Friday, October 21, 2011

HUDUD PAS BENAR SUAMI LIWAT ISTERI...PATUTLAH...

Undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu membenarkan suami meliwat isteri?

"Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

"Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki...kita faham lah itu... atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

"Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata 'selain daripada isterinya'. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini,"

Demikian kata Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011,Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, jika jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.

Banyak lagi perkara menarik disebut Zulkifli.

Yang nyata apabila beliau periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS.

“Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi," katanya. Menurut Zulkifli, keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Hakikatnya apakah PAS Terengganu dan Kelantan faham dan tahu kesan undang-undang hudud yang diluluskan olehnya?

Baca selanjutnya di sini.

BILA KENA BATANG HIDUNG ANWAR MULA BERANG...

Mengata dan menuduh orang dengan kata-kata yang pedih dan bersifat fitnah tidak mengapa.

Tepai apabila kena batang hidung mula melenting, berang dan marah.

Laporan Malaysiakini menyebut, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas tidak senang dengan percubaan oleh Umno Selangor untuk memperkecilkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu dengan menghasilkan versi Buku Jingga mereka sendiri.

Buku itu menggariskan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan jika ia berjaya merampas pentadbiran di Putrajaya.

Anwar mendakwa buku-buku itu diterbitkan oleh Umno bagi menangkis strategi ekonomi yang dijanjikan menerusi Buku Jingga.

Anwar juga menunjukkan bahan-bahan bercetak lain yang menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai "penipu" sambil menekankan kelebihan menyokong BN.

Antaranya, sebuah buku kecil itu yang bertajuk 'Tranformasi vs Reformasi' memaparkan janji-janji yang ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Anwar.

Komik berjudul, 'Siapa Rosmah?'pula mempertahankan isteri Perdana Menteri daripada dakwaan pembangkang bahawa beliau membazirkan dana negara dengan mengamalkan gaya hidup mewah.

Beliau tidak bimbang tentang hujah-hujah mereka terhadap Buku Jingga, tetapi yang beliau takut ialah serangan terhadapnya, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.

Beliau menyifatkan serangan itu kurang ajar tetapi cara Anwar dan pemimpin pembangkang serang Najib dan pemimpin Barisan Nasional lain tertibkah?

"Mereka menggambarkan kami sebagai penjenayah, menggunakan dana negeri untuk memburuk-burukkan kerajaan ... malah mereka juga timbulkan isu perut buncit saya, yang saya tidak ingat pernah ada perut yang buncit. Mereka boleh kata Rosmah ini pemurah dan dermawan dan berjimat cermat ... Tidak menjadi masalah tetapi janganlah fitnah orang lain," katanya dengan berang.

Nasiblah Anwar, kau boleh kata kat orang, orang pun ada mulut dan bukti untuk mengata kau pulak.

Kalau tidak mahu ini semua, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI...

Thursday, October 20, 2011

BUKTIKAN BLOG PRO-UMNO BERKREDIBILITI, BUKAN BERSIFAT 'BINATANG'

Benarkah blogger pro-UMNO sengaja mahu ‘membunuh karakter’ Lim Guan Eng apabila membawa cerita anak lelakinya ‘meraba tetek’ seseorang pelajar 16 tahun?

Pemblog-pemblog pro-Umno, seperti Papagomo dan blog ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri didakwa memfitnah anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Sedangkan 'bukti' diketengahkan tidak sedemikian.

Apa buktinya?

Bukti 1 : Semalam Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Malah kata Goh, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Bukti 2 : Semalam DAP seperti dilaporkan Malaysiakini mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Jadi?

Kenalah cari bukti agar blog Pro-UMNO yang sesetengahnya 'makan upah' tidak seperti BINATANG, serta punya kredibiliti.

Kalau blog-blog berkenaan tidak dapat buktikan, 'mampuslah' kita!

Tuesday, October 18, 2011

GUAN ENG - BLOGGER PROUMNO BERSIFAT BINATANG


“Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini.”

Demikian ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui Roketkini yang dipetik sahabat karibnya, Harakahdaily hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah yang bertujuan menjatuhkan beliau.

“… Umno perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya,” katanya.

Kenyataan Guan Eng itu dibuat berkaitan anak lelakinya yang berusia 16 tahun didakwa meraba tetek seorang pelajar perempuan.

Menurut Guan Eng, anak lelakinya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee beliau sudah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011. Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya.

Maknanya ditukarkan bukan kerana perbuatan meraba tetek pelajar perempaun itu. Guan Eng minta bukti!

Guan Eng kesal apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu. Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: “@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi Umno Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.

Kita tunggu apa reaksi blogger proUMNO yang dikatakan ‘bersifat binatang ‘ itu menyediakan bukti untuk menyanggah Guan Eng.