Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia untuk semua.
Saya sambut merdeka tahun ini pada usia 55 tahun, tiga tahun lebih tua daripada usia kemerdekaan negara.
Saya menyokong penuh apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib melalui perutusan Hari Kemerdekaan ke 52 malam semalam bahawa rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini.
"Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malahan akan musnah jika rakyat tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan,” katanya.
Bagi saya, sambutan kali ini bukan kerana 1Malaysia semata-mata atau apa juga slogan tetapi di atas keikhlasan saya sebagai rakyat yang cintakan keamanan, perpaduan, kemakmuran dan akhir sekali menjamin Islam terus utuh di negara ini.
Kenapa saya katakan demikian?
Ini kerana Islam mampu menjamin kesejahteraan, keamanan, kemakmuran dan kesatuan berasaskan satu Tuhan dan satu kitab suci al-Quran.
Bagi saya Allah yang satu menjamin semua umat untuk hidup secara damai dan hormat menghormati sesama Islam antara antara Islam dan bukan Islam.
Kerana itu saya berpendapat UMNO sebagai teras dan tunjang kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini perlu meletakkan Islam sebagai dasar pejuangan, kerana Islam adalah amalan dan anutan orang Melayu yang menekankan pentingnya perpaduan dalam kepelbagaian.
Apa lagi, Islam itu sendiri tidak pernah menafikan kepelbagaian sambil menekankan perpaduan yang menolak dan memerangi sebarang bentuk tindakan perkauman dan ekstrem.
Kesederhaan yang ditekankan Islam akan menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Islam-Melayu diterima dan dibelai untuk sampai bila-bila.
Namun untuk mencapainya, pemimpin UMNO perlulah meletak dan mengamalkan Islam sebagai yang penting dalam perjuangan bagi diri dan UMNO – bukan sekadar retorik politik semata-mata.
Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung Rukun Negara dan konsep 1Malaysia yang diterapkan kepada seluruh rakyat yang sewajarnya dijadikan sebagai satu resolusi untuk setiap sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara.
Namun lebih penting, apakah pemimpin UMNO bersedia untuk menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang benar-benar menjadi contoh perpaduan, keamanan, kemakmuran dan kelestarian sejagat?
Jika UMNO dan BN gagal, peranan ini akan dimainkan oleh pihak lain dan jangan meratap jika UMNO semakin terpinggir kerana bukan sahaja ia tidak memahami aspirasi rakyat jelata tetapi hilang arah kerana UMNO itu dilahirkan untuk menjamin masa depan orang Melayu dan Islam ditegakkan sesuai dengan kedudukan sebagai agama rasmi negara.
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!
Salam Merdeka,
ReplyDeleteSemoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Insyallah selagi pemerintah kita org Islam dan mengamalkan sistem pemerintahan Islam..Malaysia akan terus maju dengan izin Allah. Negara kita juga dijadikan contoh oleh negara2 Islam lain, tapi segelintir rakyat sahaja yg buat2 tak tahu..
ReplyDeleteHarap-harap UMNO dan BN akan melaksanakan Islam secara menyeluruh namun kehendak politik UMNO dan BN tidak nampak memungkinkan mereka akan mengamalkan Islam secara syumul.Kalau UMNO tidak mahu laksanakan Islam serahkan tugas itu kepada parti yang lagi satu.Faham-faham sendirilah parti mana tu
ReplyDeleteSalam 52 tahun Merdeka Untuk Semua
ReplyDeleteCabaran kerajaan yang memerintah hari ini sungguh mencabar. Parti UMNO yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan dihina dari semua sudut oleh orang melayu yang telah lupa diri. UMNO kehilangan pengaruh di kalangan orang melayu. Bukan melayu pula mengambil kesempatan untuk menidakkan kuasa melayu dan agama Islam. Apakah kemerdekaan negara akan disambut sekiranya UMNO hilang kuasa ?