Datuk Mohd Jidin Shafie (paling kiri), Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Ahmad Razif pada mesyuarat EXCO hari ini Gambar Teganukita |
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dijangka
akan menghadap Sultan Terengganu dalam sehari dua ini sekembalinya dari
Sarawak.
Sudah pasti apa yang akan dipersembahkan kepada Istana
Terengganu ialah sesuatu yang boleh ‘menyelesakan’ pihak istana Terengganu.
Persoalan penting ialah ‘apakah Sultan Terengganu, Sultan
Mizan Zainal Abidin, masih selesa dengan
Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar’? Jika selsesa, tanpa sebarang
gelaran pun Ahmad Razif boleh meneruskan tugasnya.
Tetapi jika Istana Terengganu tidak lagi selesa, bermakna
‘pertukaran Menteri Besar’ akan berlaku. Kemudian calon-calonnya boleh
dipertimbangkan.
Datuk Rosi Mamat |
Ahmad Razif hari ini menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya
sebagai Menteri Besar.
“Terpulang kepada keputusan Perdana Menteri,” katanya
ringkas ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul
Iman, hari ini.
.
ADUN Seberang Takir itu, enggan mengulas lanjut dan
bersedia menghadapi apa juga kemungkinan.
“Tunggulah keputusan lanjut daripada Perdana Menteri
selepas beliau selesai mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,”
katanya.
Rasanya tidak akan ada kebenaran kepada teori seperti
yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Batu Burok (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
bahawa kerana kedudukan ‘simple majority’ di Dewan Undangan Negeri
(DUN) dengan 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, maka akan membawa
kepada tiga pilihan, iaitu;
1. Menukar Menteri
Besar;
2. Membentuk
kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya PAS; dan
3. Membubarkan DUN
dan diadakan pilihanraya Negeri
Bagi saya jika Istana Terengganu ‘tidak selesa’, barulah
pertukaran Menteri Besar akan berlaku.
Datuk Mohd Jidin Shafie |
Yang dua lagi perkara ditimbulkan oleh Dr Syed Azman itu tidak akan menjadi kenyataan kerana PAS
sudah menyatakan ia tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan membentuk kerajaan
campuran. Mahu menjilat balik ludahnya?
Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini
menegaskan, PAS tidak akan masuk campur isu pertukaran menteri besar Terengganu
yang hangat diperkatakan, susulan pelucutan darjah kebesaran.
“PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat tanpa
mencampuri apa yang disifatkannya sebagai 'masalah rumah tangga UMNO',’
katanya.
Sementara pilihan raya negeri hanya membazir wang kerana
tempoh dengan pilihan raya umum semakin hampir. Mungkin Syed Azman teringin
pilihan ini tetapi kepimpinan PAS sudah menyatakan mereka ‘tidak mahu menangguk
di air keruh’.
Juga soal politiking dalam UMNO Terengganu bukan baru.
Sejak Datuk Seri Ahmad Said dilantik Menteri Besar lagi sudah ada suasana ‘bergelora’
kerana ada pemimpin yang ‘enggan menerima pelantikan oleh Sultan Terengganu’
itu.
Ahmad yang juga ADUN Kijal itu meletakkan jawatan bukan
kerana krisisnya dengan istana seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Idris
Jusoh dan ketika ini Ahmad Razif.
Ahmad Said ‘habis kontrak’ dengan Perdana Menteri dan
Putrajaya. Sultan Terengganu boleh bersetuju dengan permintaan Putrajaya menamakan
pengganti Ahmad – dan ini jauh berbeza
dengan keadaan yang melanda Idris dan kali ini Ahmad Razif.
Walaupun ‘tidak berkenan dengan Idris’, malah ada
perbuatan penyokongnya yang seperti ‘menderhaka’, pingat tidak ditarik balik seperti yag berlaku
dalam kes Ahmad Razif.
Walaupun Perdana Menteri belum menghadap dan kita masih
tidak jelas pendirian istana dalam kes Ahamd Razif ini, spekulasi dan ramalan
siapa Menteri Besar baru semakin hangat.
Malah beberapa nama sudah ‘diviralkan’. Untuk apa tidak
diketahui tetapi ia sebenarnya boleh membawa kepada tohmahan dan salah tafsir.
Sebaik-baiknya tunggulah pengumuman – sama ada – perlu
ditukar atau sebaliknya.
Akhbar Sin Chew Daily yang memetik sumber-sumber,
berkata perubahan hampir pasti selepas Sultan Terengganu awal minggu ini
melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Razif.
Dilaporkan, Istana Terengganu cenderung kepada ADUN
Telemong, Datuk Rozi Mamat untuk mengambil alih jawatan menteri besar.
Sementara pemimpin Umno bahagian pula lebih cenderung
kepada ADUN Permaisuri yang juga Ketua Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie untuk
menerajui kerajaan negeri.
Bukan itu sahaja, nama lain disebut ialah ADUN Hulu Besut
yang juga Ketua UMNO Besut, Nawi Mohamad, ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku
Putera Tengku Awang, ADUN Air Puteh, Wan Hakim Wan Mokhtar serta ADUN Jabi, YB
Mohd Iskandar Jaafar.
Walaupun mengesahkan bahawa Razif masih belum secara
rasmi dimaklumkan untuk berundur, laporan itu memetik sumber sebagai berkata
kedudukan Razif itu sudah tidak lagi dapat dipertahankan.
Jika dilihat kepada aspek kepantingan parti, rasanya
Ketua Bahagian sewajarnya diberikan keutamaan untuk menjadi Menteri Besar. Ada beberapa
sebab:
1. Mereka berpengalaman menggendalikan parti
menempuhi pilihan raya umum yang bukan sahaja penting untuk negeri tetapi juga
menjamin kemenangan kerusi Parlimen;
2. Kita tidak mahu kes ‘peteh’ akibat
pemilihan part, khususnya untuk menjadi Ketua Bahagian, apabila seseorang calon BN ‘dikorbankan’
hanya kerana seseorang itu mahu menjadi Ketua Bahagian. Lebih mengecewakan yang
kalah itu calon Parlimen;
3. Dalam menggendali mesyuarat Perhubungan
UMNO Negeri, jika Menteri Besar adalah Ketua Bahagian, ini akan lebih
dihormati. Terengganu tidak sewajarnya mempunyai Pengerusi Perhubungan UMNO
Negeri dan Barisan Nasional dari luar Terengganu;
4. Pengalaman sebagai Ketua UMNO akan membuka
jalan yang mudah untuknya memahami, mentadbir dan menyelaras parti di peringkat
negeri, selain berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin lain di peringkat nasional
dan negeri lain; dan
5. Ketua Bahagian yang berpengalaman dan
mempunyai kenalan ramai di peringkat nasional akan memudahkannya menjalankan
tugas, sama ada untuk parti atau pentadbiran.
Pelantikan juga hendaklah mengambil kira seseorang yang
ada visi pembangunan negeri, selain menjamin keutuhan parti UMNO.
Slogan tidak penting tetapi sikap dan tindakan ‘cakna
kepada rakyat’ di kalangan pemimpin UMNO dan BN paling utama.
Selain itu, menjamin kerusi negeri dan Parlimen bertambah
pada keputusan PRU ke -14 nanti juga adalah tanggungjawab yang mesti dipikul
sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment