Sejak
tahun 1973 lagi, kerajaan telah mengiktiraf Hari Pekerja sebagai Hari Kelepasan
Am, iaitu cuti umum sebagai tanda penghargaan atas kegigihan dan sumbangan
warga pekerja di Malaysia.
Hari
ini (1 Mei) seluruh rakyat, diri kita dan kerajaan sekali lagi menghargai
golongan pekerja yang begitu banyak menyumbang kepada pembangunan negara.
Berikutan kenaikan untuk usia bekerja serta penyertaan lebih ramai kaum wanita dalam tenaga pekerja, tenaga pekerja di negara ini mencatat pertumbuhan sekitar 2.7 peratus setahun. Jangkaan ialah kenaikan bilangan pekerja dari 12.4 juta pada tahun 2010 kepada 14.2 juta pada tahun 2015.
Selain
melihat kepada sumbangan, dengan kedudukan negara bergerak ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi, apakah pengetahuan bernilai tambahan tinggi sudah digerak
dan dipersiapkan untuk kegiatan ekonomi berdasarkan
teknologi?
Apakah
pekerja kita sudah bersiap mengalami cabaran besar berkenaan?
Untuk
menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, negara memerlukan ramai
tenaga kerja mahir. Negara maju seperti Jerman memiliki 82 peratus pekerja
mahir dan Singapura mempunyai 52 peratus.
Malaysia
kini hanya memiliki hanya 28 peratus pekerja berkemahiran tinggi. Sasaran tahun
ini adalah untuk meningkatkan jumlah pekerja mahir kepada 35 peratus.
Dengan
Lebih 1.5 juta pekerjaan baru akan diwujudkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11
(RMKe-11) kita mengharapkan 60 peratus pekerja mahir yang disasarkan akan dapat
diwujudkan.
Amat
nyata usaha ini adalah antara faktor kritikal dalam menjana dan mengekalkan
pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.
Selain
itu, dengan kadar pekerja berhenti kerja yang tinggi, kesulitan mengambil
pekerja baru serta mengekalkan pekerja mahir dari kalangan modal insan tempatan
serta keperluan mendesak untuk mengambil pekerja asing, juga menjadi cabaran
kepada kerajaan dan negara..
Kita juga jangan lupa untuk memperkasakan kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam dengan menyediakan kemahiran tambahan kepada golongan itu supaya gred gaji mereka dapat ditingkatkan.
Kita juga jangan lupa untuk memperkasakan kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam dengan menyediakan kemahiran tambahan kepada golongan itu supaya gred gaji mereka dapat ditingkatkan.
Kini
ada kira-kira 300,000 penjawat awam dalam kumpulan gred terendah di seluruh
negara, antaranya yang terdiri daripada pembantu am rendah, pembantu operasi
dan pemandu
Pada
Mac lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan berkata
kerajaan akan melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta penjawat
awam termasuk gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan berkuat kuasa 1 Julai ini.
"Kita
ambil contoh kos sara hidup yang semakin mencabar dan keperluan rumah dengan
gaji serendah RM1,200, ia pasti belum mencukupi. Jadi kumpulan terendah yang
memasuki perkhidmatan awam melalui kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
harus bergerak dengan kemahiran teknikal yang diiktiraf supaya gred gaji mereka
naik lebih tinggi," katanya.
Selain
itu cabaran getir ialah kira-kira dua
juta pekerja asing bukan mahir telah membanjiri negara kita, tidak termasuk
anggaran dua juta lagi yang bekerja di negara ini secara haram, terutamanya
dalam sektor pertanian, pembinaan dan pengilangan.
Bukan sahaja peluang pekerjaan semakin tercabar di Malaysia, wang yang dihantar pulang dari Malaysia oleh pekerja asing yag sah meningkat dua kali ganda dari RM10 bilion pada tahun 2009 kepada hampir RM20 bilion pada tahunn 2015.
Lima negara teratas pada tahun 2012 ialah Bangladesh (RM3 bilion), Indonesia (RM3 bilion), Nepal (RM2 bilion), India (RM625 juta) dan Filipna (RM561 juta).
Oleh itu, pada Hari Pekerja ini marilah kita sama-sama memikirkan bagaimana pekerja tempatan boleh mengambil alih kerja pekerja asing pada masa jangka panjang.

Apapun,
kita perlu berhati-hati dengan gesaan
untuk menghentikan import pekerja asing kerana Industri pengilangan dan sektor
pertanian tempatan tidak akan mampu menanggung kos menggaji pekerja tempatan.
Di
sebalik pergantungan besar terhadap pekerja asing berkemahiran rendah, kita juga perlu melihat kepada keadaan struktur
upah yang rendah, pekerjaan berkemahiran yang tidak mencukupi, kadar
pengeluaran buruh yang rendah, undang-undang buruh yang tidak boleh diubah,
kurang maklumat pasaran buruh serta pengangguran belia.
Satu cara, kita boleh meningkatkan produktiviti, mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang memerlukan kemahiran, mengurangkan jurang upah dan memperkenalkan indeks upah kebangsaan.
Satu cara, kita boleh meningkatkan produktiviti, mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang memerlukan kemahiran, mengurangkan jurang upah dan memperkenalkan indeks upah kebangsaan.
Juga,
satu lagi langkah utama yang berkesan untuk menghadapi cabaran ini adalah untuk
meningkatkan produktiviti bagi semua sektor. Ini akan memberi kesan langsung
kepada kecekapan dan seterusnya membawa kepada tahap pendapatan lebih baik.
Menteri
Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, menjelaskan, pekerja berkemahiran
tinggi adalah matlamat dalam program pembangunan modal insan seperti digariskan
dalam RMKe-11.
Bagi
menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pasaran buruh negara,
kerajaan menetapkan supaya Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET)
diperkukuh dan dimartabatkan.
Bidang
fokus TVET ini akan menghasilkan modal insan berkemahiran bertaraf dunia yang
diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk mencapai negara maju menjelang
2020.
Selain
itu, bekerja dalam persekitaran selamat dan sihat, bebas daripada kemalangan
adalah hak asasi setiap pekerj.
Pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam
Thye, pula berkata dalam rundingan bagi Perjanjian Bersama Antara Majikan dan
Kesatuan, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja perlu ditekankan selain
tinjauan gaji dan syarat perkhidmatan yang lebih baik.
"Mengekalkan
kesihatan manusia adalah matlamat utama keselamatan sosial, mempromosi dan
mewujudkan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh menyelamatkan nyawa
dan mengurangkan kos kepada masyarakat," katanya.
Pemangku
Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid, pula berharap semua pekerja
dilindungi dan diberi hak dalam menghadapi suasana mencabar hari ini.
"Pekerja juga perlu bekerja kuat dan mempunyai motivasi dalam menghadapi
cabaran. Saya ingin berkongsi nasihat kepada pekerja di mana kita perlu
berlapang dada, bersiap sedia dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu,"
katanya.
Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata untuk berkembang menjadi
tenaga kerja berdaya saing di peringkat global, perubahan tenaga kerja buruh
yang intensif kepada berkemahiran tinggi adalah perlu. "Biarpun terdapat
halangan dan cabaran yang mungkin menanti, kita mesti mengambil iktibar bahawa
Malaysia masih terus menjadi sebuah ekonomi yang berdaya tahan dalam menghadapi
cabaran global,” katanya.
Hakikatnya
kerajaan tidak berdiam diri. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
Malaysia perlu mengubah pendekatan dan mentransformasi tenaga pekerja agar
memenuhi keperluan dan memastikan negara ini kekal pada landasan yang tepat
serta berdaya tahan.
Menerusi Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan menyasar meningkatkan produktiviti kedua-dua sektor buruh dan berkemahiran tinggi, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Pekerja tahun ini iaitu "Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi,".
Najib berkata kerajaan juga akan memberi penekanan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu yang memerlukan kelayakan TVET menjelang 2020.
Sejauh ini, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membela kebajikan pekerja di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 antaranya pelaksanaan dasar gaji minimum kebangsaan sejak 2013 yang memanfaatkan kira-kira 1.9 juta pekerja sektor swasta di negara ini.
Turut dilaksanakan adalah dasar umur persaraan minimum 60 tahun bagi pekerja sektor swasta dan cadangan perluasan liputan perlindungan keselamatan sosial pekerja di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji, katanya.
Siling caruman pekerja yang diinsuranskan juga ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 bagi maksud caruman dan pembayaran faedah yang memanfaatkan kira-kira 500,000 pekerja dan menjadikan liputan keseluruhan PERKESO seramai 6.5 juta pekerja.

Selamat
menyambut Hari Pekerja untuk rakyat Malaysia..
Sumber - Bernama & Berita Harian
No comments:
Post a Comment