Hari ini dilaporkan Timbalan Perdana Menteri mengucapkan
‘Terima kasih Najib’ kerana memberi beliau peluang berucap di Pertubuhan Bangsa
Bersatu (PBB).
Itulah sewajarnya dilakukan oleh seseorang yang bijak mengenang budi dan tahu arah politik yang sedang
dibentuk oleh ‘bosnya’, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh membaca kenapa beliau
dihantar ke New York mewakili Perdana Menteri.
Dr Ahmad Zahid tiba di New York pada Sabtu mengetuai
perwakilan Malaysia ke sesi ke-71 Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNGA) di New York itu.
Soal orang lain mahu membuat penekaan atau ramalan, itu
soal lain. Biarkan...
Jika ia baik untuk diri Dr Ahmad Zahid dan negara kenapa
perlu dipertikaikan.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memangku jawatan
Timbalan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid dilihat sedang ‘disediakan’ untuk
menggantikan Perdana Menteri jika apa-apa berlaku.
Rakyat kena faham, Perdana Menteri kini dalam keadaan
yang sibuk dengan persediaan untuk membentangkan Bajet 2017 yang meletakkan
‘rakyat Malaysia’ sebagai yang didahulukan.
Selain itu banyak isu politik dan pengurusan ekonomi
negara perlu didahulukan.
Tiada ada kaitan langsung dengan majlis pelancaran kempen
‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ dan ‘Kelulut Walk 2016’ di Putrajaya.
Takut untuk keluar negara? Tidak benar kerana Najib tiada
kaitan langsung dengan laporan oleh Jabatan kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)
sementara isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor langsung tidak ada dalam laporan.
Hanya Riza Aziz yang ada disebut.
Jadi, jangan tuduh Najib sembarangan.
Apapun, bukan skrip Najib atau bukan skrip Dr Ahmad Zahid
membolehkan beliau ke persidangan UNGA ke 17 itu tetapi ia suatu ketentuan.
“Alhamdulillah dengan pendedahan yang diberikan Perdana
Menteri, saya tidak perlu riak dan takabur, ia menjawab sendiri fitnah dan
kata-kata negatif yang dipalingkan kepada saya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung
sesetengah pihak yang mempersoalkan perwakilan beliau pada persidangan tersebut
dalam program Bicara Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di RTM malam tadi.
Beliau turut menjelaskan bukan sesuatu perkara luar biasa
apabila beliau selaku timbalan perdana menteri ditugaskan mengetuai delegasi
negara kerana banyak negara lain yang menghantar wakil bagi mewakili ketua
negara dan kerajaan masing-masing.
Bagi Dr Ahmad Zahid, peluang ini ialah satu pengiktirafan
dan tanggungjawab buat dirinya, untuk
pendedahan kepadanya untuk berada di pentas antarabangsa.
“Pada hemat dan bacaan saya, beliau (Najib) mahu memberi
pendedahan dan kepercayaan kepada saya untuk berada di pentas antarabangsa.
Ini kerana ada
yang mempertikaikan saya masih belum layak untuk menjadi pembantu beliau kerana
saya tidak mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa.
“Padahal sewaktu saya jadi Menteri Pertahanan saya
mempengerusikan banyak majlis yang dihadiri menteri-menteri pertahanan
antarabangsa dan juga di beberapa persidangan antarabangsa lain,” tegasnya.
Ahmad Zahid tidak perlu bimbang kerana untuk rekod, ada Perdana
Menteri sebelum ini ada yang tidak mendapat pendedahan antarabangsa secara
meluas pun ketika menjadi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Mungkin Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun
Abdul Razak Hussein dan Tun Abdullah Ahmad Badawi mendapat pendedahan sebegini
kerana banyak terlibat dengan rundingan antarabangsa.
Malah rekod sudah dicipta semalam (20 September), apabila
pemimpin dunia pada UNGA menerima pakai Deklarasi New York bagi Pelarian dan
Migran, menzahirkan kesungguhan politik untuk menangani isu-isu berkaitan
membabitkan kumpulan itu dan berkongsi tanggungjawab bagi pergerakan lebih
besar dalam skala global.
Menariknya, Dr Ahmad Zahid mewakili Malaysia hadir dan
berucap pada mesyuarat peringkat tinggi PBB mengenai isu menangani pemindahan
besar-besaran pelarian dan migran itu bertujuan merangsang semua negara
bertindak secara lebih berperikemanusiaan dan pendekatan yang selaras.
Sudah pasti Timbalan Perdana Menteri akan bersama-sama Presiden
UNGA, Peter Thomson bagi mengusulkan
komitmen keahlian untuk memulakan proses yang membawa kepada inisiatif global
mengenai migrasi serta menyokong inisiatif global ke atas pelarian.
Juga kehadiran Dr Ahmad Zahid itu penting kerana Setiausaha
Agung PBB, Ban Ki-moon turut melancarkan kempen baharu, 'Together - Respect,
Safety dan Dignity for All' bagi mengatasi masalah kebangkitan xenophobia.
Yang jelas dan nyata, kehadiran Dr Ahmad Zahid berbaloi
kerana semalam juga Ban Ki-moon dan Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi
(IOM) William Lacy Swing menandatangani perjanjian baharu yang membolehkan IOM
menjadi organisasi berkaitan bagi PBB.
Ini akan mengukuhkan pendekatan menyeluruh global
mengenai migrasi yang Malaysia tidak terkecuali.
No comments:
Post a Comment