Showing posts with label London. Show all posts
Showing posts with label London. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

RAJA PETRA – PERMAINAN KUCING & TIKUS?

Persoalannya kini bukan di mana Raja Petra Kamarudin berada tetapi bagaimana rakyat negara ini diberikan hak untuk mengetahui apakah tuduhan beliau benar atau sebaliknya.

Jika tidak benar, hukumlah beliau kerana membuat tuduhan palsu.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 7 Januari lalu menegaskan pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang antarabangsa untuk memburu pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin.


"Dalam perkara ini kena bersabar kerana permohonan ekstradisi memerlukan masa yang lama," katanya minggu lalu.

Banyak berita ialah mengenai beliau berada bukannya perkembangan sejauh mana polis mengesan Raja Petra. Jalan jadi ‘kucing kejar tikuS’ sudahlah. Bukan sahaja polis akan dilihat hilang kredibiliti tetapi lama kelamaan rakyat akan mempercayai Raja Petra akan berada di pihak yang benar kerana banyak sangat orang mahu membantunya.

Raja Petra dalam artikel yang disiarkan 31 Januari lalu mendakwa dia berada di Poland dan sebelum itu menurut polis, lelaki terbabit berada di pangsapuri mewah Gloucester Terrace, Bayswater, London.

Yang tidak sedapnya, Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan terpaksa menegaskanpada 13 Januari lalu yang beliau tidak mempunyai hubungan dengan Raja Petra yang kini diburu polis apatah lagi mahu membenarkan pengendali portal berita Malaysia Today itu menetap di apartmen miliknya di London.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan yang cuba membabitkan namanya dengan kedua-dua individu tersebut.

Kalimullah berkata demikian bagi mengulas dalam laporan blog seperti dipetik akhbar menyatakan beliau menaja pengendali portal berita Malaysia Today itu yang kini dilaporkan bersembunyi di London.

"Memang benar saya ada sebuah apartmen di London tetapi Raja Petra tidak pernah menetap di apartmen itu. Seperti yang diketahui umum, Raja Petra banyak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saya, keluarga saya dan sahabat saya seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,'' jelas Kalimullah.

Ini berikutan ada laporan dalam blog bahawa Raja Petra bersembunyi di rumah isteri Kalimulah (baca petikan yang disertakan di bawah).

Kalimullah mengatakan beliau langsung tidak terlibat dengan kedua-dua laman berita propembangkang seperti dilaporkan sama ada dalam pembiayaan, pengendalian, pemilikan saham atau penubuhan organisasi itu.

Sebuah entri pada blog pisau.net yang mendakwa Raja Petra bersembunyi di sebuah apartment.

XKLUSIF : PETRA BERSEMBUNYI DIRUMAH HELINNA HANUM DADAMEAH !
Posted On 1/11/2010 05:44:00 PM by pisau.net












benarkah raja petra bersembunyi di rumah seorang wanita bernama helinna hamun dadameah. perkara ini gap sahkan memang benar. siapa wanita ini yang sanggup bersekongkol dengan pengkhianat negara ?

helinna hanum dadameah adalah isteri kepada kalimullah hasan,agen bertaraf bangkai daripada singapura yang bersekongkol dengan raja gila. petra mencipta teori fantasi politik untuk meenjatuhkan ds najib dan mengaibkan rosmah mansor. sayang tuduhan dan akuan bersumpah petra dan pi bodoh bernama balasubramaniam yang mengatakan rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan altantuya pada jam 10 malam telah kami nafi dan sangkalkan.

dengan keluarnya gambar alibi rosmah yang sedang berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan jelas menunjukkan bahawa petra ini adalah manusia sundalan,bangkrap politik dan kering iman namun sayang manusia setaraf bangkai ini dianggap sebagai hero demokrasi oleh anwar dan pas !

hari ini petra bertembung dengan kumpulan kami..yang secara perlahan-lahan akan mengeluarkan satu persatu bukti mengenai fitnah yang sedang anwar/petra/kalimullah rencanakan untuk mengkucar kacirkan kestabilan politik negara.

hari ini seperti yang dijanjikan,kami mengeluarkan bukti pemilik tempat persembunyian raja petra. dimiliki oleh isteri kepada kalimullah di no 20 apartment trinity court bayswater london.

selanjutnya blog gap sini

Komen Pisau; Kaitan RPK dan Kallimulah amat ketara, konspirasi menjatuhkan Ds Najib telah bermula sejak zaman pemerintahan Tun Abdullah .perancangan rapi mereka atas kuasa Allah telah mendedahkan tembelang mereka satu demi satu.

Pisau pernah bertemu dengan seorang penyelidik yang menjejaki kes Altantuya , begitu mengejutkan apabila beberapa nama yang terkenal terbabit dalam perancangan konspirasi ini.Mereka telah merancang sebegitu rapi agar rakyat lebih percaya kepada fitnah dan persepsi ,perkara yang sama berlaku apabila mereka menimbulkan isu arsenik yang menimbulkan rasa simpati rakyat terhadap Anwar Ibrahim.Dengan mengunakan modus operandi yang sama kes Altantuya di garap sebegitu rupa agar mereka yang tidak terlibat dilihat benar benar terlibat.Ketika itu rakyat diperbodohkan secara terang terangan,fitnah yang berterusan dan konsisten yang tidak benar akan menjadi benar benar berlaku.

Menurut penyelidik ini,Kalimulah menempatkan 4 orang wartawan di NST khas untuk spinkan fakta kes Altantuya,katanya fakta kes dan sebutan di makhamah cukup berbeza yang dipaparkan di surat khabar. Tujuannya untuk mengambarkan secara halus penglibatan seorang vvip didalam kes tersebut.

Pendedahan dan penemuan yang dibuat oleh penyelidik ini cukup mengemparkan,dan sudah pun diserahkan kepada PM Ds Najib .

Pisau kata " banyak lagi akan didedahkan ...sabaaarrrr!"

Wednesday, December 3, 2008

PRODUK KRAF TANGAN MALAYSIA DIJUAL DI HARRODS

Tak percaya? Mimpi di siang hari?

Terfikirkah kita bahawa produk kraftangan kita mampu memasuki gedung jualan terkemuka di Kota London?

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebaliknya tetap yakin ia akan berlaku.

Ini kerana pusat beli-belah terkemuka Harrods di London sudah mengenal pasti 60 peratus produk kraf tangan dari Malaysia untuk dijual di situ menjelang awal tahun depan.

Antara produk dipilih ialah batik dan songket yang mendapat perhatian pegawai-pegawai Harrods yang melihat barangan itu dalam beberapa acara pameran.

Benarkah berita ini? Khayalan semata-mata?

Apa baiknya produk kraftangan Malaysia hingga boleh memasuki Harrods?

Kita berharap dan berdoa Mohd Shafie dapat menjadikan usaha ini sebagai kenyataan kerana produk kraftangan Malaysia juga bernilai dan penting sebagai pendapatan untuk mereka yang mengusahakannya.

Saya masih ingat pada pertengahan 1990an, pemilik gedung, Mohamed Al-Fayed pernah datang ke Malaysia kerana menghadiri satu pameran produk yang diadakan di Carcosa Sri Negara. Kuala Lumpur.

Inisiatif ini dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir dan menarik ramai pelabur dan pengusaha Malaysia menyertai pameran berkenaan.

Harapan cukup besar waktu itu bahawa produk kita bukan sahaja masuk tetapi kekal di jual di gedung berkenaan. Namun, selepas beberapa ketika kempen untuk menjamin barangan memasuki Harrods, dingin kembali.

Untuk memasuki gedung perniagaan di Brompton Road di Knightsbridge, London itu, sudah pasti produk dari kawasan-kawasan terpencil di Malaysia menjadi barangan antarabangsa yang setanding dengan yang datang dari negara lain.

Harrods yang keluasannya kira-kira 18,000 meter persegi memiliki kira-kira 1 juta persegi ruang jualan membabitkan 330 jenis kedai. Harrods standing dengan gedung terkenal dunia seperti Macy’s New York dan Selfridges.

Dengan bermotokan Omnia Omnibus Ubique —- All Things for All People, Everywhere sudah pasti barangan yang dijual di gedung itu mempunyai kualiti untuk seluruh pengguna dunia dari mana juga datangnya mereka.

Mohd Shafie menjelaskan, ia bukan sesuatu bersifat fantasia atau akan menjadi mimpi di siang hari bagi pengusaha kraf tangan Malaysia memasuki Herrods.

Perjanjian untuk memasarkan produk kraftangan Malaysia di Harrods sudah ditandatangani antara pegawai syarikat itu dengan Perbadanan Kraftangan Malaysia menerusi Karyaneka Sdn. Bhd. (Karyaneka) baru-baru ini.

Usaha menjual kraftangan tempatan di Harrods ini adalah satu langkah untuk memberi peluang perniagaan dan perusahaan kepada rakyat Malaysia, di samping menyumbang pendapatan kepada negara.

Bercakap selepas satu program di Bukit Gantang pada Ahad 30 November 2008 lalu, Mohd. Shafie, berkata pada peringkat permulaan tidak banyak produk kraf tangan dipasarkan kerana pihaknya perlu melihat selera pasaran di negara-negara Eropah.

Beliau bagaimanapun sedar bahawa keupayaan untuk membekalkan barangan juga harus diambil kira sekiranya permintaan meningkat.

Mohd Shafie amat yakin jenis dan jumlah produk kraf tangan dari Malaysia ke luar negara akan terus bertambah pada masa depan.

Pada 1 Ogos lalu di London, Mohd Shaife berkata produk kraf tangan Malaysia seperti batik dan songket akan menjadi setaraf dengan jenama barangan terkenal dunia apabila ia bakal dijual di pusat beli-belah terkemuka Harrods di sini menjelang Mac tahun depan.

Jika inisiatif Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) itu menjadi kenyataan, ia merupakan antara pencapaian paling cemerlang setakat ini dalam usaha negara untuk memasarkan barangan songket dan batik hingga ke peringkat antarabangsa.

''Harrods sudahpun menerima tawaran kita untuk menyediakan ruang pameran dan jualan barangan batik dan songket di sana,'' katanya selepas melancarkan Pameran Lukisan Semesta di La Galleria Pall Mall, di London.

Pelancaran pameran sempena program Minggu Malaysia '08 itu turut dihadiri Datuk Bandar Southwark London, Eliza Mann; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK), Rustam Yahaya; dan Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara, Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa.

Menurut Mohd. Shafie, sebelum hasrat itu direalisasikan, beliau akan mengadakan perbincangan dengan para pengeluar batik dan songket di tanah air bagi memastikan produk yang dihasilkan kelak memenuhi piawaian mutu serta kehendak pasaran semasa.

Perkara itu perlu diberi perhatian serius memandangkan produk kraf tangan Malaysia terutamanya songket dan batik bakal bersaing dengan jenama-jenama barangan terkemuka dari seluruh dunia yang sudah lama diakui mutu serta prestijnya.

Barangan yang dijual di Harrods mengenakan tapisan mutu yang amat tinggi dan terkawal. Sebagai sebuah pusat beli-belah yang berprestij, mereka amat mementingkan perkara-perkara tersebut.

Beliau yakin mutu barangan kraf tangan kita termasuklah batik dan songket juga amat halus buatannya. Contohnya, tenunan, barangan berasaskan kulit dan perak.

Saya benar-benar berharap agar usaha yang sudah dimulakan lebih sedekad lalu ini dijayakan oleh Mohd Shafie – bukan untuk kepentingan pengusaha kraftangan sahaja tetapi meletakkan produk Malaysia bersaing di arena antarabangsa.

Saya kira usaha Shafie sedikit dipermudahkan dengan beliau kini akan menerajui Pertubuhan Parlimen Komanwel (CPA) yang dianggotai 57 negara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif bagi tempoh tiga tahun.