Main bontot biar setakat pemimpin pembangkang sudah
lah...
UMNO tidak wajar berkelakuan sedemikian.
Kalaupun nak bersekongkol dengan PAS demi dua kerusi
Parlimen, jangan lukai hati dan menyentuh sentimen parti komponen bukan Islam
yang lain.
Apakah dengan menyokong PAS dalam isu Hudud ini ahli PAS
akan mengundi UMNO dan dilihat lebih Islamik?
Bukankah Islam mengajar kita supaya tidak membuat
keputusan tergesa-gesa dan jangan menyakiti hati saudara-saudara kita yang bukan Islam?
Kalaupun dua kerusi parlimen iaitu Sabak Bernam dan
Kuala Kangsar jatuh kepada pembangkang, ia tidak mendatangkan kesan besar kepada kerajaan.
Tidak tahulah kalau-kalau pemimpin UMNO kini semakin
desperado dalam banyak perkara!!
Tetapi fikirkan sokongan untuk Pilihan Raya Umum ke-14
nanti. Bagaimana dengan sokongan orang bukan Islam dari MCA, Gerakan, MIC dan parti lain seperti SUPP kepada Barisan Nasional (BN) yang
sudahpun menjauhkan diri sejak Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Presiden MCA Liow Tiong Lai menyerang
UMNO secara terbuka dalam isu pembentangan Pembentangan Rang Undang-Undang
(RUU) Ahli Persendirian mengenai hudud. Beliau menuduh UMNO bersekongkol dengan
PAS dan mengkhianati semangat BN.
Malah dalam kenyataan bersama beberapa parti, mereka kecewa dengan keputusan itu. (baca kenyataan bersama di bawah yang dipetik daripada FB Liow Tiong Lai):
Usul berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Usul berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam
menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak
menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan
hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain
hukuman mati.
Liow sebagai berkata anggota komponen BN tidak tahu
menahu berkaitan perkembangan itu dan menyalahkan UMNO kerana mewujudkan krisis
perlembagaan.
Ahli Parlimen DAP (Seremban), Anthony Loke menegaskan, ia
adalah kali pertama RUU persendirian itu dipercepatkan dibawah Kertas Perintah
untuk perbahasan.
"Ia hanya dibahaskan pada pagi tadi oleh Hadi (Presiden PAS) dan
dipercepatkan ke item No.15 dibawah Kertas Perintah untuk perbahasan.
"Adakah langkah pada saat akhir ini satu muslihat
politik?," katanya.
Menghairankan juga ialah bagaimana Speaker Tan Sri
Pandikar Amin Mulia dengan mudah untuk bersetuju atau membenarkan usul itu yang disenaraikan sebagai
nombor '15' atau perkara terakhir dalam Kertas Perintah Parlimen dibentangkan?
Jika rang undang-undang hudud itu diluluskan, ini akan
merintis jalan untuk pelaksanaannya di Kelantan.
Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah
meluluskan rang undang-undang untuk melaksanakan hudud tahun lalu dengan semua
44 ADUN mengundi menyokongnya.
Takut sangatkah kepada pembangkang, atau lebih tepat
pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga rela ‘main bontot’ MCA?
Jangan jadi parti ‘talam dua muka’. Jangan ikut cara PAS
yang tamak dan tidak reti ‘berkawan’ dengan kawan-kawannya dalam pakatan
pembangkang.
Memang mengejutkan tiba-tiba sahaja pihak erajaan semalam
memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Pindaan
itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.
Rang Undang-undang peribadi untuk meminda Akta 355 bagi
membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan dibawa oleh Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau memohon perkara itu bawah Seksyen 15(5) Peraturan
Tetap Dewan Rakyat.
Hadi bagaimanapun memohon perbahasan itu ditangguhkan ke
sesi akan datang, yang akan berlangsung pada 17 Oktober. (Melalui Peraturan Mesyuarat 15 (5). Peraturan
Mesyuarat 15 (5) memperuntukkan usul seseorang yang bukan ahli kerajaan yang
telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila
pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang,
hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang
bukan ahli kerajaan.)
Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh
Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Speaker Dewan Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan
penangguhan usul itu selepas undi suara dibuat.
UMNO mungkin bangga kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentangkan di parlimen semalam.
"Terima kasih pada kerajaan kerana membenarkan usul
ini. (Beri) peluang masa pada ahli-ahli (parlimen). Hari ini hari terakhir
(bersidang)," katanya ringkas. Beliau berkata demikian ketika ditemui
pemberita di lobi Parlimen semalam.
Ketua Pemuda PAS, Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang masih berhingus dalam politik menyifatkan pembentangan
Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian itu tidak akan menjejaskan undi
bukan Islam dalam pilihan raya kecil akan datang.
"Presiden parti berbincang dengan kami minggu lepas.
Kami konsisten berhubung pembentangan RUU persendirian dan InsyaAllah, ia akan
diluluskan. Jika tidak, kami akan cuba lagi," katanya yang juga Ahli
Parlimen Pasir Mas.
Pada ketika ahli PAS telah dimaklumkan mengenai pembentangan Rang Undang-undang itu sejak lebih seminggu yang lalu kepada ahli, bagaimana dengan BN dan UMNO?
Pada ketika ahli PAS telah dimaklumkan mengenai pembentangan Rang Undang-undang itu sejak lebih seminggu yang lalu kepada ahli, bagaimana dengan BN dan UMNO?
Semalam Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan
berkata rang undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
kerana intipati Akta 355 adalah garis pemisah antara syariah dan undang-undang
sivil.
"Nenek moyang kita mempunyai kebijaksanaan yang
hebat dengan mengabadikan peraturan itu dalam Perlembagaan Persekutuan dengan
tujuan dan maksud supaya masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup dengan
aman.
"Jika pindaan kepada akta ini dibenarkan, ia akan
membuka kotak Pandora yang akan membawa kepada pencerobohan kepada sistem
undang-undang sekarang, yang mana Perlembagaan Persekutuan berada di kedudukan
tertinggi," katanya dalam satu kenyataan media.
Pada ketika MCA berang, DAP percaya PAS telah berputus asa bagi memikat sokongan bukan Melayu pada pilihan raya berkembar akan datang berhubung keputusannya untuk membentangkan semula rang undang-undang (RUU) persendirian itu.
"Mereka (PAS) percaya bahawa mereka boleh menang
pilihan raya kecil ini dengan hanya undi Melayu," kata Anthony Loke.
Hadi Awang menuduh DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai
adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam.
Tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu
dibentang semalam bagi Presiden PAS itu menunjukkan sifat mereka yang biadab
dan anti Islam.
Bagaimana dengan MCA, iaitu sekutu UMNO dalam BN yang
turut menyuarakan bantahan mereka?
Apa bezanya MCA, Gerakan, MIC dan SUPP berbanding DAP?
JOINT PRESS STATEMENT
27 May 2016
Keep the 3-6-5 Safeguards within Act 355
Introduction
We are saddened by the current events where the PAS MP for Marang YB Dato’ Seri Hadi Awang’s Private Member’s Bill was permitted to be tabled for debate by elevating it above government’s matters.
We are also disappointed by the fact that this matter was not discussed within the Cabinet or the Barisan Nasional Supreme Council.
The Private Member’s Bill seeks to primarily remove safeguards which we refer to as the “3-6-5 Safeguards” from the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, otherwise known as Act 355. The “3-6-5 Safeguards” provide that any offence punishable under the Syariah Courts is limited to a term of imprisonment not exceeding 3 years, or whipping of not more than 6 strokes, or fine of not more than RM5,000. This is in the interest of the consistency and uniformity with our laws.
What Hadi’s Private Member’s Bill is attempting to do right now is to dismantle all of these, and the Bill in its current form if passed is against the spirit of the Federal Constitution.
Article 8 of the Federal Constitution – Equality Before the Law
Article 8(1) of the Federal Constitution provides that “all persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.” A cornerstone of unity and harmony amongst the various ethnic groups and creeds for a country such as Malaysia must be anchored on fairness, equality, consistency and uniformity of laws and this must extend to the enforcement of such laws and the form of punishment. The punishment and sentencing must also be equal and consistent for all affected persons in Malaysia. The “3-6-5 Safeguards” is consistent with this equality and consistency and is expressed in the case of Act 355 as placing limits to ensure that all forms of punishment are consistent and uniform i.e. that punishments will not exceed imprisonment of a term of 3 years, whipping of 6 strokes or a fine of RM5,000.
If Hadi is successful in removing this “3-6-5 Safeguards”, the authorities will be able to enact any form of punishment except the death penalty. Whilst Hadi has told us that he will not impose the death penalty, he has NOT told us what he will impose. From what we know, these are the forms of punishments under hudud – public whipping/ flogging, amputation and possibly long term imprisonment. Hadi needs to come clean and be forthright to all Malaysians and fully disclose how he wants to punish Malaysian Muslims. Our parties cannot support any Bill which is vague, uncertain, open-ended and which can lend itself to great inconsistency, injustice and inequality in its application to Malaysians of any community.
We are of the opinion that this is an attempt to circumvent settled constitutional and legal principles by conferring unlimited sentencing powers to the Syariah criminal courts to facilitate the introduction of Islamic criminal law. This will lead to the duplicity of laws as there will be two sets of laws for the same offences in the country in contravention of Article 8 of the Federal Constitution.
It has also been greatly publicised that this Private Member’s Bill will only affect Muslims in Kelantan and will not be imposed on Muslims elsewhere in Malaysia. Any Bill which seeks to impose an open-ended form of punishment on a select group of Malaysians (in this case, Kelantanese Malaysian Muslims) will be imposing a law unequally to the detriment of Kelantanese Malay Muslims This is in contravention of Article 8 of the Federal Constitution which provides that punishment and sentencing must embody some form of equality and consistency (as is now the case with the “3-6-5 Safeguards”), Hadi’s attempt to remove the “3-6-5 Safeguards” is against Article 8 of the Federal Constitution and is thus unconstitutional.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
MCA President
Minister of Transport
Datuk Seri Dr. S Subramaniam
MIC President
Minister of Health
MIC President
Minister of Health
Datuk Seri Mah Siew Keong
Gerakan National President
Minister in the Prime Minister’s Department
Gerakan National President
Minister in the Prime Minister’s Department
Dato’ Sri Richard Riot
SUPP Deputy President
Minister of Human Resources
SUPP Deputy President
Minister of Human Resources
Amat sakit kalau seorang Islam tidak menyokong permulaan pelaksanaan undang2 Islam. Menulis untuk mempengaruhi org Islam lain tidak menyokong RUU tersebut seumpama membina jambatan ke neraka. Adakah kuasa dan kekuasaan di dunia akan menentukan kesenangan di akhirat? Takut sangat hilang kuasa dunia hingga sanggup halang pelaksanaan RUU berkaitan hudud.
ReplyDeleteSaya tidak menolak atau menentang Hudud. Yang saya minta ialah ada penjelasan peringkat atasan kepada semua pemimpin komponen BN. Kita bukan dalam negara seperti Arab Saudi yang semuanya Islam. Kita perlu dapat sokongan semua rakyat.
Deletetuan admin, perbahasan di peringkat parlimen akan dilaksanakan pada oktober depan. adakah masa 5 bulan tidak mencukupi bagi kerajaan memperjelas dan memahamkan bahawa RUU tersebut adalah untuk memperkemas dan memperkasa mahkamah syariah? juga memahamkan parti2 komponen bn yang didominasi oleh orang bukan islam bahawa RUU ini tidak berkaitan dengan mereka. tidak ada satupun bahagian daripada RUU tersebut dikuatkuasakan kepada mereka yang bukan islam. oleh itu kenapa perlu ditolak dan ditentang? saya rasa tuan faham bahawa RUU ini bukan akan dilaksanakan sekarang atau esok... sehinggalah diluluskan oleh parlimen.
Delete