Saturday, December 31, 2011

PEMBANGKANG PAKSA YANG DI-PERTUAN AGONG PECAT JAMIL KHIR

"Wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman...Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit inilah,” - Datuk Seri Jamil Khir

Ini belum jadi pemerintah rasmi!

Sudah pandai mahu paksa Yang di-Pertuan Agong memecat seorang Menteri yang kononnya tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.

Menurut laporan semalam, gerakan anti-rasuah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jingga 13 akan meminta Jamil Khir dipecat daripada pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak melakukan demikian.

Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad, memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.

Namun, wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

Pada Rabu, 28 Disember lalu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan pihaknya menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman Menteri berkenaan dan dua yang lain dalam kes membabitkan pertikaian di mahkamah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Muhammad Yamin Ismail berkata, pihaknya mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan bagi tujuan pembayaran yuran guaman.

Sejak 1993, peruntukan khas itu telah diwujudkan dan tahun ini peruntukan yang diterima ialah sebanyak RM11 juta termasuk RM700,000 pada tahun sebelumnya.

"Apa yang boleh disimpulkan, keghairahan sesetengah pihak untuk menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan kerenah mereka yang tidak berkesudahan," katanya dalam satu kenyataan.

Laporan Audit Negara mengesahkan sebanyak RM63,650 telah dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka. Turut disebut berhubung isu Che Mat yang telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010 iaitu daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurut Muhammad Yamin, ketiga-tiga responden berkenaan adalah di bawah seliaan MAIWP sebagai penjawat awam bagi hal ehwal Islam, bukannya atas kapasiti peribadi mereka.

"Adalah menjadi kewajipan kami sebagai pihak berkuasa agama Islam untuk menanggung kos pembelaan bagi sebarang tindakan guaman terhadap mereka bertiga. Tohmahan yang dihadapi oleh ketiga-tiga responden ketika ini telah membawa kepada banyak pertikaian di mahkamah. Oleh demikian, ia mengakibatkan penggunaan wang rakyat yang sepatutnya disalurkan kepada kepentingan umat Islam," jelas beliau.

PKR bagaimanapun terus menerus memberikan tekanan ke atas Jamil Khir, berulang kali meminta perkara itu diperjelaskan.

Semalam, PKR terus menuntut pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib memberikan penjelasan berhubung penyalahgunaan wang zakat didakwa melibatkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sambil sekali lagi meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak lagi berselindung di sebalik pegawai kerajaan.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata wujud percanggahan dari segi penjelasan dan ada beberapa perkara yang masih menjadi tanda tanya.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat terhadap Jamil Khir Baharom didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumpur mendakwa Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain dikatakan menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bayangkan kalau dah jadi pemerintah, Yang di-Petuan Agong, iaitu institusi tertinggi pentadbiran negara akan dibuat atau dipaksa oleh PKR sesuka hati.

“Jika beliau (Jamil Khir) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong selaku ketua agama untuk mempertahankan Islam,” katanya sebelum memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Shah Alam.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, itu menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit inilah,” kata beliau di Sepang.

Apakah penjelasan ini tidak mencukupi? Apakah PKR mahu teruskan niat hantar memo kepada Yang di-Pertuan Agong?

Memandangkan Jamil Khir tidak mintamaaf kerana tidak perlu melakukannya dan isu ini dijadikan modal pembangkang, untuk tujuan politik, Jamil Khir akan menjadi watak yang akan diperkatakan sehingga pilihan raya umum depan.

Friday, December 30, 2011

MAHU JADI WAKIL RAKYAT…AZIZ BARI BUKA TEMBELANG DIRI SENDIRI

Tidak payah nak selak atau tercari-cari siapa sebenarnya ‘pakar perundangan’ yang diagung-agungkan pembangkang - Dr Abdul Aziz Bari.

Dia menunjuk dan mendedahkan warna sebenar dirinya apabila hari ini menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat.

Tidak hairanlah kalau beliau selama ini hentam kerajaan dan tidak ada yang kena dan menyokong apa sahaja kenyataan dan tindakan pembangkang.

Apabila sudah jelas begini mudah.

Ada pihak mengatakan Aziz Bari tidak perlu jadi ahli politik untuk memperjuangkan cita-citanya sebagai pengulas dan pakar.

Namun, dia tidak mampu menyekat kemahuan sebenar dirinya, apa lagi kini dikaitkan dengan PAS.

Aziz Bari mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Jelas sekali beliau mahu jadi ‘payung terjun’ dan tidak perlu menjadi ahli parti untuk mencapai cita-cita dan kedudukan untuk beliau.

Walaupun mengatakan beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus, Aziz Baru tidak mempedulikan orang parti yang berjuang begitu lama dan sanggup berdepan pelbagai cabaran untuk sampai di tahap sekarang.

Tup..tup..Aziz Baru mahu bertanding dan menjadi calon.

Rasionalnya mudah. Seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, beliau hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan beliau sesuai untuk menjadi calon mereka.

Menurut The Malaysian Insider melalui kiriman emelnya hari ini, beliau ada menerima tawaran “tidak rasmi” dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP, namun “masih terlalu awal untuk membuat keputusan” parti mana yang akan ditandinginya.

Baginya beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan “semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti.”

Jelas, Aziz Bari tidak kisah apa perjuangan, asalkan boleh bantu pembangkang ke Putrajaya dan mengharapkan mungkin akan dilantik sebagai orang penting kerajaan kelak.

Sedangkan, jika beliau benar-benar berjiwa Islam, pastinya PAS pilihannya. Namun Aziz tidak…yang penting beliau jadi WAKIL RAKYAT!

Amat jelas Abdul Aziz menjadikan dirinya popular dan membiarkan kontroversi menyelubungi dirinya untuk kepentingan dirinya.

Perhatikan bagaimana beliau sanggup meletakkan dirinya agar digantung tugas dari Uiversiti Islam Antarabangsa kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Banyak pihak mengatakan Aziz Baru idamkan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembilan tuntutan palsu.

Sebagai orang Selangor dan berajakan Sultan Selangor, perbuatannya mengkritik Sultan itu adalah biadap dan tidak tahulah apakah orang di Sabak Bernam akan menerima beliau atau sebaliknya.

Selain tindakannya mengkritik Sultan Selangor, bekas pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana kritikannya itu.

Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Terbaru, beliau membela bukan Melayu dan bukan Islam mengatakan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia berkaitan Hak Istimewa Orang Melayu sebagai membuli rakyat bukan Melayu di negara ini.

Nilailah sendiri bagaimana orang ini mahu menjadi popular dan ahli politik pada ketika dia sendiri dikelilingi kontroversi dan kritikan-kritikan yang Dilihat melampau dan banyak kali membela orang bukan Islam.

Aziz Bari tidak peduli perasaan ahli atau pemimpin parti yang akan disertainya, atau pendapat mengatakan beliau bagus kalu terus menjadi penganalisis atau pakar perundangan daripada menjadi orang parti.

Bagi Aziz Baru hanya satu-satunya bagi dirinya ialah dia layak menjadi Wakil Rakyat dan sama ada mewakili PAS, DAP atau Parti Keadilan, itu tidak penting
.
Tidakkah ini menggambarkan Aziz Bari sebenarnya pentingkan diri sendiri dan pilihan apa lagi yang beliau ada selepas tidak lagi menjadi pensyarah di UIA?

Thursday, December 29, 2011

NIK AZIZ TOKOK TAMBAH & SENSASIKAN KEDATANGAN DR HASSAN KE JKR 10?

(Susulan) Nik Aziz kata Dr Hasan minta maaf....Dr Hasan kata dia datang ke Kelantan bukan untuk minta maaf tetapi hadir majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

Selepas dikritik oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Harakahdaily petang ini mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuan itu.

Harakahdaily menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. Ia menyiarkan transkrip penuh sidang media Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.



Kata Tuan Guru Nik Aziz: “Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.”

Nik Aziz kata beliau terima permohonan maaf yang dibuat di lokasi JKR 10 itu.

Persoalannya sekarang, apakah Nik Aziz BOHONG yang menyebabkan Harakahdaily turut BOHONG?

Nik Aziz menyebut perkataan ‘tarik balik’ sebanyak 5 kali dan ‘minta maaf’ sebanyak 2 kali.

Persoalannya apakah Dr Hasan tidak tarik balik serangannya bahawa PAS tergelicir landasan dari negara Islam kepada negara kebajikan dan tetap dengan pendiriannya dan Nik Aziz memandai-mandai menokok tambah dan mensesasikan kedatangan Dr Hassan ke Kelantan?

Semalam ramai pemimpin PAS dan blogger yang menyokong PAS menyatakan perasaan lega mereka dan menganggap kes ini sudah selesai.

Tetapi kini mereka kembali kelam kabut. Sama-sama pening dan pastinya akan meneruskan pertelingkahan sesama sendiri.

Nik Aziz minta penyokong PAS jangan guna media bukan-PAS tetapi kalau media sendiri pun bercelaru dan haru, bagaimana?

Kalau sebelum ini Dr Hasan diherdik dan diminta ‘angkat kaki’ apakah ‘hukuman’ terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu kali ini?


Apakah Ahli Dewan Undangan Gombak Setia itu akan dicaci, dimakihamun dan dihukum seperti yang dijatuhi terhadap pemimpin dan penyokong UMNO yang seagama dengan mereka?

Kita tunggu perkembangan selanjutnya...

HARAKAHDAILY BOHONG, DR HASAN NAFI KE KELANTAN UNTUK MINTA MAAF

Mana mungkin sebuah akhbar parti Islam yang selalu melaporkan perkara benar dan berfakta salah dalam membuat laporan.

Fakta salah maknanya laporan itu BOHONG.

Harakahdaily boleh bohong? Etika kewartawanan Islam Harakahdaily melarang sedemikian, lagipun Harakahdaily suara orang yang benar-benar Islam, bukan seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian, suara ‘orang Islam yang kurang Islamnya’.

Aneh apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, sebaliknya berkata dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. “Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Menurut Dr Hasan, beliau dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan nya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

Sebaliknya, Harakahdaily semalam menyebut Dr Hasan dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Nik Aziz kata perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Nampak gayanya, kemelut belum selesai sepenuhnya dan Nik Aziz jangan tuduh orang UMNO sebarangan kerana yang bertelingkah adalah dalaman PAS sendiri.

Malah, jika Harakahdaily yang sepatutnya melaporkan perkara benar mengenai pemimpin mereka sendiri pun boleh berbohong, laporan mengenai UMNO dan pemimpinnya, pastilah dispin dan diputarbelit ikut selera mereka!

Terima kasih dan Tahniah Dr Hasan kerana mendedahkan identiti sebenar Harakahdaily!

Wednesday, December 28, 2011

MELAYU YANG TERKAPAI2...PERKARA 153 UNTUK BULI KAUM LAIN?

Tok Him (Datuk Ibrahim Ali) tidak usah beria-ia untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak persoal Perkara 153 Perlembagaan di bawah Akta Hasutan.

Banyak kali sudah desakan seperti ini dibuat sebelum ini tetapi kerajaan kita yang liberal dan mahu menjaga hati ‘orang lain’ dan tidak akan melakukan apa-apa.

Buat laporan polis? Sudah terlalu banyak laporan polis dibuat namun tiada tindakan yang diambil setakat ini, jadi tidak perlu dan biarlah Melayu atau haknya terus dipersoal asalkan UMNO dan Barisan Nasional ikut liberal.

Pemimpin kita, khususnya dari UMNO lebih gemar ‘ambil hati dan memujuk’ orang lain dari orang Melayu sendiri, lebih-lebih lagi dalam soal sensitif seperti ini.

Cakaplah apa yang anda suka, walaupun mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Cakaplah bahawa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia sebagai akta yg membuli lain-lain kaum, kerajaan akan hanya berdiam diri.

Tahu erti Buli? Kalau buli kat sekolah pasti kena tindakan disiplin atau buang sekolah. Jadi Melayu buli kaum lain bagaimana? Melayu kena buang dari negeri ini?

Malaysia adalah negara bebas dan Menteri tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Paling kuat pun kenyataan untuk meredakan keadaan seperti yang dibuat Timbalan Perdana Menteri kelmarin.

Percayalah, kerajaan tidak akan berani untuk mengambil tindakan terhadap ketua gereja Rev. Dr Eu Hong Eng, seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang membuat kenyataan sensitif ketika sambutan Krismas baru-baru ini.

Lagipun itu ketua gereja, lainlah kau Tok Imam atau Tok Guru, mungkin tindakan akan diambil kerana membuat kenyataan berunsur ‘keganasan’!

Kita patut ikut cakap Dr Abdul Aziz Bari yang dianggap ‘pakar perlembagaan’ oleh pembangkang yang mempertahankan seorang paderi yang menurutnya tiada sebarang unsur hasutan dalam ucapan itu.

Kata Aziz Bari: “Tidak betul untuk Perkasa mengeluarkan cabaran dan membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana paderi itu tidak mempersoalkan dasar atau apa-apa yang berkaitan dengan Artikel 153, beliau hanya mengeluarkan pendapat tentang bagaimana artikel itu dilaksanakan. Ia boleh diterima, tiada unsur hasutan tentang perkara itu.

"Semasa kita memasuki kemerdekaan negara yang ke-55, kita seharusnya matang untuk berhujah dan mengemukakan pandangan-pandangan, malah segala apa yang berlaku dan isu seperti ini memberi kesan kepada negara. Kita mesti ingat bahawa dasar-dasar dan peruntukan di bawah Artikel 153 dibiayai , sesuatu yang memberikan kita semua hak untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku,
" katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali sebelum ini menyelar tindakan Eu yang mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat sempena sambutan perayaan Krismas.

Hakikatnya perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam mana-mana khutbah di masjid sama ada ketika sambutan perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha.

“Nampaknya serangan terhadap Perlembagaan 153 sudah ditahap kemuncak bila ketua agama lain juga mempersoalkannya....lebih menyedihkan, ia dipersoalkan di dalam gereja oleh ketua agama, Perkasa berpendapat paderi tersebut tidak faham Fasal 153 Perlembagaan Negara itu atau sengaja mahu timbul ketegangan,” tegasnya lagi.

Presiden Perkasa kelmarin membuat mendesak kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembaan negara dengan mendakwa mereka menggunakan Akta Hasutan.

Tok Him melihat tindakan itu perlu bagi menghalang kenyataan-kenyataan sedemikian dikeluarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengelakkannya daripada terus mempengaruhi generasi muda dan mengakibatkan mereka memandang serong terhadap masyarakat Bumiputera.

Perkasa melahirkan rasa kesal dan tidak senang hati berkenaan kenyataan...Kami menuntut kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mempersoalkan perkara 153 ini di bawah Akta Hasutan, kerana dilihat perkara ini akan mempengaruhi generasi muda untuk memandang serong terhadap kaum Bumiputera.

“Biar mahkamah yang menentukan keputusan perkara berkenaan setelah ianya dibawa ke muka pengadilan. Kami hanya menuntut kerajaan gunakan Akta Hasutan, bukannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita lihat keputusan mahkamah, siapa salah dan siapa betul,” katanya.

Selepas melihat UMNO begitu layu dengan cabaran dan penghinaan seperti ini, kita mahu melihat apa pula yang Perkasa akan lakukan.

Tok Him sendiri membuat kenyataan bahawa :“Perkasa ingin memberi ingatan kepada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatann jangan cuba menjolok sarang tabuan, kami sudah terlalu lama bersabar.”

Agaknya apa yang akan dilakukan Perkasa?

Atau akhirnya sama saja, kenyataan demi kenyataan dan layu seperti UMNO juga.

Sementara orang Melayu terus terkapai-kapai dengan merasakan dilindungi melalui perkara-perkara tertentu dalam Perlembagaan tetapi kian dicabar dan dihina!

Monday, December 26, 2011

NFC – APABILA PEMIMPIN UMNO/BN BAWAHAN BINGUNG SEPERTI LEMBU

Ada pihak menganggap isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang disebut sebagai skandal oleh pembangkang akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum nanti.

Malah ada laporan menyebut, isu itu terbukti menjadi bualan hangat dalam kalangan pengundi di kawasan pedalaman.

PKR mula memainkan isu terbabit selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menjelaskan terdapat penyelewengan sejumlah RM250 juta dana untuk penternakan lembu kebangsaan.

Sejak itu, parti berkenaan telah membuat beberapa siri 'pendedahan berkaitan skandal' termasuk: 1. Pembelian dua kondominium mewah oleh NFC di Bangsar; 2. Membiayai percutian Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya di luar negara; 3. Perpindahan wang yang tidak berkenaan terhadap sebuah syarikat di Singapura; 4. Pembelian Mercedes-Benz CLS350 yang berjumlah RM534,622; 5. Pembelian dua lot tanah di Putrajaya di Presint 10 bernilai RM3,363,507,dan 6. Selasa lalu, mengaitkan sejumlah RM10 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah di Singapura untuk keluarga Shahrizat.

Jelas sekali usaha pemimpin PKR yang merancang menggunakan isu berkenaan untuk meraih undi pada pilihan raya akan datang akan menguntungkan mereka.

Walaupun pihak kerajaan dan pemimpin UMNO berusaha keras mengelakkan ‘skandal Datuk Seri Shahrizat dan keluarganya ini’ dijadikan modal pilihan raya, namun pembangkang yakin isu ini akan meningkatkan sokongan pengundi kepada mereka.

The Malaysian Insider melaporkan semalam, Pakatan Rakyat, terutamanya PKR sedang giat menjalankan kempen prapilihanraya dan menggunakan isu ini untuk kelebihan bagi mereka.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata: “Kami sebenarnya beruntung, NFC muncul tepat pada masanya, sebelum ini kami sentiasa berusaha membuktikan contoh penyelewengan yang di lakukan Umno-Barisan Nasional.
“Tapi dengan isu ini, kami mempunyai peluang keemasan untuk meningkatkan sokongan terhadap kami, ... pada kami, kes Shahrizat ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno .... rasuah, kronisma, dan politik wang.


Shahrizat cuba untuk menepis dakwaan terlibat dengan skandal terbabit dengan mengatakan beliau “hanyalah isteri” kepada pengerusi projek penternakan lembu berkenaan dan menyatakan skandal berkaitan tiada kaitan dengan dirinya.

Bagi kalangan UMNO yang melihat isu ini akan membawa ‘kemusnahan kepada BN’, sudah menyatakan pendirian mereka supaya Menteri itu meletakkan jawatan.

Ketua Wanita Umno ini dituntut untuk meletak jawatan sebagai menteri termasuk partinya sendiri, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beberapa siri serangan daripada pembangkang untuk projek yang “dianugerahkan” kepada suami dan tiga anaknya yang merupakan pengarah dalam NFC.

Persoalannya, kalaupun Shahrizat tidak terlibat tetapi hanya mungkin (saya katakana mungkin) suaminya, apakah mampu BN menepis isu ini sedangkan gerakan pembangkang dalam isu ini semakin menular jauh dengan membabitkan pula bekas Menteri Pertanian yang kini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kita menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi berapa lama?

SPRM sudah merampas komputer dan beberapa dokumen dalam serbuan ke atas pejabat NFC Jumaat lalu dan kita mengharapkan siasatan ekspres untuk jawapan yang sejelas-jelasnya mengenai kes ini.

Persoalannya apakah siasatan dan proses mahkamah akan mampu meyakinkan rakyat untuk memberikan kelebihan kepada BN?

Persoalan juga, jika Shahrizat digantung atau meletakkan jawatan pada ketika proses siasatan dan perbincaraan di mahkamah, mampukan isu ini dibersihkan daripada menjadi tanggungan atau liabiliti pada pilihan raya umum nanti?

Dan jika ada pihak yang dihukum akibat ‘skandal NFC’ ini, apakah rakyat akan melihat BN sebuah parti yang bersih kerana berani menghukum mereka yang bersalah?

Bagaimana jika yang menerima hukuman ada kena mengena dengan Shahrizat dan suaminya?

Politik di Malaysia ketika ini lebih kepada kepercayaan dan tanggapan (persepsi).

Kebenaran bukan ukuran tetapi cakap-cakap, persepsi serta kempen-kempen yang mampu mempengaruhi rakyat dianggap lebih berkesan dan dalam isu NFC ini, mampukan BN menyediakan jawapan balas yang boleh menangkis persepsi buruk terhadap kerajaan?

Kes NFC ini dianggap skandal berprofil tinggi kerana membabitkan wang kerajaan dan lebih memburukkan kerajaan , polis menahan seorang lelaki Khamis lalu yang dikatakan cuba untuk merasuah pegawai atasan yang menyiasat kes berprofil tinggi itu dan mengesahkan ia berkaitan dengan skandal NFC.

Sewajarnya kita perlu berfikir sejenak, kenapa membiarkan rakyat tidak semena-mena marah kepada UMNO dan kerajaan sedangkan yang menyebabkan kemarahan itu hanya seorang dua.

Apakah kita sayang dan mahu membela seorang dua ini dan membiarkan rakyat, termasuk di luar bandar kini pun semakin mempersoalkan sikap kerajaan yang mementingkan orang tertentu dan kelompok tertentu dan membiarkan masyarakat ramai terkapai-kapai dengan beribu persoalan yang tidak terjawab?

Memburukkan keadaan, pemimpin UMNO bawahan pun turut bingung seperti LEMBU dan ‘menjadi BODOH MACAM LEMBU’ apabila disoal mengenai isu NFC ini.

Mana penjelasan segera dan jawapan sesuai untuk menangani persepsi yang ditimbulkan oleh pembangkang dalam isu ini?

Saturday, December 24, 2011

PERBALAHAN KEPIMPINAN PAS – CAWAN KOPI & PIRING AKAN MELETUP!

“Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja. Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang...Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.” - Datuk Dr Hasan Ali

Pagi ini bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali akan menjawab tuduhan Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO.

Mustafa mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Dr Hasan dengan agenda UMNO.

Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Dr Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

"Nanti saya akan jelaskan. Esoklah. Saya akan buat sidang akhbar esok di rumah saya pukul 11 pagi," kata Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu semalam.

Dalam program Soal Jawab TV3 malam kelmarin, Dr Hasan berkata sebagai menegakkan prinsip perjuangannya, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Ia merupakan temu bual pertama bersama stesen televisyen milik Umno itu sejak beliau mengecam PAS secara terbuka sejak kebelakangan ini.

Menurutnya: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja. Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang.”

Kerana pendiriannya itu, Dr Hasan dianggap sudah mula mengisytiharkan perang ke atas partinya sendiri terutamanya apabila mula mempersoalkan keputusan dan dasar parti.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.”

Rasanya bertambah hangatlah perbahasan antara pemimpin atas PAS dengan Dr Hasan selepas ini. ‘Ribut dalam secawan kopi’ rasanya bukan sekadar menyebabkan cawan retak tetapi kemungkinan CAWAN DAN PRIRING AKAN MELETUP!

Pertelingkahan dalam PAS ini terserlah lebih kepada pendirian politik dan kepartian, bukan kerana Dr Hasan kecewa tidak dilantik semula dan sebagainya.

Walaupun nampak ada pertelingkahan peribadi antara pemimpin tertentu yang bercirikan kem profesional dengan berpendirian agama, namun cabar mencabar agar Dr Hasan dan Nasharuddin meninggalkan parti itu mengeruhkan keadaan.

Semalam, Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Harun Taib bermain kata-kata bahawa apa yang berlaku dalam PAS Dr dan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa umpama kacau air di dalam cawan hingga air itu berkocak.

Katanya : “Biasalah, kita kena letak gula atau susu sebelum kacau air itu hingga berkocak. Apabila letak gula dan susu, baru air itu sedap untuk diminum dan begitu juga dengan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.”

Mungkin kepada sesetengah pihak gelora yang berlaku sekarang sedap untuk dibincang dan didengar tetapi apakah kemelut yang melanda parti itu sekarang akan mudah diselesaikan?

Apakah ia tidak meninggalkan kesan lama sebaliknya hanya perkara biasa dalam mana-mana parti politik?

Ramai yang melihat isu ini hanya berkaitan dua individu yang diserang hebat oleh pemimpin tertinggi PAS tetapi kini jelas perang dalam PAS semakin ‘membuka pekong di dada’.

Selama ini busuk yang sedang membusung cuba diselindungi dengan serangan terhadap UMNO dan pemimpinya, selain menggambarkan kerjasamanya dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang stabil dan tidak ada masalah.

Namun kini ternyata, apa yang difikirkan semua OK, tidak Ok. Dan PAS sebenarnya sedang berkrisis.

Pada 20 Disember lalu, Dr Hasan mengatakan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS tetapi mahu PAS kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.

Ini kerana PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

Berikutan PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama, PAS hilang arah!

Ketika ini, menurut Dr Hasan, jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti kerana hanya golongan ulama sahaja mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam.

Bagi Dr Hasan, perjuangannya memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS.

Jelas Dr Hasan, beliau menghormati peranan golongan profesional dalam parti, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka turut sama berjuang mengembalikan parti kepada matlamat asal perjuangan menegakkan teras Islam.

Beliau bagaikan menyalahkan penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP menjadi punca perubahan polisi parti daripada perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Namun itu bukanlah faktor utama kerana terdapat lagi faktor lain yang mempengaruhi perubahan tersebut walaupun tidak pernah mencadangkan PAS perlu keluar dari Pakatan untuk kembali kepada matlamat perjuangan asalnya.

Kenyataannya itu mendapat reaksi keras Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang menganggap beliau sebagai memberikan pandangan yang begitu negatif dan mengandungi niat jahat terhadap dirinya.

“Datuk Mustafa terus menyerang saya dengan nada yang agak personal, di mana beliau menimbulkan isu-isu yang tidak berkaitan dengan isu pokok, bahkan memberi gambaran kedudukan saya dalam parti tidak bertahan lama,” kata Dr Hasan yang menyuarakan kekecewaannya.

Kelmarin, Mustaffa berkata beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Dr Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dengan agenda UMNO.

Malah Hasan turut menjadi sasaran Mahfuz yang menyifatkan tindakan beliau (Dr Hasan) menyentuh dasar perjuangan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap parti itu dan beliau dinasihatkan agar ‘angkat kaki’.

Nasharuddin pula kelmarin menyelar tindakan pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dan menuduh tindakannya menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

JANGAN GANGGU SIASATAN SPRM TERHADAP NFC

Tidak faham!

Laporan menyebut seorang ' Datuk" ditahan untuk siasatan dan pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) diserbu.

NFC pula malam tadi mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ke pejabat mereka bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan oleh hampir kesemua media massa.

Sebaliknya kata kenyataan itu lagi, kehadiran pegawai-pegawai SPRM adalah sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

Sedangkan laporan berita megatakan lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) merampas dokumen dan satu unit CPU komputer dalam serbuan di ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional, National Feedlot Corporation (NFC) di Solaris Mont Kiara semalam.

Ia dikatakan berkaitan dengan penyelewengan dana kerajaan untuk projek ternakan lembu berkenaan.

Serbuan semalam dikaitkan dengan pengumuman SPRM semalam bahawa pihaknya akan menyiasat kes penyelewengan dana kerajaan oleh NFC, bertentangan dengan kenyataan badan tersebut sebelum ini yang menyerahkan siasatan kepada pihak polis atas dakwaan terdapat kes pecah amanah.

SPRM turut mengesahkan pihaknya telah menahan reman seorang individu berpangkat “Datuk” semalam untuk disoal siasat berkaitan skandal tersebut.

Pakatan Rakyat telah menggunakan isu ini dan pemimpinnya menuntut Shahrizat untuk meletak jawatan atas penyelewengan yang berlaku.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menggesa Shahrizat mepaskan jawatan sebagai menteri dan Ketua Wanita Umno demi menjaga nama baik wanita ketika Kongres PKR di Johor bulan lalu.

Selain itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pemimpin daripada Umno termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dan beberapa ketua cawangan Umno turut membuat gesaan yang sama terhadap Shahrizat demi menjaga nama baik parti.

Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Supritendan Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh, dilihat bersama dua dari lapan anggotanya menyerbu pejabat NFC di Solaris Mont Kiara. — Foto oleh Choo Choy May.

Anggota SPRM yang diketuai oleh Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Supritendan Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh, dilihat memasuki pejabat berkenaan kira-kira jam 2.55 petang hari ini dan meninggalkan pejabat berkenaan pada jam 5 petang.

Menurut Wan Abdul Rahman, pihaknya telah mengambil keterangan daripada kesemua pekerja NFC dan mereka telah memberikan kerjasama yang baik.

Dalam serbuan tersebut, SPRM telah merampas satu unit CPU dan empat sampul surat putih berisi dokumen penting yang berkaitan dengan siasatan skandal NFC.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dokumen yang dirampas pihaknya.

NFC merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu NFC yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.

Skandal NFC tercetus apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mengesahkan terdapat penyelewengan dalam dana kerajaan sejumlah RM250 juta berhubung projek berkenaan.

Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil turut dikaitkan dengan skandal tersebut.

Kenyataan NFC menyebut malam semalam, sebenarnya, pihak pengurusan dan staf NFC mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai SPRM ke pejabat berkenaan dan segala kerjasama penuh telah diberikan kepada SPRM.

"Oleh yang demikian, pada pandangan NFC, lawatan dan kedatangan kakitangan SPRM ke pejabat NFC bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan.

Bagaimanapun, pihak syarikat berasa adalah tidak wajar sebarang kenyataan dikeluarkan pada masa ini kerana siasatan masih lagi diteruskan oleh pihak berkuasa," jelas kenyataan tersebut.

SPRM sedang menyiasat sama ada Shahrizat turut terlibat dalam mana-mana bahagian yang melibatkan pinjaman RM250 juta oleh kerajaan kepada NFC.

Apapun, kita berharap tiada pihak yang akan mengganggu tugas SPRM selepas ini!

Friday, December 16, 2011

ANEH – ANWAR BERCAKAP SEOLAH-OLAH BELIAU SUDAH BERSALAH…

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Kenapa cakap begini? Sudah tahu akan dipenjarakan atau kumpulan peguambelanya sudah awal-awal ‘angkat bendera putih’?




Atau Anwar sedar bahawa banyak perkara yang beliau mahu timbulkan keraguan ‘tidak dapat mempengaruhi mahkamah’ dan beliau terkapai-kapai dengan kekecawaan menimbulkan sebarang keraguan terhadap apa yang didedahkan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya dan berikrar akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi.

Bagi Anwar, gerakan reformasi tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara. Reformasi lagi!

Namun jika didapati bersalah, apakah ada mereka yang masih mahu memperjuangkan nasibnya?

Bercakap di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, beliau turut membangkitkan apakah 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolum penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Walau apa juga pandangan luar atau dalam negara, harapan kita ialah kali ini tidak ada aral melintanglagi, selain Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang paling adil dan saksama.

Kita berharap keputusan terbaik daripada Mahkamah Tinggi pada 9 Januari depan berhubung kes Anwar yang berdepan pertuduhan meliwat Saiful.

Keputusan ini penting bagi menghapuskan sebarang keraguan terhadap Anwar. Jika beliau didapati bebas atau bersalah, keadilan sudahpun diberikan sepenuhnya kepada beliau.

Begitu juga Saiful, keputusan 9 Januari ini akan membersihkan namanya atau meletakkan beliau di suatu kedudukan yang pastinya akan mejadi ‘sejarah hitam’ sepanjang hidupnya.

Cuma pertanyaan terhadap Anwar ialah, apakah beliau menerima sepenuhnya keputusan kehakiman (apalagi jika beliau didapati bersalah) kerana sebelum ini Anwar sering mempertikaikan kebebasan kehakiman di negara ini.

Anwar pernah mengatakan sistem perundangan negara berada dalam keadaan ‘cacat’. Bagnya, kes ini sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam menetapkan 9 Januari 2012 selepas peguam utama Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menamatkan penghujahan mereka di akhir kes pembelaan.

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Februari 2010, menyaksikan Mohd Saiful berada di tempat duduk saksi untuk memberitahu mahkamah tentang insiden yang didakwa itu.

Pihak pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas insiden itu didakwa berlaku.

Pihak pendakwaan turut memanggil saksi pematahan, Datuk Dr S Jeyaindran yang memeriksa Anwar tiga minggu selepas insiden itu, untuk mematahkan keterangan saksi pembelaan pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland bahawa sangat tidak mungkin bagi Anwar melakukan liwat seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful, berikutan sakit belakang yang dihidapinya.

Pihak pembelaan memanggil lapan saksi, termasuk Anwar, yang memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah.

Semasa prosiding itu, Anwar gagal dalam percubaannya untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk menjadi saksi pembelaannya selepas mahkamah membenarkan permohonan Najib serta Rosmah untuk mengetepikan sepina bagi mendesak mereka memberi keterangan.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar supaya membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah saksi yang benar dan berwibawa.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Thursday, December 15, 2011

BR1M - PEMBANGKANG MUNGKIN DAPAT KUTIP RM150 JUTA DARIPADA RAKYAT MISKIN

Orang ramai beratur panjang mendapatkan borang BR1M pada satu majlis di Pengkalan Berangan, marang kelmarin.

Sungguh memalukan jika benar ada khidmat pesanan ringkas (sms) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti.

Saya yakin Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan tidak berbohong dalam perkara ini kerana jika berbohong, risiko besar akan beliau dan UMNO tanggung.

Sungguh tidak diduga ada parti politik begitu terdesak dan sanggup menagih kasihan daripada orang yang memang ‘terdesak dan kurang bernasib baik dalam hidup mereka’.

Jenis pemimpin dan parti politik apakah ini? Sedangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dikemudikan UMNO berusaha keras untuk menjamin adanya dana sedemikian.

Pada ketika sebuah parti politik tidak mahu RM500 itu dijadikan umpan Pilihan Raya Umum ke 13 oleh, Umno-BN, ada parti politik yang berharap golongan penerima BR1M itu menderma untuk mereka.

Amat jelas, parti politik seperti ini sanggup menangguk di air keruh dan mempergunakan rakyat yang kurang bernasib baik untuk memenuhi cita-cita mereka untuk ke Putrajaya.

Bayangkanlah kalau penerima hanya satu juta, katakan 30 peratus penyokong pembangkang - dan mereka bersetuju menderma, pembangkang akan dapat kutip ‘wang percuma daripada BN dan UMNO’ sebanyak RM30 juta.

Sebaliknya Kementerian Kewangan menganggarkan seramai 5.2 juta berhak menerima dana ini. Jadi jumlahnya kali 5 kali, bermakna RM150 juta. Banyak tuuuuu....

Dengan jumlah itu pastinya pembangkang akan lebih ‘buka dada’ dan mampu menggunakannya untuk pelbagai tujuan kempen. Lagipun wang itu bukan hasil usaha keras mereka – WANG PERCUMA!

Yang pasti, permintaan oleh sebuah parti terhadap penyokongnya berbuat demikian adalah permintaan yang amat tidak sesuai kerana BR1M bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain.

Apabila dana ini diwujudkan melalui Bajet 2012, wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, walaupun perkara itu "terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti."

Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan sms itu satu tindakan tidak bertanggungjawab. Ia perbuatan mengambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti.

Sedangkan kelmarin PAS mengingatkan BN khususnya UMNO bahawa peruntukan RM500 bukan datang dari mana-mana parti pemerintah ataupun pembangkang (hakikatnya kalau tidak dimasukkan dalam Bajet 2012, dana itu tidak akan wujud) tetapi merupakan dana belanjawan negara untuk kepentingan rakyat.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mahu isu pemberian RM500 tidak dijadikan bahan politik dengan menjadikan pemberian itu sebagai umpan pilihan raya kerana rakyat berhak menerima peruntukan itu.

Apapun alasan PAS, hakikat yang nyata ialah, bantuan RM500 adalah peruntukan yang telah dibuat dalam Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri, dibahas dan diluluskan oleh semua ahli Parlimen dari pembangkang dan kerajaan.

Yang pasti, sms itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana wang tersebut diberikan untuk meringankan beban rakyat.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, sudah menafikan PAS ada menghantar sms itu dan berkata parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

Tetapi siapa pula yang menyebarkan sms itu?

Orang UMNO dan BN minta dana dari rakyat? Tidak pernah berlaku kejadian seperti itu.
Cara meminta sumbangan sepertu yang disebarkan melalui sms itu adalah tindakan yang lebih mirip dengan pembangkang, khususnya PAS.

Kita berharap penerima BR1M tidak akan terpengaruh kerana jika mereka melayani permintaan sedemikian mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga.

Jangan dilayan dengan perbuatan yang tidak amanah seperti ini, selain membiarkan pemimpin dan parti politik yang desperate ini mengambil keselempatan di atas pemberian ikhlas kerajaan.

Wednesday, December 14, 2011

PENDUDUK LADANG, TANAH ORANG MELAYU DILINDUNGI...

Siapalah saya untuk memperbetulkan fakta salah dalam penulisan Mohd Sayuti Oma (MSO) dalam postingnya “Kenapa Projek Kondo di Ledang K Terengganu Tidak Dibantah?” bertarikh 14 Disember 2011 (hari ini).

Silap-silap kena bantai tidak layak menerima Hadiah Kajai walaupun hadiah itu saya terima pada 1984 yang ketika itu MSO sendiri pun tidak terkenal mana.

Walaupun saya tidak setaraf beliau sebagai blogger terkenal, setaraf Papagomo, namun yang salah perlu diperbetulkan.

Kalau Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, yang banyak beliau pertikai dan kritik dalam penulisannya itu, silap-silap kena saman lagi MSO ini. Malah jelas sekali melalui Bajet 2012, kerajaan Terengganu berusaha membantu rakyat memiliki rumah.

Melalui dana perumahan yang ditubuhkan Kerajaan Negeri, rakyat Terenggau akan mendapat manfaat daripadanya.

Sudahlah disaman Datuk Zaid Ibrahim, MSO rasanya tidak mampu untuk memikul beban saman berterusan kerana sebagai penulis, daripada bayar saman baik tunai haji atau umrah.

Walaupun ramai rakan blogger berkata MSO kini kaya dan tidak heran untuk bayar saman, saya mengenali MSO ketika beliau sama-sama tidak kaya seperti saya dan saya bersimpati jika dibebankan dengan saman.

Pendekkan cerita, pertamanya Ledang tidak ada di Terengganu, mungkin MSO terlalu ingatkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang memang orang Ledang.

Yang ada hanyalah Ladang. Kawasan Ladang di tengah bandar Kuala Terengganu!

Kedua, MSO menulis berdasarkan ‘fakta hearsay’ dari sumber yang salah pulak tu. (Nota - Hearsay is information gathered by one person from another person concerning some event, condition, or thing of which the first person had no direct experience. When submitted as evidence, such statements are called hearsay evidence. As a legal term, "hearsay" can also have the narrower meaning of the use of such information as evidence to prove the truth of what is asserted. Such use of "hearsay evidence" in court is generally not allowed. This prohibition is called the hearsay rule.)

Malah, kalau kita menemubual orang yang tidak suka atau memang tahu kritik sahaja, kita tidak akan tahu kebaikan sebenar di sebalik projek ini.

Berkaitan isu penempatan di Ladang ini, atau kawasan Ladang Gemilang, banyak sudah diperkata dan banyak juga penjelasan dibuat.

Pertikaian lidah pada siding Dewan Undangan Negeri antara Ahmad Said dan wakil Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pernah berlaku mengenai isu ini. Dr Syed Azman (PAS-Batu Buruk) meminta Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ditangguh bagi membincangkan soal pengambilalihan tanah rakyat di Ladang yang didakwa menzalimi penduduk di kawasan itu. Usul itu bagaimananapun ditolak.

Gara-gara memperkatakan isu ini melalui satu program di TV1, seorang wartawan di Bilik Berita RTM khabarnya digantung tugas beberapa minggu.

Namun dalam konteks MSO ini, siapa nak gantung tugasnya. Melainlah kalau beliau mengakui kesilapan fakta.

Fakta mengenai pengambilalihan tanah di kawasan Ladang oleh kerajaan negeri Terengganu

1. Ia dibuat bagi memastikan pemilikan orang Melayu di kawasan bandar kekal dan menyusun semula pembangunan di kawasan bandar raya Kuala Terengganu kerana perkampungan itu sebelum ini kurang tersusun. Jadi tidak timbul soal kerajaan menganiaya rakyat dengan mengambil tanah di kawasan itu dan membuat pembangunan sehingga mengabaikan kebajikan penduduk seperti yang digembar-gemburkan pembangkang.

Soalan untuk MSO – tahukah MSO berapa banyak sudah tanah orang Melayu yang sudah jatuh ke tangan orang lain? Jika kerajaan negeri diberitahu pemilik mahu menjualnya, kerajaan negeri sedia berunding untuk membelinya!

2. Kerajaan Terengganu sedar tanah-tanah di kawasan Ladang yang dulunya milik orang Melayu kini sudah banyak dibeli oleh orang lain. Kerana itulah kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan membeli semula tanah ini dan susun semula penempatan dan pembangunan di bandar raya ini.

Soalan untuk MSO – kenapa MSO tidak pertikaikan tanah milik orang Melayu di Bandar Kota Bharu banyak jatuh ke tangan orang bukan Melayu hasil kerja licik pemimpin PAS Kelantan?

3. Lembaga Tabung Amanah Warisan beli untuk dirikan bangunan untuk disewa dan pastikan 50 peratus sewa dan 30 peratus dibeli oleh orang Melayu bagi memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pemilikan kekal hak Melayu.

Soalan untuk MSO – kenapa MSO tidak bertanya mengenai harga pembinaan kondo dan apartmen itu dan berapa pula harga yang ditawarkan kepada pemilik yang dipindahkan? Tahukah MSO, subsidi kerajaan negeri kepada setiap pemilik itu mampu untuk membeli sebuah kereta Proton setaraf Waja baru?

4. Kerajaan negeri tidak pernah menzalimi rakyat, malah sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka apabila pangsapuri perumahan rakyat di Ladang Gemilang yang dijual secara sewa beli kepada penduduk yang layak, dijual dengan harga RM150,000 iaitu 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Soalan untuk MSO – Tahukah anda bahawa jika diberikan peluang secara terbuka membeli apartmen dan kondo ini, ramai rakyat Terengganu yang mahu memilikinya. Namun kerajaan negeri tidak membenarnya kerana ia milik ekslusif pemilik tanah dan mereka yang berasal dari penempatan yang diambil alih sahaja layak memilikinya. Syaratnya ketat dan dikawal rapi oleh kerajaan negeri supaya penduduk asal Ladang tidak merempat atau berpindah ke tempat lain.

5. Nilai sewa RM126 sebulan. Jumlah itu hanya kepada penerima bantuan sewa rumah dalam bandar. Ini juga formula sebagaimana pernah disebut bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Kalau mahu diungkitkan, ketika kerajaan PAS sendiri memerintahTerengganu antara 1999 - 2004, ia pernah menyerahkan tanah yang sepatutnya dijadikan taman rekreasi untuk penduduk di kawasan Kuala Terengganu kepada sebuah sebuah syarikat kroni parti itu untuk dimajukan menjadi kawasan perumahan.

Tanah seluas lebih 21 hektar di kawasan Tok Adis dibangunkan dengan projek pembangunan perumahan awam menyebabkan golongan belia tidak mempunyai kawasan untuk beriadah.

Sebaliknya dalam konteks orang kampung di kawasan itu, sebenarnya mereka lagi gembira kerajaan ambil alih tanah mereka, kerana bukan sahaja rumah, tetapi telaga dan reban ayam juga turut dihitung dalam soal pemberian pampasan kepada mereka, malah rumah juga diberi murah. Mereka yang selama ini tinggal secara haram di tanah kerajaan di kawasan Ladang juga diberi pampasan RM5,000 hingga RM6,000 walaupun sebenarnya mereka boleh dikenakan denda sebayak RM10,000 atau enam bulan penjara kerana menduduki tanah kerajaan secara haram.

Jadi mana zalimnya? Kenapa MSO tidak menemuramah mereka yang mendapat keuntungan seperti ini?

MSO nampaknya mempunyai agenda tersendiri dalam memperkatakan isu ini walaupun memperkatakan mengenai kondo yang dibina oleh kerajaan Kelantan.

Untuk pengetahuan penjenguk dan pelayar, juga MSO, syarat dan cara menjual kondo dan apartment antara kerajaan Kelantan dan Terengganu bagai langit dengan bumi.

Kerajaan Kelantan menjualnya secara pasaran bebas tetapi kerajaan Terengganu mengutamanya penduduk asal dan pemilik tanah di kawasan Ladang Gemilang berkenaan.

LIWAT SAIFUL – ANWAR SEDANG BERMAIN SILAT MATA...

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kenyataan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semalam sebagai menyerangnya dan meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir.

Selain bermain silap mata mengaitkan kesnya dengan pilihan raya, Anwar menganggap sistem perundangan negara berada dalam keadaan ‘cacat’.

Bagi Anwar, kes ini sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.

Bercakap di pekarangan mahkamah semalam, Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.

Menjawab hujah penggulungan pihak pendakwa yang dianggap menyerang keputusannya memberi keterangan dari kandang tertuduh, Anwar berkata beliau menggunakan perbicaraan untuk mengetengahkan keadaan sistem perundangan yang cacat.

“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia,” dakwa Anwar.

Pada hujah penggulunganya, Mohamed Yusof berkata kenyataan Anwar dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan.

Mahkamah Tinggi diberitahu semalam, keterangan dari kandang tertuduh oleh Anwar bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah selain kenyataan Anwar hanyalah berbentuk penafian.

Rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu, adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara, tempat di mana kejadian itu berlaku." katanya.

Mohamed Yusof berhujah demikian di akhir kes pembelaan terhadap Anwar, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Selain itu, hakikat bahawa Anwar tidak mempertikaian kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu dan juga bahawa beliau telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya".

Selain itu, Anwar juga tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu.

Apapun adalah menarik untuk mendengar pengujahan balas peguam utama Anwar, Karpal Singh esok di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perbicaraan bersambung esok bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan pula untuk menggulung hujah mereka.

Katanya, perbicaraan esok, 15 Disember bermula jam 9.30 pagi, sebelum keputusan kes berkenaan dibuat.

Apa yang dihujahkan oleh Yusof terhadap kenyataan Anwar dari kandang tertuduh semalam adalah seperti berikut:
1. Anwar tidak memberi versinya mengenai dakwaan insiden itu bagi mematahkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menjadi pengadu dalam kes itu. (Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh selain penafian mutlak mempunyai hubungan seksual dengan pengadu, tertuduh tidak sama sekali mempertikaikan bukti pihak pendakwaan);

2. Anwar dalam kenyataannya juga tidak sama sekali menafikan bahawa beliau berada di tempat yang didakwa berlaku kejadian itu pada masa dan tarikh tersebut;
3. Anwar juga tidak mempertikaikan bahawa keretanya dilihat memasuki dan keluar dari kawasan kondominium dan rakaman CCTV menunjukkan tertuduh tiba di tingkat lima kondominium berkenaan dan meninggalkan tempat itu selepas kejadian itu;

4. Anwar pada bila-bila masa tidak membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan secara positif berhubung kehadiran spermanya dalam dubur Mohd Saiful. (Akibatnya, penemuan secara konklusif sperma itu dibiarkan tanpa dicabar oleh pihak pembelaan); dan,

5. (Anwar) ada menyatakan insiden liwat seperti didakwa oleh Mohd Saiful tidak boleh terjadi kerana keadaan sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan itu.
Berkaitan perkara ini, Yusof menyatakan perkara berikut:

a. Pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland, membuat spekualsi yang aneh untuk menyatakan pandangannya bahawa adalah sangat mustahil Anwar melakukan perbuatan itu ekoran daripada masalah tulang belakang tertuduh yang boleh menyebabkan kesakitan. (Tidak ada keterangan daripada tertuduh sendiri bahawa dia tidak boleh melakukan aksi seksual itu dan bagaimana sesiapa sahaja boleh datang ke mahkamah dan menyatakan tertuduh tidak berupaya melakukan perbuatan itu). b. Perlu diambil perhatian bahawa Dr Hoogland tidak sama sekali memeriksa Anwar pada 2008 berbanding Datuk Dr S.Jeyaindran yang melakukan pemeriksaan terhadap Anwar tiga minggu selepas kejadian itu; c. Menurut doktor itu, Anwar tidak mengadu bahawa dia mengalami sakit tulang belakang dan dari pemerhatian doktor, pergerakan Anwar tidak dihalang oleh sebarang kesakitan bahagian belakang badan.

Berikutan itu menurut Mohamed Yusof, keterangan Dr Hoogland bahawa adalah mustahil untuk tertuduh melakukan perbuatan itu seperti digambarkan oleh pengadu adalah tekaan semata-mata dan bertentangan dengan fakta yang diasaskan berdasarkan keterangan Dr Jeyaindran. Menurut Yusof, adalah jelas gambaran yang diberikan oleh Mohd Saiful mengenai insiden itu bersama bukti para doktor dan ahli kimia mengatasi pandangan Dr Hoogland.

Kerana itu, menurut Mohamed Yusof, harus diambil perhatian bahawa kegagalan tertuduh menafikan bukti pendakwaan adalah jelas dan begitu sama kepada pengakuan kepada fakta bukti. Ini sudah pasti mendorong kepada keterangan menyokong terhadapnya
Dengan kata lain, Mohamed Yusof berhujah, keterangan dari kandang itu sendiri adalah sama seperti Anwar kekal senyap ketika dipanggil membela diri kerana tiada bukti diusulkan untuk pertimbangan mahkamah.

Yang penting, hujah Mohamed Yusof petang semalam mengatakan, “jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.

Mohamed Yusof, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata kesalahan tuduhan meliwat terhadap tertuduh (Anwar) telah dibuktikan dengan melangkaui keraguan munasabah.

JANGAN BENARKAN PENZINA MENGHINA ISLAM, AL-QURAN

Saya amat memuji NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik pemimpin parti politik yang suka berzina dan amat rendah moralnya ini. Saya yakin jika calon ini bertanding di kawasan majoriti Melayu, pasti mereka akan menerima akibatnya....Amat malang sekali jika kita sebagai umat Islam masih buta, yakni meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu.

RIDHUAN TEE ABDULLAH

Sinar Harian (December 11, 2011)
(Tajuk asal - Apabila penzina menghina Islam)


Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi.

Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam.

Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.

Sebagai agama yang bersifat universal, sebenarnya Islam begitu terbuka. Kita boleh ditegur, tidak ada masalah. Parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, jangan terlalu kurang ajar.

Apatah jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

Kenapa perlu mencampuri urusan orang Islam atau agama Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah sama sekali campur tangan dalam urusan agama mereka.

Siapakah kamu wahai kiasu? Jika kami melakukan tindakan yang sama menghina agama kamu, sudah tentu mereka ibarat cacing kepanasan.

Saya amat memuji NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik pemimpin parti politik yang suka berzina dan amat rendah moralnya ini. Saya yakin jika calon ini bertanding di kawasan majoriti Melayu, pasti mereka akan menerima akibatnya.

Amat malang sekali jika kita sebagai umat Islam masih buta, yakni meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud Pas’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau.

Sebagai umat Islam kita mesti berasa sensitif. Tidak boleh pejam sebelah mata. Jangan benarkan sesiapapun menghina al-Quran. Hidup mati kita adalah dengan al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk, kerana ia adalah kalamullah.

Saya bersetuju dengan desakan supaya penzina yang memalukan parti dan keluarganya sendiri ini, membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau berkenaan dengan hukum hudud. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang dari China dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’? Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini?

Penzina ini juga berkata, sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum.

Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik? Adakah pelabur lari daripada negara Cina? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu?

Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk ‘menghapuskan’ identiti Islam dan Melayu ini. Mereka bukan tidak tahu kebaikan Islam, mereka tahu. Tetapi mereka tidak mahu ada identiti Islam (Melayu) di Malaysia. Mereka mahukan sama rata dan sama rasa. Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam Pakatan dan Barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, sebenarnya kita tidak rasis. Mereka yang seratus kali lebih rasis. Bukan sahaja rasis, tetapi busuk hati. Mereka tidak mahu langsung negara ini dikaitkan dengan identiti Melayu dan Islam, walaupun itulah hakikat yang mesti diterima.

Seperti Perdana Menteri sebut, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada bukan Melayu.

Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah ultra kiasu, termasuk dalam Barisan Nasional.

Mereka licik dan bijak menyamar seperti musang berbulu ayam.

Tuesday, December 13, 2011

NAJIB DITUDUH BERBOHONG, WUJUD KONSPIRASI DALAM KES LIWAT ANWAR

Persoalan soal sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd. Saiful Bukhari atau Saiful membontot Anwar tidak penting.

Juga tidak penting ialah apakah Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang kita mahu tahu ialah apakah Anwar melakukan perbuatan liwat atau sama-sama ‘berliwat’ dengan sesiapa sahaja, termasuk Saiful. Itu sahaja!

Ini yang penting kerana soal konspirasi dan sebagainya itu adalah perkara lain yang hanya penting kepada peguambela Anwar.

Yang mahu dibuktikan peguambela Anwar ialah wujudnya konspirasi yang menyebabkan wujudnya tuduhan bahawa Anwar melakukan perbuatan liwat dengan Saiful.

Jika berjaya buktikan adanya konspirasi berkenaan, harapan Anwar untuk terlepas cerah dan Saiful akan terkapai-kapai dan mungkin berdepan saman malu selepas ini.

Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.

Peguambela Anwar berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Apapun, kita mahu mendengar apa kata pihak pendakwaan yang akan mengemukakan hujahan balas di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah petang ini.

Hujahan balas itu akan diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Semalam dua peguambela Anwar yang berhujah di akhir kes pembelaan ke atasnya dengan peguam utama, Karpal Singh mahukan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan kes liwat membabitkan Anwar .

Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful telah berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Karpal mahu Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Bagi Karpal, mahkamah seolah-olah melepaskan kewajipannya sekiranya tidak memanggil mereka berdua sebagai saksi apatah lagi Peguam Negara menjelaskan bahawa tiada asas kepada dakwaan hubungan itu pada 11 November lalu, iaitu selepas pihak pembelaan menutup kes pada 18 Oktober lepas.

Karpal berkata, Farah Azlina (kini telah dikeluarkan daripada pasukan pendakwaan) sebelum dakwaan hubungan itu timbul, merupakan anggota pasukan pendakwaan dan terdedah kepada kertas siasatan sekali gus memberi peluang kepada Saiful untuk mengakses kertas siasatan serta menyesuaikan keterangannya di mahkamah.

Perkara lain yang ditimbulkan Karpal ialah:

1. Keterangan Mohd. Saiful Bukhari yang mendakwa Anwar meliwatnya dengan rakus dan laju telah berjaya dipatahkan oleh keterangan saksi pembelaan iaitu pakar bedah ortopedik, Dr. Thomas Hoogland. Hoogland dalam keterangannya menyatakan bahawa adalah sangat mustahil Anwar melakukan aksi seksual seperti yang digambarkan oleh pengadu ekoran daripada masalah tulang belakang tertuduh yang boleh menyebabkan kesakitan.

2. Anwar yang pernah dirawat oleh Hoogland selepas dibebaskan dari penjara pada 2004, menghidap stenosis dan artritis, selain faktor usia menyebabkan tidak mungkin tertuduh boleh melakukan aksi seksual sebegitu.

3. Persoalkan kredibiliti dengan menyatakan, keterangan mangsa sebagai saksi utama pendakwaan berjaya dipatahkan oleh saksi-saksi pembelaan selain tindakan mangsa sendiri sebelum dan selepas kejadian tersebut.

Terdahulu, di awal hujahannya, Karpal menggesa mahkamah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa telah mengeluarkan kata-kata yang menjurus kepada tindakan menghina mahkamah.

Ia berikutan, dakwanya, kritikan Perdana Menteri di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini terhadap tindakan Anwar yang memberi keterangan bela diri di kandang pesalah tanpa mengangkat sumpah, merupakan campur tangan dalam perbicaraan yang masih belum selesai.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair dalam hujahannya telah menimbulkan kembali isu konspirasi yang didakwa bertujuan menghapuskan segala peluang anak guamnya itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Peguam itu turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengetepikan sapina yang dikeluarkan ke atas mereka.

Ujarnya, kedua-dua mereka perlu menggunakan peluang sebagai saksi untuk menjelaskan keadaan sebenar mengenai kedatangan Mohd. Saiful Bukhari ke rumah kediaman pasangan itu.

Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini.

Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar.

“Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini?

“Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?” kata Sankara.

Sebelum prosiding berakhir, peguam Ramkarpal Singh pula menyatakan tindakan ahli-ahli kimia tempatan, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak melaporkan mengenai kehadiran profil asid deoksiribonukleik (DNA) pihak ketiga menjadikan keterangan mereka lebih berbentuk pandangan dan bukan fakta.

Pada prosiding sebelum ini, barisan pembelaan menegaskan mengenai kewujudan profil pihak ketiga selain Lelaki Y berikutan penemuan allele 18 dalam bacaan analisis pakar-pakar terbabit.