Tuesday, October 18, 2011

GUAN ENG - BLOGGER PROUMNO BERSIFAT BINATANG


Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini.

Demikian ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui Roketkini yang dipetik sahabat karibnya, Harakahdaily hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah yang bertujuan menjatuhkan beliau.

“… Umno perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya,” katanya.

Kenyataan Guan Eng itu dibuat berkaitan anak lelakinya yang berusia 16 tahun didakwa meraba tetek seorang pelajar perempuan.

Menurut Guan Eng, anak lelakinya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee beliau sudah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011. Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya.

Maknanya ditukarkan bukan kerana perbuatan meraba tetek pelajar perempaun itu. Guan Eng minta bukti!

Guan Eng kesal apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu. Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: “@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi Umno Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.

Kita tunggu apa reaksi blogger proUMNO yang dikatakan ‘bersifat binatang ‘ itu menyediakan bukti untuk menyanggah Guan Eng.

1 comment:

  1. Anak dia tak kesekolah kerana kehendaknya sendiri ... seperti juga ketika meramas tetek itu ... kerana nafsu buas yang diwarisi dari bapanya ... seorang bapa yang buas tidak pernah puas melainkan meluahkan kebencian dan permusuhan terhadap apa sahaja yang kena mengena dengan Melayu.

    Anaknya menerima padah kerana dirinya sendiri ... dia salahkan orang melayu (umno)

    ReplyDelete