Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak bukan calang-calang nakhoda. Dia nakhoda UMNO dan Barisan
Nasional (BN).
Biarpun kini sedang dilanda badai
dan taufan yang kuat, kapal yang dinakhodakan itu sama sekali tidak akan tenggelam.
Najib mempunyai ramai pembantu yang
setia dan kuat. Ahli Majlis Tertinngi dan Ketua Bahagian UMNO bukan dilantik tetapi dipilih.
Bermakna mereka sudah melalui ujian dan berjaya.
Cumanya mereka ini bukan seperti Datuk
Saifuddin Abdullah yang meninggalkan parti itu kerana kononnya tidak mahu
‘karam’ bersama.
Andaian bekas Menteri Penerangan itu yang menjangkakan lebih ramai ahli UMNO akan
menjejaki langkah Saifuddin TIDAK BENAR dan TIDAK AKAN BERLAKU.
ZAM seolah-olah melihat Saifuddin
sebagai pemimpin besar. Atau ZAM cuba mempengaruhi pendapat awam untuk
tinggalkan UMNO?
Ketika ini, kalaupun mereka bersuara
menentang Najib tetapi mereka tidak mahu parti lawan memerintah negara ini.
Sebagai bekas Ketua Pengarang Utusan
Malaysia, tidakkah ZAM membaca kenyataan pemimpin yang mengkritik Najib?
Mereka hanya tidak mahu Najib terus
menjadi Perdana Menteri, bukan mahu UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya umum ke
14 nanti. Itu saja.
Baca elok-elok kenyataan Tun Dr
Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri
Shafie Afdal, waima Tan Sri Sanusi Junid!
Kata Sanusi yang juga bekas
Setiausaha Agong UMNO, mereka mahu Najib berundur tetapi BN kekal memerintahnegara ini.
Selain
itu, besar mana sangat pengaruh Saifuddin?
Saifuddin
boleh memberikan pelbagai alasan kerana tinggalkan UMNO termasuk tidak puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan skandal
1MDB.
Saifuddin juga berkata tindakannya keluar parti adalah
disebabkan kerana tiada tindakan yang dikenakan terhadap Presiden UMNO Datuk
Seri Najib Razak berhubung wang yang dideposit ke akaun peribadinya berjumlah
RM2.6 bilion.
Selain itu, katanya, dia mahu masuk BN pada 1986 tetapi tiada sistem yang
terus boleh jadi ahli BN.”Jadi saya perlu masuk salah satu parti komponen
dahulu. Sebab itu, saya dah beberapa kali menyuarakan seseorang itu boleh jadi
ahli BN dan bukan parti komponen. Tetapi UMNO tetap berkeras mahu memakai
sistem lama.”
Apakah
UMNO perlu menukar sistem dan perlembagaannya hanya kerana memenuhi hasrat
Saifuddin.
Katanya
:"Hari ini politik tawar menawar contohnya seperti UMNO jaga Melayu, MCA
jaga Cina dan MIC jaga India. Konfigurasi politik tersebut hanya sesuai pada
masa tertentu.Tetapi masa sudah berubah. Mereka mahu politik yang lebih
multiracial. Dalam konteks ini ada parti dalam BN cuba tetapi tidak berjaya.”
Baguslah
jika beliau merasakan di luar UMNO dan BN boleh memperjuangkan cita-citanya.
Selamat Maju Jaya.
Mungkin
dia akan diberikan kedudukan atau apa-apa yang dicarinya.
Namun
beliau patut dengar nasihat bekas menteri UMNO,
Datuk Zaid Ibrahim bahawa sebagai
ahli terbaru PKR Saifuddin perlu
mempelajari selok-belok menjadi seorang pembangkang tanpa terburu-buru.
Zaid
yang telah berada bersama UMNO dan juga PKR menasihatkan bahawa ‘penghijrahan’
itu bukan persembahan rodeo.
Sebelum
ini Saifuddin ‘bernafas’- selepas kalah pilihan raya - mengetuai Gerakan
Moderate Global sebuah badan keamanan dunia.
Bukankah badan itu diilhamkan oleh
Najib ketika ucapannya pada sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2010?
Dengan kata lain, selama ini dia minta ‘nyawa
politik’ atau mungkin menggadailan kehidupannya dengan UMNO dan Najib.
Kalau
tidak kalah di Parlimen Temerloh dan mungkin kekal sebagai Timbalan Menteri,
Saifuddin tidak akan mudah tinggalkan ‘nikmat’ yang dikecapinya selama ini.
Saifuddin
bernasib baik dilantik jadi Timbalan Menteri tetapi nasibnya tidak baik kalah
pilihan raya.
Lainlah
kalau sebelum pilihan raya umum lalu dia tinggalkan UMNO, adalah sedikit
‘weight’ untuk dia mengatakan masih popular dalam UMNO.
Saya
tidak mengatakan Saifuddin sebagai liabilitiseperti Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, namun
memang kadangkala ada menyusahkan UMNO.
Malah
saya tidak bersetuju dengan bekas bos saya, Tengku Adnan yang menyifatkannya
sebagai ‘sampah’ dalam UMNO. Mungkin
ada yang baik disumbangkan oleh beliau.
Cumanya,
gelihati bila membaca kenyataan ZAM
bahawa "Saifuddin
nampak pengaruh Najib semakin terhakis, jadi beliau melompat sebelum kapal
tenggelam. Saya berpendapat lebih ramai akan melompat sebelum kapal UMNO karam,”
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Pendapat ini wajar disanggah. ZAM
bermain dengan andaian apabila menyebut lebih ramai akan melompat sebelum kapal
UMNO karam
Kenapa mesti melompat?
Kenapa tidak gantikan dengan nakhoda
baru atau sama-sama menyelamatkan kapal daripada karam.
Selepas itu semua boleh runding.
Buatlah keputusan terbaik untuk UMNO.
Laipun, dalam UMNO, mereka yang
setia dan sanggup berjuang bukan perangai seperti Saifuddin.
Mereka setia kepada parti kerana
jasa dan perjuangan UMNO. Bukan sangat kerana pemimpinnya.
Pemimpin datang dan pergi.
Kalau Najib tiada, orang lain ada.
Syaratnya UMNO terus berbakti dan menjamin sokongan rakyat untuk menang pilihan
raya.
Kata ZAM lagi tindakan Saifuddin
meninggalkan UMNO memberi kesan lebih buruk kepada Najib berbanding UMNO.
Tidak sekali-kali. Tidak terguris
pun Najib. Kalau tokoh lain yang berwibawa tinggalkan UMNO, mungkin juga tetapi
tidak Saifuddin.
Menggunakan isu Saifuddin keluar UMNO
untuk mengkritik Najib rasanya tidak kuat dan andaian yang sangat meleset.
Menurut Zainuddin, tindakan ahli
beramai-ramai meninggalkan UMNO akan menjejaskan parti tetapi pada masa yang
sama beliau yakin tindakan itu bakal menyaksikan mereka bersatu pada kemudian
hari.
Hakikatnya, Saifuddin bukan Ketua UMNO
Bahagian pun.
Hiraki dalam UMNO ialah, ia banyak
bergantung kepada keputusan Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO
sendiri. Mereka inilah yang menentukan sama ada mahu memecat atau mengekalkan
Najib.
Yang lain semuanya ‘ikan bilis’ yang
tidak mempunyai apa kuasa pun untuk melemahkan UMNO.
Pengikut UMNO sangat setia dengan
pemimpinnya bak pepatah ‘Pantang Melayu Menderhaka’. Jadi? Maaflah ZAM, andaian anda
untuk kali ini jauh tersasar!!!!
Kesian zam dlm mengulas. Bekas ketua pengarang akhbar umno, gagal dalam mengupas kenapa saifudin masuk pkr. Zam lupa untuk menyelak rekod kecondongan saifudin sejak dia menjadi timbalan menteri, sehinggalah kalah pru serta tewas ketua bahagian umno. Ianya tiada kena mengena dgn najib sebenarnya. Apa yang pasti saifudin berpandangan liberal dan menginginkan sesuatu bentuk multiracial dalam entiti parti politik. Memang ia tiada dalam bn sebab bn adalah gabungan parti2 racial. Juga tiada dalam dap kerana dap adalah parti dominasi cina. Dalam pas? Tak sesuai langsung dengan jiwa saifudin yang 'tidak minat janggut'. Mungkin dalam pemahaman saifudin, hanya pkr yang memenuhi seleranya. Its ok, dalam berpolitik kena ada prinsip. Jika parti yang dianggotai tidak mencapai selera, pergilah berambus dan gapailah parti lain yang sesuai dengan selera. Sementelah, pkr ditubuh oleh mereka yang kecewa dalam politik umno, bersesuaian dengan saifudin. Malangnya rentetan ini gagal diulas dengan baik oleh zam. Walaupun zam adalah mamak, macam tun mahathir, tapi nampaknya penyakit mudah lupa sama seperti melayu.
ReplyDelete