Sejujurnya, saya tidak
percaya isu pemilikan tanah FELDA bernilai RM270 juta di Jalan Semarak,
Kuala Lumpur akan menyusahkan Perdana Menteri, kerajaan Barisan Nasional (BN)
dan FELDA sendiri.
Sebaliknya, jika isu ini
dikendalikan dengan baik, ia akan memberikan kelebihan kepada Najib Razak dan
BN menempuh Pilihan raya Umum ke-14 nanti.
Ingin disebutkan di sini,
sesuatu yang aneh berlaku ialah apabila akhbar arus perdana, Berita
Harian yang ‘membongkar dan mendedahkan’ isu ini.
Berdasarkan pengalaman
lalu, jika akhbar perdana yang pro-UMNO mendedahkan sesuatu isu, ia lebih kepada
kepentingan kerajaan atau BN mencari keuntungan politik.
Pengalaman bekerja di
akhbar perdana menguatkan kepercayaan saya bahawa isu ini sengaja didedahkan
untuk kepentingan dan keuntungan politik Najib dan BN.
Malah, bukan Berita
Harian sahaja nampaknya berminat dengan isu ini, malah akhbar perdana
lain juga turut memainkan isu ini.
Pendedahan sebegini memang
tidak berani dilakukan oleh semua media perdana jika tiada ‘telunjuk’ yang
menunjukkan arah untuk mereka bertindak.
Ingat kembali, siapa
mendedahkan isu membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim
Thamby Chik? Bukankah akhbar pro-UMNO, Utusan Malaysia yang mula
mendedahkan ‘isu seks dan budak bawah umur’ berkenaan?
Jadi bila Berita
Harian tiba-tiba mendedahkan isu ini, ia mesti ada ‘udang di sebalik
batu’.
Silap-silap UMNO/BN akan menggunakan satu pelauru untuk menjatuhkan
beberapa ekor helang.
Asalkan membawa keuntungan
dalam PRU14 dan Najib dapat dikekalkan kedududukannya, mangsa politik atau
‘kambing hitam’ yang terpaksa dikorbankan bukan isu besar bagi mereka.
Dibimbangi isu ini
akan dijadikan ‘peluru terancang’ untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa
kerajaan Najib dan BN telus.
Malah Najib dengan tegas mahu pihak berkuasa menjalankan
siasatan terperinci berhubung isu pemilikan tanah melibatkan FELDA sambil
menegaskan tindakan akan diambil
terhadap sebarang kecuaian atau salah laku berasaskan laporan siasatan.
“Langkah memelihara
kepentingan FELDA dan peneroka perlu diambil,” katanya.
Kedua, kenapa selepas setahun ia diketahui oleh
pihak tertentu dalam kerajaan dan FELDA mengenai perkara ini, baru didedahkan?
Kenapa ketika diambang PRU14?
“Perkara tentang pindah milik tanah FELDA ini saya sedar pada akhir Januari apabila
Jabatan Pengurusan FELDA memaklumkan pada saya ada 3 perjanjian jual beli
melibatkan tanah milik Felda,” kata Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad.
Jika sudah diketahui kenapa lambat mengambil tindakan? Sengaja
dirancang dan memang ‘terancang sepenuhnya?’
Ketiga, kenapa pemimpin kerajaan khususnya menteri
dan pengurusan FELDA langsung tidak
menampakkan mereka panik dengan isu ini?
Shahrir turut mengatakan laporan polis telah dibuat
selepas isu itu dibangkitkan di Jabatan Perdana Menteri 12 Disember lalu.
Ditanya sama ada laporan polis turut menamakan Isa atau
ahli lembaga pengarah pada waktu itu, Shahrir berkata hanya pemaju disebut dan
menyerahkan soal lain kepada polis untuk siasatan.
Shahrir menegaskan bersedia mengambil segala bentuk
tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanah berkenaan. Malah, selain
laporan polis yang dibuat pada 12 Disember lepas, tindakan turut diambil dengan
mendaftarkan kaveat ke atas tanah itu, membatalkan surat kuasa wakil penuh yang
dikeluarkan dan mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang terlibat.
Berita Harian melaporkan Jabatan
Perdana Menteri sudah mengarahkan audit forensik terhadap kes berkenaan
disiapkan dalam tempoh sebulan bermula Januari depan.
Audit forensik terbabit akan dilaksanakan pasukan audit
dari luar FELDA seperti diarahkan Perdana Menteri.
Selain audit forensik, FELDA juga dilapor sedang dalam proses membatalkan
surat kuasa (PA) yang dipercayai sudah disalahgunakan selain menukar kaveat
persendirian kepada Kaveat Pendaftar dengan Jabatan Tanah dan Galian Kuala
Lumpur.
Amat jelas sama ada Najib, Shahrir atau FELDA sudah tahu
apa langkah rapi atau terancang yang boleh dilakukan untuk mengambil balik
tanah berkenaan.
Keempat, selain FELDA, Tan Sri Isa Samad juga
nampaknya tidak gelabah. Isa adalah pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari
2017 selain merupakan bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV)
dan bekas Pengerusi FELDA Investment
Corporation Sdn Bhd (FIC).
Isa tenang dan Shahrir juga tenang sahaja. Sedangkan
menurut pendedahan itu, FELDA berisiko hilang pemilikan tanah
bernilai RM270 juta di Jalan Semarak itu, ekoran pemindahan hak milik pada
2015 yang didakwa "meragukan".
Malah, penilai bebas menganggarkan harga tanah berkenaan
kini mencecah RM1 bilion.
Selain kerugian berbilion ringgit bagaikan perkara biasa
di era Najib, kehilangan harta FELDA ini bagaikan seseuatu yang enteng dan
bukan sesuatu yang perlu disegerakan.
Sedangkan jelas tanah itu sedang dibangunkan sebagai
sebahagian daripada projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC). Ia melibatkan
tujuh menara - termasuk sebuah menara FELDA, bangunan 68 tingkat merangkumi 59
tingkat ruang pejabat dan helipad.
Juga menarik ialah Perdana Menteri dan Shahril sudah
menegaskan mereka begitu yakin tanah itu akan dapat balik.
Maknanya, yang akan dijadikan mangsa ialah pihak tertentu
sedangkan semuanya akan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan ini.
Jika ini berjaya dilakukan, imej Najib, Kerajaan BN akan naik
mendadak. Pastinya, akan ada laungan Najib dan UMNO memang menjaga kepentingan
Melayu.
Maka, dengan kejayaan itu kelak, mudahlah Najib dan BN
memperbodohkan pembangkang dengan hanya satu peluru tetapi menembak beberapa
ekor burung serentak, termasuk pembangkang sendiri.
Maka Najib dan UMNO akan berceramah serta meratib di
seluruh pelusuk negara bahawa mereka mengambil,berat dan menjamin bahawa FELDA yang
diasaskan dengan penuh visi dan misi oleh Almarhum Tun Abdul Razak, sentiasa
dibela dan terbela!
Cumanya, kita mengharapkan Najib, BN dan FELDA tersilap langkah
dalam perkiraan mereka.
Daripada mahu mendapat untung besar sebaliknya mereka mungkin
akan menerima kerugian teruk jika nanti ada pihak yang dijadikan ‘kambing hitam’ mendedahkan lebih
banyak rahsia mengenai isu berkaitan tanah ini selain perkara lain dalam FELDA yang diketahui memang
sedang menghadapi banyak masalah dan skandal kewangan.
No comments:
Post a Comment