Wednesday, March 23, 2011

ANWAR - PENAFIAN, LAPORAN POLIS & KONSPIRASI MENJATUHKANNYA...

Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tidak sewajarnya dituduh melulu. Integriti polis perlu dipertahankan. Apakah Menteri berkenaan dan Ketua Polis Negara sanggup membiarkan integriti dan reputasi mereka diperlekeh sedemikian rupa?


Wartawan dan jurugambar menyerbu Anwar Ibrahim selepas selesai membuatlaporan polis berkenaan kes video seks di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Kelmarin menafikan dan semalam membuat laporan polis!

Itulah tindakan ‘pantas’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki ‘buncit’.

Namun jika dibaca laporan kenyataan Anwar selepas membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi semalam, ada beberapa perkara yang menarik untuk direnungi bersama.

Pertama, Anwar membuat laporan polis mendakwan dirinya ‘dibabitkan’ dalam video adegan seks dengan pelacur di sebuah hotel;

Kedua, Anwar mendakwa polis turut bersekongkol dalam konspirasi video lucah itu;

Ketiga, Anwar mengatakan video adegan seks adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotifkan politik keatas perwatakan serta reputasi beliau serta keluarga;

Keempat, tindakan Datuk T berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat;

Kelima, ia juga adalah satu percubaan untuk memaksa beliau keluar daripada politik nasional; dan,

Akhir sekali, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menuding jari kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sebagai dalang kepada pendedahan berkenaan.


Baca betul-betul dan renungi kenyataan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berusia 64 tahun dan Wan Azizah.

Anwar mendakwa beliau yang ditemani isterinya serta empat pengawal peribadi pada pukul 10.40 pagi, membuat laporan polis itu supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan bagi membela dirinya.

Turut menemani Anwar dan Azizah ketika membuat laporan ialah Peguam, N. Surendran, Latheefa Koya dan R. Sivarasa.

Menjawab kepada apa yang diperkatakan Anwar, mungkin perkara berikut boleh dibaca dan dilihat semula.

Sebelum itu, apakah Anwar dan Wan Azizah sudah melihat video berkenaan? Kalau beliau melihatnya, jika bukan dirinya, kenapa beliau seperti resah, panik dan meracau?

Malah tanpa merujuk kepada Anwar dan Wan Azizah, Datuk T berkata kelmarin, beliau akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam tempoh seminggu jika pasangan berkenaan tidak melepaskan jawatan sebagai pemimpin politik.

Mana ada nama Anwar dan Wan Azizah disebut?

Selain itu, ada beberapa persoalan lain untuk Anwar dan Wan Azizah:

Pertama, tiada siapa mengatakan dan sahih, Anwar adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu? Mungkin ada beberapa orang bekas kenalan Anwar seperti Datuk Zaid Ibrahim membuat dakwaan seperti itu. Tetapi kan Anwar sendiri kelmarin mengatakan beliau bukan ‘lelaki buncit’ yang dalam video berkenaan.

Kedua, mendakwa polis bersekongkol adalah perbuatan double standard Anwar apabila beliau mahukan siasatan dilakukan. Siapa yang akan menyiasat? Bukankah polis? Anwar jelas klu-klek di sini kerana dia mengharapkan orang yang dituduhnya bersekongkol untuk menyiasat kesnya;

Ketiga, video seks adalah pendedahan sahaja – belum pasti siapa lelaki yang melanggan pelacur dan tidak ada kena mengena dengan perbuatan untuk mengaibkan, melampau dan bermotifkan politik. Jika Anwar tidak melakukannya, kenapa pula mesti perwatakan serta reputasi beliau serta keluarga terjejas?

Keempat, dakwaan dan kata-kata berulang kali oleh Anwar bahawa ada percubaan untuk memaksa beliau keluar daripada politik nasional, bukan dalam kes ini sahaja. Ia pernah disuarakan Anwar sebelum ini. Bermakna bahawa Anwar semakin bimbang beliau akan ‘terpelanting’ daripada politik nasional dan menjadi Perdana Menteri. Jika tiada apa dilakukannya, kenapa takut? Malah beliau akan lebih mendapat sokongan jika benar beliau tidak ‘melanggan pelacur’ seperti dalam video berkenaan;

Kelima, bukan mudah untuk berkonspirasi menjatuhkan beliau sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat. Dengan tayangan video aksi seks jika tidak kena pada batang tubuhnya, Anwar tidak boleh diapa-apakan, termasuk kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang. Kenapa Anwar begitu sekali bimbang?

Dan dakwaan Dr. Wan Azizah bahawa Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sebagai dalang kepada pendedahan berkenaan amat serius.
Kita mahu melihat apa tindakan Menteri dan Ketua Polis Negara akibat kenyataan Wan Azizah ini.

Pada ketika polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar berkenaan klip video aksi seks mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah, Wan Azizah juga perlu disiasat kerana tuduhan berat itu.

Menteri dan Ketua Polis Negara tidak sewajarnya dituduh melulu dan kenyataan Anwar yang mengatakan pihak tertentu berkonspirasi juga perlu disiasat.

Integriti polis perlu dipertahankan, Membiarkan tuduhan melulu akan merosakkan reputasi polis.

Apakah Menteri berkenaan dan Ketua Polis Negara sanggup membiarkan integriti dan reputasi mereka diperlekeh sedemikian rupa?

INTEGRITI ANWAR - ZAID MINTA PAS, DAP TINGGALKAN PAKATAN PEMBANGKANG

Semalam, seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan dengan isu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Zaid Ibrahim berkata, sewajarnya hubungan itu perlu dikaji semula kerana sudah terlalu banyak isu integriti membabitkan Ketua Umum PKR itu dipertikaikan termasuk isu video lucah itu.

"Sepatutnya PAS kaji lama dah (hubungan dengan PKR). Ini membabitkan soal integriti dan kewibawaan pemimpin yang bukan sahaja kepada parti pembangkang tetapi juga kepada pemimpin BN.

"Banyak masa negara kini bertumpu kepada soal integriti Anwar. Patut fikir hal rakyat dan satu penyelesaian perlu dikaji dan diambil," katanya kepada pemberita selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di Kora Baharu, semalam.

Bernama yang memetik Zaid yang juga Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu memberikan keterangan kepada polis bersabit laporan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Sabtu lalu, Zaid membuat laporan polis terhadap Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya bersabit isu asid deoksiribonukleik (DNA) membabitkan Anwar.

Mengulas lanjut, Zaid berkata Anwar perlu berundur daripada jawatannya jika benar terbabit dalam video tersebut.

"Saya belum lihat video berkenaan dan kalau sudah lihat nanti boleh saya beri komen dan kalau benar terbabit kenalah berundur," katanya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa hairan pemimpin PKR itu termasuk pemimpin parti itu yang lain memberikan pelbagai alasan menafikan terbabit tuduhan tersebut tanpa melihat terlebih dahulu video berkenaan.

"Saya hairan juga bagi pelbagai komen dan apakah mereka sudah lihat video itu," soal Zaid.

Bagaimanapun Zaid meminta pemimpin PKR tidak menyalahkan pihak lain yang kononnya terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

INJIL BAHASA MELAYU - KERAJAAN BERLEMBUT DENGAN HANYA COP 'UNTUK KRISTIAN'

Hanya cap “Untuk Kristian” (For Christianity) yang perlu diletakkan pada Kitab Injil Berbahasa Melayu berbanding tag dan nombor siri sebelum ini.

Alkitab hanya akan dicap dengan tulisan “Untuk Kristian” menggunakan warna yang jelas berhuruf Arial saiz 16 dan tiada perkataan lain atau nombor siri akan dicap ada kitab Injil.

Selain itu, bagi memastikan tiada masalah pelaksanaan oleh kakitangan agensi-agensi awam, kerajaan akan memastikan satu garis panduan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dikeluarkan mengenainya.

Sah sudah, walau ada kritikan atau pandangan bahawa kitab Injil Bahasa Melayu mungkin akan ‘menyesatkan’ sesetengah anak muda Islam tetapi itulah keputusan dan dasar kerajaan mengenai perkara itu setakat ini.

Kita menunggu pandangan mereka yang mahir mengenai Islam terhadap keputusan ini kerana amat jelas Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din sudah ‘kalah’ dalam perjuangannya mengenai perkara ini.

Sebelum ini, Harun Din pernah mengemukakan soalan apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini? Adakah kita hendak lihat anak muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka?

Harun Din sebelum ini turut menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS yang ‘bagaikan bersetuju’ dengan penyebaran bebas Kitab Injil Bahasa Melayu itu tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.

Apa pun bagi kerajaan, cara ini dianggap terbaik untuk mengelakkan kontroversi berterusan mengenai dua syarat pelepasan kesemua 35,100 naskhah Alkitab yang ditahan Kementerian Dalam Negeri.

Daripada 35,100 naskhah yang ditahan itu, 30,000 tersadai di Pelabuhan Kuching manakala bakinya di Pelabuhan Klang.

Pengumuman mengenai keputusan mewajibkan cap itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam.

Menurut laporan Bernama: “Kerajaan ingin menekankan bahawa sejak 15 Mac lalu, ia telah memberi arahan untuk melepaskan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Kuching. Bagaimanapun, sehingga hari ini kumpulan Kristian yang mengimport kitab Injil belum mengambilnya kerana mereka tidak mahu menerima tag dan nombor siri pada kitab Injil.”

Idris berkata, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein mengatakan bahawa tindakan mengenakan cap dan nombor siri adalah protokol standard, sebagai contoh naskhah al-Quran yang diimport ke negara ini juga diperiksa sebagai naskhah sahih dan dikenakan cap dengan nombor siri sebelum boleh dilepaskan.

Katanya, naskhah al-Quran yang tidak dibenarkan ditahan dan dimusnahkan.
“Tindakan mengenakan cap dan nombor siri pada kitab Injil Bahasa Malaysia tidak harus dianggap sebagai menghina kitab suci,” katanya lagi.

Banyak pihak melihat keputusan menerima desakan agar tidak mengenakan sebarang syarat - jika tidak enggan menerima buku suci penganut Kristian dalam Bahasa Malaysia itu – sebagai cara terakhir mengatasi isu berkenaan.

Menariknya, langkah itu diumumkan sehari selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10. Tarikh pilihan raya akan diumumkan hari ini.

Minggu lalu, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menegaskan pihaknya tidak akan mengambil Alkitab atas alasan kedua-dua syarat tersebut menghina agama mereka.

Sebaliknya, CFM menggesa Putrajaya dengan segera menggugurkan dua syarat dikenakan Kementerian Dalam Negeri yang membolehkan Alkitab, yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching, dilepaskan.

CFM sebelum ini mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengambil keputusan untuk mengecap naskhah Alkitab di Pelabuhan Klang dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”, yang menurut Hishammuddin dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tanpa sebarang niat untuk mencacatkan kitab suci kristian itu.

Yang pasti, satu jawatankuasa Kabinet khas berhubung isu semasa ini, yang terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi perpaduan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bagi hal ehwal agama) dan Idris sendiri serta Peguam Negara telah mengadakan pertemuan Khamis lalu untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Pertemuan susulan turut diadakan antara beliau dan Peguam Negara dengan wakil-wakil dari CFM, Majlis Gereja Malaysia dan beberapa kumpulan Kristian dengan penasihat perundangan mereka.

“Pada pertemuan ini, saya dan Peguam Negara membentangkan bagi pihak kerajaan apa yang kami percaya sebagai penyelesaian yang dapat diadakan melibatkan semua pihak. Untuk menunjukkan komitmen kerajaan menyelesaikan isu ini dengan baik, kerajaan telah menerima satu tawaran daripada penderma-penderma Kristian yang bersedia untuk membayar kos bagi kesemua kitab Injil, yang telah pun dicap dan diberikan nombor siri.

“Kitab-kitab Injil ini boleh dilepaskan di negeri masing-masing semasa, sama ada dengan cap dan nombor siri, atau diletakkan pelekat tertera perkataan ‘Untuk Kristian’ bagi menutup cap dan nombor siri yang sudah dikeluarkan sebelum ini,” kata Idris sambil menambah, pilihan terletak pada pengimportnya.

Sekiranya mereka tidak mahu menerima bekalan sedia ada itu, penderma-penderma terbabit akan membayar kos penuh untuk mendapatkan naskhah Alkitab baru yang tertera perkataan “Untuk Kristian”, yang dicetak di lokasi ia diterbitkan atau dicap oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching.

Idris menambah, kumpulan masyarakat Kristian memohon diberikan masa untuk membincangkan penyelesaian dan akan dimaklumkan kepada kerajaan dalam waktu terdekat.

Apa yang pasti, Perdana Menteri dan jawatankuasa khas Kabinet dalam usaha menyelesaikan masalah itu memberi amanah kepada Peguam Negara dan Idris untuk menyampaikan penyelesaian yang disyorkan oleh kerajaan kepada kumpulan Kristian.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu menerangkan, kerajaan mahu isu tersebut diselesaikan secepat mungkin tanpa memihak mana-mana pihak selari dengan semangat 1 Malaysia.

Monday, March 21, 2011

SIAPA 'LELAKI BUNCIT' DALAM RAKAMAN AKSI SEKS DENGAN PELACUR?

Anwar dan Wan Azizah pada sidang media menafikan sebagai lelaki yang terbabit dalam adegan seks dengan pelacur. - Gambar Malaysiskini.

Siapa pasangan pembangkang yang dimaksudkan Datuk T?

Adakah Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor? Tidak mungkin kerana Rosmah bukan ahli politik? Najib tidak buncit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang? Hadi mungkin buncit sikit je. Oh tidak sekali-kali kerana kalau pun Hadi ada dua isteri atau mungkiin sudah tiga, tidak mungkin kerana isteri Hadi bukan orang politik.

Lim Guan Eng? Jauh sekali kerana dia ok perutnya kempis dan isterinya tidak lagi aktif berpolitik.

Yang ada hanya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim dan isterinya sebagai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar kata dia tidak buncit dan inipun tidak mungkin sebab mereka berdua hadir pada sidang media petang ini menafikan perkara itu.

Cuma kenapa Anwar terlalu cepat menafikan, Ada ke dia dituduh atau rasa tertekan?

Kalau begitu, siapa ye lelaku buncit tu?

Anehnya, individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dan menganjurkan tayangan video seks kepada media hari ini, menuntut pemimpin utama pembangkang dan isterinya berundur dari politik. Dia ni bagaikan yakin siapa mereka!

Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman [sic], saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar foensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.

“Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk menentukannya
.”
Demikian kata beliau yang dipetik Malaysiakini. Malah, portal berita itu menghubungi dan menghantar SMS kepada pasangan itu dan juga peguam mereka tidak berbalas.

Anwar hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Pada ketika video dikatakan dirakamkam, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Anwar mengatakan beliau mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut. Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya. Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Datuk T sebelum itu mendakwa beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.

Datuk T mendakwa hotel itu menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.

“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wajar di belakang meja solek. Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.

“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman [sic] (ahli politi itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata Datuk T.

Rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut Datuk T, salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, “bagi menentukan sama ada individu itu adalah ...(nama dirahsiakan)”.

“Jika ia benar.... (pasangan itu) mesti berundur dari politik,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai 'The Insider' yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu.

Hmm...kalau pun tidak ada lelaki buncit mengaku, seminggu lagi kita akan dapat tahu juga identiti yang dikertahui Datuk T dan yang Anwar anggapnya sebagai 'LELAKI BUNCIT'.

Interesting ni....tidak sabar tunggu seminggu.

Video Aksi Seks - Datuk T Dakwa Pemimpin Pembangkang Terbabit

Dunia politik tanah air tengah hari ini dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota.

Rakaman bertarikh 21 Februari selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan daripada pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi ini.

Kenapa beliau tergesa-gesa membuat penafian tidaklah diketahui!

Bagaimanapun, sehingga jam 7.30 petang ini media perdana seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Bernama, kecuali The Star dan mStar, tidak menyiarkan berita ‘Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?’ itu.

Portal berita Malaysiakini yang menyiarkan berita itu sejak jam 12.31 tengah hari tadi menyebut wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama. Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T. AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang tadi.

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Menurut laporan Malaysiakini, wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks. Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau memenui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku. Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T mendakwa , hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.

Sunday, March 20, 2011

MINTA SERAH DNA – KARPAL UGUT ZAID IBRAHIM?

Polis trafik sedang melancarkan lalu lintas di hadapan setesen bas Kota Bharu, sewaktu wakil dari NGO yang membuat demonstrasi aman mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi DNA, semalam (19 Mac 2011) - Gambar UTUSAN.

Dakwaan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim bahawa dia diugut Karpal Singh amat serius!

Lebih serius lagi apabila Zaid mengatakan ugutan itu mendatangkan ancaman yang sangat serisu terhadap keselamatannya.

Malah menurut Zaid, beliau kini berada dalam keadaan ketakutan.

Zaid lantas meminta polis membuat siasatan ke atas Karpal selain meminta polis melindungi keselamatannya.

Kenapa Presiden KITA itu diugut?

Ia berikutan nasihat Zaid kepada anak guam Karpal, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat.

Menurut Zaid, perbuatan mengugut adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

"Saya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ugutan Karpal Singh ini mendatangkan satu ancaman yang sangat serius ke atas keselamatan saya, sekaligus menyebabkan saya berada dalam keadaan ketakutan, sedangkan nasihat saya kepada Anwar dibuat secara baik, malah turut dibuat pelbagai pihak lain.

Zaid juga berkata Anwar tidak perlu takut jika dia tidak bersalah.

"Pemimpin seperti Anwar ini cakap bergetar (lantang), oleh itu, saya hanya cadangkan beliau tidak berselindung dari segi teknikal," katanya.

Bagi Zaid, beliau menganggap nasihatnya kepada Anwar dibuat secara baik, malah turut dibuat pelbagai pihak lain.

Berikutan itu Zaid membuat laporan polis dan diiringi beberapa penyokongnya, ke Balai Polis Kota Baharu pada 9.36 pagi semalam.

Zaid dakwa, laporan polis dibuat berikutan ugutan Karpal menerusi kenyataan di beberapa portal dan akhbar iaitu Malaysiakini, Malaysian Insider dan The Star.
Hairan juga tiba-tiba Karpal mengugut orang?

Kenapa dia berani berbuat demikian atau sengaja untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap tunjuk perasaan supaya Anwar menyerahkan DNA?

Atau apakah tindakan Karpal ini sengaja dirancang sama ada oleh beliau atau juga Anwar agar beliau ‘dikecualikan’ daripada menyerahkan DNA berkenaan?

Dan pendedahan Zaid bahawa "Pemimpin seperti Anwar ini cakap bergetar (lantang), oleh itu, saya hanya cadangkan beliau tidak berselindung dari segi teknikal," menguatkan lagi keyakinan bahawa Anwar sebenarnya berusaha melalui Karpal agar beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat ‘secara teknikal’?

Sebagai peguam Zaid tahu kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan beliau tinggalkan Anwar dan PKR.

Dan sebagai peguam juga Zaid mungkin tahu apa cara untuk ‘menjamin Anwar dihukum’ dan juga apa cara untuk ‘membebaskan Anwar’.

Ternyata apabila Zaid memilih untuk meminta Anwar menyerahkan specimen DNAnya, Karpal merasa tergugat dan lantas mengugut beliau.

Apakah polis akan bertindak terhadap laporan Zaid dan mungkinkah Karpal akan dikenakan tindakan?

Wednesday, March 16, 2011

INJIL BAHASA MALAYSIA - IDRIS JALA BERTINDAK ATAS KEPUTUSAN SIAPA?

Gambar daripada Malaysiakini yang menunjukkan kitab Injil Berbahasa Malaysia.

Tidak apalah demi politik dan pilihan raya!

Mungkin ramai yang berasa lega dan gembira apabila kerajaan semalam bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Ia tidak terhad kepada penganut Kristian sahaja khususnya di Sarawak dan Sabah tetapi juga di kalangan pemimpin PAS.

Kita melihat isu ini selain isu agama juga ada kaitannya dengan pilihan raya Sarawak.

Kerana itu menurut rakan blogger, Gelombang Rakyat, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din dikatakan telah dikunjungi beberapa kumpulan Pemimpin PAS Pro Erdogan bagi memujuk beliau membuat kenyataan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu dibenarkan untuk terus beroperasi di seluruh Negara.

Ini akan memberi kelebihan politik terhadap parti tersebut terutamanya dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Sarawak.

Sebaliknya menurut blog berkenaan, Harun Din dengan nada marah memberi amaran keras terhadap pemimpin-pemimpin tersebut agar tidak menggadaikan maruah Agama Islam demi kepentingan politik sempit.

Harun Din kemudiannya bertanya kembali apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini? Adakah kita hendak lihat anak muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka?

Harun Din juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam satu kenyataan berkata, langkah kerajaan ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kitab itu mesti dicop dengan tag "Untuk Penganut Agama Kristian sahaja".

Persoalannya, siapa beri arahan supaya dibenarkan sedemikian?

Ia pastinya bukan keputusan Kabinet kerana mesyuarat berkenaan pada Rabu minggu lalu tidak menyebut pun perkara ini. Sementara mesyuarat Kabinet minggu ini hanya akan bermesyuarat hari ini.

Jadi, semalam Idris bertindak atas arahan siapa?

Menurut Idris: "Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya.".

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan mengangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah "Allah". "Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut," katanya.

Itu alasan diberikan oleh Idris sedangkan Jumaat lalu (11 Mac 2011), Malaysiakini melaporkan, Kementerian Dalam Negeri berpandangan, salinan kitab Injil yang dicetak di Indonesia tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia kerana keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri lebih suku abad yang lalu, kata Kementerian Dalam Negeri.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks aL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata kabinet pada Mei 1986 mengeluarkan arahan mengharamkan masyarakat bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, Solat, Kiblat dan Kaabah.

Menurut Zaitun: "Ia bukan peraturan kementerian tetapi pihak pentadbiran perlu mematuhi keputusan kabinet.”

Kabinet, katanya tidak pernah membuat keputusan atau memberi kebenaran kepada kementerian untuk tidak lagi menahan 5,000 salinan kitab Injil yang disimpan di Pelabuhan Klang sejak Mac 2009.

"Kami juga tidak boleh mengambil sebarang tindakan (untuk tidak lagi menahan kitab berkenaan) kerana perbicaraan mahkamah dengan penerbitan Katholik, Herald masih tertangguh.

"Jadi sebarang tindakan akan membawa maksud sub judice (menghina mahkamah). Kita terpaksa hanya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan,” kata Zaiton.

Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal.

Sebaliknya Idris semalam dipetik Bernama menyebut, kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan Malaysia yang berbilang-bilang kaum dan agama.

Oleh itu, katanya kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan.

Idris, yang merupakan penganut Kristian berasal dari Sarawak, juga telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak Kerajaan.
Sebelum ini, CFM mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak
"Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini.

"Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia," katanya.

Pada 9 Mac lepas, sebuah persatuan penganut kristian mendakwa Kementerian Dalam Negeri merampas kira-kira 5,000 naskhah Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang diimport dari Indonesia di Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, kementerian menafikannya sebaliknya berkata kitab berkenaan tidak menepati syarat yang ditetapkan kerajaan.

Kira-kira 30,000 naskhah kitab itu pula ditahan di Pelabuhan Kuching sejak awal tahun ini.

Dan dengan 'pembebasan' ini, pihak Kerajaan mungkin tidak terasa dibebani desakan sementara pihak yang akan bertanding pada pilihan raya Sarawak juga masing-masing turut lega kerana isu ini sedikit sebanyak sudah dineutralisekan.

Tuesday, March 15, 2011

HARAM JUDI - TUNDUKKAH NIK AZIZ KEPADA DESAKAN PKR, DAP?

Kerajaan Kelantan kini benar-benar terdesak dan kerjasama antara PAS dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini teruji dengan kes pengharaman judi di negeri itu.

Malah, kita mahu melihat bagaimana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdepan dengan desakan PKR dan DAP dalam isu ini.

Nik Aziz dikatakan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sekutunya dalam konteks mengharamkan semua judi di Kelantan.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.

Persoalannya, apakah beliau akan ‘menarik balik’ atau bertegas sebagai sifatnya sebagai Musyridul Am PAS dan selama ini menganggap hanya Kelantan negeri Islam.

Sudah pasti rakyat Malaysia – Islam dan bukan Islam – akan memerhatikan dengan mendalam dan mengambil perhatian berat sebarang keputusan Nik Aziz.

Yang nyata, hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan itu berhubung pendirian Musyridul Am PAS berkenaan yang mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu.

Nampaknya Nik Aziz sehingga ini tidak berganjak walaupun didesak sekutunya DAP dam PKR supaya menarik balik pengharaman berkenaan.

Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.

"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam.

Peliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir dan bersetuju dengan kenyataan Anwar. Turut berada di situ ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Amat jelas, kini PAS Pusat dan PAS Kelantan mempunyai pandangan berbeza mengenai pengharamkan judi ini.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya lusa (Khamis).

“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Amat jelas PKR dan DAP sedang mendesak PAS Kelantan, khususnya NIk Aziz sendiri dengan menetapkan selewat-lewatnya Khamis ini.’

Kenapa Anwar dan Kita Siang begitu terdesak mengenai isu ini hingga bagaimana memberikan kata dua kepada ‘Tok Guru’.

Kita mahu melihat reaksi PAS Kelantan dalam isu ini.

Jika Nik Aziz ‘berlembut dan membenarkan judi’ seperti loteri kebajikan, ia akan menggambarkan sikap sebenar PAS yang boleh ‘pejam mata sebelah’ dalam isu seperti ini hanya kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Tetapi apakah rakyat Islam Kelantan boleh membiarkan keadaan itu berlaku dan sanggupkah mereka berlembut?

Atau mungkin juga mereka akan mula menilai sikap sebenar Nik Aziz dan PAS Kelantan yang selama ini mendakwa mereka Islam tetapi sebenarnya hanya untuk kepentingan dan kemenangan politik semata-mata.

Sunday, March 13, 2011

LIWAT SAIFUL - ANWARKAH LELAKI 'Y' ITU?

Anwar enggan serah spesimen asid deoksiribonukleik (DNA)nya. Kenapa Ya?

Dilaporkan, disebabkan keengganan itu, malam hampir 1,000 ahli Wanita Perak mengadakan perhimpunan aman di Batu Gajah, meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyerahkan spesimen DNA beliau berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Takut kerana apa ya? Apakah beliau yang dikatakan sebagai lelaki 'Y'?

Hari ini, kira-kira 50 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi mendesak Anwar melakukan perkara serupa.

Kenapa mereka ini berminat sangat dengan spesimen DNA Anwar ini?

Kumpulan 30 NGO itu dilaporkan dilihat berkumpul di kawasan kira-kira 100 meter dari Ibu Pejabat PKR di Merchant Square kira-kira 12 tengah hari tadi sebelum berarak ke bangunan ibu pejabat itu sambil memegang sepanduk yang tertera perkataan "Kalau tak salah kenapa tak bagi sampel DNA?", "Anwar Pengecut" dan "Hanya DNA boleh tentukan siapa benar siapa salah".

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkanguntuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.

"Kita juga mendesak badan kehakiman supaya tidak "double standard" dalam isu ini. Kami rasakan bahawa keadilan tidak hanya diberikan pada Orang Kena Tuduh tetapi juga keadilan diberikan pada mangsa iaitu Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat, seks di luar tabii ini," kata seperti dipetik oleh Bernama.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, AbdullahMansor pula berkata, Anwar perlu tampil menyerahkan sampel DNA beliau jikamerasakan dirinya difitnah.

"Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau benar dia tidak bersalah, kenapa susah sangat nak bagi DNA dan lakukan sumpah laknat yang sudahpun dilakukan oleh Saiful," katanya.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, Anwar yang kononnya memperjuangkan keterbukaan, harus juga terbuka dalam menghadapi kes beliau itu.

"Kami juga mahu perbicaraan kes ini dibuat secara terbuka. Rakyat perlu tahu kebenaran sama ada beliau layak atau tidak jadi pemimpin negara," katanya.

Perbicaraan kes liwat itu kini berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Di Batu Gajah semalam, seramai 1,000 ahli Wanita UMNO Perak mahu Anwar menyerahkan profil DNA untuk melancarkan proses perundangan, sekali gus memberi penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai kes liwat dihadapinya.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman, berkata penyerahan spesimen daripada badan ketua pembangkang itu akan menamatkan sebarang spekulasi mengenai identiti sebenar profil DNA lelaki tidak dikenali dinamakan ‘Lelaki Y’ yang didedahkan pada prosiding perbicaraan kes itu sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, perhimpunan seumpama itu diteruskan ke daerah lain di seluruh Perak bagi mendapatkan suara ramai dalam mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyerahkan DNA.

“Sudah tiba masa Anwar menjelaskan perkara sebenar dengan menyerahkan spesimen badannya untuk menamatkan sebarang spekulasi yang timbul daripada kes itu.
Perjalanan proses mahkamah bukan saja membabitkan Anwar atau Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi perkara yang ingin rakyat tahu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Apabila direnung mengenai tindakan Wanita UMNO ini, persoalan ialah kenapa Anwar takut menyerahkan spesimen DNAnya?

Seharusnya Anwar yang dikenali sebagai pemimpin yang 'berani' dan bertaraf antarabanghsa, tidak takut atau curiga untuk tampil ke depan dengan secara sukarela menyerahkan spesimen DNA yang diperlukan.

Dengan cara itu beliau tidak akan dimalukan dengan demonstrasi sedemikian, juga sekali gus akan menamatkan spekulasi dan kekeliruan rakyat mengenai siapa lelaki 'Y'.

Tuesday, March 8, 2011

ANWAR LABEL DR MAHATHIR PEMBOHONG BESAR, PECAT KERANA TAKUT DICABAR

Baca dan renung apa yang diperkatakan mengenai seseorang yang dianggap 'anak emas' Tun Dr Mahathir Mohamad antara awal 1990-an hingga akhir dekad 1990-an.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pelbagai dakwaan dibuat oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir dalam buku autobiografinya yang dipasarkan bermula hari ini.

“Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider menerusi e-mel hari ini menjawab perkara-perkara disentuh bekas ketuanya itu dalam buku tersebut.

Kata Anwar (gambar), dakwaan-dakwaan yang digariskan Dr Mahathir dalam bukunya bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten telah menjawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

“Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” kata Ketua Umum PKR ini.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen juga berkata beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi “konteks” yang sebenar telah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks melibatkan empat wanita.

“Dalam konteks itu, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” kata Anwar lagi.

Dalam bukunya ini, Dr Mahathir menulis bahawa beliau memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri atas dua sebab iaitu tidak layak untuk berkhidmat dalam kerajaan dan juga untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun Anwar menegaskan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran keputusan dibuat oleh beliau selaku pemimpin nombor dua ketika itu.

“Keputusan berhubung pemecatan saya: keputusan saya agar Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan Tan Sri Eric Chia dan Perwaja,” kata Anwar.

Malah Anwar juga berkata Dr Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga Dr Mahathir.

“Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta ‘bailout’ bagi Mirzan (Mahathir),” tambah Anwar.

Dr Mahathir mendakwa Anwar telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Bekas timbalan presiden itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.

Dr Mahathir menulis bahawa mereka dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.

Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.

“Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.

Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks,” tulis Dr Mahathir.

“Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan,
” kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.

“Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian,” tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.

“Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita,” katanya.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan kes liwat kali kedua.

PAS CEPAT AMBIL IKTIBAR KEKALAHANNYA...UMNO/BN SELESA?

Rakan saya ketika sama-sama bertugas di Berita Harian sekitar 1980an dan 1990an, Shukur Harun yang kini bersama PAS membuat analisis menarik bukan untuk dibaca oleh orang PAS sahaja.

Ia menarik untuk orang UMNO, khususnya pemimpin UMNO mengenai perkara-perkara yang diperkatan oleh Shukur.

Jangan perkecilkan pendapat Shukur kerana beliau banyak pengalaman dan seorang pengkaji yang amat teliti dalam kajian dan pendapatnya.

Baca entri berikut yang disiarkan dalam Harakahdaily ini:

Shukur Harun: Iktibar dari siri kekalahan PAS

Abd Shukur Harun

Ada beberapa iktibar dari siri kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil yang lalu – yang terkini Kerdau dan Merlimau. Petunjuk dan iktibar ini sangat perlu diberikan perhatian oleh PAS di semua peringkat.

Petunjuk itu ialah:

1. Persiapan PAS di peringkat akar umbi masih lemah, masih berada di ‘zon selesa’.

2. Kerja-kerja secara ad-hock dilakukan ketika kempen.

3. Belum mampu menangkis tohmahan BN bahawa PAS menjadi alat DAP untuk melemahkan ‘kuasa’ Melayu.

4. Berkesannya kempen perkauman yang masih ditiupkan oleh BN, terutama di kawasan pedalaman.

5. Penerangan PAS di peringkat akar umbi masih lemah.

6. Belum ada keupayaan PAS mendekati dan seterusnya menawan hati pengundi, khususnya di kawasan pedalaman.

7. Kesedaran politik di kalangan kebanyakan pengundi di pedalaman masih di tahap rendah.

Adalah sangat ketara dalam siri pilihan raya kecil di mana belum ada persiapan cukup di peringkat cawangan, kawasan, bahkan peringkat negeri untuk bertanding, walaupun keghairahan untuk bertanding di kalangan ahli sangat tinggi.

Sesetengahnya pula sentiasa membina harapan tinggi kepada pertolongan para pendukung PAS dari negeri-negeri lain. Dengan itu apabila berlaku pilihanraya kecil, biasanya yang diutamakan ialah mencari tempat untuk petugas luar beroperasi.

Ini bukanlah tidak penting, tetapi yang paling utama ialah mengatur gerak kerja peringkat cawangan, UPU dan sebagainya. Kemudian barulah membuat persiapan untuk menerima petugas luar kawasan.

Pimpinan negeri di mana pilihan raya akan diadakan belum dapat mengukur secara konkrit kekuatan sendiri di Dun atau Parlimen yang hendak ditandingi oleh PAS. Adalah tidak munasabah jika kekuatan diukur berdasarkan andaian atau agakan semata-mata.

Disebabkan belum cukup persiapan, maka kerja-kerja yang dilakukan seperti mengenal pasti kedudukan pengundi dan kaedah mendekatinya telah dibuat secara ad-hock. Hasilnya mengecewakan.

Sementara itu isu-isu yang dikira berkesan untuk diketengahkan kepada pengundi juga tidak dibincangkan secara khusus dan terperinci.

Yang paling ketara pendukung PAS belum dapat menangkis secara berkesan fitnah BN bahawa PAS menjadi alat DAP. Dari pengamatan saya, isu ini tidak digarap dengan baik oleh penceramah dan perayu undi PAS.

Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah berulangkali mengeluarkan hujah bernas mengenai isu ini, di mana katanya, antara lain, persahabatan PAS dengan DAP, telah membuka peluang luas bagi menerangkan keadilan Islam dan sebagainya hingga semakin ramai orang bukan Islam menaruh minat untuk memahami Islam.

Hujah Tuan Guru lagi bahawa jika Islam selamat maka Melayu selamat, Cina selamat, India selamat dan kaum-kaum lain juga selamat. Tetapi jika Melayu selamat, belum tentu Islam selamat.

Hujahnya yang menarik ini belum lagi dihuraikan secara terperinci oleh pendukung PAS.

Pengertian ‘selamat’ jika Islam selamat serta tafsiran mengenai keadilan Islam juga belum lagi dihuraikan oleh para pengkempen PAS. Mendedahkan penyelewengan, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh BN memang sesuatu yang wajar, tetapi kegagalan menerangkan kefahaman Islam secara mudah dan berkesan kepada pengundi pedalaman adalah menghambat kemenangan PAS.

Sudah sampai masanya pendekatan ini dilakukan sesegera mungkin pada ketika PRU Ke-13 hampir tiba. Jentera penerangan adalah urat nadi dan penggerak utama sesebuah parti politik. Justru lemahnya jentera penerangan, bermakna lemahnya jentera parti.

Berdasarkan pengamatan kepada siri pilihan raya kecil, terutamanya di Hulu Selangor tempuh hari, di mana calon PKR pada masa itu kalah, kita menyaksikan betapa lemahnya jentera penerangan Pakatan Rakyat walaupin Pakatan Rakyat sudah memerintah Selangor.

Di samping itu Pakatan Rakyat perlulah meningkatkan penerangan mengenai kesedaran politik di kalangan pengundi, terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam hal ini oleh kerana PAS berdepan dengan kebanyakan pengundi kawasan pedalaman, maka ia perlu menggandakan usahanya menerangkan kepada pengundi akan kesedaran politik, nilai dan haknya sebagai pengundi, kepentingan masa depan mereka dan sebagainya.

Suatu hal yang sangat menarik ialah semakin eratnya perpaduan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Dalam kempen PAS di Merlimau dan Kerdau beberapa hari lalu dan juga dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Manik Urai, Galas, Tenang dulu, para petugas DAP dan PKR memberikan bantuan yang sangat berkesan.

DAP telah menggerakan jentera kempennya yang sangat kuat membantu calon PAS secara maksima di kawasan pengundi Cina. Ini adalah manifestasi menunjukkan persahabatan eratnya dengan PAS.

Demikian juga PKR yang banyak berkempen di kawasan pengundi Melayu dan India juga menunjukkan kesungguhan membantu calon PAS. Ini adalah petanda yang sangat memberansangkan bahawa perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini tetap utuh walaupun pelbagai usaha dilakulkan oleh musuh Pakatan untuk memecahkannya.

Saya yakin warga Pakatan Rakyat tidak merasa terlalu kecewa dengan siri-siri kekalahan PR dalam pilihan raya kecil yang dialami selama ini. Semangat PRU 2008 dulu di mana telah berlaku tsunami politik dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat, tidak mustahil boleh disemarakkan kembali di mana kemenangan besar itu boleh diulangi kembali dengan syarat ada perancangan yang cukup, kerja berstrategi dan bijaksana.

Dari pengamatan saya, generasi muda, Insya-Allah, akan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya dalam PRU Ke13 akan datang. Tetapi dalam masa yang sama kita sama sekali tidak meninggalkan generasi lama di mana saya sendiri adalah dari golongan generasi lama.

Namun saya berusaha memahami dan menyertai aspirasi generasi baru, justru mereka adalah masa depan Malaysia.

Monday, March 7, 2011

KEMENANGAN HATRIK BN – TSUNAMI POLITIK SEMAKIN PULIH?

Kemenangan ini pastinya signifikan kerana apa yang diperjuangkan PAS ditolak rakyat. Ini termasuk perkara-perkara membabitkan perjuangan rakyat, konsep negara Islam dan tohmahan yang dilemparkan. Lebih nyata, majoriti orang Melayu tidak melihat PAS memperjuangkan nasib mereka tetapi lebih kepada perjuangan BN.



Selepas menang di Galas, Barisan Nasional (BN) mencatatkan hatrik dengan kemenangan berganda di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau semalam.

BN mengekalkan kedua-dua dengan majoriti lebih besar berbanding prestasi di pilihan raya umum tiga tahun lalu, iaitu bertambah 1,489 di Merlimau dan 1,109 di Kerdau. Keputusan berkenaan diumumkan serentak kira-kira jam 8.15 malam semalam.

Dengan kemenangan ini, BN telah memenangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan selepas PAS pilihan raya umum pada 2008. Tiga lagi kemenangannya ialah di Bagan Pinang, Batang Ai dan Hulu Selangor.

Trend kemenangan itu membuktikan BN semakin mendapat sokongan rakyat selepas tsunami politik pada 2008 yang mengakibatkan BN kehilangan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen.

BN memperoleh majoriti 2,724 undi manakala Kerdau merekod¬kan kelebihan 3,643 undi. Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS, Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.

Pada pilihan raya kecil Ahad, DUN Kerdau turut merekodkan 83 peratus daripada 8,999 pemilih berdaftar yang keluar mengundi, mengatasi jumlah peratusan pada pilihan raya umum pada 2008 (80.3 peratus) dan pada 2004 (79.7 peratus).

Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad, 44, bersaing dengan PAS, Yuhaizat Abdullah, 38, mendapat 5,962 undi berbanding 2,319.


Jumlah yang keluar mengundi di Merlimau ialah 78.76 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar, yang mencatatkan peningkatan berbanding 76.18 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan juga daripada BN pada 20 Januari lalu. Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim daripada BN pada 12 Februari lalu.

Kemenangan di Merlimau dan Kerdau ini menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan DUN Tenang, Johor Januari lalu.


Kemenangan ini pastinya menuntut tanggungjawab besar kepada BN yang perlu melaksanakan amanah rakyat di sebalik ia amat signifikan kerana jelas apa yang diperjuangkan PAS ditolak rakyat.

Ini termasuk perkara-perkara membabitkan perjuangan rakyat, konsep negara Islam dan tohmahan yang dilemparkan. Lebih nyata, majoriti orang Melayu tidak melihat PAS memperjuangkan nasib mereka tetapi lebih kepada perjuangan parti.

Kemenangan BN 2-0 dengan majoriti lebih besar pastinya meneruskan trend kemenangan BN yang menerajui Putrajaya dan kerajaan negeri – kecuali Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah - dalam lima pilihan raya kecil setakat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menganggap kemenangan BN ini amat signifikan.

Apa signifikannya?

1. Ia sebagai pengesahan kepada dasar-dasar kerajaan, ekonomi dan sosial di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak;

2. Rakyat atau pengundi menolak perjuangan PAS menerusi dasar buku jingga dan negara Islam;

3. Beberapa isu yang diketengahkan dapat dijelaskan kepada pengundi antaranya isu ekonomi, kenaikan harga barang dan juga soal pendidikan diterima baik oleh rakyat;

4. Faktor calon yang dimahukan pengundi - berwibawa, bersih dan boleh menang – serta calon muda juga merupakan satu faktor;

5. Sokongan kaum Cina yang menunjukkan peningkatan walaupun tidak sebaik undi yang diperoleh masyarakat Melayu dan India;

6. Parti komponen MIC, PPP (Parti Progresif Penduduk) dan Makkal Sakthi memberikan sokongan penuh; dan

7. Kempen yang berdisiplin dilakukan sayap UMNO seperti Wanita BN melalui jentera Jalinan Rakyat BN mampu berkempen dengan penuh disiplin, berhemah dan berkomitmen tinggi.


Walaupun kemenangan PRK ini satu keputusan cemerlang tetapi yang ia tidak menggambarkan senario nasional secara keseluruhan. Kerana itu , tidak semestinya pilihan raya ke 13 akan diadakan segera.

Lagipun undi kaum Cina masih belum pasti ketika ini dan MCA dan Gerakan perlu bekerja lebih keras untuk memastikan dasar-dasar kerajaan dan BN difahami sepenuhnya.

Namun, di sebalik itu kemenangan berganda ini memberikan isyarat kepada PAS bahawa perjuangan mereka tidak diterima oleh masyarakat Melayu, Ia bukan sekali tetapi beberapa kali mereka ditewaskan di Galas, Batu Sapi, Tenang dan semalam di Merlimau dan Kerdau.

Saturday, March 5, 2011

BUKU JINGGA - KITAB PEMBANGKANG MENUJU KE PUTRAJAYA?

Pakatan pembangkang boleh menjual atau menjaja bukunya itu. Ia hanya berupa kenyataan perancangan bukan pelaksanaan. Jika mentadbir negeri pun kalut dengan pelbagai masalah, bagaimana mahu mentadbir negara dan kononnya melaksanakan isi buku berkenaan? Hakikatnya, tidak seorang pun kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi pemimpin pusat dalam pasukan pakatan pembangkang. Yang lain tiada pengalaman. Apakah rakyat berani mempertaruhkan negara kepada kumpulan seperti ini?

Nik Nazmi Nik Ahmad jangan nak memperkecilkan keupayaan parti lain selain Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pertama, baru berapa hari Nik Nazmi main politik berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain. Nak kata orang lain ciplak idea kita, Nik Nazmi kena buka balik cadangan-cadangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bertimbun-timbun kalau mahu diteliti semula. Baca balik hansard Dewan Rakyat.

Insentif Tawaran Baru untuk guru dan pembayaran wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula (CESS) untuk peneroka FELDA bukan perkara baru.

Ia bukan sesuatu yang perlu dibanggakan hanya kerana ada dalam Buku Jingga pakatan pembangkang

Malah, Buku Jingga itu masih belum secara rasminya menjadi buku dasar pakatan pembangkang kerana ia hanya akan dilancarkan malam ini Sabtu, 5 Mac di Stadium Melawati, Seksyen 13 di Shah Alam pada perhimpunan ulang tahun ke 3 PKR perintah Selangor.

Tawaran untuk guru dan isu pembayaran CESSS sudah diperkatakan di Dewan Rakyat sejak 1980-1990an, cuma perlaksanaannya terpaksa disesuaikan dengan keadaan semasa.

Perkara ini bukan dibincangkan untuk Felda semata-mata tetapi juga untuk Risda dan Felcra kerana ketika itu semua agensi pembangunan wilayah di bawah satu bumbung iaitu Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah.

Sebenarnya banyak perkara dalam Buku Jingga berkenaan, kalau Kerajaan Negeri hendak laksanakan, ia memang boleh umpamanya negeri Selangor dan Pulau Pinang yang dianggap mampu.

Begitu juga Kelantan, kalau mahu memberikan insentif untuk guru memang boleh beri pada ketika kedudukan ekonominya masih teguh pada 10 tahun pertama PAS bekuasa. Sekarang kerajaan PAS boleh berdalih dengan ekonominya yang lemah. Memangpun ekonomi Kelantan lemah ketika ini!

Dengan mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menciplak idea Buku Jingga, ia hanya suara anjing yang mahu menyalak bukit. Siapalah kamu Nik Nazmi?

Apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membincangkan isu pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara?

Kalau Nik Nazmi melihat Buku Jingga sebagai pelan segala-galanya, beliau dan pemimpin PKR dan pakatan pembangkang lain tersilap langkah.

Tidak perlu berbahas mengenainya.

Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga.

Buku itu kalau mahu dibandingkan dengan buku Rancangan Malaysia Pertama hinggalah ke Rancangan Malaysia ke 10 serta buku-buku lain termasuk Buku Hijau dan sebagainya, bagai langit dengan bumi.

Saya mahu mengambil contoh di Terengganu, tanpa ‘Buku Jingga’, Buku Biru atau Buku Coklat, kerajaan Terengganu sudahpun melaksanakan pelbagai insentif sejak dua tahun lalu yang tidakpun dilaksanakan oleh kerajaan ‘kaya’ yang dikawal pakatan pembangkang sejak 2008.

Apakah programnya?

Bajet pendidikan yang tinggi iaitu lebih 35 juta setahun;

• Bayaran sekali sahaja untuk kemasukan ke universiti untuk semua pelajar Terengganu bagi diploma dan ijazah sebanyak RM700-RM1,000 seorang, tanpa mengira bangsa dan keturunan;

• Bayaran insentif kepada pelajar terpilih yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan dan Sijil Pelajaran Malaysia;

• Menukar pinjaman kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang yang mendapat Ijazah Kelas Pertama. Mereka juga layak menerima bayaran RM5,000 tunai;

• Guru-guru Besar dan Pengetua yang sekolah mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM diberikan ganjaran, termasuk lawatan sambil belajar ke luar negara;

• Bantuan pakaian dam beg sekolah secara percuma;

• Program e-Book untuk pelajar tahun 5 dan Tahun 6 sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (perbelanjaannya kini mencecah hampir RM60 juta);

• Dan tidak lama lagi, kelas maya untuk sekolah terpilih di seluruh negeri dengan perbelanjaan antara RM30,000 hinga RM90,000 bagi satu kelas; dan banyak lagilah.


Apakah ciri-ciri seperti ini ada dalam Buku Jingga?

Dengan memperlekehkan tawaran baru untuk guru yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta adalah sikap angkuh pakatan pembangkang.

Hanya kerana Najib mengumumkan bayaran CESS baru-baru ini, bukan bermakna BN mencedok idea paakatan pembangkang. Sebelum ini pun bayaran sebanyak RM5000 sudah dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 dan bakinya akan dibayar bila-bila masa sahaja. (Menurut Nik Nazmi - FELDA masih lagi berhutang sebanyak RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka).

Mungkin pakatan pembangkang mempunyai ideanya sendiri untuk membubarkan FELDA Plantations dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan pertama FELDA jika mereka menang pilihan raya. Tetapi pendapat warga Felda belum ditanya. Apakah mereka bersetuju atau sebaliknya. Selain itu, apakah cara itu mendatangkan kebaikan kepada peneroka?

Program ‘baik mana sekali pun’ kalau hanya ada dalam buku dan hanya untuk manifesto pilihan raya tidak akan mendatangkan apa-apa untuk rakyat.

Di dalam Buku Jingga, pakatan pembangkang mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan pembangkang bagi menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

Itulah sahaja yang cuba disogokkan kepada guru namun bagi kerajaan Barisan Nasional, bukan sahaja guru tetapi semua kakitangan kerajaan menerimanya setiap tahun pada musim perayaan dan hujung tahun.

Siapakah yang lebih peka dan prihatin sebenarnya?

Hakikatnya, tidaklah perlu nak membahaskan Buku Jingga sama ada di di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau.

Pakatan pembangkang boleh menjual atau menjaja bukunya itu. Ia hanya berupa kenyataan perancangan bukan pelaksanaan. Jika mentadbir negeri pun kalut dengan pelbagai masalah, bagaimana mahu mentadbir negara dan kononnya melaksanakan isi buku berkenaan ?

Hakikatnya, tidak seorang pun kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi pemimpin pusat dalam pasukan pakatan pembangkang. Yang lain tiada pengalaman. Apakah rakyat berani mempertaruhkan negara kepada kumpulan seperti ini?

Dan kita lihat sendiri bagaimana Anwar, walaupun mempunyai pengalaman tetap berkiblatkan kepada negara tertentu. Bagus sangatkan negara yang beliau berkiblat itu?

Apakah suasana dan tuntutan politik dan ekonominya sama dengan keperluan rakyat Malaysia?

Malang sekali kalau Niuk Nazmi mengatakan Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap serta tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

Hakikatnya Najib tidak perlu melayan Anwar malah, sama ada Perdana Menteri, mahupun Timbalan Perdana Menteri tidak usahlah layan atau membincangkan buku berkenaan.

Transformasi ekonomi dan politik yang sedang dilaksanakan sekarang jauh lebih baik dan pandang ke depan, bukan dasar-dasar pakatan pembangkang yang bersifat memancing undi untuk menang pilihan raya.

Yang penting bagi mereka bukan rakyat didahulukan tetapi mereka mendahului rakyat untuk ke Putrajaya dan selepas itu akan berlakulah pelbagai kekalutan.

Jadikan Selangor dan Pulau Pinang – sebelum ini Perak - sebagai kes kajian yang menarik betapa Buku Jingga itu sebenarnya hanyalah khayalan politik oleh pemimpin politik yang sedang berkhayal untuk ke Putrajaya!

Dakwaan Ummi Hafilda – Kenapa Anwar Berdiam Diri?

Anwar Ibrahim tidak wajar berdiam diri dan tidak menjawab pendedahan Ummi Hafilda Ali mengenai 'rahsia besar' beliau.

Jika ia suatu berupa fitnah, DatukSeri Anwar perlu menyangkalnya. Jika perlu jawab, jawablah dan jika perlu saman-samanlah.

Setidak-tidaknya Anwar boleh mohon injuksi supaya Ummi Hafilda tidak boleh memperkatakan mengenainya.

Ia kini menjadi sesuatu yang membebankan pemimpin pakatan pembangkang itu dan janganlah berdalih dengan mengatakan Ummi Hafilda dibayar untuk berkempen memburuk-burukkan namanya.

Kenyataan itu pula dibuat pada pilihan raya kecil Kerdau yang akan berlangsung esok.

Ummi Hafilda mendedahkan banyak perkara mengenai Anwar sejak sekian lama. Sebelum ini pun Ummi Hafilda pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar pada 1997 sambil merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.

Ummi Hafilda, berani membuat seruan itu dengan alasan setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.

'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat. Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja,”, demikian tegas Ummi Hafilda.

Amat jelas Ummi Hafilda mengotakan janjinya untuk mendedahkan ‘keburukan Anwar’ dan ‘persekongkolan Azmi’ dan pastinya ia adalah beban kepada Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden PKR itu.

Yang penting mereka menafikannya jika tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Anwar sepatutnya menangkis dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sekiranya ia disifatkan sebagai fitnah.

"Sewajarnya kalau Anwar berpendapat ini satu pembohongan atau fitnah...dia jawablah dan kata ini adalah satu fitnah.

"Ummi sendiri pastinya ada pengalaman, ada sejarah dan dia ada hubungkait dengan Azmin Ali (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat). "Apa yang di sebut pastinya ada asas-asas tertentu, ada sebab dia beritahu...jadi beban (tanggungjawab beri penjelasan) itu kepada Anwar," katanya di Temerloh semalam.

Muhyddin menyatakan perkara itu mengulas mengenai tunduhan Anwar bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) membayar Ummi Hafilda untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Menariknya, kelmarin, Anwar dan Ummi Hafilda masing-masing berada di ‘padang’ apabila berceramah di kawasan berdekatan iaitu di Rumpun Makmur di Temerloh.

Persoalannya berapa lama lagi Anwar akan berdiam diri? Atau berdiam itu bermakna Anwar takut menafikannya, bimbang Ummi Hafilda akan mendedahkan banyak lagi perkara?

Wednesday, March 2, 2011

KENAPA PERTUBUHAN HARAM BOLEH MENGADAKAN PERHIMPUNAN HARAM?

Kenapakah Kementerian Dalam Negeri tidak berani bertindak, apakah kerana Hindraf menyokong atau memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN), lebih khusus untuki MIC? Dan kalau semuanya tidak, kenapa Hindraf haram dan memang diharamkan dan kini menjadi pertubuhan bawah tanah terus ‘terpelihara’? Siapa melindunginya?

TAK HERAN...Dua daripada lima pengikut Hindraf, S Jayathas (kanan) dan T. Periasamy dihadapan di Mahkamah Sesyen Selayang, semalam kerana pembabitan mereka dalam pertubuhan Hindraf.

Siapa Barisan Bertindak Hak-hak India atau Hindraf?

Bukankah pertubuhan ini haram? Haram itu bermakna ‘pertubuhan bawah tanah’. Apa pertubuhan bawah tanah yang haram dan diperangi polis dan tentera sebelum ini? Jawapnnya komunis.

Tidakkah Hindraf ini seakan sama dengan Komunis kerana ia pertubuhan yang diharamkan dan mengancam keselamatan negara.

Anggotanya begitu angkuh dan langsung tidak menghormati undang-undang negara. Kenapa mereka berperangai sedemikian dan kenapa ada anggotanya boleh menganjurkan perhimpunan di ibu negara? Siapa membenar dan membiarkannya?

Apakah kerajaan atau lebih khusus Kementerian Dalam Negeri takut kepada Hindraf dan kerana itu ia terus bermaharajalela?

Isunya bukan sama ada perhimpunan oleh Hindraf Ahad lalu mendapat sambutan atau sebaliknya.

Nampaknya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun keliru mengenai Hindraf ini apabila mengatakan di Jasin kelmarin bahawa demonsrasi Hindraf yang tidak mendapat sambutan ramai merupakan satu petanda baik sokongan masyarakat India kepada kerajaan.

Beliau berkata demonstrasi anjuran kumpulan tidak berdaftar itu tidak sepatutnya diadakan, namun beliau berpuas hati kerana ianya tidak mendapat sambutan dan langkah wajar yang telah diambil pihak keselamatan.

Isunya bukan tidak mendapat sambutan tetapi memang tidak sepatutnya dibenarkan diadakan. Di mana langkah pencegahan awal oleh kerajaan khususnya polis?

Lebih memalukan ialah kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Ipoh kelmarn yang bersyukur perhimpunan yang dirancang pertubuhan haram Hindraf di ibu negara itu tidak mendapat sambutan.

Apa bersyukurnya? Pertubuhan haram tidak boleh dibenarkan ‘muncul di bumi Malaysia’ ini walau di mana sahaja berada dan tidak mendapat sambutan bukan perkara yang perlu dinyatakan.

Malah menurut Hishamuddin, ‘berdasarkan laporan diterimanya daripada polis, ia tidaklah sebesar mana’. Isunya juga bukan ‘tidak besar’ atau kecil. Yang haram sepatutnya tidak wujud sama sekali!

Kenapakah Kementerian Dalam Negeri tidak berani bertindak, apakah kerana Hindraf menyokong atau memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN), lebih khusus untuk MIC?

Dan kalau semuanya tidak, kenapa Hindraf haram dan memang telah diharamkan dan kini menjadi pertubuhan bawah tanah terus ‘terpelihara’?

Siapa melindunginya? Pemimpin MIC atau pakatan pembangkang?

Kerana itu saya bersetuju sangat dengan Awang Selamat apabila dia menyatakan dalam Utusan Malaysia bahawa perhimpunan haram oleh kumpulan Hindraf di KLCC kelmarin jelas dipengaruhi oleh pihak pembangkang.

Kata Awang Selamat, amat lucu sekali, beberapa kenyataan pihak pembangkang dikeluarkan sebaik sahaja perhimpunan itu tamat, kononnya sebagai kecaman terhadap tindakan polis menahan penunjuk perasaan.

Antara kecaman itu datangnya daripada anggota Exco Kerajaan Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar bertajuk: Kerajaan PR Selangor kutuk tangkapan lebih 100 orang aktivis masyarakat India.

Malang sungguh Xavier menggunakan nama Kerajaan Selangor sebagai platform untuk menyalurkan kecaman itu. Satu lagi kenyataan datangnya dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ia jelas menunjukkan mereka telah merangka kenyataan itu awal-awal lagi, kerana sudah menjangka polis akan mengambil tindakan terhadap penunjuk perasaan.

Benarlah ulasan Perdana Menteri mengenai insiden itu: ‘‘Kita tak nak guna kekerasan, mereka mengharapkan kita gunakan kekerasan supaya mereka nak terokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif.’’Itulah niat mereka yang sebenar.

Dan jika mahu iktiraf sangat tuntutan mereka itu – tuntutan kaum India – bubar sahaja MIC dan gantikan dengan Hindraf kerana menurut pemimpin mereka, Hindraf akan dikuburkan jika kerajaan menyelesaikan masalah kemiskinan orang India.

Hmmm...mudahnya menyalahkan kerajaan!

Mengelirukan sekali apabila pertubuhan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) turut menyalahkan polis yang membuat tangkapan terhadap penyokongnya dan ahli kumpulan Hindraf sebagai punca ramai yang tidak keluar berhimpun di KLCC semalam.

Presiden HRP W Sambulingam berkata sebelum ini, mereka telah memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan itu tetapi ditolak.

Aneh sekali apabila Sambulingam mengemukan soalan: "Kenapa mereka tidak menunaikan hak kami untuk berkumpul secara aman mengikut Artikel 10 (Perlembagaan Persekutuan)?" pada hal dia tahu perhimpunan itu tidak wajar diadakan, lebih-lebih lagi kerana Hindraf itu haram.

Dengan angkuh Sambulingam berkata Hindraf boleh dikuburkan selepas kerajaan menyelesaikan masalah masyarkat India di negara ini yang mendakwa mereka dipinggirkan. Uthayakumar yang turut hadir sama juga bersetuju dengan pandangan rakannya berhubung perkara tersebut.

Kerana itu polis menahan seramai 109 penyokong termasuk beberapa pemimpin utama HRP dan Hindraf . Antara mereka, setiausaha sementara HRP, P Uthayakumar dan ketua penerangannya S Jayathas. Bagaimanapun, semua mereka dibebaskan.

Persoalannya apakah kerajaan tidak berusaha menyelesaikan masalah mereka?

Persoalannya apakah pemimin India khususnya dalam Barisan Nasional tidak mampu menjelaskan kepada mereka ini usaha kerajaan menyelesaikan masalah mereka?

Atau mereka ini jenis keras kepala dan kerana itu sanggup bergerak ‘bawah tanah’ melalui pertubuhan haram seperti Hindraf?

Menurut Uthaya, sebelum ini pihaknya telah menyerahkan satu memorandum kepada perdana menteri - ketika itu - Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai 18 tuntutan mereka . Katanya, memorandum yang dihantar sejak tiga tahun lalu kini masih belum ada sebarang maklum balas. Ini termasuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri - yang turut diberi salinan memorandum tuntutan mereka.

Yang nyata seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakan pertubuhan haram, Hindraf, mengadakan perhimpunan Ahad lalu memberi imej buruk kepada negara. Ini kerana "Kita nak tunjukkan kebaikan negara kita. Cara tersebut tidak sesuai dilakukan di negara yang aman seperti Malaysia," katanya.

Kita mahu melihat tindakan lanjut terhadap lapan pemimpin Hindraf yang mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang akan diketahui Jumaat ini selepas kertas siasatan disemak oleh pihak pendakwa raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, lapan pemimpin terbabit dibebaskan sehingga Jumaat sementara menunggu kertas siasatan disiapkan dan disemak untuk tindakan selanjutnya oleh DPP.

Jika perlu, kesemua lapan pemimpin berkenaan akan didakwa kerana berdegil mengadakan perhimpunan haram walaupun telah dinasihatkan supaya bersurai.

Bagaimana jika selepas ini polis berpendapat ‘tidak perlu’ mendakwa mereka?