Friday, January 5, 2018

PEMECATAAN KETUA HAKIM NEGARA BUKTIKAN DR M BENAR, BAWA BANYAK PENGAJARAN

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas
“Tidak benar Dr Mahathir yang mulakan tindakan memecat atau mahukan Salleh dipecat.  Beliau hanya menurut titah Agong ketika itu."
- TAN SRI ABU TALIB OTHMAN

Ada pendapat mempertikaikan kenapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil masa yang lama (lebih 30 tahun) untuk menjelaskan isu pemecatan Ketua Hakim Negara pada 1988.

Perkara ini sering ditimbulkan oleh pihak yang cuba mencemarkan nama dan imej Dr Mahathir selain  melihat isu pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu sebagai kes besar yang boleh menggugat kredibiliti bekas Perdana Menteri 22 tahun itu.

Namun, better late than never adalah kata-kata terbaik mengenai penjelasan Dr Mahathir yang dibuat baru-baru ini.

Apa lagi, apabila bekas Peguam Negara mengakui Tun Salleh Abbas dipecat atas titah Yang di-Pertuan Agong.

Keesan segera ialah Dr Mahathir ternyata tidak berbohong dan di pihak yang benar.

Beliau juga tidak membuat keputusan itu di atas kepentingan peribadi atau kerana demi mempertahankan kedudukannya kerana tergugat oleh sesuatu perkara atau sebab..

Fakta juga ialah Yang di-Pertuan Agong dan Dr Mahathir bersetuju untuk diambil tindakan terhadap Ketua Hakim Negara. Sementara dokumen yang perlu untuk menubuhkan tribunal disediakan oleh Pejabat Peguam Negara ketika itu.

Fakta juga ialah penggunaan  nama Dr Mahathir untuk menubuhkan tribunal ialah kerana komunikasi dengan pihak istana diuruskan pejabat perdana menteri. 

Amat nyata penggunaan nama Perdana Menteri pada 1988 iti bukan bertujuan untuk ganggu Yang di-Pertuan Agong walaupun Perdana Menteri perlu memainkan  perananya dalam menubuhkan tribunal.

Tan Sri Abu Talib Othman
Menghairankan ialah ada sesetengah pihak, termasuk yang mengakui pakar perlembagaan mempolitikkan isu ini. Mereka  menjadikan isu pemecatan Ketua Hakim Negara ini sesuatu yang bertujuan lebih kepada serangan peribadi.

Kebetulan pada ketika ini Dr Mahathir sedang mengetuai Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Barisan Nasional dan Perdana Menteri.

Ternyata isu ini digunakan untuk memperlekehkan Dr Mahathir, apa lagi beliau kini disebut-sebut akan menjadi Perdana Menteri daripada PH , jika Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.

Serangan dan usaha untuk memperlekehkan Dr Mahathir itu semakin ketara akhir-akhir ini tetapi ia tidak ke mana.

Masyarakat juga ‘tidak termakan’ umpan BN kerana ternyata pnjelasan bekas Peguam Negara membersihkan imej Dr Mhathir dan rakyat yakin Dr Mahathir di pihak yang benar.

Walaupun tahu tidak akan berjaya, isu terus diratib sepanjang masa naamun hakikatnya, seperti kata Abu Talib Othman,  isu ini sudah  diselesaikan pada tahun 1988.

Yang menariknya, akan akan tetap ada bekas pegawai tinggi kerajaan yang sanggup menyanggah segala tuduhan dan fitnah kepada bekas Perdana Menteri itu dalam apa juga perkara.

Mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Dr Mahathir, tahu dan faham setiap langkah yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.

Yang penting, mereka (bekas pegawai tinggi kerajan) adalah mereka jenis penjawat awaam yang bertanggungjawab dan faham dengan tugas mereka.

Terbukti mereka bukan yang jenis menurut ‘perintah membuta tuli’ dan ikut telunjuk Perdana Menteri kerana jawatan dan ‘dedak’..


Juga, hakikat yang ditunjukkan oleh Abu Talib ialah,  dalam pemecatan Salleh atau Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri mahupun Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melakukan tindakan pemecatan itu.

Daripada penjelasan Abu Talib, walaupun beliau menganggap perkara itu sebagai sejarah, perkara pemecatan Ketua Hakim Negara pada 1988 iyu  akan tetap akan dipolitikkan dan dijadikan isu peribadi.

“Tidak benar Dr Mahathir yang mulakan tindakan memecat atau mahukan Salleh dipecat.  Beliau hanya menurut titah Agong ketika itu.

"Saya bukan mahu pertahankan Dr Mahathir namun itulah fakta. Saya tidak bermain politik tetapi menggunakan fakta," tambah bekas peguam negara itu semalam.

Sebenarnya, prosedur untuk memecat Ketua Hakim Negara termaktub dalam Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan tribunal mesti ditubuhkan untuk menyiasat sama ada terdapat kes salah laku atau ketidakupayaan dari kelemahan badan atau minda atau sebarang sebab lain sebelum menjalankan penyingkiran.

Tribunal itu terdiri daripada enam ahli yang dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Agung dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar yang memecat Salleh. 

Pada tahun yang sama, Perlembagaan Persekutuan digubal untuk membuang terma "kuasa kehakiman" daripada Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang mengamalkan kehakiman ke Parlimen. 

Peristiwa ini seperti  digambarkan  oleh Abu Talib, ia sebagai keadaan  yang mencabar  banyak pihak ketika itu – yang tersangat  jelas ialah kaitannya dengan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, iaitu Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Melalui pencerahan oleh bekas Peguam Negara itu, jelas menggambarkan bahawa apa sahaja helah dan cobaan untuk mengenakan Dr Mahathir akibat pemecatan Ketua Hakim itu,  tidak pernah akan berlaku selagi bekas Perdana Menteri memperkata dan megambil langkah yang betul dan benar,

Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan kenapa begitu lama Tun Dr Mahathir menjelaskan isu pemecatan Ketua Hakim Negara pada 1988.
Bekas peguam negara itu menegaskan Dr Mahathir tidak memulakan tindakan untuk memecat Salleh pada 1988, sebaliknya ia hanya mengikut titah Yang di-Pertuan Agong,

Kenyataan Abu Talib itu amat nyata menyerlahkan fakta bahawa badan kehakiman tidak boleh dipersalahkan dalam krisis kehakiman pada 1988.

Penjelasan Abu Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara antara 1980 dan 1993 mengesahkan bahawa Salleh ada menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu mewakili badan kehakiman, meluahkan kekecewaan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap badan kehakiman. 
 
Laporan juga aad menyebut bahawa Majlis Peguam turut mempersoalkan pemecatan itu dan menyifatkan ia sebagai tidak berperlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong dikatakan murka dengan surat Salleh yang mengadu mengenai kritikan yang ditimbulkan oleh badan kehakiman oleh eksekutif.

Sebagai Peguam Negara, Abu Talib nasihatkan Dr Mahathir dan mengingatkan beliau sumpah yang dilafazkan sebagai Perdana Menteri bahawa beliau perlu mempertahankan perlembagaan.

Dr Mahathir kemudian meminta Peguam Negara itu supaya memberitahu Yang di-Pertuan Agong.

Abu Talib menghadap Yang di-Pertuan Agong  di Johor dan baginda mnitahkan agar tindakantetap itu diambil. Abu Talib turut mengingatkan Baginda bahawa Perdana Menteri mahu pun Yang di=Pertuan Agong tidak boleh memecat Ketua Hakim Negara.

Malah, Abu Talib turut meperingatkan Yang di-Pertuan Agong berhubung sumpahnya, bahawa Baginda mesti melindungi dan mempertahanan perlembagaan.

Baginda kemudian merujuk surat Salleh kepada Perdana Menteri dan menitahkan tindakan sewajarnya perlu diambil berhubung aduan itu.

Abu Talib - Yang di-Pertuan Agong murka...
Selain mempertahankan tindakan Dr Mahathir, Abu Talib menunjukkan kepada masyarakat Malaysia betapa ketika pentadbiran Dr Mahathir, kuasa eksekutif dan kehakiman itu ‘terpisah’ dan sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Pertanyaan dan pengajaran daripada isu ini ialah apakah pemecatan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail  oleh kerajaan sebelum ini dengan ‘cara yang dilihat amat mudah’ itu dilakukan menepati proses seperti dalam kes pemecatan Ketua Hakim Negara pada1988 itu?

Juga, peranan Perdana Menteri dan Peguam Negara ditunjukkan dengan jelas mengenai apa kuasa yang ada pada mereka dan apakah  tindakan itu perlu dilakukan menurut prosedur pentadbiran sebuah negara demokrasi berparlimen?

Pemisahan antara badan kehakiman dan eksekutif adalah antara perjuangan PH bagi berdepan dengan pilihan raya umum ke-14.

Selain mmperbetulkan penradbiran negara yang dilihat terumbaang-ambing, Ia agar sebarang proses pelantikan atau pemecatan akan berlaku mengikut proses yang betul.

Seebarang tindakan yang dibuat hendaklah  bukan mengikut ‘selera seseorang’ atau demi kepentingan kedudukan orang yang berkuasa semata-mata.

No comments:

Post a Comment