"Amat nyata akan semakin ramai berani mencabar baiah dan tindakan Ir Amiruddin semalam membuka mata lebih ramai pemimpin PAS lain sama ada di Kedah, Kelantan mahupun Terengganu."
Nasib baik baiah PAS tempohnya tidak sampai kiamat.
Mujurlah ia sekadar sehingga tempoh Dewan Undangan Negeri
(DUN) atau Dewan Rakyat (Parlimen) dibubarkan.
Jika tidak, ramai wakil rakyat PAS yang takut meninggalkan
PAS akan ‘merana’ seumur hidup dan jika menentang araus akan merasa berdosa sepanjang hayat mereka.
Namun, perasaan itu hanya akan ada dalam diri seseorang
jika mereka tinggalkan PAS tanpa sebab yang mereka fikir munasabah.
Tetapi bagi yang mempunyai sebab atau perjuangan tersendiri, khususnya menentang nahi munkar, penyelewengan dan rasuah dan zalim, mereka akan berani melakukan tindakan bertentangan dengan baiah yang pernah
mereka lafazkan.
Kerana itu, perkataan sesuai berkaitan seorang wakil
rakyat PAS berani meninggalkan parti itu semalam ialah, kita mencari lebih
ramai ADUN PAS yang berani seperti Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Persoalannya, dengan tindakan Ir Amiruddin itu, apakah
lebih ramai yang sanggup membelakangkan baiah sambil berjuang melawan Barisan
Nasional (BN) melalui parti lain selain PAS?
Isunya juga ialah, pada ketika PAS menakut-nakutkan wakil
rakyatnya, apakah kepimpinan PAS sendiri melaksanakan tugas mereka seperti yang
mereka lafazkan dalam ikrar dan baiah mereka?
Jika tidak, kenapa wakil rakyat PAS tidak boleh menentang
mereka. Juga jika perlu berjuang melawan BN, dengan tinggalkan PAS dan sertai
parti pembangkang lain selain PAS?
Mengulas tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Anak Bukit menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari PAS itu semalam, pemimpin
PAS diingatkan tentang baiah oleh kepimpinan PAS.
Ingatan itu disampaikan sendiri Timbalan Presiden PAS
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Jelas dan terang lagi bersuluh bahawa setiap wakil rakyat
PAS, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen, dipaksa berbaiah yang
antaranya perkahwinan mereka akan jatuh talak jika mereka meninggalkan PAS.
Isunya dalam konteks baiah ini, apakah PAS hanya melihat
kepada wakil rakyatnya yang meninggalkan PAS.
Tidakkah juga PAS melihat kenapa wujud penentangan berani
sama ada secara persaorangan atau beramai-ramai terhadap kepimpinan PAS?
Apakah pemimpin PAS yang masih ada dalam parti itu,
khususnya di kalangan pemimpin tertinggi mempraktikkan apa yang terkandung
dalam perjuangan dan perlembagaan PAS?
Juga apakah PAS benar-benar membela rakyat yang
dilafazkan melalui janji mereka kepada rakyat?
Apakah pemimpin mereka tidak melakukan salah laku dan apakah
tidak ada perbuatan antara mereka saling ‘tutup-menutup’ kesalahan pemimpin di
atas demi maruah dan kepentingan
peribadi.
Sedangkan yang menentang dan keluar daripada PAS mempunyai
keberanian tersendiri untuk menentang atau melawan arus berasaskan keyakinan
mereka kepada kebenaran walaupun pernah melakukan baiah?
Amat nyata semakin ramai berani mencabar baiah dan
tindakan Ir Amiruddin membuka mata pemimpin PAS lain sama ada di Kedah,
Kelantan mahupun Terengganu.
Melihat daripada ‘perjanjian dan sumpah’ melalui Baiah ini
amat nyata PAS tidak pernah percaya kepada wakil rakyatnya. Kebimbangan
kepimpinan PAS bahawa akan ada yang ‘melarikan diri daripada PAS tetap wujud
sejak kesekian lama.
Kejatuhan kerajaan PAS Terengganu kepada Perikatan yang
menang dalam pilihan raya 1959 tetap menjadi pengajaran kepada mereka. Ironinya, parti lain yang tidak menyebut Islam dan meletakkan Al-Quran dan
Hadirh dalam perjuangan mereka, tidak pula menjadikan baiah sesuatu yang perlu.
Tidak dinafikan ada sumpah tertentu, termasuk sumpah
menyimpan rahsia tetapi tidaklah ke peringkat sampai perlu bercerai berai
dengan isteri atau suami jika meninggalkan parti.
Apakah peringatan Tuan Ibrahim ini menggambarkan masih
ramai dalam PAS yang sedang menunggu untuk lompat pagar?
Namun ketika ini mereka tidak berani bertindak kerana
baiah?
Tidakkah apa yang dilakukan oleh Ir Amiruddin itu
menggambarkan bahawa PAS sebenarnya sedang bergolak dari dalam? Tidakkan keberanian Ir Amiruddin itu membuka mata pemimpin PAS lain yang 'mementang dari dalam' terhadap PAS?
Tuan Ibrahim yang menyifatkan terkejut dengan pemergian
Ir Amiruddin lebih-lebih lagi kerana beliau seorang yang mudah dibawa
berbincang dan tidak bermasalah dalam parti meningatkan pemimpin PAS bahawa
‘air tenang itu tidak semestinya tidak ada buaya’.
Dengan jelas Tuan Ibrahim mengingatkan Ir Amiruddin
bahawa beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam baiah yang beliau
lafazkan.
Namun, Ir Amiruddin seperti rakan beliau yang
meninggalkan PAS sebelum ini yang kebanyakannya menyertai AMANAH, berani untuk melanggar
baiah kerana melihat PAS sudah lari daripada perjuangan asalnya.
Dengan kata lain, PAS sekarang bukan PAS yang asli.
Ada pemimpin PAS mengulas tindakan Ir Amiruddin sekadar
mampu mengatakan “Kita doa (agar) dia dapat lepasi baiah yang dilafaznya dalam
pilihan raya sebelum ini di akhirat kelak.”
Beliau merupakan pengganti Allahyarham Datuk Fadzil Noor
di DUN itu, selepas menang dalam pilihan raya kecil 2002 susulan kematian bekas
presiden PAS itu.
Selain ADUN Anak Bukit, Ir Amiruddin juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Pada 12 Mei 2016 lalu. media melaporkan, ADUN Anak Bukit itu meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkuat kuasa serta merta.
Baginya, keputusan beliau itu kerana merasakan BN hanya
dapat dihadapi melalui gabungan pembangkang yang erat seperti yang dibuktikan
Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 dan ke-13.
"Yang penting kita berada dalam kesepakatan yang
padu dan ini saya lihat dapat dicapai dalam Pakatan Harapan (PH),"
katanya.
Malah, Ir Amiruddin mengakui pernah berjumpa dengan Pesuruhjaya PAS Kedah
untuk memastikan sama ada masih wujud kemungkinan PAS bekerjasama dengan PH,
tetapi jalan kea rah sudah ‘hampir mustahil’ sama sekali.
No comments:
Post a Comment