarlah jika Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK
Roslan Mahayuddin melahirkan rasa terkejutnya dengan kata dua Jamal kepada
pihaknya.
"Apa ini, dia hendak mengugut kerajaan pula? Mana boleh
begitu. Bukan begitu cara kami bekerja," kata Roslan mengakui ada bertemu
Jamal namun enggan mengulas butiran perbincangan mereka.
"Kami turun atau tidak turun itu keputusan kami. Tidak
semestinya kami ikut rentak dia. Kita ada strategi kami sendiri malahan
Petaling Street dan beberapa tempat lain juga kami turun," katanya.
Roslan berkata, pada tahun 2015 KPDNKK sudah melakukan 18
kali serbuan dan pemeriksaan ke kawasan Jalan Petaling sementara tahun
2014 sebanyak 24 kali.
Sampai
masanya, UMNO memutuskan hubungan dengan NGO seperti ini kerana sebagai parti
yang menjaga kepentingan Melayu dan Islam, UMNO tidak sewajarnya bertindak di
luar batasan.
Cukup-cukuplah
menunjukkan kekuatan seperti tunjuk perasaan dan berhimpun di jalan-jalan raya.
UMNO
kukuh kerana perjuangannya yang sederhana dan tidak mengikut rentak radikal.
UMNO
berjaya kerana memperjuangkan sesuatu dengan memujuk dan perundingan, bukan
menunjuk-nunjuk kekuatan tenaga dan ancaman perkauman yang kelak akan menyebabkan
sokongan bukan Melayu akan semakin merosot.
Beringatlah,
bukan semua bukan Melayu menentang Melayu dan bukan semua orang Melayu anti
bukan Melayu!
Tindakan
memaksa dan agresif akan hanya memalukan Melayu dan menjauhkan lagi bukan
Melayu menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Tindakan Datuk Jamal memang tepat. Gagah berani rakyat Melayu, berhak menyuarakan keistimewaan orang Melayu. Apa salahnya ?
ReplyDeleteSaya setuju tindakan Dato Jamal.....tapi sayang salah pada masanya
ReplyDelete