Showing posts with label Ummi Hafilda. Show all posts
Showing posts with label Ummi Hafilda. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

AZMIN ALI ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA?


"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar...Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami..." - 
Che Tom Yahaya, 78, Ibu Azmin 

Apa dah jadi dengan keluarga Azmin Ali?

Tak kanlah mereka tidak tahu bahawa Azmin adalah orang paling dipercayai Anwar dan Azmin ‘percayakan’ Anwar.

Kenapa pula tiba-tiba keluarga Azmin mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.

Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin. "Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.

Ummi Hafilda pula sudah berjanji, dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.

Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes liwat Anwar yang pertama kembali berkata dia akan kembali menyerang Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.

Ummi berkata dia akan mendedahkan ‘rahsia’ serta salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar. Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.

"Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat.

Ummi kata apabila ibunya sakit teruk baru-baru ini, dia memberitahu dia dan dua kakaknya untuk tidak memaklumkan Azmin jika dia akan mati.

Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata ibunya telah memberitahu dia dan dua adiknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal dunia.

"Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia," kata Ummi.


Apakah Azmin anak derhaka kerana mengingkari ibunya?

Saturday, March 5, 2011

Dakwaan Ummi Hafilda – Kenapa Anwar Berdiam Diri?

Anwar Ibrahim tidak wajar berdiam diri dan tidak menjawab pendedahan Ummi Hafilda Ali mengenai 'rahsia besar' beliau.

Jika ia suatu berupa fitnah, DatukSeri Anwar perlu menyangkalnya. Jika perlu jawab, jawablah dan jika perlu saman-samanlah.

Setidak-tidaknya Anwar boleh mohon injuksi supaya Ummi Hafilda tidak boleh memperkatakan mengenainya.

Ia kini menjadi sesuatu yang membebankan pemimpin pakatan pembangkang itu dan janganlah berdalih dengan mengatakan Ummi Hafilda dibayar untuk berkempen memburuk-burukkan namanya.

Kenyataan itu pula dibuat pada pilihan raya kecil Kerdau yang akan berlangsung esok.

Ummi Hafilda mendedahkan banyak perkara mengenai Anwar sejak sekian lama. Sebelum ini pun Ummi Hafilda pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar pada 1997 sambil merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.

Ummi Hafilda, berani membuat seruan itu dengan alasan setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.

'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat. Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja,”, demikian tegas Ummi Hafilda.

Amat jelas Ummi Hafilda mengotakan janjinya untuk mendedahkan ‘keburukan Anwar’ dan ‘persekongkolan Azmi’ dan pastinya ia adalah beban kepada Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden PKR itu.

Yang penting mereka menafikannya jika tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Anwar sepatutnya menangkis dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sekiranya ia disifatkan sebagai fitnah.

"Sewajarnya kalau Anwar berpendapat ini satu pembohongan atau fitnah...dia jawablah dan kata ini adalah satu fitnah.

"Ummi sendiri pastinya ada pengalaman, ada sejarah dan dia ada hubungkait dengan Azmin Ali (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat). "Apa yang di sebut pastinya ada asas-asas tertentu, ada sebab dia beritahu...jadi beban (tanggungjawab beri penjelasan) itu kepada Anwar," katanya di Temerloh semalam.

Muhyddin menyatakan perkara itu mengulas mengenai tunduhan Anwar bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) membayar Ummi Hafilda untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Menariknya, kelmarin, Anwar dan Ummi Hafilda masing-masing berada di ‘padang’ apabila berceramah di kawasan berdekatan iaitu di Rumpun Makmur di Temerloh.

Persoalannya berapa lama lagi Anwar akan berdiam diri? Atau berdiam itu bermakna Anwar takut menafikannya, bimbang Ummi Hafilda akan mendedahkan banyak lagi perkara?