"PBM tidak perlu diragui akan kemampuannya menggalas tanggungjawab untuk menjayakan aspirasi dan masa depan rakyat, khususnya orang Melayu-Islam."
Jelas dan nyata bahawa kewujudan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) adalah perjuangan yang disokong oleh akar umbi. Ia bertujuan membela rakyat dan dipimpin pula oleh rakyat.
PPBM meletakkan
kepentingan rakyat, mengatasi segala-galanya .
Kenapa dikatakan demikian?
Pertama, rakyat – termasuk bekas ahli UMNO – terutamanya
di akar umbi menerima kehadiran PPBM walaupun dalam keadaan amat daif dalam
konteks kewangan dan sokongan awal, namun mereka kaya dengan api dan matlamat
perjuangan.
Kedua, kehadiran
pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir serta pemimpin negeri dan bahagian, bukan lagi orang yang
berjawatan besar, Mereka adalah rakyat biasa. Kalau ada pun gelaran, mereka
adalah mantan (bekas) dan bergelar sebagai Yang Berhormat (YB) sahaja. Itupun
dua pemimpin besar PPBM adalah pemimpin yang dipecat daripada parti dan jawatan
masing-masing.
Dengan kata lain, mereka bukan pemimpin seperti
ketika Parti Semangat 46 yang pernah menentang UMNO dibentuk – ramaai terdiri daripada bekas Menteri dan Timbalan
Menteri.
Dengan kata lain, pemimpin negeri dan bahagian
adalah rakyat biasa yang sanggup menegakkan panji-panji PPBM, bukan kerana bertujuan
merebut kedudukan tetapi menegakkan agenda dan perjuangan suci parti demi
rakyat.
Ketiga, pemimpinnya sanggup berjuang dalam keadaan yang daif – dana politik
disekat - tanpa wujudnya peruntukan daripada Pusat seperti UMNO dan parti lain
dalam Barisan Nasional (BN), juga seperti yang berlaku kepada PAS sebelum ini –
yang perjuangan hanya diasaskan kepada semangat
dan matamat membela rakyat; dan
Keempat, yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan PPBM
kali pertama Sabtu lalu (30 Disember 2017), adalah mereka yang benar-benar
setia kepada parti kerana yang lain – sama ada kerana kepentingan tertentu atau tidak bersetuju dengan pemimpin tertentu
– sudahpun meninggalkan parti secara sukarela, sama ada kembali kepada UMNO
atau menjadi penentang PPBM tanpa sebarang platform kepartian;
Kelima, dibuktikan melalui PAT PPBM di IDCC Shah Alam itu bahawa semua Ketua-Ketua Bahagian bersama tujuh jawatankuasanya sedia
hadir tanpa satu sen pun sumbangan PPBM Pusat.
Mereka
bersedia datang ke Shah Alam dari seluruh pelusuk Semenanjung bagi menjayakan
PAT dengan ‘duit sendiri’ namun berakhir dengan
gilang-gemilang.
Berbekalkan
semangat perjuangan dan ‘wang saku sendiri’ mereka menjayakan PAT demi
menunjukkan kepaduan sesama mereka, menyokong pucuk pimpinan, memenuhi
keperluan ROS dan paling penting, menentang kerajaan kleptokrasi pimpinan Najib
Razak melalui Barisan Nasional (BN).
Keenam, bukanlah
suatu dosa atau perlakuan jenayah untuk mengadakan PAT parti demi memenuhi
tuntutan ROS malah perlu diakui sejujurnya bahawa ia terpaksa diadakan seperti
juga DAP mengadakan pemilihan semula jawatanuasa tertinggi parti sebelum ini.
Tujuannya
bagi mengelakkan parti dikenakan tindakan, termasuk melarang menyertai
Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).
Di
sebalik memenuhi syarat ROS, ternyata PAT mampu membakar semangat ahli-ahli
PPBM untuk terus memperjuangkan cita-cita dan matlamat parti.
Mereka turut memperteguhkan iltzam untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih adil dan
dinamik bersama PH.
Biarlah
walau diperkecil dan dicerca usaha itu.
Namun
jelas, kepemimpinan PPBM mampu tegak
berdiri menahan semua asakan, bukan sahaja daripada saingan politik seperti
UMNO dan sekutu Barisan Nasionalnya (BN) tetapi juga daripada PAS dan jentera
media sosial pro-BN yang sengaja mahu memperlekehkannya.
Yang
nyata, PPBM semakin menunjukkan arah dan laluan semakin jelas kepada rakyat
Malaysia mengenai perjuangan dan matlamat pentdbirannya jika menjadi sebahagian
jentera kerajaan PH selepas PRU14 nanti.
Sudah
pasti apa yang diperkatakan oleh PPBM tidak semuanya dipersetujui oleh parti
saingannya. Yang penting, bukan pemimpin parti UMNO, PAS atau lain-lainnya yang
menentukan sama ada yang disebut dan ditawarkan oleh PPBM itu dapat diterima
tetapi ia ditawarkan kepada rakyat yang tentunya adalah pengundi.
Akhirnya
rakyat dan pengundilah yang akan
menentukan apakah tawaran PPBM seperti disebut oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh diterima atau
sebaliknya.
Sesuatu
yang terserlah ialah PAT itu menunjukkan dengan jelas bahawa PPBM walaupun
parti orang Melayu dan Islam tidak memainkan sentiment ‘kaum dan agama’ untuk
meraih sokongan rakyat.
Ia
menghargai peranan dan sumbangan bukan-Islam dan bukan-Melayu.
Malah
Muhyiddin turut menggesa supaya rakyat menolak politik kotor yang dimainkan
oleh BN melalui isu perkauman sebagai modal terakhir mereka untuk
menakut-nakutkan pengundi untuk tidak mengundi PH.
Dengan
menetapkan arah tuju PPBM dalam kontekas perjuangan seperti disebut oleh Dr
Mahathir pada PAT itu, rakyat boleh melihat dan menilai dengan jelas apakah
parti untuk rakyat dan dipimpin oleh rakyat di negeri dan bahagian itu, perlu
disokong.
Antara
perkara asas yang dijadikan gala tuju perjuangan PPBM ialah:
1. Menjatuhkan ‘kerajaan
kleptokrat ‘BN yang menyusahkan rakyat dan sekali gus mengheret turun Perdana Menteri, Najib Razak. Apakah perjuangan ini sebagai dendam
politik?
Malah sepanjang hampir sejam ucapannya itu,
bekas Perdana Menteri yang memerintah negara selama 22 tahun tersebut menyebut
nama Najib sebanyak 38 kali, sejak dari awal sehingga akhir ucapan dan memberi
segala gambaran buruk terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, sekali gus
membayangkan dendam kesumat politiknya yang teramat tebal.
2. Membawa Malaysia ke
arah lebih baik selain membahawa ‘cahaya baru’ untuk rakyat mulai 2018 ini,
tekad memulihkan doktrin pemisahan kuasa jika Pakatan Harapan menang pilihan
raya umum akan datang.
3. Dasar industri negara
mengutamakan warganegara yang mengutamakan peluang pekerjaan kepada
warganegara, dan jika perlu, perlindungan akan diberi kepada industri baru
sehingga berdaya saing.
4. Mengurangkan
kehadiran dan oergantungan kepada pendatang asing daripada 7 juta orang kepada
2 juta orang, selain memperkenalkan skim latihan dan galakan warga tempatan.
Pelaburan yang memerlukan pekerja asing akan dikurangkan, dan cukai tidak akan
dikecualikan ke atas pengambilan pekerja asing.
Sementara bersedia menerima masuk warga baru
dari negara lain, jumlahnya hendak tidak meninggkat tinggi sehingga mengubah
secara radikal agihan peratusan warga negara berbagai kaum di Malaysia.”
5. PPBM akan menjamin PH
akan kembalikan dasar di mana badan eksekutif tidak boleh menguasai badan
legislatif dan badan kehakiman, termasuk keneutralan perkhidmatan awam.
Pengasingan kuasa antara pembuat undang-undang, pelaksana, penghakiman akan
dikembalikan, khususnya perdana menteri tidak boleh kuasai pentadbir dan
kehakiman.
6. PPBM akan melakukan
perubahan dalam cara perlantikan para pegawai tinggi kerajaan tertentu, seperti
penubuhan jawatankuasa Parlimen untuk meneliti kelayakan dan pelucutan. Ia
termasuk memastikan kelayakan mereka sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk dilantik. Jawatankuasa pemilih akan dianggotai wakil kerajaan dan
parti lawan.
7. Menjanjikan royalti
minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak, termasuk Terengganu yang bukan sahaja
pada kadar 5 peratus tetapi lebih tinggi jumlahnya, hingga ke 10 peratus.
8. Malah perkara paling
penting iaitu janji untuk menentang penyelewengan, salah gguna kuasa, rasuah
dan salah laku lain yang dilihat sebagai punca berlakunya kleptokrasi adalah teras
kepada perjuangan PPBM.
Yang nyata, jika menguasai kerajaan, PPBM dan
PH akan mendedahkan semua bentuk
penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan berbagai ‘dosa lain’ dan
tindakan sewajarnya kan diambil untuk menegakkan keadilan kepada rakyat.
Apa
yang disebutkan di atas adalah tambahan apa yang sudah disebut oleh PPBM dan
PH sebelum ini termasuk menghapuskan dasar yang menyusahkan rakyat seperti
cukai GST,
Penulis
pernah menyatakan dengan jelas matlamat perjuangan PPBM sebelum ini, melalui
sebuah rencana yang disiarkan melalui blog Rakyat Malaysia iaitu “PERJUANGAN
PPBM MENYELURUH, BUKAN BERLANDASKAN ETNIK, KENEGERIAN...” pada 2
Julai 2017 yang kemudian dipetik
oleh Malaysiakini dengan tajuk ‘Najib
bukan matlamat BERSATU’ pada tarikh yang sama.
Secara
amnya, PPBM adalah sealiran dengan PH. Mereka memperjuangkan untuk memulakan
proses reformasi institusi secara menyeluruh, memerangi rasuah hingga ke akar
umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB, memulihkan FELDA,
serta. menstabilkan harga petrol.
Dalam
konteks ekonomi dan pendapatan rakyat, amat jelas PPBM akan tetap perjuangkan
penghapusan GST secara beransur-ansur
dan diganti dengan cukai jualan mengikut selera rakyat dengan nilai mata wang
dipertahan tanpa penjualan dolar Amerika dalam simpanan (rizab) negara.
Dalam
konteks pemulihan nilai mata wang
Ringgit , PPBM akan menjamin supaya tidak menekan rakyat, terutama yang
mempunyai anak belajar di luar negeri adalah antara yang sewajarnya diterima
baik oleh rakyat.
Malah,
tafsiran foreign direct investment (pelaburang
langsung asing) akan dikembalikan kepada pelaburan dalam industri pengeluaran
barangan untuk pasaran tempatan dan eksport.
Hutang-hutang
baru untuk projek yang membazir akan dikenal pasti dan akan dikaji semula dari
segi kemampuan negara.
Pada
peringkat antarabangsa, PPBM akan memberi kepada sebarang ketidak adilan yang
dilakukan oleh mana-mana pihak di dunia. Sebarang rampasan wilayah oleh
mana-mana pihak akan ditentang oleh Malaysia.
Secara
menyeluruh PPBM memahami bahawa rakyat
berkehendak kepada kerajaan yang adil dan bersih. Malah sudah dijelaskan bahawa
PPBM bersependapat dengan kehendak kebanyakan
pertubuhan bukan kerajaan, malah PPBM turut menyokong himpunan BERSIH.
Memanglah
untuk mengalahkan BN bukanlah perkara
yang mudah.
Di
sebalik itu, jika PPBM dan PH tidak kuat, BN tidak akan menunjukan sikap
kebimbangan melampau mereka.
BN
amat bimbang dengan sokongan rakyat.dan mereka membuktikan kegusaran dan kebimbangan dengan cara terdesak menggunakan berbagai ugutan. Mereka
menggunakan isu perkaauman dan taktik
kotor termasuk melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang
dianggapnya sebagai "amat berat sebelah".
Apa
yang nyata, PAT sulung parti itu Sabtu lalu= sejak penubuhan PPBM diluluskan pada September
2016 - adalah penegasan semula dengan
beberapa penambahbaikan yang semakin jelas kepada rakyat yang turut sedang
bersiap sedia menukar kerajaan di Putrajaya, melalui pilihan raya umum ke-14 yang perlu dipanggil
selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.
Dalam kedudukan PPBM yang solid (bersatupadu) sedemikian – perjuangan oleh rakyat demi
rakyat melalui parti yang disertai rakyat sehingga di peringkat akar umbi amat
bersedia demi menempuhi cabaran dana pa jua halangan mendatang.
PAT PPBM itu isyarat penting kepada rakyat bahawa PPBM memerlukan sumbangan
dan sokongan rakyat untuk sama-sama dengan PH memperjuangkan kepentingan
rakyat.
Ia hanya boleh dilakukan melalui menumbangkan BN dan Najib. Kerana itu
pada PAT itu, nama Najib, BN dan kleptokrasi diulang-ulang dan dijadikan
sebagai antara sasaran penting untuk ditumbangkan..
PPBM tidak perlu diragui akan kemampuannya menggalas tanggungjawab untuk menjayakan aspirasi dan masa depan rakyat,
khususnya orang Melayu-Islam kerana selain ia memang tiang seri kepada
perjuangannya, PPBM turut membuktikan
kepada rakyat bahawa walau dalam kedudukan yang semuanya ;kurang dsn cuba
disekat dalam berbagai helah, PPBM akan terus gah di arena politik Malaysia.
Jadikan perangsang daripada PAT akhir tahun 2017 untuk membulatkan tekad
dan menjuruskan perjuangan untuk 2018 bertujuan membentuk sebuah kerajaan baru
yang dinamik, adil dan makmur di Malaysia.
Sudah nyata, PAT sulung
dihadiri oleh 941 perwakilan daripada
983 perwakilan yang layak menghadiri PAT itu, adalah landasan dan mercu tanda menuju kemenangan bersama PH pada PRU14.
Jadikan
iltizam menentang kleptokrasi sebagai azam tahun baru 2018 selainmemberikan sokongan , kepercayaan dan keyakinan tidak berbelah bahagi dan jayakan apa juga keputusan tertnggi parti kerana
pada waktu ini, kepaduan dan perjuangan
bersama bagai ‘seberkas lidi’ lebih penting daripada segala-galanya.
Biarkan
suara-suara sumbang terus berbunyi.
Mereka
tidak akan diam kerana mereka sebenarnya
semakin kecewa kerana gagal untuk untuk
merosakkan parti daripada dalam dan yang di luar pula tersangat bimbang dengan
sokongan rakyat kepada parti untuk rakyat.
Sudah
nyata dan tersangat jelas, PPBM sudah mampu berdiri tegak melalui PAT baru-baru ini untuk berdepan apa sahaja
cabaran termasuk melalui PRU14 tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment