Showing posts with label Jahat. Show all posts
Showing posts with label Jahat. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

BN JAHAT, UMNO RASUAH, BERI LALUAN PAS GANTI UMNO...


UMNO berusaha memperlihatkan ia baik dan boleh bekerjasama dengan sesiapa, apalagi PAS yang asasnya Melayu dan Islam.

Sama ada demi kepentingan survival politik atau kepentingan pemimpin tertinggi individu tertentu, UMNO berusaha bebaik-baik dengan PAS dalam segenap cara.

Kepimpinan PAS digalakkan menyertai program UMNO dan Barisan Nasional (BN), malah kini duduk semeja seolah-olah ada persefahaman baik di kalangan pemimpin tertinggi.

Puji memuji antara pemimpin dibuat di khalayak untuk membuktikan Melayu-Islam UMNO dan Islam-Melayu PAS kini benar-benar ‘rapat’.

Malah Presiden PAS kini menganggap ia parti yang menyumbang sebagai penasihat BN/UMNO dalam konteks pentadbiran. PAS kini bebas menegur BN/UMNO dari pelbagai segi dasar dan pelaksaan atas kapasiti sebagai ‘tuan dan rakan penasihat’.

Di Terengganu, PAS menjadi ‘rakan pentadbiran’ kerajaan negeri dan dialu-alukan nasihat mereka oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Di Kelantan, pemimpin UMNO menitiskan air mata menyokong Hudud pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Terbaru, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berterima kasih kepada kerajaan (BN) kerana membenarkan beliau membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Namun di sebalik semua itu, PAS bukan sahaja menolak pakatan pembangkang tetapi sebenarnya menentang UMNO habis-habisan.

Bagi PAS, “Orang Melayu memang sedar BN ini jahat. UMNO rasuah. Jahanamkan negara.”

Pemimpin UMNO juga dikata sebagai “...yang melakukan kesalahan, rasuah, seleweng, salahguna kuasa dan boros.”

PAS melihat bahawa: “Bagi sebahagian orang Melayu, nilai dan harga keselamatan agama dan bangsa lebih besar dan penting dari RM42 Billion wang 1MDB atau derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib Razak."

Apakah pemimpin UMNO, khususnya Presiden UMNO serta Timbalannya atau sesiapa juga sedar atau buat-buat tidak penting mengenai perkara ini?

Atau deperado sangatkah sokongan daripada PAS sehingga kadang kala menyebabkan rakan komponen BN lain terguris hati?

Apakah penyokong PAS akan mengundi UMNO berbanding bukan-Melayu pada pilihan raya sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum?

Baca di sini, apa kata PAS:


HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat
Ditulis pada: Thu, May 26th, 2016

Tiada orang Islam yg benar benar beriman dan tahu realiti yang berlaku akan mempertahankan mereka yang melakukan kesalahan, rasuah, seleweng, salahguna kuasa dan boros.

Kerana sikap begitu akan menyebabkan orang bukan Islam memandang serong kepada agama Islam.

Seolah olah dikeranakan sikap orang Islam yang masih mahu mempertahankan BN yang korupsi, maka Islam dianggap mengajar tidak apa apa kalau rasuah. Zalim, boros dan menyeleweng itu bukan kesalahan.

Dilema sebenar adanya pada orang orang Melayu yang membentuk populasi terbesar umat Islam yang menjadi majoriti penduduk negara ini. Kemiskinan, ketinggalan serba serbi ekonomi, ekuiti, nisbah golongan profesional, saintis. Satu satu perkara yang orang melayu masih boleh merasa lega adalah kerana tunjang yang menjadi teras kuasa dalam negara masih lagi dikawal orang Islam.

Kita masih ada Kepercayaan kepada Tuhan dan Raja Berpelembagaan sebagai 2 Rukun tertinggi dalam RUKUN NEGARA. Kita ada Yang Di Pertuan Agong dan Sultan sultan sebagai ketua negara dan ketua negeri negeri. Kita masih ada struktur politik yang mengawal halatuju negara dipimpin oleh mereka yang masih dilihat melayu dan Islam.

Ini dilihat jaminan penting kepada orang orang Islam. Yang terlalu berharga untuk dicuba cuba bereksperimen dengan menggantikan dengan struktur baru yang berbeza dengan membawa idealisma keterbukaan, liberal, pluralisme dan sekularisme.

Orang melayu memang sedar BN ini jahat. UMNO rasuah. Jahanamkan negara.

Mereka mahu tolak UMNO. Tapi berikanlah mereka pilihan yang tidak merisikokan agama dan bangsa.
PAS selaku parti yang telah lama dalam sepak terajang politik melayu arif sangat sentimen dikalangan orang melayu ini.

Kerana itu Presiden PAS tegaskan berkali kali, mesti faham negara ini masyarakatnya bersifat majmuk, berbilang kaum. Tak cukup semata mata faham istilah majmuk. Kena faham majmuknya sifat bagaimana?

Kerana itu PAS menolak berada dlm pakatan yang memberi mesej dan persepsi berada dibawah kawalan DAP. DAP pula parti yang telah tertanam persepsi dikalangan orang melayu sebagai rasis, chauvinist, dan melampau batas dalam memasuki sempadan urusan orang Islam dan melayu.

Gelombang pengundi melayu tidak akan terbentuk melainkan ada semacam jaminan bahawa kepimpinan politik baru yang mahu menggantikan BN UMNO, boleh diharap, berprinsip dalam soal agama dan bangsa.

Ini rintangan yang perlu kita kenalpasti dan terjemahkan dalam kerangka tindakan.

Pakatan Harapan dengan strukturnya sekarang hanya menempah kegagalan.

Melainkan dengan PAS sama sama diberi sokongan bulat sebagai lawan setara yang perlu dibantu serba serbi untuk tewaskan UMNO.

Menggagalkan usaha PAS menentang UMNO adalah sebenarnya sabotaj yang besar dalam menjayakan agenda menumbangkan BN yang sudah terlalu rosak.

Bagi sebahagian orang melayu, nilai dan harga keselamatan agama dan bangsa lebih besar dan penting dari RM42 Billion wang 1MDB atau derma RM2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadi DS Najib.

Nak tewaskan UMNO kita kena bersatu pada strategi yang betul. Pedulikan mereka yang mahu membantu UMNO dengan memecahkan undi.

Wednesday, November 28, 2012

ANWAR PENGKHIANAT, DENGKI & BERNIAT JAHAT - MUHYIDDIN


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan daripada negara luar untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai perbuatan khianat kepada negara.

Menurut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembangkang hakikatnya dengki dan berniat jahat terhadap Barisan Nasional sehingga sanggup berbuat demikian demi menggambarkan pilihan raya di negara ini kotor.

"Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor.



"Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihan raya di negara kita tidak adil.

"Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihan raya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihan raya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihan raya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka,"katanya.

Beliau menyatakannya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak ketiga-tiga sayap Umno pada Perhimpunan Agung Umno kali ke-66, malam ini.

Anwar baru-baru ini cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya umum di negara ini berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.

Permintaan Ketua Umum PKR itu bagaimanapun ditolak Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.

Anwar dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Menurut Muhyiddin, tindakan pembangkang berbuat demikian hanyalah semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka selepas itu jika kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini nanti.

"Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat. "Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR.

Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adil kah pemilihan PKR?

Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan?,"kata Muhyiddin

Sinar Harian