Showing posts with label Eli Wong. Show all posts
Showing posts with label Eli Wong. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

BANYAK PERSOALAN TINDAKAN HILMI LARI KE INDONESIA

Polis semalam mulai mempersoalkan kenapa mesti Hilmi Hazimin Malek, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Eli Wong ke Indonesia.

Cara Hilmi melarikan diri dan kemampuannya tinggal di Indonesia begitu lama menimbulkan pertanyaan berat – Kayakah Helmi? Kalau dibiayai, SIAPA BIAYAI BELIAU? 

Polis kena siasat betul-betul apakah beliau yang lari atau dipaksa lari atau dilarikan.

Polis bertanya: "Kalau dia (Hilmi) tidak bersalah, mengapa dia patut takut dan lari ke luar negara, kalau dia berada di pihak yang benar, maka beliau perlu menjelaskan segala-galanya," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Aziz Zakaria.

Kita pun mempunyai soalan yang sama, bukan sahaja kepada Hilmi tetapi kerajaan Eli dan kerajaan Selangor.
Maksudnya di sini:

1. Jika Hilmi yang lari secara sukarela, beliau mesti mempunyai sebab tersendiri. Menyelamatkan ‘nyawa politik’ kekasihnya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong?

 2. Jika beliau dipaksa lari, siapa paksa beliau. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim? Datuk Seri Anwar Ibrahim? Gangster tajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor?

3. Jika beliau dilarikan pula, apakah ia kumpulan yang mahu menyelamatkan karier politik PKR dan pemimpinya di Selangor?

Kehadiran berterusan Hilmi di Selangor selepas penyebaran gambar bogel Eli akan menyebabkan kesusahan jika kerajaan Selangor atau Exconya disiasat.

Namun, Hilmi tidak bernasib baik atau beliau sengaja membiarkan dirinya ditahan pihak berkuasa Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen perjalanan palsu.

Bagi polis sudah pasti keterangan Hilmi Hazimin akan membantu siasatan terperinci polis berhubung rakaman dan penyebaran gambar Wong.

 "Kita telah merakam kenyataan ibu bapa dia (Hilmi) dan kita percaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera," Aziz.

Kita akan tunggu apa keputusan kes ini dan SIAPA BERTANGGUNGJAWAB MENYOROKKAN HILMI DI INDONESIA.

Monday, February 13, 2012

HELMI MALIK KENA TANGKAP, GAMBAR 'BARANG' ELI WONG TERSEBAR


Bukan nak sebar gambar lucah tapi rakan Flying Kick memang bijak menarik minat penjenguk untuk menatapnya.

Menurut Flying Kick, penangkapan Helmi Malik oleh pihak berkuasa Indonesia, mendedahkan satu lagi keaiban kepada ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. Helmi Malik merupakan kekasih Elizabeth Wong yang telah merakamkan gambar-gambar kemaluan serta aksi seksnya bersama-sama Exco Selangor itu.

Kata Flying Kick:

Sumber menyatakan Helmi sebenarnya adalah 'planted' Azmin Ali yang ditugaskan untuk menjatuhkan Elizabeth Wong dan Khalid Ibrahim. Hubungan antara Azmin Ali dengan Helmi Malik didedahkan oleh kekasih Elizabeth Wong itu sendiri.

Dan yang paling menariknya, serentak dengan penangkapan lelaki itu, gambar-gambar KEMALUAN Elizabeth Wong mulai beredar di Internet dengan bebasnya. Saki-baki gambar-gambar yang sebelum ini dikatakan telah dirampas oleh polis, nampaknya telah 'berjaya diselamatkan' oleh satu pihak yang berkepentingan dan penangkapan tersebut menyebabkannya ia beredar untuk dilihat secara percuma oleh semua pelayar Internet yang menggilainya benda alah itu!!!

Punca gambar-gambar lucah berkenaan tidak diketahui.

Untuk anda yang mendakwa ianya adalah berdosa, anda boleh gunakan hukum 'besi itu tuli dan bisu' untuk 'menghalalkan' perbuatan anda - sekiranya anda cuba mencari escapisme. Atau barangkali anda boleh mencari-cari hukum melihat aurat wanita di balik pakaian yang nipis atau bayang-bayang di dalam air....

Blog ini tidak tergamak untuk MENGGANGGU PRIVASI SEKSUALITI Elizabeth Wong dengan penyiaran gambar-gambar kemaluannya. Kalau anda teringin hendak melihatnya sama ada ia sama bentuk atau berbeza dengan bentuk kemaluan yang lain, anda boleh pergi KE SINI.

Ish Ish Ish....

Monday, February 6, 2012

SATU KERAJAAN NEGERI NAK SIASAT HANYA KERANA SATU 'BATANG'

Aii..ini dah kes berat.

Khalid Ibrahim mula terasa nak terkecing. Tak boleh duduk diam. Jika benar 'batang' yang ditangkap itu memang ada kaitan dengan ahli politik PKR, berat dan malu besar Kerajaan Selangor.

Tapi tak apa boleh pergi Kelantan, Nik Aziz Nik Mat boleh tolong bersihkan Eli Wong sekali lagi.

Mudah saja bersih dosa, jumpa Musyridul Am PAS, akan gugurkan segala 'kejahatan' dan akan bersihlah diri seseorang.

Pelik sungguh, sampai satu kerajaan negeri mahu siasat satu 'batang' gara-gara ada kaitan dengan Eli Wong (Elizabeth Wong).

Apa pula nak pandang serius. Sebelum ini ketika kes gambar bogel Eli Wong tidak serius ke? Sampai kena tahan baru nak pandang serius.

Untuk membersihkan Eli Wong dibuat repot polis supaya tangkap orang yang ambil atau sebar gambar, sedangkan yang ada dalam gambar itu bersih.

Macam cerita video itulah, yang ditekan dan cuba dipersalahkan yang ambil dan mengedar video tetapi pelaku BEBAS dan 'BERMARUAH LAGI'.

Apa mainan politik PKR selepas ni?

Bagus juga rakan blogger mainkan isu ini. Biar panas sikit...

Cucu Tok Wan kata PKR Selangor dah kelam-kabut bila (bekas) kekasih Eli Wong ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana memalsukan dokumen perjalanan dan pengenalan diri. Selama ini mereka fikir, Indonesia menjadi tempat paling selamat untuk menyelamatkan diri.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia memberikan satu gambaran penting kepada PKR. Setelah bertahun-tahun Anwar Ibrahim mempromosikanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif diri sebagai DEWA PENYELAMAT Indonesia yang memperkenalkan REFORMASI, kini penangkapan kekasih Elizabeth Wong yang juga merupakan ahli PKR, memberikan yang cukup besar bahawa Indonesia bukanlah tempat terbaik untuk PKR jadikan sarang lagi.

Apabila Khalid Ibrahim menyatakan kerajaan negeri Selangor akan membantu kekasih Elizabeth Wong bermakna wang cukai rakyat Selangor akan digunakan untuk menyenangkan hati Elizabeth Wong.

Kata Gelombang Wangsa Maju pula, mempersoalkan, "Apa perlu kerajaan negeri mahu membawa perkara ini ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini? Melainkan jika semakin kuat fakta ahli PKR yang ditangkap itu adalah Hilmi Malik.

"Pada GWM, mesyuarat PKR Rabu ini hanya untuk membuat 'grouping damage control', siapa yang bakal dikapan dan dikuburkan sebelum pilihanraya umum nanti.

Strategi perlu disusun kembali kerana isu ini akan memberi 'domino effect' kepada pembuat keputusan yang mengarahkan Hilmi Malik bermastautin di Indonesia.

Elizabeth Wong pasti sukar untuk tidur dan melelapkan mata seminggu dua ini ... Jantan kabaret punya pasal, karier politik semakin hancur!"

Apapun, yang pasti, Kerajaan negeri Selangor memandang serius berita penahanan lelaki yang didakwa bekas teman lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Malah pihak kerajaan negeri juga akan meneliti tindakan susulan sekiranya lelaki berkenaan ada hubung kait dengan individu yang menjadi buruan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth yang juga Exco kerajaan negeri Selangor itu di Internet pada 2009.

"Kerajaan negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," kata Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan di Shah Alam, semalam.

Portal berita detiknews.com dari Indonesia menyiarkan laporan penahanan seorang lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai Azmin Heli oleh Jabatan Imigresen negara itu pada Jumaat lalu di Batam kerana memiliki pasport palsu.

Hasil pemeriksaan pihak imigresen, Azmin mengaku berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975 dan beralamat di Jalan 4H, Ampang Selangor.

Berita itu juga menyebut bahawa Azmin yang memasuki Indonesia sejak 15 Februari 2009 menggunakan pasport Malaysia ini mengaku dibiayai keluarganya di negara ini dan PKR sepanjang berada di negara itu.

Pada 2009, negara digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth oleh bekas teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Hilmi Malek.

Bagaimanapun Hilmi gagal dikesan pihak berkuasa walaupun waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pihak polis.

Gambar separuh bogel itu dikata dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di sofa kediamannya.

Bagaimanapun selepas terbongkar kontroversi itu, Hilmi dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Ampang, dekat sini.

Tidak tahulah bagaimana kerajaan Selangor akan spin penangkapan Hilmi selepas ini.

Yang penting imej kerajaan Selangor tercemar sudah dan PKR parti kaya yang boleh letakkan sesiapa sahaja di luar negara.