Showing posts with label Bersih. Show all posts
Showing posts with label Bersih. Show all posts
Wednesday, June 27, 2012
MENTERI ADA KUASA ISYTIHAR 'BERSIH' PERTUBUHAN HARAM...
Peguam Kanan Persekutuan menegaskan semalam, Menteri ada kuasa isytihar 'Bersih' pertubuhan haram.
Jadi Bersih itu haramlah...tidak kiralah Bersih 2.0 atau Bersih 3.0.
Sudah pasti kumpulan yang menyokong Bersih khsuusnya Datuk S. Ambiga yang mahu menjadi hero Bersih tidak akan bersetuju dengan keputusan ini.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam diberitahu bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kuasa untuk mengisytihar 'Bersih' sebagai sebuah pertubuhan haram.
Malah menurut Mahkamah Tinggi, tindakan beliau itu tidak bercanggah dengan undang-undang. Hishammuddin membuat keputusan itu bagi memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam dan keputusan beliau itu sah di sisi undang-undang.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata demikian dalam hujahnya pada prosiding semakan semula penghakiman yang difailkan 14 anggota jawatankausa pemandu "Bersih', termasuk Datuk S. Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Azizan juga berkata Ambiga dan 13 yang lain, yang diwakili Ambiga dalam permohonan itu, tidak mempunyai locus standi, manakala keputusan Menteri Dalam Negeri mengisytihar 'Bersih' sebagai pertubuhan haram pula adalah sesuatu yang wajar serta rasional.
Sementara itu, dalam hujahnya, peguam Tommy Thomas, yang mewakili kesemua pemohon, berkata tindakan Hishammuddin itu bercanggah dengan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.
"Menteri berkenaan terkhilaf dalam melaksanakan kuasanya dan oleh itu, keputusan beliau patut dibatalkan," katanya. Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 24 Julai untuk mengumumkan keputusannya.
Pada 28 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan jawatankuasa pemandu itu untuk mendapatkan semakan semula penghakiman. Mereka juga memohon mahkamah mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 1 Julai, yang mengisytihar Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, sebagai tidak sah dan terbatal serta tidak terpakai.
Kita tunggu dan sekiranya Mahkamah Tinggi tetap dengan keputusannya, kita mahu lihat apakah mereka yang menyokong Bersih, kebanyakannya kalangan peguam akan menghormati keputusan mahkamah.
Jika tidak, mereka ini bukan sahaja 'peguam' yang tidak menghormati mahkamah tetapi juga mereka yang sengaja mahu melanggar undang-undang negara. Apa hukumannya kepada mereka yang melanggar undang-undang negara?
Malah jika Ambiga turut mempersoalkan keputusan mahkamah kelak, jangan dibiarkan dia berterusan bersikap sebagai 'rakyat yang menentang peraturan dan undang-undang negara'.
Thursday, March 22, 2012
PINJAMAN PELAJAR - PAS RASA BERDOSA, BERSIH MAHU LAWAN...
![]() |
| PAS mengadakan pertemuan dengan Yayasan Terengganu baru-baru ini bagi menuntut pinjaman dikembalikan kepada pelajar Terengganu yang menuntut di Mesir. |
Ia mengadakan pertemuan dengan Yayasan Terengganu dan mohon diberikan peluang kedua kepada pelajar berkenaan.
Sebaliknya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pula mahu membantu pelajar dari segi dana dan peguam (saman menyamanlah jawapnya!).
Tidak mengapa, terpulang kepada pelajar dan ibu bapa berkenaan untuk mengambil jalan mana.
Merayu ada ruang untuk mendapatkan balik pinjaman dengan cepat dan jika ikut saman menyaman akan mengambil masa. Apakah pelajar dan ibubapa mahu mengambil risiko terpaksa menunggu lebih lama (itupun kalau menang, kalau kalah apakah sanggup memperjudikan masa yang terbuang begitu sahaja?)
Peluang atau pilihan adalah kepada mereka - sama ada untuk masa depan atau menjaga maruah atau fahaman politik. Boleh cuba!
Namun di pihak PAS, baguslah jika rasa berdosa dan lain kali tolonglah jangan ulangi perbuatan mempengaruhi pelajar kerana mereka adalah harapan ibu bapa yang rata-ratanya TIDAK MAMPU pun untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Mesir itu.
Yang hairannya wakil pelajar ini - iaitu PAS - menuntut UMNO (yang tidak ada kena mengena), Barisan Nasional (yang juga tidak ada kena mengena) dan Yayasan Terengganu supaya adil dan mengembalikan pinjaman pelajaran pelajar Mesir yang ditamatkan melalui surat yang dihantar Yayasan Terengganu pada 22 Februari lalu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyatakan baru-baru ini kerajaan patut menilai semula tindakan penamatan tersebut kerana Himpunan BERSIH bukan himpunan politik dan pelajar tersebut sebagai mahasiswa mempunyai hak menyuarakan suara dan hasrat mereka.
Himpunan BERSIH bukan himpunan politik? Pehimpunan anjuran parti politik termasuk PAS sendiri bukan perhimpunan politik? Mahasiswa mempunyai hak menyuarakan suara dan hasrat mereka?
Siapa kata tidak boleh. Namun mereka melanggar arahan Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu sendiri supaya jangan menyertai perhimpunan politik.
Yayasan Terengganu dan Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu ke atas enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir itu.
Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.
Satiful berharap akan ada budi bicara Yayasan Terengganu yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman kepada pelajar itu diamalkan dalam kes ini kerana rata-rata pelajar yang dikenakan tindakan itu memiliki latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.
Bila merasa bersalah dan merayu minta orang lain menggunakan budi bicara. Tetapi ketika menghasut pelajar, apakah PAS menggunakan budi bicara?
Sebenarnya peluang tetap ada untuk merayu dan sebaik-baiknya pelajar dan ibu bapa membuat rayuan sendiri (bukan melalui badan politik ) kerana keputusan bakal diketahui sebaik mesyuarat lembaga pengarah Yayasan Terengganu diadakan pada 10 April ini.
Persoalannya, jika pelajar itu dari keluarga kurang berkemampuan, mereka perlu sedar dan insaf bahawa pinjaman yang membolehkan mereka berada di Mesir ialah wang rakyat untuk pelajar dan keluarga mereka juga.
Sebaliknya, menyertai perhimpunan politik yang ‘menentang kerajaan’ bagaikan ‘kacang lupakan kulit’ dan dalam bahasa lebih keras ‘anjing gigit tuannya’ dan ketika memohon, kerajaan tidak pun bertanya mereka sama ada mereka menyokong UMNO atau tidak.
Malah, UMNO dan Barisan Nasional tidak ada kena mengena seperti di dakwa Satiful itu.
Namun, Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan kelmarin nampaknya tidak bersikap seperti PAS sebaliknya menegaskan pelajar akan dibantu dari sudut mengumpul dana dan menawarkan bantuan guaman kepada pelajar terlibat.
"Bersih 2.0 ingin memberi jaminan kepada pelajar bahawa mereka tidak bersendirian. Kami terus terang menawarkan bantuan kami dalam mendapatkan bantuan undang-undang dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah untuk mengumpul dana untuk membantu pelajar yang terbaik kita boleh," kenyataan mereka dipetik.
Bagi Bersih 2.0 tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri Terengganu itu dianggap menindas, malah melanggar hak-hak pelajar untuk berhimpun secara aman, seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Bersih 2.0 yang awal-awal NAMPAK TIDAK BERUPAYA, meminta kerajaan negeri yang lain untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar dan keluarga mereka. “Tindakan kerajaan negeri Terengganu bukan sahaja menghukum pelajar, malah keluarga mereka juga," tegas kenyataan itu.
Amat jelas pelajar dan ibubapa mereka mempunyai pilihan.
Namun cara paling baik ialah pelajar dan ibubapa datang sendiri ke Yayasan Terengganu dan gunakan budi bicara untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. Mana tahu, tidak perlu PAS bantu atau peguam BERSIH bagi menyelesaikan masalah ini.
Yang pasti Yayasan Terengganu bersedia mendengar dan tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah pun masih ada dua minggu!
Friday, July 1, 2011
BERDOSA BESAR JIKA SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH...
Jangan dekati musuh Islam yang sengaja mempergunakan orang Islam, termasuk pemimpin parti yang mendakwa Islam untuk goncang pemerintahan yang menegakkan Islam.
Sertai himpunan haram anjuran Bersih boleh menyebabkan huru hara. Jangan gadai maruah dan kemerdekaan hanya kerana terpengaruh dengan dakyah Ambiga dan kumpulannya.
Ingatlah, sekali negara Islam jatuh, ia tidak akan bangkit semua. Renungkanlah di pagi Jumaat yang mulia ini.
Juga renungkan pandangan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ini. Selain itu baca fatwa Imam Shaukani 220 tahun lalu:
“Umat Islam dilarang membabitkan diri dalam semua perkara yang disedari boleh menjurus kepada perpecahan ummah dan kehancuran negara termasuk demonstrasi seperti perhimpunan hara
m Bersih 9 Julai ini sekiranya ia juga boleh membawa mudarat.”Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata di Kuala Terengganu semalam, adalah berdosa besar jika umat Islam terlibat dalam perkara-perkara yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri.
"Sebenarnya Islam sentiasa menggalakkan umatnya berusaha ke arah perpaduan dan keharmonian, bukannya melakukan kerosakan sehingga memecah-belahkan perpaduan dan menjejaskan syiar agama," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu mengulas perhimpunan haram 9 Julai ini selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu 2011 di sebuah hotel di Kuala Terengganu semalam.
"Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita," katanya.
Kerana itu beliau menasihatkan umat Islam serta rakyat pelbagai kaum di negara ini supaya sentiasa berbaik-baik sekali gus mengelak pertelagahan sesama mereka.
"Kita perlu jaga atau tingkatkan hubungan baik, dalam Islam kita dilarang melakukan kerosakan dan perpaduan pula jangan dipisahkan kerana ia adalah dosa besar," katanya.
Menurut Dr. Abdul Shukor, umat Islam sepatutnya lebih menumpukan kepada cara untuk bersatu padu serta membangunkan diri agar menjadi umat yang bertamadun dan dihormati.
Berikutan itu Dr. Abdul Shukor Husin meminta umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya supaya tidak menyertai perhimpunan haram berkenaan.
Katanya, ini kerana negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh.
"Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.
Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.
"Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan," katanya.
Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan 'syura' (berbincang).
Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara.
Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru.
"Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.
"Seperti di Terengganu, kita nak lahirkan generasi Ulul Albab, generasi celik Al-Quran dan Hadis, nak menjadikan ornag Islam itu baik.
Apakah kita kena runtuhkan yang ini dan nak bina yang baru yang dikatakan satu tamadun," kata Abdul Shukor.
Betulkah Perhimpunan Haram 9 Julai Bukan Perhimpunan Politik?
Betulkah perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini bukan perhimpunan politik?Jika bukan, kenapakah wujud begitu banyak pemimpin Pembangkang dalam barisan jawatankuasa penganjurnya dan kenapakah pula parti terbabit begitu bersungguh-sungguh mengerahkan anggota dan penyokong masing-masing supaya turun ke jalan raya pada hari berkenaan?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu anggotanya bahawa beliau akan meminta bekas presiden Majlis Peguam, yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan haram itu, Datuk S. Ambiga membatalkannya jika kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan kumpulan pengacau berkenaan.
Bagaimanapun, pada hari berikutnya, apabila Ambiga dilaporkan berkata beliau tidak akan mempedulikan kenyataannya itu, Anwar mendakwa beliau telah disalah petik oleh media berhubung perkara tersebut.
Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata berikutan episod itu, mungkin sesetengah pihak beranggapan bahawa Anwar tidak mempunyai kuasa untuk mengawal keadaan, tetapi ada pula kelompok yang melihatnya sebagai suatu cubaan oleh kedua-dua pihak untuk mengawal kerosakan bagi mengelak orang ramai daripada mengubah pandangan mereka terhadap peranan tersembunyi yang dimainkan oleh PKR.
"Bagaimanapun, hakikat yang tidak boleh diubah ialah Anwar telah membayangkan kepada media yang beliau boleh meminta Ambiga membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram itu sekiranya Barisan Nasional (BN) bersetuju mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil.
"Ini sudah pasti menimbulkan keraguan tentang dakwaan pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan itu bahawa ia bukan perhimpunan bersifat politik, tetapi semata-mata diadakan untuk memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil," katanya.
Pensyarah di Universiti Sains Malaysia itu berkata perhimpunan haram berkenaan, kali kedua diadakan selepas perhimpunan pertama anjuran pihak yang menggelarkan diri mereka Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007, merupakan tindakan populis yang berasaskan politik.
"Walaupun pengerusinya adalah bekas presiden Majlis Peguam, tapi mereka yang membarisinya diketahui umum mempunyai kaitan dengn parti politik, terutama parti pembangkang. Mereka terkenal kerana gemar menimbulkan isu melalui pendekatan populis untuk mempersoalkan tentang hak serta kebebasan, tetapi akhirnya menyalahkan pihak lain, dalam dalam kes ini, SPR," katanya.
Beliau berkata orang ramai sudah mula mempersoalkan motif perhimpunan haram itu dirancang dan mereka juga akan memerhati siapa yang akan menyertainya.
"Ia berbeza dengan Hindraf kerana perhimpunan yang diadakan pergerakan itu pada 2007 hanya melibatkan satu kumpulan. Tapi, perhimpunan yang akan diadakan ini dirancang supaya melibatkan pelbagai kaum dan sudah tentu ia akan memberi isyarat berbeza. Oleh itu, bagaimana kerajaan bertindak dan memberi reaksi terhadapnya amat penting kepada majoriti rakyat," kata beliau.
Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh berkata perkara yang menarik untuk dilihat ialah siapakah yang akan mengiringi Ambiga apabila beliau menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.
"Adakah pemimpin Bersih atau ahli politik yang akan mengiringi beliau?" tanya Baljit.
Beliau berkata kenyataan Anwar bahawa "beliau boleh berbincang mengenainya" memberi tanggapan kepada orang ramai bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mempunyai pengaruh besar terhadap bekas presiden Majlis Peguam itu.
Malah, Makkal Sakti, yang anggotanya mengambil bahagian dalam perhimpunan haram Hindraf pada 2007 dan cuba melancarkan kempen membantah novel Interlok pada awal tahun ini, tidak berupaya mempengaruh orang ramai supaya berhimpun di jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan.
"Memang tidak masuk akal lah jika dikatakan Pakatan tidak berada di belakang perhimpunan haram ini," kata pemimpin akar umbi Hindraf yang tidak mahu dikenali.
Beliau berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa kira-kira 100,000 anggota dan penyokong parti itu akan menyertai perhimpunan haram berkenaan, yang beliau sifatkan sebagai "Berjalan Untuk Demokrasi", manakala presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula meminta semua anggota PAS (berjumlah kira-kira sejuta orang) supaya menyertainya.
Parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR juga berikrar akan menyokong perhimpunan haram itu.
"Ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia adalah perhimpunan Pakatan. Perlu diingat bahawa secara peribadi, Ambiga tidak akan berupaya mempengaruhi walaupun 10 orang untuk menyertai perhimpunan itu, jika bukan kerana peranan Pakatan," katanya.
Pemimpin Hindraf P. Uthayakumar dilaporkan berkata anggota pertubuhan itu tidak akan menyertainya kerana gabungan parti pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai "Pakatan Rakyat" tidak memberi sokongan terhadap tuntutan 18 perkara mereka pada 2007.
Uthayakumar, yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata suatu ketika dulu, pergerakan itu menyokong Pakatan kerana ia tidak mempunyai pilihan daripada segi politik, tetapi selepas Pilihan Raya Umum 2008, keadaan menjadi semakin jelas bahawa gabungan parti pembangkang itu hanya mahukan undi kaum India dan tidak berminat untuk memperjuangkan nasib mereka.
Dalam temu bual dengan Bernama, Anggota Parlimen Wangsa Maju peguam Wee Choo Keong berkata Ambiga sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan perkara berkaitan politik dan tidak berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan.
Katanya penegasan Ambiga bahawa perhimpunan haram itu akan tetap diadakan di jalan raya dan bukan di tempat tertutup seperti stadium, yang lebih selamat, menimbulkan tanggapan bahawa perhimpunan itu memang didalangi parti pembangkang dengan tujuan untuk mencari momentum politik.
Sebagai contoh, kata Wee, pada 2009, ketika menjadi presiden Majlis Peguam, Ambiga mengadakan jamuan malam untuk anggota majlis itu di hotel JW Marriot dengan mengundang beberapa ahli politik terpilih, khususnya daripada pembangkang.
"Selepas itu, pendedahan dibuat bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM90,000 untuk majlis itu.
"Kenapa mengadakan majlis itu atas nama Majlis Peguam, tanpa mengumumkan bahawa ia ditaja oleh kerajaan," soal Wee.
Bernama
Monday, June 27, 2011
BERSIH 2.0 UNTUK GULING NAJIB, BUKAN KERANA PILIHAN RAYA!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.Tepat dan benar. Sebenarnya mereka mahu menggulingkan Perdana Menteri melalui cara jalanan bukan pilihan raya.

Niat mereka untuk menjamin Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Betapa hinanya cara mereka. Betul kata Perdana Menteri, jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, tentunya pembangkang tidak akan dapat berkuasa di lima negeri pada pilihan raya umum yang lepas.
Kata Najib pada perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-58 di sini, Ahad.: "Kalau kita boleh manipulasi semua pilihan raya ini, baik semua negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Kita bukan orang yang manipulasi pilihan raya. Kita tidak rela berkuasa melainkan kita didokong oleh rakyat. Itu Barisan Nasional. Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita, tetapi janganlah buat sesuatu yang menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata mereka hendakkan kuasa politik," katanya.
Yang sebenarnya 'Tok Dalang' himpunan itu bimbang mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang. Kalau kalah, usahkan nak ke Putrajaya, ke kampung pun ditolak rakyat.
Kenapa saya katakan demikian?
1. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hilang pengaruh dan keyakinan rakyat kerana kes liwatnya sukar untuk beliau pertahan
kan;2. Isu video seks semakin kusut untuk beliau tepis, apalagi gambar dan laporan oleh pakar membuktikan 99.9 peratus, beliau adalah pelakonnya;
3. Kedudukan pembangkang semakin bercelaru apabila PAS mengubah perjuangannya dari negara Islam kepada negara kebajikan kerana parti itu tidak ada bezanya dengan perjuangan DAP dan PKR apabila menolak negara Islam;
4. Kejayaan Barisan Nasional membela dan membawa keyakinan kepada rakyat melalui dasar-dasarnya menyukarkan pembangkang; dan
5. Kekuatan Najib secara individu dan dasar-dasarnya menjadikan pembangkang hilang arah dan sukar menggugat dasar 'mendahului rakyat' oleh kerajaan.
Amat jelas jika pembangkang dan penyokongnya mempunyai keberanian, mereka patut bertanding dalam pilihan raya daripada menganjurkan perhimpunan haram yang akan mewujudkan huru hara di dalam negara.
Najib, yang juga Pengerusi BN berkata tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada BN.
Amat jelas, seperti kata Najib, momentum politik berada di pihak BN dengan kemenangan dalam pilihan raya demi pilihan raya kecil yang mana BN sudah ubah rekod itu berbanding selepas pilihan raya (umum) 2008. Malah, BN juga menang pada pilihan raya negeri di Sarawak.
Benar kata Najib bahawa untuk mendapatkan kuasa ia tidak boleh selesai di jalanan kerana kuasa politik ditentukan rakyat dan jika mereka benar-benar mempunyai keberanian ingin berjuang untuk rakyat, mereka perlu bertanding dalam pilihan raya.
Monday, June 20, 2011
JANGAN BIARKAN DARAH ORANG MELAYU, ISLAM TUMPAH!
Jelas sudah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah alat kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Berhati-hati. M
atlamatnya ialah mengajak rakyat turun ke jalan raya dan mewujudkan suasana tidak stabil kepada kerajaan.Tersirat ialah menjadikan ‘tunjuk perasaan’ itu seperti yang berlaku di Mesir, Libya dan beberapa negara Islam lain.
Anwar semalam mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengatakan akan diminta membatalkan rancangan perhimpunan haram pada
9 Julai jika memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.Anwar sanggup meminta pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan hasrat itu 'esok juga' jika Najib memberikan jaminan tersebut.
Amat jelas beberapa individu yang sedang menjadikan negara ketika ini sedikit kelam kabut ialah Anwar, Ambiga, Datuk Mahfuz Omar dan beberapa individu lain.
Kenapa kerajaan bimbang bertindak kepada mereka ini?
Bayangkan:
1. Jika berlaku pertempuran sekiranya BERSIH menjalankan juga perhimpunan haram dan ada pihak lain turut turun sama ke jalan raya. Yang akan menjadi mangsa pertembungan ialah ORANG MELAYU & ISLAM. Bukan Melayu dan bukan Islam tidak ‘b
odoh’ untuk turun ke perhimpunan haram seperti ini;2. ‘Orang lain’ bertepuk tangan kerana berjaya menggunakan Anwar untuk melagakan orang Melayu dan Islam;
3. Kerajaan pimpinan Najib akan dilihat benar-benar lemah, apalagi Menteri Dalam Negeri yang tidak mampu mengawal keadaan;
4. Suasana akan dijadikan landasan baik untuk mengadakan perhimpunan haram seterusnya selain pilihan raya akan datang tidak berguna lagi; dan
5. Membuka ruang kepada campur tangan asing seperti di beberapa negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara kononnya berlandaskan memulihkan keamanan dan demokrasi.
Teliti ugutan Anwar kepada Perdana Menteri ini: “Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran."
Pelik, pada ketika menyatakan kesal dengan sikap pihak tertentu yang menuduh beliau merancang perhimpunan itu, Anwar mengatakan beliau boleh memujuk Ambiga.
Bagi saya, mereka yang diamanah dan pertanggungjawabkan menjaga keamanan dan kestabilan negara, BERTINDAKLAH SEGERA!
Amatlah tidak tepat jika BERSIH merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil.
BERSIH bukan parti politik dan tidak berkait dengan isu pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

Kerana itu tepat sekali kalau ada yang menuduh BERSIH BERJUANG DEMI PEMBANGKANG yang sengaja mahu mengeruhkan suasana dan mendapatkan simpati rakyat sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 13.
PAS pula yang rata-rata penyokongnya Melayu dan Islam sanggup dipergunakan hanya ingin bersama DAP dan PKR ke Putrajaya. Sanggupkah PAS melihat pertumpahan darah jika berlaku perhimpunan haram anjuran BERSIH hanya kerana kuasa politik?
Tidak kiralah dia Menteri Dalam Negeri, polis, tentera atau Jawatankuasa Keselamatan Negara, BERTINDAKLAH. Pelajarilah daripada cara Tun Dr Mahathir Mohamad menangani kes seumpama ini pada 1980an dan 1990an.
BUKANKAH MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT? JANGAN BIARKAN KEADAAN TERLAMBAT!
Subscribe to:
Comments (Atom)


