Jelas UMNO inginkan perubahan.
Mereka yang mahu menggugat UMNO dan cuba melemahkan kepimpinan UMNO akan menerima pukulan padu kali ini.
Ketara iallah wakil Sabah kini menduduki kerusi Naib Presiden UMNO untuk kali pertama dalam sejarah UMNO.
Selepas kegagalan Datuk Seri Osu Sukam mencuba nasib untuk kerusi berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal kini adalah yang pertama dari negeri itu memenangi kerusi Naib Presiden.
Mohd Shafie dengan 1,445 undi di belakang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperoleh undi tertinggi 1,592 undi, dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 1,515 undi .
Ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan memainkan peranan untuk membantu memperkuatkan parti bagi memperolehi dokongan daripada rakyat keseluruhannya.
Shafie menyifatkan kemenanganya sebagai satu pengiktirafan daripada perwakilan seluruh negara.
"Saya amat menghargainya dan saya tahu bagi jawatan ini, sesiapapun boleh menang kerana calon-calonnya terdiri daripada tokoh-tokoh yang berkebolehan dan berkeupayaan," katanya.
Beliau berkata, kemenangannya itu akan memberi peluang kepada Umno untuk memperkuatkan sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) menerusi Umno.
Dengan kemenangan Shafie, kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin kukuh kerana Sabah kini mempunyai wakil yang kukuh dalam UMNO apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman memenangi jawatan Ahli Majlis Tertinggi, disamping Datuk Lajim Ukin dan Datuk Bung Mokhtar Radin.
Sementara Ketua Puteri UMNO kini turut dipegang oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Kemenangan ketiga-tiga tokoh ini untuk Naib Presiden akan memperkukuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib kerana mereka memang ‘orang Najib’ sejak awal.
Zahid adalah bekas Setiausaha Politik Najib, Hishamuddin mempunyai pertalian keluarga sementara Shafie adalah penyokong kuat Najib sejak mereka dalam Pergerakan Pemuda UMNO lagi.
Malah ketiga-tiga mereka adalah orang kuat Pemuda UMNO, termasuk Shafie yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Sabah, selain Exco pergerakan itu.
Dengan kemenangan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, Naib mempunyai orangnya sendiri di tempat paling penting iaitu Timbalan dan Naib Presiden UMNO.
Katanya, tugas utama yang akan beliau lakukan susulan kemenangan semalam adalah memulihkan semula imej parti.
Ini kerana transformasi dalam Umno yang disuarakan oleh ahli akar umbi perlu dilakukan di peringkat dalaman parti.
"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab yang cukup berat untuk kita merapatkan semula perpaduan dalam Umno."Imej Umno juga harus dipulihkan dengan segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno," katanya dengan mendapat 1,575 undi.
Lebih memudahkan Najib, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam meminta ahli Umno memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan lebih gemilang.
Berucap pada Perhimpunan Agung Umno di sini, Presiden Umno itu turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru.
"Saya percaya saya menyerahkan tanggungjawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara," katanya.
Abdullah, dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai presiden parti, turut menyatakan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana melantik saya menganggotai Jemaah Menteri, melantik saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya memberikan laluan kepada saya menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.
Bagi Zahid: petikan klik http://www.utusan.com.my Kita akan beri peluang kepada Datuk Seri Mohd Najib (Tun Razak) mengambil sedikit masa untuk memikirkan bersama-sama kita tentang agenda perubahan yang akan diterjemahkan khususnya elemen-elemen untuk memperkuatkan institusi kepresidenan, kepimpinan dan kepengikutan yang ada pada kita.
"Bagi saya, apa yang penting adalah Umno itu harus harus direlevankan dengan situasi semasa," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin menganggap kemenangan beliau sebagai peluang yang diberikan perwakilan untuk beliau terus berkhidmat kepada parti.
"Banyak kerja yang perlu kita lakukan dan Insya-Allah, dengan tempat yang diberi, kita akan bekerja bersungguh-sungguh dengan barisan yang telah pun ditentukan bagi memastikan Umno terus relevan dan diterima oleh masyarakat.
"Walaupun cabaran di hadapan berat untuk dipikul tetapi dengan pasukan yang dipilih hari ini, saya yakin kita boleh lakukan," katanya.
Ditanya sama ada beliau gentar memikul jawatan Naib Presiden daripada jawatan Ketua Pemuda sebelum ini, Hishammuddin berkata, sememangnya ia merupakan satu lanskap dan dimensi baru baginya namun beliau yakin akan terus diberikan sokongan.
Saya juga ikut merakamkan tahniah kepada semua yang menang.Walaupun pada hemat saya, dikalangan yang menang itu memang sepatutnya berada disitu tetapi masih ada juga yang sepatutnya di situ tidak berada disitu.Apapun,hakikatnya itulah 'dream team'UMNO yang telah diterjemahkan melalui kuasa perwakilan dari seluruh negara.
ReplyDeleteIni lah team yang akan memanjangkan atau memendekkan hayat UMNO di persada politik negara.Wallahualam.
Presiden kena berani.Bukan setakat berani sahaja tetapi kena berani 'sungguh'. Anggota MKT pun kena bersungguh-sungguh berani supaya kapal yang dinaiki tidak tenggelam bersama dalam inspirasi untuk 'menakhoda zaman'.
Ditakuti selepas ini, retorik akan berhenti. Kenyataan-kenyataan yang kritikal terhadap parti akan senyap dan terus lenyap. Laporan rasuah akan hilang. Pemimpin yang banyak bercakap pun akan diam. Semuanya akan diulik mimpi lagi sehinggalah musim pemilihan parti yang akan datang.
gabunagan baru yang menggerunakan musuh UMNO
ReplyDelete