Showing posts with label sms ugutan. Show all posts
Showing posts with label sms ugutan. Show all posts

Monday, March 15, 2010

LU PIKIRLAH SENDIRI…

Jika sms ‘YB tak sayang nyawa’ kali pertama pada 14 April tahun lalu mengemparkan politik Terengganu, sms gelombang kedua baru-baru ini berhubung kedudukan Menteri Besar Terengganu tidak kurang juga kesannya.

Cuma sms gelombang kedua ini dalam keadaan politik Terengganu yang semakin terkawal.
Kenapa saya katakan demikian?

Pada ketika sms ‘ugut bunuh’ dihantar kepada ADUN supaya tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas, kemelut politik Terengganu berada pada peringkat kritikal.

Di sinilah wujudnya ‘Geng 10’ secara jelas yang menuduh bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar menjadi ‘dalang’ yang menghantar sms itu.

Bagaimanapun, oleh kerana ia menjadi kes polis dan kini kes mahkamah – terpulanglah kepada mahkamah menentukannya.

Namun pada sms gelombang kedua yang dihantar kepada pemimpin politik dan pentadbiran negeri yang masih ‘panas’ (saya tidak menerima sms ini), ternyata politik Terengganu tidak lagi ‘panas’ sehebat ketika sms ugut bunuh dibuat.

‘Geng 10’ sudah berpecah dan sms terbaru itu lebih kepada rasa tidak puas hati saki baki mereka yang tetap mahukan Datuk Ahmad Said diturunkan.

Pada ketika ini selain yang sudah kembali ke pangkuan Ahmad Said, saki baki ‘Geng 10’ yang ada pun masing-masing macam syok sendiri untuk mengganti Ahmad Said dan ada di kalangan mereka dikatakan ‘sudah menempah baju’ untuk menduduki Tingkat 16 Wisma Darul Iman.

Jadi apabila Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta orang ramai supaya tidak melayan sebarang spekulasi melalui SMS berhubung kedudukan Menteri Besar Terengganu yang tersebar dengan meluas sejak akhir-akhir ini, banyak persoalan bermain di kepala.

1. Apakah sms sebegini dianggap ‘tidak menggugat kestabilan politik dan pentadbiran Terengganu’?

Persoalannya – jika menggugat, apakah polis bertindak mengesan siapa penghantarnya? Susahkah menjejaki punca penghantarnya? Polis Malaysia antara yang paling cekap di dunia.

2. Apakah budaya sms sebegini mahu dibiarkan berleluasa dan menjadi satu daripada budaya penyebaran maklumat politik di negara kita? Apakah tidak ada kemungkinan sms seperti di Terengganu ini akan menjadi budaya politik negeri lain yang dikuasai UMNO?

Persoalannya – apakah kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan UMNO mahu budaya ini akan memburuk-burukkan pemimpin UMNO yang lain pula?

3. Jika Hishamuddin merasakan atau tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu melaga-lagakan Umno Perhubungan Terengganu dan menggugat keharmonian badan itu, ia tidak mungkin dilakukan oleh pemimpin pembangkang.

Persoalannya – kenapa tidak ada kenyataan yang UMNO Pusat atau Negeri akan mengambil tindakan? Kenapa Hishamuddin bagaikan membiarkan sahaja ‘kerja gila’ seperti ini berterusan apabila hanya menasihatkan supaya rakyat dan media tidak mempedulikannya?
4. Jika Hishamuddin merasakan ia dilakukan individu tertentu, kenapa dibiarkan individu berkenaan ‘berleluasa’. Tidakkah ini akan mewujudkan prasangka sesama ahli UMNO?

Persoalanya – satu tindakan tegas atau kawalan khusus perlu dikenakan untuk keharmonian UMNO Terengganu khususnya. Hishamuddin akan dilihat berkesan jika mampu mengatasi persoalan ini.

Hishamuddin mengakui: "Sejak saya turun ke Terengganu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mendengar cerita dari kedua-dua pihak (dalam UMNO) dan pembangkang mengenai kedudukan Menteri Besar. Ia bukan datang dari puak-puak dalam Umno negeri, tetapi saya tidak tolak kemungkinan ia dilakukan oleh individu tertentu.”

Biarpun Hishamuddin mengatakan ia tidak akan menentukan jatuh bangunnya UMNO Negeri Terengganu tetapi jika dibiarkan ia akan menjadi barah dan individu bersifat ‘duri dalam daging’ akan semakin besar kepala.

Persoalan sering ditanya: “Kenapa Hishamuddin membenarkan individu seperti ini terus wujud dan bermaharajalela”.

Memang Hishammuddin wajar mengatakan berkata sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau hanya mengiktiraf mereka yang diterima rakyat, menjalankan kerja bersunggguh-sungguh dan menolak politik sempit seperti politik peribadi dan bahagian.

Namun, jika merekan yang berbudaya ‘menyebar fitnah palsu’ dan ‘mementingkan politik sempit’, usahanya untuk menyatukan UMNO Terengganu akan menempuh jalan sukar.

Menyekat media tidak terpengaruh? Itu kerja sia-sia kerana semakin ia menjadi berita dan cakap-cakap, semakin menjadi bahan beritalah perkara atau subjek itu!

Kata Hishamuddin: "Kenapa nak percaya SMS sedangkan media berdepan dengan MB hari-hari, kalau MB meletakkan jawatan, beliau tidak akan berada bersama kita hari ini. Jangan terikut-ikut dengan mereka yang sengaja nak memperalatkan media dan media jangan benarkan mereka memperkudakan (media) supaya kita berlaga.”

Tahu tak apa. Ahmad Said bukan sahaja berdepan dengan cabaran membangunkan negeri tetapi dengan adanya sms seperti ini akan menganggu kerja-kerjanya untuk rakyat.

Persoalan lain ialah jika kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri terus membiarkan sms liar dan jahat berkeliaran tanpa kawalan, orang akan melihat kelemahan kepimpinan bukan di bahu Ahmad Said tetapi Hishamuddin.

Dan bagi Hishamuddin pula, jika amaran demi amaran dan kenyataan bahawa politik Terengganu ‘kembali aman’ dibuat tetapi sms, berita angin serta pelbagai terus tersebar untuk mengancam perpaduan UMNO berterusan – kenyataan dan peryataannya politiknya tidak akan ke mana-mana.

Kenyataan dan nasihat itu tidak ke mana-mana dan orang akan mengatakan tidak jauh dari ‘menepuk air di dulang – akan terpercik ke muka sendiri’.

Lu pikirlah sendiri…

Tuesday, January 19, 2010

KES SMS UGUT BUNUH DI MAHKAMAH HARI INI?

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-baqarah ayat 191: Maksudnya: “...dan fitnah itu adalah lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”

Masih ingatkah anda semua kepada kes sms ugut bunuh -membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir?

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil sebelum ini berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.

Sms itu yang menggugat ‘ketenangan politik Terengganu’ dan menyebabkan ada yang tertuduh sebagai pengirimnya, meninggalkan kesan pahit kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Malah kes itu yang meninggalkan kesan mendalam kepada individu tertentu, pastinya tidak akan berakhir dengan keputusan mahkamah semata-mata.

Akibat sms berkenaan, ADUN UMNO bercakaran sesama sendiri, pemboikotan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyebabkn campurtangan pentadbiran di Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjadi pemimpin pertama yang ‘tidak percaya’dan menafikan ia disebarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu.

Kesan besar kes ini terbukti apabila Khutbah Jumaat 8 Mei 2009 di masjid fi Terengganu membawa tajuk ‘Bahaya Fitnah’ mengingatkan kaum Muslimin dan rakyat Terengganu supaya:

“Marilah kita sama-sama beriman dan berusaha dari masa kesemasa mempertingkatkan keimanan ke hadrat Allah s.w.t. dengan menjunjung tinggi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangan. Maka muga dengan keimanan, ketaatan dan ketakwaan itu akan membahagiakan kehidupan kita di duniadan memberi keselamatan di akhirat kelak.

Kita mengakui bahawa kita sekarang berada dizaman serba moden, dan tidak mustahil akan datang, kita temui zaman yang lebih canggih lagi. Banyak peralatan baru yang talah diciptakan seperti kemajuan ICT dan komunikasi, akibat dari perkembangan minda manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun disebalik kemunculan alat-alat canggih , timbul pula perkara-perkara negative yang betentangan dengan jaran islam sekiranya tidak digunakannya secara betul seperti budaya fitnah dan penyebaran khabar angin melalui kemudahan peralatan tersebut.”

Malah rakyat diingatkan bahawa “Islam mengigatkan kita agar berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu berita atau perkhabaran yang diterima, sama ada melalui seseorang, media cetak, media elektronik seperti televisyen, internet dan sebagainya, supaya tidak mudah dipercayai sebelum diperiksa terlebih dahulu kebenarannya, lebih-lebih lagi orang yang membawa berita itu orang fasik.”

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-hujrat ayat 6:
Maksudnya: “wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menetukan) kebenaran, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”

Anehnya, pihak-pihak yang terbabit dalam penyebaran sms berkenaan bagaikan ‘tidak berdosa’dan sehingga kini lepas bebas daripada sebarang tindak-tanduk mereka!

Hari ini kes berprofil tinggi itu disebut semula di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu.

Tidaklah diketahui apakah – kes sms ugut bunuh – ini akan terlepas daripada liputan media sekali lagi.

Perbicaraan selama tiga hari bermula hari ini seharusnya mendapat liputan meluas kerana ia membabitkan teknologi terkini, selain smsnya ‘berbau fitnah’.

Sebelum ini Ketua Biro dan wartawan akhbar dan media elektronik bagaikan ‘terlepas pandang’ apabila kes ini disebut di Mahkamah Sesyen Ahad 27 September .

Perbicaraan yang ditetapkan bermula hari ini, esok dan lusa (19,20 dan 21 Januari 2010) akan disambung pada 9,10,11 Februari 2010.

Menjadi pertanyaan ialah bagaimana Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu untuk kali pertamanya gagal menghubungi akhbar dan media elektronik untuk membuat liputan.

Malah, mengejutkan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu yang selalunya ‘begitu intim’ dengan wartawan seolah-olah ‘menutup mulut’ pada kes ini.

Rakyat Terengganu sebenarnya ‘rindu’ dengan kes ini. Malah, kes ‘sms ugut bunuh’ ini dikatakan menjadi ‘pemanas’ kepada kemelut UMNO Terengganu yang kemudian menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.

Ia kini diperkatakan bagaimana semua wartawan di Terengganu tidak tahu kes itu disebut pada hari berkenaan.

Pada Jun pula Dr Ramzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.

Beliau menghadapi empat pertuduhan bagi kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di Kuala Terengganu kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.

Dua tuduhan ialah menakutkan ADUN Permaisuri dan ADUN Ajil sementara tuduhan keempat ialah memfitnah Wan Ahamad Wan Muda menggunakan telefon bimbit untuk mengugut ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Kita mengharapkan mahkamah akan membawa keadilan kepada yang dituduh dan yang kena tuduh dalam kes ini kerana ‘sms’ini berniat jahat dan memang sengaja direka.

Juga, jika ada ‘kepala’atau yang merancang perbuatan terkutuk ini, ia hendaklah diseret sama ke mahkamah kerana perancang ini lebih bahaya daripada sesiapa juga yang melakukan penghantaran atau penyebaran sms ugutan bunuh ini.

Thursday, June 4, 2009

DR RAMZI DITUDUH MEMFITNAH WAN AHAMAD

Akhirnya selepas lebih dua minggu dibebaskan, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 42, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Ia ada kaitan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bulan lalu.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan berhubung ugutan jenayah melalui SMS berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.

Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, ADUN Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, ADUN Ajil, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Idris Jusoh itu, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas empat pertuduhan berhubung penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan jenayah kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu, April lalu.

Mahkamah membenarkan Ahmad Ramzi, 37, diikat jamin sebanyak RM8,000 dan diarah menyerahkan pasport.

Hakim Mohamad Khalid menetapkan 19 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sunday, May 17, 2009

HISHAMUDDIN ‘BUKAN TOK BOMOH BAGUS’

(Sembang Ahad)

Gara-gara ‘ribut dalam cawan’ politik Terengganu, PAS meminta supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan.
Selain itu PAS menganggap ‘sms ugut bunuh tidak real’ dan mengaitkan dengan Datuk Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu.
Juga PAS mempersoalkan perlantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai ‘bomoh yang tidak akan menyelesaikan masalah’.
Apakah kenyataan seperti ini juga yang diminta oleh sesetengah pemimpin UMNO apabila melakukan pelbagai tindakan yang jelas seakan mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO lumpuh?

Tidakkah pemimpin BN dan UMNO melihat ini modal kempen yang besar bagi PAS pada musim kempen menghadapi pilihan raya ke 13 kelak?
Apakah pemimpin UMNO Terengganu bersifat kalau ‘aku tidak dapat, biar semua tidak dapat’ dan tidak sanggup berkorban demi parti?

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata kelmarin, sejak penubuhan kerajaan baru selepas pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, negeri Terengganu tidak putus-putus menghadapi masalah.

Ia disebabkan terdapat dua kumpulan dalam UMNO Terengganu iaitu kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan kumpulan yang menyokong Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Apakah Mustaffa cuba menyalahkan pihak tertentu dalam soal ini atau beliau mahu menyatakan bahawa pihak istana sudah berusaha untuk menyelamatkan politik Terengganu tetapi pemimpin UMNO sendiri yang sabotaj usaha istana itu?

Kenapa istana saya dikaitkan?
Umum tahu bahawa bekas Menteri Besar sebelum ini tidak diperkenankan dan apabila orang lain dilantik, usaha menjatuhkan Menteri Besar sekarang terus dijalankan. Inipun umum tahu Cuma mungkin Ibu Pejabat UMNO dan pentadbiran Putrajaya cuba buat-buat tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu.

Gerakan itu boleh disekat kalau ada peringatan semasa ke semasa supaya jangan ganggu pentadbiran Datuk Ahmad Said.

Bagi Mustaffa, kes penangkapan Dr Ramzi adalah satu tamparan kepada Idris dan kumpulannya kerana Dr Ramzi merupakan bekas Setiuasaha Politik Idris.

Beliau menganggap ugutan bunuh melalui SMS yang berlaku pada 13 April 2009 itu adalah satu ugutan yang bukan sebenar, sengaja diada-adakan dan dirancang oleh pihak tertentu.

“Datuk Ramzi ditahan oleh polis kerana disyakki terlibat dengan yang mengugut ‘bunuh’, walaupun sudah dibebaskan, tetapi beliau (Ramzi) telah dicari polis dan tidak menyerah diri sehingga ditangkap,” kata Mustafa dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu kelmarin.

“Pada saya, ugutan bunuh ini tidak ‘real’ (bukan sebenar) dan ‘orchestrated’ (diada-adakan dan dirancang), tapi cukup untuk mengelirukan masyarakat tentang apa yang berlaku,”jelasnya.

Beliau berkata masalah diantara dua kumpulan UMNO Terengganu yang bertelingkah tidak akan dapat diubati walaupun menjemput ‘bomoh’ dari luar.

“Tok bomoh dalam (Terengganu) semua tak layak nak selesaikan masalah, panggil tok bomoh luar, (Dato’ Seri) Hishamudin Hussein datang, saya tak fikir (dia boleh selesaikan),”katanya.

Apabila ditanya apakah saranan beliau dalam menghadapi kemelut UMNO Terengganu yang tidak akan selesai itu, beliau berkata cara yang terbaik adalah “bubar mendahului Perak”.

“Dubar Dewan (Undangan Negeri Terengganu), tak boleh nak selesai, tak boleh nak jalan, tak boleh apa, bubarlah!,”katanya.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS berkata apabila di bubarkan Dewan Undangan Negeri, UMNO akan bersatu.

Katanya masalah perpecahan UMNO boleh di selesaikan dengan pilihanraya kerana menurutnya UMNO boleh disatukan dalam menghadapi pilihanraya untuk melawan Pakatan Rakyat.

Itu pandangan pemimpin PAS Terengganu dan tidak semestinya diikuti atau dipatuhi oleh UMNO Terengganu dan UMNO Pusat.

Cadangan bubar DUN Perak pun tetap diperbahaskan walaupun isu Menteri Besar negeri itu lebih kronik berbanding Terengganu!.

Wednesday, May 13, 2009

DR AHMAD RAMZI BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS

Setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi dibebaskan pada jam 9.25 pagi tadi dengan jaminan polis selepas ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu semalam.

Dr Ramzi ditahan bagi membantu siasatan kes penghantaran SMS ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu, bulan lepas telah dibebaskan pada pukul 9.30 pagi tadi.

Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh itu ditahan kira-kira pukul 8.30 pagi semalam di sebuah hotel apartment sebelum di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk siasatan.

Sebelum Ahmad Ramzi ditahan, polis terlebih dahulu menggeledah rumahnya di Kampung Kubang Parit di sini petang semalam selepas beliau gagal tampil sehingga pukul 3 petang dan merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem.

Dengan tangkapan Ahmad Ramzi itu, polis percaya siasatan kes berkenaan kini sudah 95 peratus selesai.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil pada sidang akhbar semalam memberitahu, Ahmad Ramzi ditahan selepas beliau gagal tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, sebaik sahaja siasatan lengkap, polis akan merujuk kertas siasatan kes kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut, termasuk kemungkinan mendakwanya di mahkamah.

Menurut Utusan Malaysia hari ini, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ugutan jenayah, dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memfitnah.

Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian lain.

Ditanya kenapa siasatan kes itu memakan masa hampir sebulan, Hamzah berkata, kes itu adalah rumit, bersifat kompleks dan teknikal.

Tuesday, May 12, 2009

POLIS – DR RAMZI TERLIBAT

(Mutakhir) Sah, Dr Ramzi terlibat. Itu kata polis menurut laporan Utusan Online dan Bernama hari ini.Kenyataan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil.Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu, Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Menurut Bernama, polis turut merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem di rumah bekas pegawai kanan menteri besar itu di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu kira-kira 3 petang semalam.Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.Hamzah berkata, dengan penahanan Dr Ramzi, yang juga calon BN bagi parlimen Marang, polis yakin siasatan terhadap kes itu sudah 95 peratus selesai.

Beliau berkata ahli politik itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk siasatan lanjut dan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.

"Sebaik siasatan lengkap, polis akan merujuk kertas siasatan kes ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," Hamzah dipetik berkata.
Itu pendapat polis. Bagi saya sehingga orang yang dituduh dibuktikan bersalah, barulah boleh mengatakan seseorang itu bersalah.Orang yang sedang disoalsiasat tidak semestinya beliau bersalah atau boleh disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, persoalan bermain di kepala, kenapa beliau tidak mahu memberikan kerjasama lebih awal dan sedia disiasat sehingga menyebabkan polis mengeluarkan waran tangkap?
Jawapan ada pada Dr Ramzi sendiri.Bukan setakat tidak mahu bekerja sama dengan polis lebih seminggu tetapi tempoh tiga hari yang diberikan kata dua oleh polis pun, ‘dilanggar’ Dr Ramzi.

Akhirnya, dia tertangkap juga. Apa ‘kekebalan’ yang ada pada orang kuat Idris ini sehingga beliau sanggup ‘engkar’ arahan polis?Persoalannya, apakah Dr Ramzi seorang sahaja terbabit atau beliau hanya menjadi wayang kulit. Kalau begitu tok dalangnya siapa?

Tengah hari tadi, Dr Ramzi dibawa ke satu destinasi tidak diketahui selepas disoalsiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira tiga jam.Ironinya juga pelbagai laporan akhbar berbeza-beza apabila The Star Online dalam laporannya pada 12.05 tengah hari tadi mengatakan Dr Ramzi secara sukarela hadir (turns himself) di Ibu Pejabat Polis Terengganu untuk membantu siasatan.

Utusan Malaysia Online pada jam 12.01 tehgah hari pada laporan awal melaporkan Dr Ramzi Zubir hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bersama beberapa orang rakannya.Namun yang sah, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil mengesahkan penangkapan itu berkata, polis mempunyai bukti bahawa Dr Ramzi terlibat dalam penghantaran SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu.

Utusan Online pada 1.48 petang ini melaporkan Polis Terengganu menahan Dr. Ramzi bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada pertengahan April lalu.
Dr Ramzi ditahan pada pukul 8.30 pagi ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
Menurut Berita Harian Online Dr Ramzi yang baru sampai ke Terengganu pagi tadi dari Kuala Lumpur, terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, setelah polis semalam mendapatkan perintah waran tangkap terhadapnya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberi kepadanya untuk berbuat demikian tamat jam 3 petang semalam.

Dr Ramzi yang dipercayai digari kemudian dibawa ke dua buah kereta dan kelihatan sugul.
Menurut beberapa wartawan, mereka dimaklumkan, Dr Ramzi dibawa ke destinasi yang tidak diketahui.

MENCARI KEJERNIHAN POLITIK TERENGGANU

Saya tidak akan menyambung lagi bicara mengenai isu “SMS Ugut Bunuh’ selepas ini kerana ternyata yang dicari polis ialah bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Idris Jusoh).

Sebelum ini banyak pandangan sama ada melalui ulasan atau juga blog mempertikaikan andaian termasuk mempertikaikan penulisan saya apabila ada orang yang menolak andaian awal bahawa yang dicari polis ialah Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

Apapun, harapan saya ialah, Dr Ramzi tidak terbabit dengan sms berkenaan selain Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Wan Ahamad Wan Muda juga dibersihkan nama.

Yang pasti, polis akan meminta kerjasama daripada Jabatan Imigresen serta Interpol bagi mengesan Dr Ramzi yang juga bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lalu.

Difahamkan, Dr Ramzi masih berkhidmat dengan Idris di Ibu Pejabat MARA, kerana Idris ialah Pengerusi MARA.

Selain itu Dr Ramzi juga sebelum ini adalah pembantu Idris untuk kerja-kerja berkaitan pemulihan UMNO di Ibu Pejabat UMNO.

Bercakap panjang mengenai perkara ini hanya memalukan diri sendiri. Ini kerana sebagai ahli UMNO jika ada ahli UMNO lain membuat kerenah, tempiasnya juga kena ke muka sendiri.
Ironinya, Idris sendiri pun Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Bagaimanapun, seperti saya katakan semalam, kena mahu dikaitkan Dr Ramzi dengan Idris dalam perkara ini?

Sudah sah polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal tampil bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis negeri, SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata di Kuala Terengganu semalam, sehingga pukul 3 petang bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh itu, masih belum memberikan keterangan walaupun telah diberikan tempoh tiga hari untuk berbuat demikian.

“Sebagaimana yang dimaklumkan dalam sidang media yang lepas, kita memberikan beliau tempoh tiga hari untuk tampil sebelum waran tangkap dikeluarkan dan tempoh itu telah berakhir pada pukul 3 petang ini (semalam)” katanya.

Polis turut meminta keluarga Ramzi serta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kedudukannya, menghubungi balai polis yang berhampiran.

Bernama melaporkan, Ramzi dicari polis kerana beliau merupakan antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung SMS ugutan yang diterima tiga Adun BN iaitu Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) pada malam 13 April lepas.

Peristiwa itu membawa kemelut politik UMNO Terengganu menjadi lebih tegang apabila 10 ADUN termasuk tiga yang menerima SMS itu memboikot sidang DUN Terengganu yang diadakan pada 14 April lalu.

Ramzi merupakan orang kanan bekas Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh, yang kini dimaklumkan menjadi Pegawai Khas kepada Pengerusi Mara.

Idris ‘dianugerahkan’ jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) selepas gagal kembali sebagai Menteri Besar Terengganu apabila pihak istana Terengganu tidak perkenan kepada beliau.

Kini terserahlah kepada polis untuk mencari atau menangkap Dr Ramzi. Yang pasti, beliau diminta tampil untuk membantu siasatan. Dr Ramzi belum dibuktikan bersalah dan jangan cepat menghukum beliau.

Oleh kerana ‘anda belum dibuktikan bersalah’, keluar dan menyerah dirilah Dr Ramzi.
Kehilanganmu menimbulkan banyak persoalan dan orang yang paling kuat terkena tempias ialah Idris serta mereka yang menyokong bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘takut kerana salah, berani kerana benar’. Kerana itu beranikanlah diri anda Dr Ramzi untuk ‘membersihkan segala tohmahan terhadap anda, bos anda dan rakan anda’.

Saya doakan segala-galanya selesai dalam tempoh yang singkat agar ‘penyangak sebenar’ dapat ditangkap dan dihukum.

Hanya melaluinya, kejernihan politik Terengganu akan dapat diwujudkan semula!

Monday, May 11, 2009

DR RAMZI ‘BELUM MUNCUL’

Polis Terengganu memberi masa hingga hari ini kepada Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.


Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle berkata, tempoh tiga hari yang diberikan kepada Ahmad Ramzi bermula Jumaat akan berakhir hari ini.

Namun setakat semalam, pihaknya tidak menerima apa-apa maklum balas daripada bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu.

"Setakat ini, kita tidak menerima apa-apa maklum balas daripada beliau mahu pun daripada ahli keluarganya.
"Jika masih tiada apa-apa maklum balas sehingga esok, kita akan mengeluarkan waran tangkap," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jumaat lalu, polis Terengganu memberikan tempoh tiga hari kepada Ahmad Ramzi supaya tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga ADUN BN negeri itu bulan lalu, selepas usaha mengesan beliau gagal.

Laporan Malaysiakini Jumaat lalu menyebut, polis memberi 72 jam mulai petang ini kepada bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh untuk tampil membantu siasatan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata jika Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya.

Bercakap kepada media di Kuala Terengganu Jumaat lalu, beliau berkata polis telah cuba mengesan bekas calon BN Marang itu di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal, lapor Bernama.

Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-62 46 222.

Ahmad Ramzi kini bertugas sebagai pegawai khas Idris, sekarang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.

Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.

Menurut agensi berita itu lagi, Hamzah berkata polis setakat ini mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

"Kita mengalukan kerjasama daripada keluarga Dr Ramzi untuk menasihatkan beliau supaya tampil bagi mempercepatkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya.

Pada 13 April lalu, ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid; Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS berbentuk ancaman terhadap keselamatan mereka, dipercayai berhubung desas-desus pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Friday, May 8, 2009

SEMAKIN BERSULUH…

Biar polis menjalankan tugasnya. Saya tidak mahu komen banyak mengenai kenyataan polis memberi kata dua kepada Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online dan Malaysiakini menyiarkannya. Jangan terlepas ikuti ulasan oleh Mohd Sayuti Omar melalui blognya – msomelayu.blogspot.com.

SU bekas MB diminta tampil bantu kes SMS ugutan Berita Harian Online (8 Mei 2009, 3.10 pm)
KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menggesa Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, untuk tampil membantu siasatan kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu bulan lalu. Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC II), Hamzah Mohd Jamil, pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Dr Ramzi diberi 3 hari hubungi polis kes SMS ugutan 08/05/2009 7:10pm

KUALA TERENGGANU 8 Mei — Polis Terengganu memberi tempoh tiga hari mulai hari ini kepada Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu bulan lepas. Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil, berkata jika Ahmad Ramzi gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap beliau. Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa polis telah cuba mengesan Ahmad Razmi, yang juga bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal.

Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-6246222. Pada 13 April lepas, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, dan Adun Paka, Zakaria Abdullah, menerima SMS berbentuk ancaman terhadap keselamatan mereka.
Utusan Malaysia-Bernama)



Orang kanan Idris dikehendaki polis Malaysiakini (May 8,09, 7:04pm)

Polis memberi 72 jam mulai petang ini kepada bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh untuk tampil membantu siasatan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata jika Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya.

Bercakap kepada media di Kuala Terengganu hari ini, beliau berkata polis telah cuba mengesan bekas calon BN Marang itu di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal, lapor Bernama.

Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-62 46 222.

Ahmad Ramzi kini bertugas sebagai pegawai khas Idris, sekarang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pada 13 April lepas, beberapa ADUN Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul
Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS , antaranya berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

Mesej ringkas itu kemudian dijadikan alasan mereka bertiga dan tujuh lagi ADUN Umno enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu keesokannya.

Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.

Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.

Menurut agensi berita itu lagi, Hamzah berkata polis setakat ini mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

"Kita mengalukan kerjasama daripada keluarga Dr Ramzi untuk menasihatkan beliau supaya tampil bagi mempercepatkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya.

Para Buruan Polis
Ayah Pin, Hilmi Malik dan Dr Ahmad Ramzi
(msomelayu.blogspot.com)
Friday, May 8, 2009

SEBELUM polis mencari dan mengesan Hilmi Malik yang disyaki terlibat dalam penyebaran foto bogel seorang Exco Selangor, Elizabeth Wong, lama sebelum itu polis telah memburu ayah Pin atau Ariffin Mohammad seorang guru yang mempunyai kerajaan di lagit tetapi berkhemah di Kampung kawasan Idris Jusoh di Pasir Akar, Besut Ternegganu.

Pemburuan ke atas ayah Pin sudah lebih setahun. Beberapa kali ayah Pin dilaporkan muncul di berbagai lokasi awam, namun polis gagal memberkas ayah Pin. Ayah Pin pernah dilaporkan berada di sebuah kedai makan di Tumpat Kelantan. Selepas itu, terbaru ayah Pin dilaporkan berada di Rantau Panjang. Kedua lokasi itu sempadan Malaysia dengan Thailand.

Apakah ayah Pin mempunyai ilmu ghaib ala-ala orang minyak yang boleh menghaibkan diri bila diburu? Ataupun polis sengaja tidak mahu memberkasnya kerana ia tidak membahaya rakyat dan negara kerana kesalahannya tidak bersifat jenayah sivil? Yang pastinya jika Majlis Agama Terengganu yang dilihat bertanggungjawab atas kegiatan ayah Pin meminta bantuan polis dan polis pula gagal ia adalah kelemahan polis negara ini.

Selain ayah Pin banyak pelaku jenayah yang dikenal pasti dan diburu gagal dicekup.
Begitu juga sehingga hari ini polis gagal untuk memberkaskan Hilmi Malik. Waran tangkap telah pun dikeluarkan. Dan polis telah pun memberi tempoh tertetu, namun Hlimi Malik juga tidak tampil untuk membantu siasatan polis. Sekiranya benar pangghilan telefon yang pernah saya terima di suatu pagi dari Hilmi, buruan polis itu kini berada di Indonesia.

Sebab Hilmi memaklumkan yang beliau berada di negara jiran itu.
Dua buruan polis terlepas dan masih bebas. Kini polis Terengganu katanya memberi tempoh tiga hari kepada orang bernama Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bekas setiausaha politik Idris Jusoh untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung penghantaran SMS berbentuk ugutan.

SMS itu diterima oleh tiga orang Adun UBN Terengganu menjelang sidang DUN negeri itu baru-baru ini. Gara-gara SMS ugutan itu menyebab tujuh Adun UBN yang lain juga boikot sidang Dewan kononnya takut dibunuh ekoran SMS itu. Menurut Timbalan Ketua Polis Ternegganu, bernama Hamzah Mohd Jamil, sekiranya Ahmad Razmi gagal berbuat demikian polis akan mendapatkan waran tangkap.

Persoalan kini kenapa polis memburu bekas setiuasaha politik Idris Jusoh itu. Apakah beliau terlibat dengan ugutan menerusi SMS itu? Nampaknya begitulah.

Kalau Dr Ahmad Ramzi tidak terlibat untuk apa siasatan dilakukan kepadanya dan untuk apa beliau perlu lari dari disiasat polis?
Sebelum ini heboh dikatakan pegawai MB Terengganu, Ahmad Said sendiri yang hantar SMS berkenaan. Bagaimana pun setelah disiasat dan tangkapan ke atas seorang lelaki di Bangi ternyata dakwaan itu palsu. Sebaliknya ada tanda-tanda lain ditemui di sebalik penghantaran SMS berkenaan.

Apakah apabila polis ingin batuan daripada Dr Ahmad Razmi menunjukkan beliau ada maklumat mengenai pengiriman SMS itu?
Isu ugutan menerusi SMS menjadi perhatian di Terengganu. Semoga orang yang disyaiki dapat membantu siasatan itu tampil segera ke depan. Dalam hal ini sudah pasti kalau bekas setiausaha politik Idris Jusoh itu beri kerjasama kes SMS ugutan itu akan dapat diselesaikan.

Dalam hal ini mungkin ada baiknya juga kalau Idris Jusoh mengambil galang ganti atau membantu polis mengesankan di mana bekas setiausaha itu berada atau berlindung. Kerjasama daripada Idris akan mempercepatkan penyelesaian perbalahan politik di Terengganu.


Walaupun ia tidak ada kena mengena dengan Idris, tetapi sebagai bekas borohnya tentu Idris tahu setidak-tidaknya di mana rumah Dr Ahmad Ramzi. Harapan selebihnya kepada polis Terengganu. Jangan pula cerita memburu Dr Ahmad Ramzi ini macam cerita memburu ayah Pin atau Hilmi Malik.

Sekiranya polis memerlukan bantuan interpol untuk menyelesaikan masalah, kenapa tidak boleh dilakukan.
Kesejahteraan rakyat dan wakil rakyat hendaklah diutamakan.

[wm.kl. 8:00 pm 08/05/09]

Thursday, May 7, 2009

SMS UGUT BUNUH - WUJUD KONSPIRASI?

Saya percaya semua pihak menunggu laporan siasatan polis mengenai sms ugutan bunuh yang menjadi perbincangan bukan sahaja di Terengganu tetapi seluruh negara.

Lagi cepat siasatan selesai lagi banyak. Ia akan ‘membunuh’ segala perbincangan dan kata-kata kononnya ada ‘permainan tertentu’ antara pihak-pihak tertentu.

Yang dituduh – orang kanan Menteri Besar – sukar untuk menghapuskan imej berkenaan dan kalaupun penghantar sebenar sms didakwa, damage has been done dan orang yang difitnah itu akan merasai kesannya pada tempoh yang lama.

Selepas hampir dua minggu, kita menunggu dengan sabar hasil siasatan polis dan katanya polis masih mencari seseorang.

Orang yang dicari ini khabarnya sudah ‘menghilang’ dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh penting di Terengganu.

Khabarnya kes ugutan sms ini bukan lagi menjadi kes polis di Kuala Terengganu tetapi sudah sampai ke Bukit Aman.

Namun pertanyaan ialah apa hasil siasatan?

Bagaimanapun, dalam kita menunggu hasil siasatan, melalui sebuah blog, ada tulisan berbunyi:
“...saya hairan kenapa orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan...Apakah ini satu konspirasi.

Ada mencemarkan imej kami dengan mengatakan bahawa kami dayus dan berpakat atau merancang sms tersebut. Kenapa tinggal dan berlegar dihotel tidak takut tetapi hadir ke sidang dewan tidak berani? Jawabannya kerana suspek utama kes ini masih berlegar di dewan.”

Saya tidak dapat membaca isi hati pemillik blog berkenaan apabila beliau menimbulkan soal konspirasi ini namun, elok juga kalau dirujuk kepada tiga kenyataan atau bukti melalui tiga laporan akhbar daripada tiga akhbar berlainan seperti berikut:

1. Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

2. Laporan Sinar Harian (23 April 2009): Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

3 . Laporan Utusan Malaysia (23 April 2009): ): Ketua Polis Neger, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa lelaki berusia 31 tahun itu tiada kaitan dengan Pejabat Menteri Besar seperti yang didakwa sebelum ini; dan

4. Laporan Berita Harian Online (24 April 2009) bertajuk “Ramai lagi ditahan” melaporkan “Sumber memberitahu, kerani berkenaan ada kaitan dengan 10 ADUN yang memulaukan hari kedua siding Dewan Undangan Negeri pada 14 April lalu.”

Apapun, mengikut prinsip perundangan, fitnah tetap fitnah (saya maksudkan kata-kata dan tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang yang ternyata tidak melakukan sesuatu perbuatan yang dikaitkan),sekiranya apa yang dilaporkan atau dikatakan pemfitnah itu terbukti fitnah.
Sekirabnya pemfitnash menggunakan alasan tidak tahu, ia tetap fitnah, cumanya ia adalah berbentuk defence semata-mata, yang mungkin boleh mengurangkann hukuman.

Tidak apalah kalau benar jawapan kononnya ‘sebab atau punca 10 ADUN tinggal atau berlegar di hotel – memulaukan sidang DUN – kerana suspek utama kes ini masih berlegar di dewan.’
Lantas timbul pertanyaan. Siapa suspek utama kes ini kepada kumpulan 10 ADUN berkenaan. Siapa pula suspek utama bagi pihak polis?

Apakah suspek utama bagi 10 ADUN ialah ‘penghantar’ sms berkenaan ialah orang yang bernombor telefon 019-9158369 atau lebih tepat Wan Ahamad Wan Muda?

Persoalannya, kenapa pula Wan Ahamad tidak ‘ditahan polis’ dan seorang kerani syarikat swasta yang dicekup polis untuk siasatan dan kini dibebaskan?

Persoalan juga, kenapa polis mencari suspek lain dan suspek berkenaan kini ‘menghilangkan diri?”

Lebih menghairankan kenapa blog berkenaan menimbulkan pertanyaan: “..saya hairan kenapa orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan...Apakah ini satu konspirasi.”

Apa yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan?”

Pertanyaan selanjutnya ialah:
1. Siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungjawab’ tetapi masih bebas?

2. Apakah pihak polis ‘tidak cekap’ atau tidak pandai dalam menjalankan tugasnya sehinggakan ‘orang yang bertanggung jawab’ masih bebas?

3. Apakah pemilik blog berkenaan tidak percaya atau ragu-ragu dengan tugas dan penyiasatan polis?

4. Atau lebih jauh – pemilik blog berkenaan mempersoalkan polis sebagai pihak yang cuba melindungi ‘suspek’?

Lalu, selepas memperkatakan empat persoalan di atas, bolehlah kita beralih kepada perkara ‘konspirasi’. Siapa berkonspirasi?

Saya tidak mahu ulas lanjut tetapi sekadar mengemukakan beberapa persoalan:
1. Siapa berkonspirasi siapa? Apakah melalui sms ugut bunuh itu, pegawai sekeliling Menteri Besar berkonspirasi mahu ‘mengenakan’ penentang Datuk Ahmad Said?

2. Apakah melalui sms ugut bunuh itu, pegawai Menteri Besar mampu mencipta isu untuk mengukuhkan kedudukan Datuk Ahmad Said?

3. Apakah pegawai Menteri Besar berkonspirasi dengan polis untuk ‘mengenakan’ 10 ADUN yang sebelumnya dikatakan akan membawa undi tidak percaya pada persidangan DUN?

4. Apakah pemilik blog berkenaan mempersoal atau menganggap ada ‘permainan’ antara pegawai Menteri Besar dengan polis?

Apapun, rasanya elok kalau kita serahkan semua perkara ini kepada polis. Jawapan atau buktinya akan terserlah juga akhirnya apabila polis menamatkan siasatannya.

Kecuali kalau kita terus mempersoalkan kredibiliti polis, kita akan kemukakan pula teori lain dan kata-kata bahawa memang wujud konspirasi - tiada siapa boleh menghentikannya.

Hanya hasil siasatan polis dan minda dan mulut orang yang menganggapnya satu konspirasi terpaksa menutupnya sendiri selepas mengetahui bahawa yang melakukan perbuatan menghantar sms itu rupa-rupanya mungkin dari ‘kandang sendiri’.

Sunday, May 3, 2009

SEGERA DAKWA PENGHANTAR SMS UGUT BUNUH

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu memohon pihak Polis Di Raja Malaysia
( PDRM ) supaya dengan segera menahan dan mendakwa individu yang terbabit dalam kes ugutan bunuh melalui Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) terhadap tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) UMNO / BN .

Seharusnya suara daripada Pemuda UMNO Terengganu juga patut kedengaran kerana kes ugut itu menyebabkan ‘berkocaknya politik Terengganu” walaupun sementara.

Selain laporan polis terhadap sebuah blog, nampaknya Pemuda UMNO Terengganu seakan membisu dan ‘keliru’ dengan kejadian yang menimpa.

Menurut sebuah laman web dengan posting bertajuk “Kes Ugut Bunuh Melalui SMS - Polis Diminta Percepatkan Siasatan”, hari ini, “Rakyat Terengganu masih menunggu-nunggu keputusan hasil siasatan tindakan jenayah tersebut”.

AMK hairan mengapa kes SMS ugut bunuh yang berlaku lebih dua minggu lalu tidak dapat diselesaikan dengan segara.

“PDRM memiliki teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih, boleh menyiasat kes-kes melibatkan teknologi maklumat seperti blog dan email, “ katanya.

Laporan yang memetik Ketua AMK, Fariz Musa hari ini, berkata, “Dalam kes penghinaan terhadap Sultan Perak melalui laman web baru-baru ini PDRM boleh menyelesaikannya dengan cepat dan segera, takkan kes SMS lambat,”.

Beliau menganggap kes ugut tersebut adalah sangat serius dan memohon pihak PDRM bertindak profesional dalam melakukan penyiasatan dan tidak terpengaruh dalam permainan politik mana-mana pihak.

Justeru sepatutnya SMS ugut bunuh itu, katanya, boleh dikesan dengan melihat rekod penghantaran SMS tersebut melalui pusat SMS.

Katanya, walaupun mungkin kes dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi yang melibatkan individu-individu penting dalam UMNO / BN Negeri Terengganu, beliau memohon agar PDRM bertindak telus dan profesional tanpa dipengaruhi dan campurtangan politik mana-mana pihak.

“Baru-baru ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan kepada umum penahanan seorang kerani syarikat swasta untuk membantu penyiasatan, difahamkan bahawa kerani syarikat swasta tersebut telah pun dibebaskan,”ujarnya

Beliau yakin dan percaya terdapat "dalang utama" disebalik penghantaran SMS berbentuk ugutan bunuh itu.

Katanya beliau turut yakin individu tersebut sudah pasti sedar bahawa tindakan beliau adalah berisiko tinggi , boleh dikesan , serius dan akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Dengan keadaan begitu, saya berpendapat, individu tersebut tidak akan berani bertindak sedemikian, tanpa diarah dan dijanjikan dengan jaminan keselamatan beliau,”katanya yang ditemui Buletinonline samalam.

Menurutnya, PDRM yang mempunyai kecekapan dan kehebatan serta mempunyai teknologi yang canggih sepatutnya berupaya menyelesaikan kes tersebut dengan segera.

Wednesday, April 29, 2009

10 ADUN PATUT LETAK JAWATAN?

Rakan lama saya, Zabidi Saidi (bekas Editor Watan (baru),menulis melalui bloknya, Memo Belakang bahawa Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN.

Sejauh mana berita yang dibawa Zabidi ini benar, tidaklah diketahui kerana dua pegawai polis Terengganu menafikan bahawa polis memburu Dr Ramzi.

Kata Zabibi: “Jika benar Dr. Ramzi terlibat, maka 10 ADUN ini perlu letak jawatan kerana mereka tidak ada niat lain selain memalukan kerajaan BN sendiri.”

“ Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius. Inilah ujian pertama bagi Hishamuddin (Hussein) sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Semoga beliau dapat mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS? Janganlah dalam sejarah nanti, nama anda disebut sebagai pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ketika BN Terengganu tumbang pada pilihanraya umum 2012,” kata Zabidi.

Beliau berkata , Khamis lepas beliau bertemu dengan seorang G7 dari Hulu Terengganu di The Mall dan beliau memberitahu “Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN. Sabtu lalu polis mengesahkan sedang mencari Dr. Ramzi.”

Zabidi membuat andaian: “Maknanya hebat juga puak Idris mahu memalukan Ahmad Said terpaksa mencipta sms ugutan sendiri, sehingga tujuh orang yang tidak menerima ugutan pun tidak menhadiri sidang Dewan Undangan negeri.”

Kedua-duanya dilaporkan oleh Berita Harian. Laporan pertama pada Ahad yang metik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata beliau keliru dan terkejut apabila beberapa akhbar melaporkan polis mencari Ahmad Ramzi kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

Laporan keesokan harinya yang memetik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, sekali lagi menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Dr Ahmad Ramzi, bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, polis negeri kesal dengan tindakan beberapa akhbar yang menyiarkan laporan itu.
Sehari sebelum itu, bukan sahaja akhbar malah BERNAMA (Berita Nasional Malaysia), saya ulangi, BERNAMA melaporkan:

Kita tidak pasti kenapa polis menafikannya kerana laporan menganggu siasatan atau memang Dr Ramzi tidak terbabit.

Menghairankan Dr Ramzi tidak diketahui di mana beliau berada dan telefonnya juga tidak berjawab.

Baru-baru ini, Polis Terengganu yakin membuat beberapa tangkapan termasuk perancang utama kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugut bunuh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri ini dalam tempoh seminggu lagi.

Mohd Fauzi, berkata polis sudah mengenal pasti perancang utama kes itu dan gerakan mencarinya giat dilakukan.

Katanya, polis ke rumah perancang utama itu di Marang tetapi gagal menemuinya. Polis percayai lelaki berusia 40-an itu meninggalkan negeri ini dan berada di tempat lain," katanya,
Mohd Fauzi berkata, polis percaya lelaki itu masih dalam negara ini dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan.

Perancang utama SMS ugut bunuh itu dikesan apabila polis menahan kerani berusia 31 tahun yang bekerja dengan syarikat teknologi maklumat di Bandar Baru Bangi, Selangor, pada jam 9.30 malam Isnin minggu lalu.

Bagaimanapun lelaki itu sudah dibebaskan selepas ditahan reman seminggu.

PERKEMBANGAN TERBARU ‘SMS UGUT BUNUH’

Untuk ketahui perkembangan terbaru mengenai sms ugut wakil rakyat, ikuti tulisan Mohd Sayuti Omar melalui blognya MSOMerahTinta (www.msomelayu.blogspot.com)
Pengirim SMS Ugut Wakil Rakyat Berlindung di Bukit Keluang?


Tuesday, April 28, 2009 SEHINGGA kini tidak diketahui bagaimana kesudahan mengenai kejadian beberapa orang Adun UBN Terengganu yang diugut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) menjelang sidang DUN Trengganu dua minggu lalu.

Semalam katanya polis telah pun membebaskan seorang lelaki yang disyaki terlibat mengirimkan SMS berunsur jenayah itu selepas direman beberapa hari.
Apakah polis sudah selesai mengadakan siasatan dan segala punca dan permasalahannya sudah diketahui? Apakah lelaki yang direman itu terlibat atau pun ada dalang lain yang menyuruh dan mengupah lelaki yang direman itu melakukan perbuatan berunsur jenayah itu?

Persoalan ini perlu dijawab dan dihuraikan segera.
Siapakah lelaki yang direman itu? Menurut laporan awal dia juga seorang blogger yang banyak menulis cerita-cerita politik dari Terengganu. Mulanya saya ingat Mubin blogger "Jarang Anak Melayu" atau Zabidi Saidi blogger "Memobelakang", sebab mereka anak Terengganu yang rajin menulis dan mendedahkan kebusukan penyu-penyu mati dan cerita birai-birai pantai Terenganu yang penuh dengan sampah dan berbau hampak. Tidak mereka rupa-rupanya tetapi orang lain. Identiti lelaki yang ditangkap itu tidak jelas dan pejabatnya juga kabur.

Kebetulan kelamrin sambil minum di sebuah restoran di sebuah pusat membeli belah saya berjumpa dengan seorang yang arif mengenai politik Terengganu dan mendakwa mengetahui cerita dalam kilas politik negeri Tok Ku Paloh tersebut.
Sumber ini juga rapat dengan Umno dan kenal semua orang besar dan orang kecil dalam Umno baik di Kuala Lumpur maupun di Kuala Terengganu. Ada cerita mengejutkan saya yang terkeluar dari mulut kawan ini.

Menurutnya rupa-rupa lelaki yang direman itu bekerja di ibu Pejabat Umno. Dia bekerja dengan salah seorang pegawai di situ?
Duk... duk hati saya bergeduk mendengar cerita ini. Apakah kisah SMS yang berlaku di Terengganu itu dimonitorkan dari ibu pejabat Umno?

Kalau benar begitu kenapa pulak ianya jadi begitu. Apa yang tidak kena dengan Ibu pejabat Umno dengan Ahmad Said di Terengganu. Apakah ibu pejabat Umno sendiri ada peranan untuk menghuruharakan Umno Terengganu? Untuk apa?
Al Kisah berbalik kepada seorang pegawai bekas Menteri Besar yang kini dikatakan sedang diburu polis. Apakah ianya sudah menyerah diri ataupun sudah ditangkap? Mulanya berbelit sedikit cerita ini.

Ada laporan dalam akhbar mengatakan polis tidak mencari bekas setiausaha kepada bekas MB ini. Tetapi kalaulah benar dia tidak dikehedaki kenapa menyembunyikan diri?
Selalunya orang yang berani lagi benar akan tampil ke hadapan dengan penuh bertanggungjawab. Dia akan pergi sendiri ke balai polis atau ke pejabat akhbar bagi menjelaskan dan membersih dirinya. Tetapi lain hal pula dengan yang seorang ini! Manakala dari satu sumber di Besut Terengganu katanya orang ini kelihatan pernah muncul berdekatan dengan Bukit Keluang.

Apakah dia berkelah atau berihat di situ ataupun buat apa? Bukit Keluang terletak dalam kawasan Besut. Ketua Umno Besut ialah Idris Jusoh. Apakah orang berkenaan sedang mencari suaka politik di Besut? Masakan sampai begitu sekali.
Elok juga kalau polis hantar anggotanya meninjau di sekitar Bukit Keluang. Cuba jenguk dalam gua di bukit itu takut-takut orang berkenaan ada menyorot di dalam gua itu. Jangan rasa hairan dan anih, orang takut akan baut apa saja termasuk menyamar dan memperalatkan orang lain. Apa lagi orang politik mereka boleh lakukan apa saja.Mungkin kalau sudah terlalu takut mereka tidak peduli lagi kepada keluang atau tahi keluang yang memenuhi gua berkenaan.

Semoga polis akan menyelesaikan kes SMS ugut itu kerana kesian juga kepada Rosol Wahid dan kawan-kawannya, gara-gara SMS itu menyebabkan mereka mungkin takut untuk melaram di waktu malam kerana bimbang nyawanya terancam. [wm.kl. 11:30 pm 28/04/09] Elok juga kalau polis hantar anggotanya meninjau di sekitar Bukit Keluang.