Tim Leissner (paling kanan) ketika menjadi eksekutif Goldman Sachs dikatakan menguruskan tiga jualan bon pada 2012 dan 2013 dengan 1MDB berjumlah AS$6.5 bilion, dengan menyumbang AS$593 juta, menurut Bloomberg. |
“Kita berharap dakwaan WSJ ini semuanya palsu. Wang derma
RM2.6 bilion itu memang derma daripada Arab Saudi – tidak kiralah daripada
‘raja atau putera, yang hidup atau yang dah mati’ tetapi bukan daripada sebahagian
dana yang yang dipindahkan oleh Goldman berkenaan.”
“No bank in Singapore received US$3 billion (S$4 billion)
from a Goldman Sachs-arranged bond issue for scandal-hit Malaysian state fund
1Malaysia Development Berhad (1MDB), the Monetary Authority of Singapore has
found.
MAS was refuting a Wall Street Journal (WSJ) report alleging
Goldman Sachs had wired the US$3 billion from the bond issue arranged in 2013
to a 1MDB-controlled account at the Singapore branch of small Swiss private bank
BSI.”
Ini kenyataan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang
dilaporkan oleh Straits Times Singapura hari ini.
Ini pula kenyataan terbaru The Wall Street Journal:
Baru saja nak tahniah kepada Setiausaha Akbar Perdana
Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kerana jawapannya kepada
‘dakwaan palsu The Wall Street Journal (WSJ)’, tiba-tiba WSJ kata ia sudah
memperbetukan kenyataannya.
WSJ dalam kenyataan terbaru menyebut wang disalurkan ke bank Swiss BSI SA, tanpa merujuk kepada BSI Singapura (kini sudah ditutup).
WSJ pada minggu ini, melaporkan perolehan daripada bon 1
Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Goldman Sachs Group Inc (Goldman) bernilai
AS$3 bilion telah disalurkan melalui bank Switzerland yang mempunyai cawangan
di Singapura.
Sebelum itu, Goldman dilaporkan mengumpulkan AS$3 bilion
menerusi terbitan bon 1MDB pada Mac 2013, yang sepatutnya untuk membiayai
projek hartanah utama di Kuala Lumpur demi meningkatkan ekonomi negara.
WSJ yang memetik
‘sumber yang mendedahkan’ turut mengatakan bank berkenaan tidak mengetahui
bagaimana 1MDB menggunakan wang yang dikumpulkan untuk firma pelaburan Malaysia
itu.
Yang menjadi isu sekarang ialah, pasukan penyiasat
sekarang cuba untuk menentukan sama ada Goldman gagal mematuhi Akta Kerahsiaan
Bank Amerika Syarikat yang memerlukan institusi kewangan untuk melaporkan urus
niaga mencurigakan kepada pihak berkuasa.
"Penyiasat percaya bank (Goldman) mempunyai sebab
untuk mengesyaki wang yang dikumpulkannya itu tidak digunakan untuk tujuan yang
dimaksudkan, dan amaran sepatutnya dikeluarkan apabila Goldman diarah
memindahkan AS$3 bilion kepada sebuah cawangan bank swasta Switzerland yang
kecil di Singapura dan bukannya kepada bank global besar, seperti lazimnya
untuk pemindahan saiz berkenaan.
Satu lagi amaran, kata mereka adalah semasa jualan bon
dan mengapa ia dlakukan secara tergesa-gesa.
Perjanjian itu dilakukan pada Mac 2013 iaitu dua bulan
selepas Najib berurusan dengan ahli bank Goldman semasa mesyuarat Forum Ekonomi
Dunia tahunan di Davos, Switzerland dan dua bulan sebelum kempen pilihan raya
umum ke-13.
Tengku Sariffuddin semalam sekali lagi membidas WSJ
kerana melakukan pembohongan apabila mendakwa Goldman memindahkan AS$3 bilion daripada dana
terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dengan sebahagian dana itu
kemudian dipindahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun keseriusan dakwaan mereka, katanya, WSJ sama
sekali tidak memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka - ia kini
menjadi proses standard pelaporan mereka mengenai Malaysia.
Sebagai satu taktik pengecut untuk mengelak daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka menggunakan sumber-sumber yang tidak dinamakan seperti' mereka yang biasa dengan perkara itu' dan 'penyiasat-penyiasat' tanpa nama," tegas Tengku Sharrifuddin.
Sebagai satu taktik pengecut untuk mengelak daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka menggunakan sumber-sumber yang tidak dinamakan seperti' mereka yang biasa dengan perkara itu' dan 'penyiasat-penyiasat' tanpa nama," tegas Tengku Sharrifuddin.
Malah, sekali lagi juga Setiusaha Akhbar Perdana Menteri itu mengaitkan nama bekas Perdana Menteri dengan mengatakan “sumber-sumber ini mungkin atau mungkin tidak wujud atau hanya proksi-proksi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kegagalan kempen anti-Najib beliau.”
Kenapa setiap penafian yang dibuat Setiausaha Akhbar
Perdana Menteri ini tidak lepas daripada menyebut nama Tun Dr Mahathir?
Takut atau bimbang benarkah PMO dengan bekas Perdana
Menteri ini seolah-olah isu 1MDB itu hanya diketahui oleh Tun Dr M?
Juga apakah benar WSJ hanya mengikut telunjuk bekas
Perdana Menteri itu?
Tengku Sariffuddin berkata setiap minggu lebih banyak dakwaan WSJ dan sumber tanpa nama dibuktikan sebagai pembohongan.
Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak disahkan oleh musuh kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat yang rela dalam kempen mereka secara terbuka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan, katanya.
Beliau berkata ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak pembohongan terbukti mengenai sebuah negara dan mengapa sebuah akhbar antarabangsa mengambil sikap 'menyebelahi' dalam urusan dalaman negara.
Tengku Sariffuddin berkata setiap minggu lebih banyak dakwaan WSJ dan sumber tanpa nama dibuktikan sebagai pembohongan.
Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak disahkan oleh musuh kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat yang rela dalam kempen mereka secara terbuka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan, katanya.
Beliau berkata ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak pembohongan terbukti mengenai sebuah negara dan mengapa sebuah akhbar antarabangsa mengambil sikap 'menyebelahi' dalam urusan dalaman negara.
Dengan
perkembangan terbaru, iaitu pembetulan fakta itu, nampaknya kenalah tunggu
perkembangan selanjutnya apakah dakwaan WSJ itu mempunyai kredibiliti atau
sebaliknya.
Sesuatu yang pasti, ‘perang’ dan ‘serang-menyerang’
antara Pejabat Perdana Menteri dengan WSJ akan berterusan.
Ini kerana dakwan yang dibuat oleh WSJ dan beberapa
laporan media asing pada 6 Jun lalu, yang menyebut pasukan penyiasat Amerika
Syarikat sedang cuba untuk menentukan sama Goldman melanggar undang-undang apabila ia gagal
memberi amaran berhubung transaksi yang mencurigakan yang membabitkan firma
pelaburan negara yang bermasalah, 1MDB, masih belum terjawab.
Juga apakah ada asas dakwaan WSJ bahawa wujudnya
perbuatan atau kejadian bahawa sebahagian dana itu kemudian dipindahkan kepada
Najib melalui bank yang berpangkalan di Switzerland?
Kita berharap dakwaan WSJ ini semuanya palsu.
Wang derma RM2.6 bilion itu adalah memang derma daripada
Arab Saudi – tidak kiralah daripada ‘raja atau putera, yang hidup atau yang dah
mati’ tetapi bukan daripada dana yang yang dipindahkan oleh Goldman ini.
Juga, kita berharap maklumat yang disalurkan, termasuk
mungkin oleh Tun DR Mahathir itu hanya ‘fitnah dan berniat jahat’ yang sengaja
mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri semata-mata.
No comments:
Post a Comment