Pepatah Melayu ada menyebut ‘tiada angin tak kan pohon
nak bergoyang’.
Itu mungkin betul dalam beberapa perkara. Namun, ‘tanpa
angin pun pokok boleh bergoyang kalau digoncang’. Gajah selalu buat kerja macam
ini, malah monyet dank era pun pandai buat kerja semacam ini!!!
‘Pokok bergoyang’ ini berlaku di negara ini apabila
Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak (gambar atas) pandai-pandai jer buat hal. Sudah kecoh
satu Malaysia.
Sudahlah negara ini kecoh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ini
ditambah pula dengan kenyataan Novak bahawa
firma Russia, Zarubezhneft berminat dengan aset-aset Petronas.
“Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset-aset
Petronas. Pihak-pihak sedang mengadakan perundingan mengenainya," Novak dilaporkan berkata 20 Mei lalu.
Masalah yang timbul kini ialah ada tuduhan bahawa Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kini bersedia pula menggadai atau menjual
asset negara.
Tuduhan ini berat kerana membabitkan harta negara dan
kepentingan anak cucu kita pada masa hadapan.
Tidak pasal-pasal Novak menambahkan tekanan terhadap
Najib akibat berita yang diviralkan melalui pelbagai saluran media baru.
Sudah pasti media arus perdana, termasuk akhbar dan tv
milik kerajaan dan yang ada kaitan dengan kerajaan tidak melapor mengenainya.
Malah menafikan awal-awal jauh sama sekali.
Malah ahli politik pun ramai mengatakan mengenainya,
termasuk dari Sabah dan Sarawak (baca di sini dan di sini).
Semalam, Malaysiakini turut melaporkan isu ini dengan
tajuk “Firma minyak Russia mungkin beli aset Petronas”. Malaysiakini sebut
‘mungkin’ sahaja.
Hari ini Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terpaksa menafikan wujudnya perbincangan untuk jual aset kepada
Rusia.
Firma itu menolak laporan bahawa ia sedang melakukan perundingan dengan syarikat
dalam industri yang sama dari Russia, Zarubezhneft untuk menjual aset-asetnya.
Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, syarikat
itu berkata, “Petronas merujuk kepada beberapa laporan media baru-baru ini yang
berpunca dari Russia mengenai rundingan penjualan 'aset-aset' dan 'kepentingan'
tertentunya.
“Kami ingin menjelaskan bahawa Petronas tidak pernah, dan
pada masa ini tidak, berbincang dengan mana-mana pihak di Rusia untuk tujuan
seperti yang disebut di atas.”
Novak dilaporkan agensi berita Russia, Tass, pada Jumaat
lalu, sebagai berkata: “Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset-aset
Petronas. Pihak-pihak sedang mengadakan perundingan mengenainya.”
Perbincangan dengan siapa? Kalau bukan dengan Petronas,
dengan pihak mana?
Ini nak kena tanya Novak macam tanya Menteri Luar Arab
Saudi atau Menteri Pelancongan Arab Saudi mengenai derma RM2.6 bilion yang
masuk ke akaun peribadi Najib.
Jawapan mesti jelas. Apakah ada aset negara melalui Petronas yang mahu digadai atau dijual?
Tuduhan bahawa Perdana Menteri terbabit kerana kebetulan Najib
berada di negara Russia itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan
Asean-Rusia dua hari di Sochi 20 Mei lalu, tidak adil!
Tuduhan itu mungkin ada kaitan dengan kedudukan Petronas
kini bahawa keuntungan sebelum cukainya menurun sebanyak 53 peratus kepada RM36
bilion bagi tahun berakhir 31 Dis, 2015.
Selain itu syarikat negara itu juga pada Mac lalu berkata
ia akan mengurangkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan dalam usaha untuk
mengurangkan kosnya di tengah-tengah kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Menurut Novak, Zarubezhneft kini sedang meninjau peluang
untuk menjalankan projek-projek Malaysia. Menurutnya, Zarubezhneft mempunyai banyak pengalaman
untuk meningkatkan keberkesanan dalam lapangan semasa dan menawarkan
perkhidmatan serta penyertaannya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong
tidak tahu menahu berkaitan minat syarikat Russia Zarubezhneft untuk membeli
aset Petronas.
Katanya, soalan berkaitan sepatutnya ditanya langsung kepada Petronas.
“Saya betul-betul tidak tahu berkaitan perkara ini,” kata Chua yang juga anggota parlimen Labis.
Katanya, soalan berkaitan sepatutnya ditanya langsung kepada Petronas.
“Saya betul-betul tidak tahu berkaitan perkara ini,” kata Chua yang juga anggota parlimen Labis.
Menurutnya, ia mungkin perbincangan yang sedang berjalan.
“Kita tidak tahu dengan terperinci. Mungkin juga tiada jualan sama sekali. Saya
tidak fikir kita patut buat spekulasi,” katanya.
Berbalik kepada pepatah Melayu tadi, bagaimana Novak
boleh berani berkata demikian?
Apakah ini hanya kerana minat Russia atau lebih khusus
Zarubezhneft semata-mata tanpa pengetahuan Petronas sama sekali.
Cuma peliknya, Novak turut mengatakan berikut:
“The minister also announced that several Russian
companies, including Rosatom and Zarubezhneft have plans to participate
in industry-specific projects in Malaysia, while Gazprom has already
established cooperation with this country.”
Ini bermakna bukan Zarubezhneft sahaja tetapi juga
Rosatom, malah Gazprom sudah menjalinkan kerjasama dengan Malaysia. Bukan
sekadar dan industri minyak dan gas tetapi juga sektor lain.
Akhirnya, "pokok oh pokok, kenapa engkau goyang?”
Ingatkan Yeo Jia Wei? Berumur 33 tahun adalah penjenayah besar
ReplyDelete• menipu pemindahan wang US$ 11.95 juta dari SRC International (Malaysia) anak syarikat 1MDB kepada Affinity E quity International Partners syarikat yang dikuasai oleh Jho Low associate Tan Kim Loong.
• Menipu bank supaya mempercayai surat yang ditandatangi adalah arahan dari BSI(Bank of Switzerland Investment) of Singapore.
Kerjasama dalam industri penerokaan dan pengeluaran minyak adalah perkara biasa di banyak tempat di dunia..ini berlaku di Saudi Arabia dan Timur Tengah ...namun beli assets adalah perkara lain..tidak sama..dlm kes pertama Petronas tidak akan mengeluarkan excessive capital investments jika Petronas buat sendiri...dalam kes kedua pula Petronas akan hilang kuasa...cuma bezanya jika kerjasama Petronas kena pastikan costs savingnya melebihi pulangan jika buat sendiri2...
ReplyDeleteKena faham industri minyak betul2...kalau tak tahu jangan komen..orang keliru...
Kalau ada kerjasama pun Kerajaan boleh barter trade dengan pemindahan teknologi pembuatan alat ketenteraan untok Angkatan Tentera Malaysia bagi mengelakkan kos meningkat teknologi negara lain seperti bekalan dari USA dan negara Barat dsb nya...mungkin pihak angkatan tentera mahu menggunakan teknologi Russia pula...so kena jadi PM dulu tengok gambaran makro yg sesuai untok negara..jangan ler jadi Jack of All Trade but Master of None...jangan chuma tau spin, spin and keep spinning only..
tkasih komen anda Ted Manoff
Delete