"Jika BNM tidak meminta maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB dipersalahkan kerana ia sudah mengisi borang seperti yang diperlukan dan memberi maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat...pegawai 1MDB mematuhi arahan yang diberikan dan oleh itu, kelulusan bank pusat diberikan...."
- Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Amat
jelas kini, tumpuan adalah kepada BNM Malaysia (BNM) atau lebih tepat
Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Ini
berikutan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini bahawa '1MDB tak bolehdipersalah jika BNM tak jalankan tugas'.
Apakah
‘perang maklumat’ antara 1MDB Dan Jabatan Peguam Negara akan mendedahkan banyak
perkara yang tersimpan selama ini dan semakin ‘mencerahkan’ kemelut 1MDB yang
setakat ini belum dapat dipastikan bila akan selesai.
Dengan
kenyataan bahawa BNM ‘tak jalankan tugas’ pastinya akan memanaskan lagi suasana
atau pergolakan berkaitan 1MDB. Jawapan BNM Jumaat lalu sudah menyebabkan ada
pihak ‘panas bontot.. (Baca di sini).
Mohamed Apandi
mengatakan BNM ‘tak jalankan tugas’ merujuk kepada tiga kebenaran yang
diperoleh oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada BNM untuk membuat
kiriman wang pada 29 September, 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.
Khamis
lalu, Mohamed Apandi mengumumkan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengambil
tindakan lanjut terhadap 1MDB berkaitan tindakannya membuat pendedahan tidak
tepat bagi mendapatkan kebenaran pelaburan.
Beliau
berkata, keputusan itu dibuat walaupun bank pusat membuat rayuan untuk semakan
semula, kerana tidak wujud sebarang bukti tambahan.
Susulan
itu, BNM telah membatalkan tiga kebenaran kepada 1MDB di bawah
Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) terhadap pelaburan di luar negeri
bernilai US$1.83 bilion (RM7.52 bilion).
Dalam satu kenyataan, BNM berkata ia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan satu perancangan kepada bank pusat itu berhubung perkara tersebut.
Selepas siasatan, bank tersebut merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.
Bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.
Ia berkata keputusan itu "berkait dengan saranan bank
itu supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas pelanggaran di bawah
ECA."
Berikutan itu, kenyataan Mohamed Apandi itu menerima kritikan, dengan pengkritik utama 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menuduh peguam negara kini berkelakuan seperti seorang hakim.
Semalam, Mohamed Apandi menjelaskan, BNM tidak mengambil
lebih tiga (3) hari untuk memberikan keizinan tersebut dalam ketiga-tiga
keadaan, katanya, membaca satu kenyataan media.
Katanya,
borang berkaitan bagi tujuan kiriman wang dalam kes ini tidak memerlukan
pemohon menyatakan nombor akaun bank dan benefisiari.
Setakat
pengetahuan 1MDB, ia hanya perlu mengisi borang berkaitan dan bertindak balas
kepada pertanyaan yang dibuat bank pusat itu.
"Jika
BNM tidak meminta maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB dipersalahkan
kerana ia sudah mengisi borang seperti yang diperlukan dan memberi maklum balas
kepada pertanyaan yang dibuat," kata Mohamed Apandi.
Beliau
berkata, pegawai 1MDB ketika dalam proses mendapatkan kebenaran itu, mematuhi arahan yang diberikan, dan oleh itu, kelulusan bank pusat diberikan.
Mohamed Apandi
berkata, melainkan sekiranya boleh ditunjukkan yang pegawai itu sengaja atau
secara melulu memberikan maklumat palsu dalam butiran tersebut, mereka tidak
melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang.
"Memandangkan
tidak ada keperluan, tindakan pegawai 1MDB tidak memasukkan maklumat itu bukan
satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran. Ia juga menyatakan, borang ECM
berkaitan, iaitu 09A dan 06B, tidak memerlukan pemohon memberikan nama-nama
pemilik benefisiari, atau nombor akaun bank penerima, atau cara
bagaimana dana itu akan disalurkan."
Beliau
berkata apabila 1MDB meminta Deutsche Bank membuat kiriman wang ke satu akaun
lain, bank itu meminta penjelasan daripada BNM.
Bank
pusat itu kemudiannya memberitahu Deutsche Bank yang kiriman wang itu adalah
keputusan perniagaan dan ia tidak menyimpang dari tujuan asalnya, kata Mohamed Apandi.
Bank
pusat itu tidak membuat sebarang pertanyaan lanjut pada masa tersebut, katanya.
Dengan
kedudukan ini, 1MDB tidak boleh dipersalahkan terhadap sebarang dakwaan salah
laku yang disiasat oleh BNM jika bank pusat itu gagal mendapatkan penjelasan
yang diperlukan.
"Jika
BNM Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus
dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang
diperlukan?" soal Apandi.
Sebab-sebab
inilah yang membuatkan Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menutup siasatan BNM
ke atas 1MDB mengikut Bahagian 1 (4) (b) Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran
Wang.
Menurut Mohamed Apandi, Jabatan Peguam Negara tidak melihat sebarang keperluan untuk menyemak
semula keputusannya itu. Tambahnya, tidak ada kewajipan juga untuk 1MDB memberi
maklumat kecuali diminta oleh BNM sebelum itu, selain tidak ada bukti baru.
Menarik dalam kenyataan Peguam Negara semalam ialah keputusannya untuk
membersihkan 1MDB yang membuat pengisytiharan tidak tepat berkaitan dengan
pelaburan di luar negara, menyatakan BNM tidak mendapatkan maklumat yang cukup
dari firma tersebut untuk menunjukkan ia melanggar undang-undang.
Begitu
juga, BNM tidak mengarahkan Deutsche Bank Malaysia Bhd menasihati 1MDB untuk
kembali kepada bank pusat itu bagi mengkaji semula kebenaran yang diberikan
untuk pengiriman wang itu.
"1MDB,
dengan cara yang sah, memberikan maklumat yang diperlukan bagi maksud
pengiriman wang," katanya.
"Dalam
hubungan ini dan hakikat yang tidak ada bukti baru disediakan, kami tidak
melihat keperluan untuk mengkaji semula (keputusan kami)," kata Apandi,
yang enggan menjawab sebarang soalan daripada media.
"Pegawai di 1MDB pada masa material, iaitu semasa proses
mendapatkan kebenaran telah mematuhi arahan yang diberikan, maka kebenaran
diberikan," kata Mohamed Apandi.
Mohamed Apandi menegaskan bahawa 1MDB tidak melakukan
sebarang kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.
Katanya, 1MDB memperoleh tiga kebenaran daripada Bank Negara untuk membuat kiriman wang, pada 29 September 2009 , 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.
Kita
tunggu reaksi BNM khususnya Dr Zeti dalam isu ini dan mungkin akan terpercik
isu lain yang membabitkan BNM dan 1MDB selepas ini.
Yang
pasti, Dr Zeti dan BNM semakin tidak disenangi oleh 1MDB. Contoh jelas
ialah apabila 1MDB menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Dr Zeti yang seolah-olah menyebut syarikat
pembangunan strategik itu sebagai penyebab ringgit lemah.
Penyusutan
nilai ringgit dan mata wang lain disebabkan oleh kejatuhan mendadak minyak
mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah AS serta kelembapan ekonomi
dunia dalam pasaran pesat membangun, katanya.
"Berdasarkan
fakta sejarah, belum ada satu syarikat pun yang dikaitkan sebegitu rupa kepada
nilai ringgit. Kami yakin fakta yang dikongsi oleh 1MDB dan penjelasan segera
yang dikeluarkan setakat ini, akan memberikan penjelasan dan jaminan kepada
semua pihak berkepentingan," kata MDB1 dalam satu kenyataan.
Tambahan
pula, Dr Zeti menyedari bahawa 1MDB sentiasa memenuhi, tanpa ingkar, obligasi
pembayaran asas dan kadar faedah, kepada peminjam domestik dan asing.
Dan
pastinya, 1MDB akan
terus mengulangi kunci kata yang tersohor
baginya: “Bukan syarikat sarat hutang kerana nilai aset syarikat kami adalah
melebihi hutang.”
Jadi pembodek ke penjilat ke, asalkan bulan-bulan gaji masuk...memang betul Najib hanya akan ambik orang-orang yg boleh tolong basuh berak dia..atau kata lain yg senang disuruh buat apa..sape taknak dapat jadi AG, jasa bakti sebelum ni ntah apa-apa...
ReplyDelete