Saya sangat menyokong apabila Setiausaha akhbar kepada
Perdana Menteri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata “kini tiba masanya Wall Street
Journal (WSJ) dan Sarawak report (SR) dipanggil berikutan kempen mereka yang
bersifat dendam terhadap Malaysia.”
Tengku Sariffuddin berang kerana menurutnya selama
sebulan, kedua-dua penerbitan itu “secara jahat” melaporkan bahawa Perdana
Menteri melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang kononya ‘sekutu beliau
yang mempunyai kaitan dengan 1MDB’ untuk menjadi Gabenor baharu Bank Negara
Malaysia walaupun pada hakikatnya, tiada keputusan dibuat mengenainya ketika
itu.
Katanya lagi, kedua-dua penerbitan itu kemudian
melaporkan bahawa Perdana Menteri membuat ‘Pusingan U’ berikutan pelantikan
Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baharu bank pusat itu, dan mereka-reka
cerita dengan mendakwa bahawa sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong telah
menandatangani watikah pelantikan Irwan, dan dipujuk supaya menukar nama yang
dicalonkan.
Kesian, nama Yang di-Pertuan Agong – yang ada kuasa
melantik – dan tidak ada kena mengena dipalitkan dalam isu ini.
Persoalannya, selain akhbar luar negara, bagaimana akhbar
dalam talian seperti Malaysiakini, The Malay Mail Online, dan sebelum ini The
Malaysian Insider serta blogger dalam negara turut mendedahkan isu ini, apakah
mereka terlepas?
Apakah mereka juga akan dipanggil? Bagaimana dengan
Malaysiakini dan Dato’ Zaharin Mohd Yasin?
“Wall Street Journal tidak berbohung didalam kenyataannya
bahawa ada u-turn dalam perlantikan Gabenor, cerita itu datang dari orang dalam
juga, maknanya ada orang dalam pecah rahasia. Bukankah kabinet melalui sidang
mingguan telah berbincang nama si pulan itu untuk dilantik menjadi Gabenor
tetapi di tolak oleh anggota kabinet, baru ditukar nama yang di telah dilantik
itu. Baru surat dihantar utk perkenan YDP Agong, makanya pandangan ahli kebinet
di dengar. Apa salahnya mengaku nama sipulan memang dinamakan tetapi di tukar
oleh ahli sidang kabinet.”
Saya yakin Zaharin mendapat maklumat yang agak sahih kalaupun
tidak 100 peratus sahih. Yang menariknya beliau mendakwa ‘orang dalam pecah
rahsia’. Orang dalam Kabinet, maksud Zahrin.
Ini bermakna bahawa ada anggota Kabinet yang tidak gemarkan
orang tertentu yang dicalonkan sebagai Gabenor Bank Negara. Biasalah tu, lepas
mesyuarat terus ada gosip dan bisik-bisik.
Kembali kepada cadangan Tengku Sharrifuddin, dipanggil
untuk apakah media berkenaan? Meminta mereka mengaku mereka ‘bersalah’? meminta
mereka mengaku sudah mengaibkan Yang di-Pertuan Agong?
Yang nyata, berita-berita mengenai pelantikan pengganti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bersifat
spekulasi. WSJ dan SR sepatutnya tidak dituduh cuba mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.
Apa yang berlaku sebelum ini ialah ramalan siapa akan
dilantik untuk menjadi Gabenor Bank Negara. Itu sahaja.
Malah Reuters pada 31 Januari 2016 , lebih awal daripada
laporan WSJ berkata: “Mohd Irwan was one of candidates short-listed for the job
along with deputy central bank governor Muhammad Ibrahim, the minister in the
Prime Minister's Department in charge of Economic Planning Abdul Wahid Omar and
the Malaysian ambassador to the U.S. Awang Adek Hussin.”
Kenapa Reuters tidak dijadikan mangsa kemarahan, dan
kemarahan hanya ditumpukan kepada WSJ dan SR? Apakah kerana kedua-dua membuat
banyak ‘onar’ dalam isu 1MDB yang menghantui Pejabat Perdana Menteri (PMO)
sekarang?
Dengan mengatakan WSJ dan SR sengaja mahu mengaibkan nama baik Yang di-Pertuan Agong, juga sebagai menyerang
Malaysia adalah tuduhan semata-mata.
Malah menurut
Zaharian: “WSJ
tidak menghina yang di Pertuan Agong Malaysia, yang menghina Yang Di Pertuan
Agong ialah PMO, menghantar nama Gabenor Bank Negara sebelum di putuskan oleh
sidang Kabinet, sehingga meminta balik surat yang tercepat hantar dengan
dihantar surat dengan nama yang di setujui oleh Kabinet. Jangan berbohonglah.”
Dakwaan bahawa surat tercepat hantar perlu dinafikan oleh
Perdana Menteri atau Menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan dakwaan
ini. Ini kes berat dan memalukan Kabinet.
Juga PMO yang memandai-mandai menghantar surat sebelum
keputusan Kabinet juga perlu menafikan dakwaan Zaharin.
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Tengku
Sharriffudin sejauh ini, kenapa sampai begitu sekali ‘emonya’ Tengku Sharifudin
dalam isu ini?
Tengku Sariffuddin turut berkata WSJ dan SR tidak mampu
memberi walaupun secebis bukti bagi menyokong laporan mereka kerana ia dibuat
dengan tidak berasaskan fakta, tetapi semata-mata berdasarkan sumber tidak
dikenali, yang mungkin tidak langsung wujud.
Benarkah mereka tidak ada sumber? Siasat siapa ‘hantu
raya’ yang dibela oleh WSJ di PMO atau dalam kerajaan, sebelum menghemburkan
kemarahan kepada pembangkang.
Bagi saya, kenyataan Tengku Sariffuddin sendiri
mendedahkan faktor kemarahannya apabila mengatakan: "..mereka hanyalah satu lagi
proksi bagi Kempen Anti-Najib Tun Mahathir, yang pembohongannya diterima dengan
begitu mudah oleh WSJ dan SR.”
Namun, membaca apa yang ditulis oleh WSJ, jelas ia hanya
sebagai berita ramalan dan tidak pernah pun menyebut apa-apa berkaitan Yang
di-Pertuan Agong.
Mereka pun faham, akhirnya Yang di-Pertuan akan melantik selepas
mendapat nasihat daripada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.
Tidak pasal-pasal, Istana Negara terpaksa membuat
penjelasan bahawa: ” Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
memperkenankan hanya satu nama bagi jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).
Dimaklumkan, tidak ada nama lain selain daripada penama tersebut telah diangkat
untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.
"Bagi maksud yang dinyatakan, Seri Paduka Baginda
telah berkenan menandatangani pelantikan tersebut pada Selasa, 26 April
2016," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wira Awang
Kecik Abdul Rahman dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Emo, Emo jugak, namun emo bertempatlah sahabatku!