“The New York kini, penguasa bank bersama-sama Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat serta Federal Reserve and Securities dan Exchange
Commission sedang dalam kerja menilai peranan Goldman Sachs dalam kaitannya
dengan 1MDB.”
Kumpulan Goldman Sachs - Goldman Sachs Group Inc. – kini
disiasat pula oleh pihak berkuasa (penguasa) bank di New York (mereka adalah
pengeluar atau yang meluluskan lessen penggendalian bank) mengenai
kutipan dana bagi tabung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut seorang pakar berkaitan perkara itu, siasatan
dibuat untuk memastikan sejauh mana peranan bank berkenaan dalam skandal
antarabangsa.
Malah, Goldman Sachs diberikan tempoh selama lima hari
sehingga 16 Jun ini untuk menjawab semua soalan berkaitan 1MDB yang
dikemukakan oleh penguasa bank di New York.
Sebelum ini, Goldman Sachs sudah sisiasat oleh Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat, Federal Reserve and Securities dan Exchange
Commission di New York sahaja.
Sementara di beberapa negara lain, 1MD turut disiasat
oleh pelbagai pihak dan dikatakan sebagai antara skandal terbesar di dunia.
Untuk rekod, tahun lalu,
Goldman Sachs membayar sebuah firma guaman untuk menilai semula keputusan dan tindakannya dalam hubungan
dengan 1MDB.
Perjanjian bon 1MDB – berjaya mengumpul AS$6 bilion pada
2012 dan 2013 – mendapat perhatian
kerana wujudnya komisen yang dilihat
mengatasi purata perbelanjaan dan komisen biasa iaitu melebihi sebanyak
sembilan (9) peratus atau AS $593 juta. (Untuk mengetahui siapa terlibat dalam
kerja berkaitan bon ini, baca di sini).
Jabatan Perkhidmatan Kewangan di New York (New York’s
Department of Financial Services atau ringkasnya DFS), meminta Goldman Sachs
pada Khamis untuk menyerahkan laporan bagaimana ia berjaya mengumpul AS$6
bilion melalui jualan bon untuk 1MDB.
Menurut sepucuk surat, pihak penguasa bank meminta
Goldman untuk menyediakan laporan
overview mengenai setiap siasatan di Amerika Syarikat dan di luar negara
itu pada 14 Jun ini mengenai bagaimana ia terbabit dengan tabung yang dikenali
sebagai 1MDB.
Selain itu Goldman Sachs juga diminta supaya mengadakan
penilaian semula dalam (internal review) yang dikhususkan kepada sama ada
peraturan rahsia bank dilanggar, atau ‘bendera merah’ (larangan tertentu) tidak
dienfahkan, menurut seseorang yang mahir mengenai perkara itu.
Ini bermakna The New York, penguasa bank kini
bersama-sama Jabatan Kehakiman Amerika
Syarikat serta Federal Reserve and
Securities dan Exchange Commission
sedang dalam kerja menilai peranan Goldman Sachs dalam kaitannya dengan 1MDB.
Goldman Sachs, melalui jurucakapnya, enggan membuat
ulasan terhadap permintaan Bloomberg untuk berbuat demikian.
Ketika ini 1MDB semakin mendapat perhatian oleh pihak berkuasa antarabangsa melalui penyiasatan yang dikaitkan dengan
rasuah dan pemindahan wang haram.
Pendakwa sekurang-kurangnya di empat negara - Singapura, Switzerland, Luxembourg dan
Amerika Syarikat - sedang meneliti aliran wang daripada jentera pelaburan 1MDB yang
ditubuhkan bertujuan membangunkan negara.
Antara soalan popular oleh pihak berkuasa antarabangsa
ialah sama ada ia ada kaitan dengan orang politik di Kuala Lumpur yang mendapat
keuntungan daripada wang 1MDB, tidak terkecuali Perdana Menteri Malaysia.
Perdana Menteri adalah penasihat 1MDB dan sejauh ini
menafikan melakukan sebarang salah laku atau terbabit dengan kegiatan rasuah
dalam urusan berkaitan 1MDB.
DFS mempunyai kuasa dalam perkara ini kerana ia
mengeluarkan lessen untuk penggendalian di
New York. Sementara lesen untuk menggedalikan bank peringkat nasional
(seluruh negara) dikeluarkan oleh Office
of the Comptroller of the Currency.
Sebagai sebahagian tuntutan maklumatnya untuk siasatan
lain, DFS meminta Goldman Sachs turut membekalkan mereka dokumen temubual yang sudah dijadualkan dengan saksi-saksi.
Ia meminta salinan termasuk bahan persembahan melalui
slaid yang dibuat sama ada kepada pendakwa di Amerika Syarikat atau juga di
luar negara.
Surat kepada Goldman Sachs itu dibuat pada ketika Maria
Vullo, pemangku superitendan DFS, menunggu undi oleh Senat negeri New York untuk
mengesahkan kedudukannya yang dijangka akan diadakan bulan ini.
Penguasa sebelum ini, Benjamin Lawsky, memiliki reputasi
di kalangan penguasa natarabangsa sebagai seseorag yang tegas dan agresif dalam
menyiasat dan menguasakan peraturan terhadap bank global.
(Nota : untuk pembaca yang baru mengikuti isu ini, beberapa
laporan media asing pada 6 Jun lalu, menyebut bahawa pasukan penyiasat Amerika
Syarikat sedang cuba untuk menentukan sama Goldman Sachs melanggar
undang-undang apabila ia gagal memberi amaran berhubung transaksi yang
mencurigakan yang membabitkan firma pelaburan negara yang bermasalah, 1MDB,
masih belum terjawab.
Juga apakah ada asas dakwaan WSJ bahawa wujudnya
perbuatan atau kejadian bahawa sebahagian danasebanyak AS$3 bilion itu kemudian
dipindahkan kepada Perdana Menteri Malaysia melalui bank yang berpangkalan di
Switzerland?
Goldman Sachs turut disiasat untuk menentukan sama ada ia
gagal mematuhi Akta Kerahsiaan Bank Amerika Syarikat yang memerlukan institusi
kewangan untuk melaporkan urus niaga mencurigakan kepada pihak berkuasa.
"Penyiasat percaya bank (Goldman) mempunyai sebab
untuk mengesyaki wang yang dikumpulkannya itu tidak digunakan untuk tujuan yang
dimaksudkan, dan amaran sepatutnya dikeluarkan apabila GoldmanSachs diarah
memindahkan AS$3 bilion kepada sebuah cawangan bank swasta Switzerland, BSI SA
dan bukannya kepada bank global besar, seperti lazimnya untuk pemindahan saiz
berkenaan.
Satu lagi amaran, kata mereka adalah semasa jualan bon
dan mengapa ia dlakukan secara tergesa-gesa.
Perjanjian itu dilakukan pada Mac 2013 iaitu dua bulan
selepas Najib berurusan dengan ahli bank Goldman semasa mesyuarat Forum Ekonomi
Dunia tahunan di Davos, Switzerland dan dua bulan sebelum kempen pilihan raya
umum ke-13.) baca selanjutnya di sini.
No comments:
Post a Comment