Tuesday, March 8, 2011

ANWAR LABEL DR MAHATHIR PEMBOHONG BESAR, PECAT KERANA TAKUT DICABAR

Baca dan renung apa yang diperkatakan mengenai seseorang yang dianggap 'anak emas' Tun Dr Mahathir Mohamad antara awal 1990-an hingga akhir dekad 1990-an.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pelbagai dakwaan dibuat oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir dalam buku autobiografinya yang dipasarkan bermula hari ini.

“Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider menerusi e-mel hari ini menjawab perkara-perkara disentuh bekas ketuanya itu dalam buku tersebut.

Kata Anwar (gambar), dakwaan-dakwaan yang digariskan Dr Mahathir dalam bukunya bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten telah menjawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

“Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” kata Ketua Umum PKR ini.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen juga berkata beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi “konteks” yang sebenar telah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks melibatkan empat wanita.

“Dalam konteks itu, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” kata Anwar lagi.

Dalam bukunya ini, Dr Mahathir menulis bahawa beliau memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri atas dua sebab iaitu tidak layak untuk berkhidmat dalam kerajaan dan juga untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun Anwar menegaskan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran keputusan dibuat oleh beliau selaku pemimpin nombor dua ketika itu.

“Keputusan berhubung pemecatan saya: keputusan saya agar Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan Tan Sri Eric Chia dan Perwaja,” kata Anwar.

Malah Anwar juga berkata Dr Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga Dr Mahathir.

“Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta ‘bailout’ bagi Mirzan (Mahathir),” tambah Anwar.

Dr Mahathir mendakwa Anwar telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Bekas timbalan presiden itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.

Dr Mahathir menulis bahawa mereka dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.

Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.

“Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.

Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks,” tulis Dr Mahathir.

“Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan,
” kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.

“Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian,” tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.

“Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita,” katanya.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan kes liwat kali kedua.

2 comments:

  1. Kelebihan Anwar ialah kemampuan beliau mengangkat "smash" yg paling tajam dari chong wei !!!

    ReplyDelete
  2. Wednesday, March 16, 2011
    DNA : DONT NEED ANWAR.
    Kenyataan Media

    Anwar melawan kehendak rakyat

    GAPS terperanjat dengan politik mahkamah yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam bicara kes liwat 2 nya semalam.

    Anwar Ibrahim memaksa rakyat untuk menutup mulut atas jenayah liwat yang dilakukan nya kepada seorang rakyat marhaen bernama Saiful Azlan Bukhari. Beliau cuba menggunakan kedudukannya sebagai ketua pembangkang di parlimen untuk menghalalkan perbuatan terkutuknya itu.

    Beliau mengesa mereka yang membuat demontrasi itu dikenakan tindakan undang-undang. Kan selama ini yang dilaung-laungkan oleh anwar adalah kebebasan bersuara, bergerak dan berpersatuan. Bukan kah berdemontrasi itu adalah budaya yang anwar pupuk sejak di bangku universiti malaya ?

    Kini bila rakyat bangun berdemonstran terhadapnya, rakyat itu dimarah pulak oleh anwar sebagai biadap dan kurang ajar. Salahkah rakyat bangun mendesak anwar memberikan sample darah untuk ujian DNA ?

    Atau memang sudah lazim orang politik akan bersikap double standard bila perkara itu terkena batang hidungnya sendiri ? GAPS sedia merancang demontrasi dalam skala yang lebih besar bagi memastikan anwar tunduk kepada proses perundangan dinegara.

    Perbuatan liwat Anwar adalah bukti beliau bukan anugerah Tuhan yang layak disembah bagai dewa dari kayangan. Meminjam ungkapan Karpal Singh - Anwar perlu bertaubat !

    Hamidzun Khairuddin
    Pengerusi
    Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

    15 Mac 2011.
    Posted by GAP KEMBALI at 4:12 AM

    ReplyDelete